Friday 19 August 2016

Sandwich Sardin / Tuna

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.


Sandwich Sardin ni Kak Tam buat untuk Majlis Sambutan Hari Raya di Sekolah Bakat ABS (sekolah Abang Khalis). Jenuh dok pikir. Nak masak apa la untuk pot luck majlis ni nanti. Muak dah rasanya makan makanan raya. Nak masak pun dah x lalu. Last last dapat idea nak buat sandwich. Senang sket. Xde la beria sangat nak masak2 pun.

Alhamdulillah, first menu yang habis masa jamuan tu. Seronok tengok orang makan. Ramai yang amik satu, pastu repeat amik lagi sekeping atau dua. Hehehe. Nak cakap sedapp la tu kan ^____^

Senang je nak sediakan sandwich ni. Bahan-bahan pun senang nak cari. Moh kita buat!

SANDWICH SARDIN / TUNA

Bahan-bahan:

Sardin / Tuna ( 1 tin besar cukup untuk 2 buku roti sandwich yang panjang) 
1 biji bawang merah 
Salad / Timun/ Tomato
Planta
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar Mayonese
1 biji limau kasturi

Cara-cara penyediaan:

#1. Ada 2 kaedah. Nak buat sardine masak atau guna sardine dalam tin terus tanpa masak. Untuk yang masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia. Kemudian masukkan sardine. Dah masak ambil ikannya sahaja. Hancurkan. Perahkan sikit air limau kasturi. Gaul sebati.

#2. Untuk yang tak nak masak, keluarkan isi sardine. Hancurkan. Bawang potong dadu kecil-kecil. Gaulkan dengan isi sardine. Perahkan sedikit air limau kasturi. Gaul rata.

#3. Campurkan sardine yang dah hancur dengan mayonese dan sos cili. Kalau nak pedas, boleh racikkan cili padi dan gaul sebati.

#4. Sapu rata planta atas setiap permukaan roti yang nak digunakan.

#5. Roti pertama susunkan salad/ timun/ tomato. Nak letak semua pun boleh. Lapiskan dengan roti. Letak sardine atas roti kedua. Lapiskan dengan roti ketiga.

#6. Potong tepi roti. Lepas tu potong ikut suka. Nak bentuk tiga segi ke. Empat segi ke. Kalau nak cantik, lapikkan dengan dolly paper atau paper cup masa nak susun. Nampak kemas dan elegant gitu =D

Tips:

#1. Salad, timun dan tomato dipotong nipis dan simpan dalam peti ais sekejap untuk bagi dia crunchy dan kering airnya. Nanti x la meresap dalam roti sandwich tu.

#2. Letak sardine di tengah-tengah roti. Rata kan sikit tapi bajet-bajet jangan sampai ke tepi roti. Sebab nanti masa nak potong, bila kita tekan sket dia akan spread evenly. Kalau terlebih ke tepi nanti meleleh. Lagipun nak potong tepi roti tu kan. Kalau ada sardine kat situ, rugi plak.   

#3. Guna salad kerinting tu. Kalau xde salad yang selalu orang buat nasi ayam pun boleh. Tapi seeloknya di potong-potong sket supaya senang nak susun atas roti nanti.

Resepi sandwich ni boleh buat jual tau. Wah! Self-claim gitewww. Huhuhu.

Ala, resepi sandwich mana-mana pun kalau buat elok-elok dan sedap bleh je jual. Laku tak laku je la kan ^___^

Moh kita buat. Nak jual ke, nak makan sendiri ke, nak buat untuk pot luck  ke. Semua pon boleh.

Sila sila =D

4 comments:

  1. Salam sis bole Tanya mana nk dptkan tuna yg dlm tin besar tu

    ReplyDelete
  2. Salam sis bole Tanya mana nk dptkan tuna yg dlm tin besar tu

    ReplyDelete
  3. Thanks sis for sharing resepi😀

    ReplyDelete