Friday 23 October 2015

Papa Offshore

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari ni dah masuk hari ke 8 En. Suami offshore. Anak-anak dah mula terasa. Mula bertanya Papa balik ke tak. Bila Papa nak balik? Khalis dan Iman yang dah faham pun turut bertanya juga. Sian la hai. Dah mula rindu la tu.

Weekend ni merupakan weekend kedua tanpa Papa. Which means, bila takde Papa, kurang la aktiviti-aktiviti luar. Lagi-lagi bila jerebu ni. Duduk beraktiviti dalam rumah sahaja. Kesian, tapi nak buat macam mana. Mama takut nak bawa keluar jalan-jalan sorang-sorang. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ni banyak sangat kes culik kanak-kanak. Sampaikan ke tahap masuk ke dalam rumah untuk menculik. Allahuakbar! Dalam rumah sendiri pun dah x selamat, apatah lagi kat luar.

Mama juga dah kehabisan idea nak buat aktiviti apa dengan anak-anak dalam rumah. Bukan xde, tapi Mama faham yang diorang nak sebenarnya main kat luar, bersiar-siar dalam kereta. So, bila ada aktiviti dalam rumah pun cepat terasa boring. Dapat lah bertahan untuk 30 minit pertama. Itu pun cukup lama. Sudahnya end up main hp or ipad. Itu yang Mama x berapa suka sangat tu.

Untuk weekend ni, Mama harap xde la jerebu sangat. So that Mama boleh bawa anak-anak Mama keluar sekejap. Plan nak bawa ke rumah Along di Taman Keramat Permai, KL. Ajak Acik keluar ke AEON Setiawangsa sekejap. Beli belah sket. Belanja anak-anak makan KFC sket. Then balik.

Nampak biasa je kan plan nya. Xde apa yang menarik. Tapi bagi Mama dan anak-anak yang memang jarang bersiar-siar di shopping complex ni, ini juga salah satu aktiviti yang sangat menarik kalau nak dibandingkan duduk di rumah ^_^. Lagipun bukan selalu bawa anak makan luar. Kalau ada teman barulah boleh bawak diorang ni makan luar. Maklumlah, nak kawal 4 orang kanak-kanak riang memang satu tugas yang mencabar. Hehehe

Papa lambat lagi balik. Kalau ikut schedule, 3rd November baru ke darat. Itupun bergantung pada cuaca. Kalau jerebu, mungkin delay lagi. Kalau balik pun, masih perlu masuk office sehari dua, then baru bercuti panjang. 

Sebenarnya Mama agak terasa juga bila Papa offshore ni. Kalau dikira-kira, sudah hampir 6 tahun Papa x offshore. Bila dah ada khalis,  Papa dah tak ke offshore lagi. Pastu berderet-deret dengan yang lain pulak kan. Sudahnya, bertahun x ke offshore. Kiranya ini kali pertama Papa ke offshore bila dah ada anak. 

Bila Papa xde, Khalis tukang kira hari kat kalendar. Setiap hari dok pangkah kat kalendar yang Mama buat khusus untuk tempoh Papa ke offshore ni. So, hari-hari juga lah dia dok menghitung hari kepulangan Papa di kalendar tu. Sian la hai.... First time Papa berjauhan dalam tempoh yang agak lama :(

Apa pun... Life must go on. Mama kena kreatif pikirkan apa aktiviti nak buat dengan anak-anak. Last weekend dah buat aktiviti craft dengan diorang. Beli sket bahan-bahan di Mr.DIY. Simple aktiviti yang menyeronokkkan anak-anak macam gunting-gunting kertas, tampal-tampal, buat ulat bulu dengan menggunakan fur balls, main counting marbles dan lain-lain. Rumah memang bersepah. Tapi tak apa la kan. Asalkan diorang tak boring.

Oklah. Pagi ni nak memikirkan apa plak aktiviti nak buat dengan anak-anak esok. Since hari ni plan nak jalan-jalan, sempat lagi la nak merancang aktiviti esok. 

Jom masak bekfes. Dah pukul 7.00 pagi dah ni. Anak-anak dah mula bangun. Cepat Mama! Sebelum ada yang bising lapar ^_^



Sunday 18 October 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Teks: Rahimah biti Omar

Assalamualaikum wbt.

Dah lama Kak Tam teringin nak buat sendiri cheese tart ni. Selalu tu kalau teringin Kak Tam tempah je dari kawan. Senang. Tinggal ngap je kan ^_^

Tapi bila tengok kat blog Kak Ita Masam Manis, rasa bersemangat pula nak buat. Dalam blog Kak Ita, dia ajar step by step untuk hasilkan cheese tart ni. So, bila baca dan fahamkan, xde la rasa susah sangat.

Apalagi, sementara ada semangat ni Kak Tam terus pergi beli bahan-bahan untuk hasilkan cheese tart ni. Dan yang paling best kedai bakery Kak Tam pergi tu ada jual shell cheese tart yang ready made. Hehehe. Senang dah kerja Kak Tam. Tinggal buat filling je kan. X apalah, untuk first timer macam Kak Tam ni bleh la ngelat sket. Heheheh.

Okay, ini lah gambar-gambar semasa proses penyediaan cheese tart ni. Kalau nak tahu, Kak Tam buat cheese tart ni dengan anak-anak. Memang plan nak buat aktiviti hujung minggu dengan anak-anak. So, inilah hasilnya.

Iman tolong susun.

Sambil susun dalam bekas, susun jugak dalam mulut sendiri. Hehehe

Siap dah.

Si Gebuusss.


Akhirnya yang susun dalam bekas tak penuh pun ^_^

Alhamdulillah. Berjaya juga akhirnya menghasilkan sendiri cheese tart. Next time belajar buat shell pula ye. Tq so much Kak Ita. Senang ada blog Kak Ita ni. Step by step yang diajar mudah difahami. InsyaAllah tak sesat jalan =)

Okaylah. Jom kita tengok cara-cara nak buat cheese tart ni.

BLUEBERRY CHEESE TART GEBOOSS

Bahan-bahan:

Untuk shell (resepi dari blog Kak Ita untuk rujukan Kak Tam nanti)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur grade C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara:

Pukul marjerin dan gula. Tak perlu lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh dalam plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekankan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada sugu 170°c selama 20 - 25 minit atau hingga masak.

******************************************

Blueberry Filling/ inti (bagi yang nak letak filling).

Cara mudah untuk letakkan filling dalam shell adalah dengan memasukkan filling dalam piping bag. Kalau tak ada, beg plastik pun boleh. Guntingkan hujungnya.

Picitkan sedikit filling ke dalam shell tadi. Lagi banyak lagi sedap =)

******************************************

Cream Cheese

250gm cream cheese -pastikan cheese telah dikeluarkan awal.
50gm gula kastor
1 biji telur size B
1/2 sudu teh esen vanilla

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan cream cheese yang sudah siap dibancuh ke dalam piping bag untuk memudahkan diletak ke dalam shell nanti. Letakkan cream cheese penuh-penuh hingga membuncit. Baru nampak gebu ^_^

Kalau rajin nak melorek, ambil sedikit cream cheese yang dah dibancuh tadi. Campurkan dengan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata.

Buat garisan kecil di atas cream cheese yang telah diisi ke dalam shell tadi. Kemudian tarik dari atas ke bawah. 

Kalau nak tau cara melorek step by step beserta gambar, boleh pergi ke link blog Kak Ita kat atas tu ye. Kak Tam xde gambar step by step melorek ni.

ALHAMDULILLAH, merasa jugalah buat sendiri blueberry cheese tart. Biasanya kalau dah pernah buat sekali, insyaAllah next time dah tak susah dah. Lagi-lagi kalau kegemaran anak-anak. Confirm memang akan repeat buat.

Apa pun,tahniah untuk diri sendiri sebab maju setapak lagi dalam bidang bakery ni =) 







SODA HERBS

Teks; Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

"SODA HERBS ... sedap, segar dan menyamankan". Bila baca status ni di blog kak ita masam manis, terus terasa nak cuba buat soda herbs ni. Kebetulan bahan-bahan pun ada. Apalagi, jom kita cuba. 

Dan hasilnya... tadaaa... nampak sedap dan menyegarkan kan..




Mula-mula tu Kak Tam takut-takut juga nak rasa air ni. Ntah hapa la rasanya bila letak serai kan. Tapi bila dok pikir semua yang dah merasa soda herbs ni kata sedap, so rasa la jugak.

Hmmm.. boleh tahan jugak rasanya. Rasa serai tak obvious sangat sebab dah bercampur-campur dengan rasa lemon, air soda/bikarbonat dan asam boi. Rasa masam manis dan pudina yang menyegarkan. Seronok pula bila menjadi.

Bagi suami Kak Tam rasa, tapi tak kena plak dengan selera dia. Katanya air untuk kurus ni ^_^ hehehehe. 

Ok. Bagi yang nak mencuba, simple saja resepinya. Boleh diolah ikut bahan-bahan yang ada dirumah.

SODA HERBS

Bahan-bahan:

Air ais krim soda/ air bikarbonat
Sebatang serai
Sedikit daun pudina
Lemon
Asam boi
Buah laici - Kak Tam x letak
Air batu/ais

Cara penyediaannya mudah sahaja. Potong lemon. Ketukkan serai. Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas air yang bersesuaian. Kuantiti bahan-bahan ikut kesesuaian kuantiti air soda yang digunakan.

Dah siap, biarkan seketika supaya semua bahan-bahan sebati. Sebelum minum jangan lupa baca Bismillah ye =) Barulah berkat.

Alhamdulillah. Sedap. Tapi anak-anak kecil mungkin tak berapa suka dengan soda herbs ni. Ye lah, tengok serai terapung-apung dalam air tu pun dah buat muka pelik. Hahahaha. X apalah. Nampaknya mama sorang je la dalam rumah ni yang suka. Lambat lagi la nak repeat buat soda herbs ni. Hehehe.

Okay, selamat mencuba kawan-kawan ^_^


Sunday 4 October 2015

Nyonya Valley Restaurant Cyberjaya

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Ini cerita bulan lepas. Pejabat Kak Tam mengadakan farewell party untuk sahabat yang akan berpindah ke jabatan lain. Agak sedih kerana kami kehilangan 2 officemate yang agak rapat.

Bukan meraikan pemergian mereka, tetapi majlis ini lebih kepada menghargai jasa dan pengalaman terakhir bersama sebelum mereka berkhidmat di tempat baru.

Kali ini bos belanja. Apa lagi, cik puan Netty Aziz bijak memilih restoran Nyanya Valley sebab tempatnya selesa dan agak privacy. Harga makanan? Letak tepi sebab bos belanja kan. Hehehe.



Restoran Nyonya Valley ini terletak di Cyberview Garden, Cyberjaya. Makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi baba nyonya atau peranakan. Personally Kak Tam rasa makanan yang dihidangkan sedap dan menepati citarasa Kak Tam. Ada pedas, manis,  masam .... semua cukuplah. Tapi Kak Tam rasa bukan Kak Tam sorang je yang suka makanan di sini, yang lain pun sama. Ini terbukti bila semua makanan yang dihidang licin dimakan semua. Bajet2, bila duduk semeja ngan bos ni masing-masing makan ala kadar dan malu-malu. Rupanya, meja kami la yang habis licin dulu berbanding meja satu lagi. Hehehe.

Untuk majlis ini, cik puan Netty Azis menempah makanan seawal beberapa hari sebelum majlis. Untuk makan 20 orang, cik puan Netty Aziz tempah 2 set Set C. Antara menu dalam Set C ini ada tom yam ayam, siakap tiga rasa, sambal udang petai,  mix vegi, kerabu mangga, deepfried tofu, deepfried enoki mushroom dan lain-lain. Harga set dalam RM 450.00++. Kali 2 set. Hehehe... Kira la sendiri ye berapa bos Kak Tam kena bayar untuk melampiaskan nafsu makan anak-anak buahnya. Hahaha. Takpe la. Sesekali tapau bos kan. Terima kasih bos ^_^

Untuk tempahan, boleh call restoran ini di no telefon 03-8320 2728. Boleh lawati wesite www.nyonyavalley.com. Boleh buat tempahan awal, survey dulu menu yang disediakan dan boleh kemukakan pertanyaan berhubung harga yang ditawarkan. 

Jom tengok gambar-gambar sebelum dan selepas kejadian. Hehehe.