Saturday 22 August 2015

CHURROS

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Kak Tam buat churros untuk sarapan pagi. Maklumlah. Tengah trending sekarang ni benda alah churros ni. Jadi, teringin juga nak mencuba. Ramai kawan-kawan Kak Tam kata sedap.

Resepinya mudah. Cara masak pun mudah. Memandangkan bahan-bahan semua ada, ubah sket selera pagi ni sebab nak merasa churros yang digembar gemburkan sedap tu :)

Sedikit info asal usul churros - ia merupakan sejenis makanan sarapan pagi atau kudapan atau hidangan penutup yang berasal dari Sepanyol yang dimakan bersama gula kayu manis. Ia semakin digemari dan dari semasa ke semasa divariasikan di mana ia juga enak dinimati bersama coklat atau jem buah-buahan.

ChURROS

Bahan A

1 cawan air
2 sudu gula 
Garam secukup rasa
2 sudu butter

Bahan B

1 cawan tepun gandum
Sedikit serbuk kayu manis (kalau x letak pun x apa)

Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara:

Semua bahan-bahan A di atas masakkan dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Kacau rata. Agak-agak dah mesra tutup api.

Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk kayu manis. Gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam piping beg - Kak Tam xde piping beg. Guna plastik biasa dan guntingkan hujungnya. Pun boleh =)

Panaskan minyak  dalam  kuali. Picit adunan churros ke  dalam kuali. Nak picit  dulu kemudian masuk dalam kuali pun boleh.

Agak-agak dah  kuning  bolehlah angkat  dan hidangkan. 

Sedia  untuk dimakan dengan coklat cair atau sos coklat atau apa-apa jem kegemaran.

Nak tengok rupa  churros Kak Tam buat tak? 

Churros version Jawa :)
Rupa memang xde la. Ke laut. Hahaha. Tapi rasa tu sedap dah. Kak Tam sukakan tekstur churros ni. Halus. Tapi Kan,  anak-anak Kak Tam  xgemar sangat la churros ni. X kena dengan selera diorang kot. Penat mama masak nak  oiii. Nasib la x beria buat banyak.  Kalau x, jawabnya lunch pun mama makan churros =)

Biasanya kalau anak-anak x gemar, kemungkinan untuk Kak Tam masak sekali lagi tu memang lambat lagi la nampak gayanya. 

OK.  Try resepi lain pula  lepas ni.

Salam sayang dari Kak Tam =)♡♡♡

Lukisan Anak-Anakku

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Mama panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa 
di atas kurniaan kesihatan anak-anak Mama.

Cepatnya masa berlalu. Anak-anak semakin membesar. Masing-masing sudah menunjukkan kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Masa ini adalah sangat penting untuk menggalakkan anak-anak buat apa yang mereka suka dan galakkan mereka berfikiran kreatif.

Abang Khalis suka melukis. 
Kadang-kadang tak terjangkau dalam fikiran Mama Abang boleh melukis dan berkreatif macam tu. Lama dah menyimpan gambar-gambar lukisan Abang Khalis ni. Semuanya bermotifkan robot.

Transformers katanya. Cer tengok kaki dia. Siap ada gigi :)
Motif lukisan: Rumah terbakar panggil bomba.
Yang ini tak tau robot ape.

Kanan tu robot dalam kotak sebelum dipasang.
Pas dah pasang jadilah macam sebelah kiri tu. Hmmm... bijak anak mama.
Rumi.

Jawi.

Senarai bahan-bahan nak buat kek.
Mama sebut abang tulis ^_^

Yaya juga sudah boleh melukis.
 Ini lukisan Yaya. 

Kawan-kawan sekolah katanya :)

Yaya sangat lantang bersuara. Menjerit pun boleh tahan juga.
Dia juga sangat cepat menangkap apa-apa yang diajar. 

Iman memang kurang kisah sangat pasal menulis dan melukis ni. Membaca apatah lagi. Skill iman adalah pada benda-benda yang teknikal seperti tanggalkan tayar kereta mainan dan cuba pasangkan balik. Kalau mengadap buku pun tak boleh lama-lama. Teacher pun selalu komplen, Iman kurang fokus dalam kelas. Lebih 15 minit dia mula la buat kerja lain. Hahaha.

Baby Echa pula dah banyak perkataan yang jelas disebut. Mulut pun dah semakin becok. Makan pulak tak berhenti. Sampai merening-rening perut tu. Setakat ni bab makan tu lah kelebihan Echa yang paling ketara. Hahahaha

Alhamdulillah. Senang hati Mama tengok anak-anak membesar dengan sihat. Mama harap Mama dapat terus bagi didikan yang terbaik untuk anak-anak Mama. Insyaallah. 

From Mama with luv =) ♡♡♡

Mendorong Tingkah Laku Anak-Anak Dengan Menggunakan Teknik Nabi

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

2 hari lepas sahabat Kak Tam tag Kak Tam satu post di FB beliau. Antara status beliau:

4 rungutan para ibu yang sering kedengaran -

#1: Cakap lembut tapi anak tak nak dengar.
#2: Puas bebel tapi anak buat tak tahu.
#3: Asyik minta ganjaran itu dan ini baru nak dengar cakap.
#4: Lepas marah anak timbul rasa menyesal.

Bila Kak Tam baca, ada rasa sentap sket dalam hati. Allahuakbar! No. 1, 2 dan 4 memang kerap sangat berlaku. Walaupun Kak Tam cuba sehabis baik teknik-teknik bercakap dan berurusan dengan anak-anak, tapi banyak kali jugalah hilang sabar dan diakhiri dengan bebelan dan jeritan. Cuma tak bertukar jadi "hijau" je lagi ^_^. Apa pun Kak Tam cuba sehabis baik untuk tidak meninggikan suara atau menjerit pada anak-anak.

Hari ini Kak Tam tolong promote kan program yang diwar-warkan oleh sahabat Kak Tam tu. Kot ada yang berminat bolehlah joint. Yuran yang dikenakan juga berpatutan.

Kak Tam sebenarnya teruja nak joint program sebegini. Ada rasa iri hati dengan sahabat Kak Tam tu. Sentiasa berusaha untuk cari ilmu keibubapaan yang berasaskan quran dan sunnah. Bukan teknikal semata-mata. Lagipun memang benar, zaman sekarang ibubapa perlu ada ilmu untuk mendidik anak-anak sedari awal lagi. Selama ini hanya ceramah yang dianjurkan jabatan sahaja yang berkesempatan untuk Kak Tam pergi. Tapi kali ini terasa ingin keluar sedikit dari kebiasaan. 



Bengkel ini diadakan di Gombak. Mana-mana ibu bapa yang ada kelapangan, jomlah kita tambah ilmu. Nak cari ilmu parenting memang mudah. Klik klik internet je dah dapat. Tapi lain rasanya kalau dapat dengar sendiri dalam bengkel macam ni. Ada perkara yang x boleh disampaikan melalui penulisan, dapat dirungkai dan dikongsi bersama dalam bengkel sebegini.

Jadi, sesiapa yang berminat, bolehlah hububungi person in charge atau menerusi kaedah yang dinyatakan dalam poster di atas tu ye. Atau boleh cuba contact Puan Nurul Fauzana di fb beliau (nurul fauzana).

(*Dah dapat izin suami untuk joint bengkel ni. Tapi bila tanya sape nak jaga anak, sengih je dia. Hmmm. Kena cari baby sitter la nampak gayanya. Hehehe)

Salam sayang dari Kak Tam ^_^


Monday 17 August 2015

FAEDAH MAKAN DI RUMAH

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Kak Tam kongsikan sedikit ilmu yang Kak Tam dapat dari postmaster Kementerian Kesihatan Malaysia. Sangat berguna untuk semua.

Langkah pertama untuk kehidupan yang lebih sihat adalah dengan merancang dan mengawal pengambilan makanan bermula dari rumah.

Jom rancang pemakanan kita dan keluarga untuk hidup lebih sihat =)

FAEDAH MAKAN DI RUMAH

Amalan makan di rumah membolehkan anda mengawal makanan yang diambil untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Jadilah lebih kreatif apabila memasak dengan menggunakan bahan atau kaedah memasak yang lebih sihat

Sediakan hidangan yang mengandungi makanan daripada gabungan pelbagai kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Dengan ini, anda boleh menikmati makanan yang lazat, berkhasiat dan sihat! 

Jom kita ketahui faedah makan di rumah…

From Kak Tam with luv :)

SAMBAL KACANG

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas, teacher anak-anak Kak Tam datang beraya. Kesian pula tetamu yang datang kalau tak dijamu. Dah la stok kuih raya rumah Kak Tam tahun ni limited dan dah habis dimakan pun. Jadi, Kak Tam siapkanlah juga juadah ringkas untuk jamu tetamu yang datang. Lagipun bukan selalu. Banyak pahala menghormati dan melayan tetamu tau.

Fikir punya fikir, akhirnya Kak Tam decide nak masak nasi impit, kuah kacang dan rendang daging. Memandangkan tetamu datang pada malam hari bekerja, maka sehari sebelumnya Kak Tam dah mula memasak, terutama rendang daging dan nasi impit. Sebab 2 ni je yang tahan lama :)

Yang lain-lain tu Kak Tam sediakan bahan-bahan dulu. Balik kerja boleh terus memasak. 

Sambal Kacang antara favourite Kak Tam. Kalau makan nasi impit, mesti nak ada kuah atau sambal kacang ni. Lawan dengan kuah lontong pun sedap tau. Meleleh air liuq. Hehehe.

Ada 2 jenis sambal kacang. Satu untuk dimakan dengan rojak, satu lagi sesuai dimakan dengan sate atau nasi impit. Biasanya, sambal kacang untuk kuah rojak lebih mudah dan simple. Tapi yang satu lagi tu pun tak ada lah susah mana pun. 

Resepi sambal kacang ni adalah resepi mak Kak Tam. Simple dan mudah. Petua nak bagi sedap, pertama bawang dan lada kering digoreng sebentar dan yang kedua, jangan letak "pak aji". Rasa sambal kacang akan berubah dan tak original kalau letak "pak aji". Memadai dengan letak garam dan gula secukup rasa. 

Ok, jom kita tengok resepi mudah sambal kacang Kak Tam.

SAMBAL KACANG/ KUAH KACANG





Bahan-bahan:

6 ulas bawang kecil 
(gantikan dengan 1 biji bawang besar pun boleh)

5 ulas bawang putih

Segenggam cili kering 
(kurang lebih, terpulang kepada tahap kepedasan yang anda suka)

Setengah kilo kacang tanah 
Air asam jawa
Gula dan garam
Sebatang serai (letak boleh, x letak pun boleh, tapi kalau nak aroma kuah kacang yang sedap, letaklah ^_^)

Minyak masak secukupnya

Cara-cara:
  1. Kacang tanah yang telah dibasuh dan ditoskan digoreng sehingga garing. Hati-hati, jangan sampai hangit pula. Nanti kuah kacang rasa pahit. Kacang yang telah digoreng diblend atau ditumbuk hingga halus. Terpulang kepada tahap kehalusan yang diingini. Dah siap, asingkan.
  2. Bawang kecil/besar, bawang putih dan lada digoreng sebentar. Cukup sekadar layu. Kemudian blend. 
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak jangan banyak sangat ye. Kemudian, tumiskan sebentar bawang kecil, bawang putih dan lada yang telah diblend tadi. Tak perlu sampai garing.
  4. Masukkan kacang hancur. Gaul rata.
  5. Letak sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan serai yang telah dititik.
  6. Kacau rata dengan api perlahan. Jangan sampai hangit di bahagian bawah periuk atau kuali ye. Kacau sehingga masak.
  7. Sedia untuk dihidang :)
Alhamdulillah. Dah siap satu resepi. Senang kan. Apalagi. Boleh la cuba lepas ni. 

Ada sesetengah orang mencampurkan air daging sate ke dalam kuah kacang yang dimakan bersama sate untuk menyerlahkan lagi rasa kuah kacang tersebut. Untuk yang dimakan dengan rojak, tak perlu letak serai. Tapi kalau nak letak pun tak salah. Sedap juga :)

So, boleh cuba ye lepas ni. 

Oh ye. Hari kejadian, Kak Tam terlebih rajin la pulak. So, sempat juga sediakan bihun goreng dan fruit cocktail untuk teachers menjamu selera. Seronok tengok cikgu-cikgu bujang ni makan. Semangat. Hehehe

Terima kasih teachers TCT kerana sudi datang bertandang ke rumah Kak Tam. Lain kali boleh datang lagi. Panjang umur, Kak Tam masak lagi.

Salam sayang dari Kak Tam ^_^





Rumah Berhantu

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt..

Hehee... Tajuk saja bikin gempak. 
Tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati. 

Sebenarnya Kak Tam agak ketandusan masa lapang. Masa untuk menjengah blog yang tak seberapa ini. Maklumlah, raya penuh dengan aktiviti keluarga. jemputan open house lagi. Melayan tetamu datang lagi. Memandangkan raya pun dah habis, kerja pun semakin kurang (alhamdulillah :)) , jadi, hari ini Kak Tam kuatkan semangat menerjah blog kusam ini. 

Cari masa barang sepuluh minit untuk "kemas-kemas" sikit blog Kak Tam ni ^_^ Kesian dia. Cerita kawan-kawan pun dah lama x baca. 

Tak mengapa lah. Kita cari semula semangat yang hilang tu. Chaiyok!!!

Apa nak dicerita??? Tunggu saja lah ye.

Babai.

Salam sayang dari Kak Tam =)