Sunday 26 June 2016

NH Original VS Tiruan

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Untuk pertama kalinya, teragak-agak nak buat entry pasal tudung NaelofarHijab (NH) ciplak ni. Ye lah. Sekarang ni zaman orang suka kecam orang. Kita tulis sebagai pandangan peribadi pun orang caci giler-giler. Kena berhati-hati jugakkan.

Citernye gini. Kak Tam gi bazar jualan kat office ni. Singgah la gerai tudung ni. Belek-belek. Eh! Ni design NaelofarHijab Raya Collection 2016 ni. Hmmm... Belom pape dah kena ciplak design terbaru ni. Nasib la Naelofar hai ^_^

Saje lah belek-belek lagi. Rasa kualiti kain, design, batu-batu blink-blink tu. Nak tengok la ape bezanya dengan yang original. Hasilnya, boleh tabik spring jugaklah kat orang yang ciplak ni. 

Kualiti kain not bad. Chiffon yang digunakan agak berkualiti. Lembut beralun gitu =P 

Design. Hmmm, tiru habisss ^_____^

Batu blink-blink. Tak original. Batu biasa je. Tapi not bad lah. Cantik jugak. NH original guna batu swarovski. Blink-blink dah nampak dari jauh giteww =D

Tagging. Yang ni memang x boleh blah. Sebijik ditirunya. Aduhai.... -__-

Harga RM45 sahaja sehelai!!!

Kalau la saya jadi owner NH ni, lama dah nangesss menonggeng ^____^

Yang Kak Tam tengok ni adalah design yang terkini. Sebelum ni pernah juga belek-belek tudung NH ciplak yang design lama. Kualitinya jauh berbeza. Kain pun kasar sedikit. Bunganya pun kasar dan tebal. 

Kalau lah Kak Tam tak jual NH original, mau agaknya hakak sambar satu ^___^

Secara peribadi, Kak Tam tak salahkan pembeli. Selagi ada yang menawarkan kualiti yang lebih kurang pada harga yang berpatutan, pasti akan ada permintaan. Pembeli juga banyak bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kalau ada yang murah, nampak pulak sejibik macam pakai yang original. Why not sambar satu kan. Hehehe

Ciplak atau tak, itu belakang kira. Pada mereka itu masalah antara owner dengan si penciplak.

Tapi kan, yang x seronoknya, bila kita pakai yang orignal, ada yang bertanya 'ini original ke yang vietnam tu?"... Hadoiiii... Sentap kejap. ^___^

Lagi parah bila ada officemate yang tahu kita jual yang orginal. Dia pulak beli yang tiruan. Bila bertembung, dia lari dari kita. Eh eh??? Dah kenapa? Macam la bila bertembung tu kita nak belek-belek tudung dia ni ori ke tak kan. Hahaha. Terasa sendiri la tu ^__^

Kak Tam tak pernah kutuk orang yang pakai barang tak ori. In fact, banyak juga barang tiruan yang kita pakai kan. Cer cek kat rumah tu. Handbag? Kasut? Sampai ke makanan pun ada barang tiruan kan.

Walaupun jual NH original, bukan semua tudung Kak Tam NH belaka. Tak semua design Kak Tam beli pun. Banyak jugak tudung RM10 yang Kak Tam pakai hari-hari pergi kerja dan jalan-jalan. Kak Tam menjual atas dasar menambah pendapatan dan partner kepada seorang sahabat yang ada minat mendalam dengan koleksi NH ni. Itu sahaja. Tapi bila dah menjual yang original, of course la Kak Tam kena hormati ownership NH ni. Kita support pihak yang benar. =P

Kalau bercerita dari aspek perundangan, Kak Tam pasti ramai yang kata tak tahu atau tak aware benda ni salah. Walaupun rasanya macam tak logik je kan bagi excuse macam tu. Ala... sama macam isu CD cetak rompak la. Even dah tau cetak rompak pun beli jugakkan ;)

Cumanya, atas dasar hormatkan hak orang lain, adalah lebih baik kita cuba untuk tidak membeli barang-barang tiruan ni. Bagi orang yang nak ciplak pulak, kalau pun dah ketandusan idea, ciplaklah seminimum mungkin (boleh gitu ^_^) Ini sampaikan tangging dan plastik bungkus pun ko tiru habis. Sapelah yang tak nanges kan.

OK. Pasni terpulang lah pada masing-masing. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Jangan beli sebab ikut orang. Biar ada pendirian sendiri. Kata kan tidak pada NH tiruan!!! Gitewww =D

p/s: harap-harap xde la orang baca entry akak ni kecam akak pasni. Hahahaha!


Thursday 9 June 2016

DIY Kuih Raya 2016

Teks: Rahimah Binti Omar
Gambar: Encik Google

Assalamualaikum wbt.

Gambar sekadar hiasan. X buat pon lagi =P

Alhamdulillah. Sudah hari ke 5 Ramadhan.
Syukur masih diberi kesempatan beribadah di bulan mulia ini.

Baru hari ke -5. Dah nak cerita kuih raya ^__^
Takpelah. Semangat nak raya, hari pertama puasa pun dah pikir persiapan raya. Bukan ape. Rancang awal-awal senang. Bajet pun boleh disediakan ikut perancangan dan kemampuan kan (nak jugak justify =P)

Ada yang dah buat kuih raya ke?
Ke beli je tahun ni?

Macam tahun lepas, 
Kak Tam nak kurangkan membeli kuih raya bagi mengelakkan pembaziran. 
Tapi kan tahun ni konon-kononnya nak buat juga sendiri dalam dua tiga jenis. Setakat ni baru order satu balang tart nenas je :) 

Tu diaaa... Semangat!
Hahahahaa.

x tau la jadi ke tak kuih raya tu nanti kan.

Tak apa. Janji kita dah berazam. 
Jadi x jadi bergantung pada kelapangan, 
semangat dan kerjasama dari pelbagai pihak. 
Gitewww =D

Cadangnya nak buat kuih yang simple-simple je. Macam biskut cornflakes, cornflakes madu, popia nestum, kek batik, kek marble, cookies famous amos, biskut samperit... ehh.. lebih 3 dah ni =P

Tengah kumpul resepi-resepi ni. Maklumlah. Akak ni tahap amatur je. Semua nak kena ikut resepi. Resepi salah, maka x jadi lah biskut akak tu nanti ^__^

Tapi cornflakes madu, kek batik, kek marble, popia nestum tu dah expert dah. Hahaha. Itu je yg dok ulang buat. Mana x expert kan. Mudah bebeno. 
Hehehe

Ok lah. Saja nak mengisi masa lapang sementara lunch ni. 
Nak makan x boleh kan. 
Jom cari resepi!
(^_^)



Tuesday 7 June 2016

DIY Jurnal Ramadhan

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar: www.edumall.com.my

Ini Jurnal Ramadhan dan Pokok Ramadhan anakanda Khalis. Beli dari pihak sekolah. Yaya dan Iman pun ada juga sorang satu... walaupun puasanya "puasa yang yok, pagi2 bukak periuk" lagi =P Saje nak bagi semangat sket.

Dalam Jurnal Ramadhan ni ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Amalan wajib dan sunat seperti solat dan amalan sedekah yang dilakukan oleh anak-anak pula akan diberikan satu sticker dan ditampal di Pokok Ramadhan. Boleh lihat apa yang telah dibuat pada hari itu. Secara automatik kita juga boleh tahu apa amalan wajib yang tidak dibuat. 

Bagus kan? Siapalah pencetus idea ni ye. Semoga beliau sentiasa dalam Rahmat Allah sebab telah memudahkan kerja ibubapa yang sibuk macam Kak Tam ni =P

Bila tengok Jurnal Ramadhan dan Pokok Ramadhan ni, tertanya pada diri sendiri... Kenapa buat untuk anak tapi tak buat untuk diri sendiri. Sibuk suruh anak buat itu ini, tapi diri sendiri tak pula berusaha untuk buat perkara yang sama -__- 

Insaffff =(

Masih belum terlewat lagi. Baru 2 Ramadhan. Jom DIY Jurnal Ramadhan untuk diri sendiri.

Moga-moga dengan cara ini kita boleh istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan meningkatkannya sedikit demi sedikit. 

Moga-moga ia juga menjadi panduan untuk kita pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi amalan pada bulan Ramadhan.

Moga-moga ia juga menjadi peringatan untuk kita supaya tidak lupa untuk melaksanakan ibadah wajib.

Jom tengok contoh-contoh jurnal Ramadhan yang boleh dibuat untuk diri sendiri.

Sumber: norazlinanajib.blogspot.my

Sumber: norazlinanajib.blogspot.my

Yg ini boleh download di Islamedia

Boleh juga masukkan Menu Planner supaya tak pening kepala nak masak ape untuk berbuka puasa ^__^


My Quran Tracker. Untuk catatan bacaan Al-quran. Sekurang-kurang boleh catitkan berapa ayat yang telah dibaca. Dari mana hingga mana. Senang untuk rujukan keesokan hari.

www.amuslimhomeschool.com
Boleh cuba klik SINI untuk download jurnal Ramadhan untuk kanak-kanak ataupun untuk cari idea. 

OK. 

Dah ada idea? 

Jom la buat sesama ye.

Semoga dengan usaha kita buat Jurnal Ramadhan untuk diri sendiri ini merupakan satu titik permulaan untuk menjadi insan soleh/solehah.

Aminnnnn =D

Monday 6 June 2016

KURMA SEBAGAI AGEN PENENANG SEMULAJADI

Teks: Rahimah Binti Omar



Kurma sebagai agen penenang semulajadi.

Wow!!! Fakta yang menarik kan.

Kurma mengandungi asid amino triptofan yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin dalam tubuh bagi memastikan mood & memperbaiki kualiti tidur.

Hati yang tenang, emosi yang gembira & perwatakan yang ceria dan optimist boleh berjangkit tau =D

Bukan sahaja kita yang terasa bahagia, 
bahkan insan sekeliling kita juga akan terkena auranya!

Jom makan kurma setiap hari. 

Kurma tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma sewaktu sahur cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari :)

Alhamdulillah.
Dengan Qaseh Gold, 
amalan memakan kurma dapat diamalkan dengan mudah & konsisten.

Jom sebarkan kebaikan.
Sebarkan Qaseh sayang.

Untuk maklumat lanjut produk Qaseh Gold 
WA 0196930282


Marhaban Ya Ramadhan Al-Kareem

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur kepada-Nya kerana memberi peluang kepada hambanya ini untuk menikmati barakah bulan Ramadhan pada tahun ini. 
Syukur Ya Allah!

Alhamdulillah. 
Dah masuk hari kedua ni. Ada yang tak puasa ke? Hehehe
Kalau uzur syarie tu biasalah kalau x puasa. Kalau yang tak ada alasan untuk tidak berpuasa, moh la berpuasa. Rugi tau kalau tak puasa. Syaitan dah kena ikat. Inilah masanya untuk belajar mengawal nafsu diri sendiri.

 Bak kata nasihat seorang kawan...
Benda yang paling menakutkan di bulan Ramadhan adalah, 
mengetahui hakikat bahawa kalau kita buat jahat, ia bukan disebabkan oleh hasutan syaitan tetapi disebabkan oleh diri sendiri. 
-__-

Takut kan
=(

Masa ni lah kita nak kejar buat amalan sunat banyak-banyak. 
Tawaran pahala yang diberikan berlipat kali ganda. 
Tawaran yang memang tak diberi dalam bulan yang lain. 
Makanya, kalau ketinggalan memanglah tersangat rugi. 

Azam Ramadhan Kak Tam tahun ini :

#nak perbanyakkan solat sunat.

#nak perbanyakkan zikir dan menyebut nama Allah 
serta selawat ke atas Rasulullah.

#nak baca Al-Quran selalu (kalau boleh nak khatam).

#x nak miss solat terawikh (kecuali time period).

#nak perbanyakkan sedekah (walaupun dalam kuantiti yang sedikit).

#nak bangun buat qiamullail.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.
Engkau kuatkanlah semangat ku untuk mencapai azam Ramadhan ku ini Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu, jadikanlah Ramadhan ku pada tahun ini Ramadhan yang penuh dengan pahala dari Mu. Tingkatkanlah kesabaranku di atas setiap ujian yang Engkau berikan di sepanjang Ramadhan ini. 
Kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kepada ku. 
Agar dapat aku menunaikan ibadah kepadaMu tanpa jemu.

Salam Ramadhan Al-Kareem
^____^