Thursday 18 February 2016

KLINIK GIGI DR AZILA, BANDAR BARU BANGI

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama Kak Tam x menjengah klinik gigi, akhirnya minggu sudah terpaksa juga ke klinik gigi. Gara-gara gigi geraham dah kopak. Susah nak makan. Kalau terkena pada lubang, haruslah rasa ngilu yang amat… *_*

Sebenarnya gigi tu dah meragam lama dah. Dari tahun lepas. Hahaha… Punyalah lama bertangguh kan. Bajet-bajet gigi tu boleh baik sdr… or boleh tumbuh balik ker  -___-

Tahun lepas dah berkira-kira nak buat rawatan. Terfikir juga, kalau bertangguh, makin lama makin ‘cantik’ gigi aku ni… Silap-silap rongak terus ^_^.  Gagahkan diri, kuatkan semangat, pergilah juga ke klinik gigi di Seksyen 3, Bangi. 

Bila doctor check, dia cadangkan buat scalling dulu sebab karang gigi dah banyak dan tak nampak kawasan mana sebenarnya yang berlubang. Bila dah clear baru boleh buat tampalan. Masa ni, lubang tu x besar lagi. Makanan masih susah nak keluar masuk situ ^_^. 

Bila dah doctor tu cakap macam tu, buat jugalah scalling tu dulu. Pas dah buat, dia kata banyak darah keluar pulak dan x boleh buat tampalan hari tu. So kena datang hari lain. Kak Tam tak pastilah, ini sebenarnya prosedur biasa atau agenda doctor tu supaya dapat profit lebih hari tu. Hahahah… x baikkan.

Bila dah balik… hmmmm… susah la nak cari jalan ke klinik tu semula -___- sampai la hari berganti hari… bulan berganti bulan… dan masuklah tahun baru… heheheh

Last week, rasa macam dah tak tahan sebab dah tak dapat nak menikmati makanan dengan betul. Gara-gara gigi tu patah lagi sikit dan menjadikan lubang yang asalnya kecik dah menjadi semakin besar. Seronok la makanan semua lepak kat situ.

Terpaksalah kumpulkan semula semua semangat yang dah hilang tu…. dan dengan nekad dan semangat… sampailah akhirnya ke depan Klinik Dr Azila di Bandar Baru Bangi. Masa ni memang bajet dah tak boleh selamatkan gigi ni. Bajet-bajet nak kena cabut dah hari tu. Maklumlah, gigi tu dah hampir tinggal separuh kot. ¼ gigi dah patah. 

Tapi bila doctor check katanya gigi tu masih kuat dan kukuh. Cuma patah je. So, Dr Azila bagi 2 options. Sama ada cabut atau buat ratawan akar (root cannal treatment (RCT)). Sebelum kata putus diberi, Dr Azila explain dulu keadaan gigi Kak Tam macam mana. Kalau buat RCT tu macam mana. Berapa kos dan lain-lain. Kata dia, sayang kalau cabut…  dan disebabkan kata-kata beliau itulah Kak Tam akhirnya memutuskan untuk buat RCT walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu betapa kecut perutnya nak menyerah diri untuk dikorek-korek giginya -___-

Tapi hari tu tak buat RCT lagi. Hanya buat tampal biasa dahulu. Sebab ada gigi lain juga yang ditampal pada hari tu. Jadi, macam x selesa la pulak nak buat semua dalam satu hari kan.  Buat tampalan sementara untuk gigi geraham yang bakal menjalani RCT tu juga merupakan satu proses yang mengerikan. Kak Tam kena bius dulu sebab gigi geraham yang patah tu dah pun ada tampalan asal. Tampal zaman sekolah menengah dulu. Punyalah lama. Jadi, Dr kena buang tampalan asal dulu, tampal dengan tampalan sementara, then barulah boleh buat RCT. Kena bius sebab nak buang tampalan lama tu prosesnya agak menyakitkan sebab kena korek betul-betul untuk pecahkan tampalan lama tu. 

Sepanjang proses, tak rasa sakit sebab dah bius, tapi ngerinya tak usah cakap lah. Macam-macam doa baca. Mengalahkan nak bersalin. In fact, segala zikir munajat, doa-doa mengurangkan sakit dan segala petua-petua semasa nak bersalin habis Kak Tam baca. Hahahaha…. Punyalah takut kan.  

Dia punya lega lah bila dah siap tu, Allah sahaja yang tahu. Macam rasa baby dah selamat dilahirkan je =p

Alhamdulillah. Yang penting selamat . Heheheh…

Kos untuk tampal 2 batang gigi geraham di Klinik Dr Azila ni RM120. Mahal ke? May be mahal sket kot. Tapi ini kos untuk buka tampalan lama dan buat tampalan baru sementara tau. Plus bius. Bukan tampal gigi biasa-biasa tu. So, personally Kak Tam rasa harganya ok. Reasonable la. Sebab pernah dengar orang tampal gigi 3 batang RM310.

Service pun bagus. Dr pun bagus dan cekap. Kak Tam suka sebab Dr Azila ni akan rekod keadaan semua gigi-gigi yang ada dalam mulut korang tu sebelum memulakan apa-apa prosedur. Pergi klinik yang sebelum tu, xde la pulak nak rekod bagai. Dr ni hanya buat apa yang kita nak buat. Tapi pada masa yang sama dia juga bagi nasihat apa yang terbaik. So, keputusan atas kitalah nak buat apa sebenarnya. 

Kos juga diberitahu awal-awal. Jadi, boleh la bajet. Kalau agak-agak tak cukup cash, klinik ni juga menerima Credit Card. Kos juga pada Kak Tam agak reasonable. Contohnya, RCT hingga selesai rawatan, kos adalah RM995. Kenapa Kak Tam kata reasonable? Sebab dah pernah survey sebelum tu. Rata-rata klinik gigi area Bandar Baru Bangi ni kos RCT adalah RM1k ke atas. Rate biasa RM1500 untuk sebatang gigi. Lebih dari tu pun ada. Kak Tam tak kata murah sebab pernah juga survey harga murah. Tapi tu klinik gigi dekat kampung la. Murah-murah pun tak kurang RM500 ye. 

Nak lagi murah, boleh ke klinik pergigian Kerajaan. Kemudahan yang ditawarkan pun tak kurang hebat juga tau. Dengan kos beberapa RM sahaja (x tau exactly berapa RM sebab tak pernah pergi, tapi kawan baru buat kat situ) boleh buat RCT juga. Kak Tam buat kat private pun sebab boleh claim kat company suami.

Ok, next entry pasal RCT … bila dah selesai dan dah boleh bergaya dengan gigi yang dah dibaik pulih^_^… Hahahah

Selamat gigiku… Kalau x, mau kena geng dengan orang-orang yang pakai Polident =P  

Peace :)

Tuesday 16 February 2016

TASIK PUTRAJAYA - WETLAND

Teks: Rahimah Binti Omar

 Assalamualikum wbt

Hari ni ada lawatan kerja ke Perbadanan Putrajaya untuk menimba ilmu mengenai pengurusan tasik dan sumber air di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kami dibawa menaiki boat bermula dari jeti di Taman Empangan Park melalui Tasik Putrajaya hingga ke Wetland. 

Teruja dapat naik boat mengelilingi Putrajaya. Apalagi. Ambil gambar je la jawabnya. Walaupun dengan menggunakan telefon yang tak berapa nak canggih ni, masih banyak gambar cantik yang boleh dirakamkan untuk kenangan dan simpanan peribadi.

Malas nak cerita panjang. 
Enjoy the pictures =)

Gambar dari Empangan Putrajaya. Malangnya, ini adalah kawasan larangan.
Tidak dibuka untuk orang awam ye. Kawasan sangat cantik.
Tapi memandangakan hari sangat panas, ambil gambar apa yang dapat je la.
Juga dari empangan.

Ala-ala di Paris... katanya ^_^
Nampak boat tu. Kami naik boat tu la...

Eh? Ada pulak yang enter frame :p

Taman Empangan Park Putrajaya

Jauh juga nak berjalan ke boat tu...

Clear picca

Masjid Besi dan Bangunan Tabung Haji (belum siap lagi)

Masjid Besi

Bangunan Tabung Haji (belum siap lagi)

Offices


Hot Air Balloon

Monumen Alaf Baru aka Menara Pensel :)



Menara Sri Wilayah/Kementerian Wilayah Persekutuan  = Office ku 

Masjis Putra, Putrajaya

PM Office


Dah sampai ke Wetland

Jangan tak tau ye. Ada pelbagai jenis unggas yang dibela kat sini bagi mengekalkan ekosistem. Yang nampak ni sikit je.

Tenang dan damai


Sedang berehat di atas pokok



Ada juga yang migrate dan kemudian tak nak balik. Sedang memohon PR katanya :p


Central Wetland. Kereta boleh masuk hingga ke sini. So, boleh bawa anak-anak tengok burung-burung yang ada.



Cer tengok...

Bangau ni pandai tau. Dia tumpahkan makanan dalam bekas tu. Then tunggu sampai ikan datang makan. Dia ready je kat tepi tu nak ngap... Begitulah ekosistem dikekalkan.

Ehem ehem... Dua sejoli.




Banyak ikan tau dalam tasik / wetland ni. Lampam pun ada. Tapi kawasan ni adalah kawasan dilarang memancing ye. Ada kawasan tertentu je yang dibenarkan untuk memancing.


Anak ikan berenang-renang

Pelbagai jenis spesis hidupan dan tumbuhan.
Banyak lagi gambar. Tapi cukuplah ini sahaja untuk tatapan. 
Masih ada satu tempat lagi yang tak sempat dijelajah. Insyaallah kalau ada masa nak pergi ke Pusat Penghayatan Alam (Nature Interpretation Centre) di Wetland. Katanya buat masa sekarang, masuk adalah percuma. So, bolehlah bawa anak-anak ke sana. 

Cintailah alam sekitar ^_^

Monday 15 February 2016

ORANG LELAKI & MASAKAN MAK

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas Kak Tam sekeluarga balik ke Tanjung Malim, rumah mak mertua. Tak ke mana pun, duduk kat rumah je sebab pak mertua sakit dan kena tahan di Hospital Slim River. Adik-beradik suami pun semuanya balik. Jadi, aktiviti biasa bila dah kumpul reramai ni adalah makan-makan. Cuma kurang meriah sebab mak dan abah mertua takde sekali. Tapi makan tetap makan :)

Hari-hari, menantu-menantu ni dok sibuk pikir nak masak apa nak bagi anak-anak dan suami masing-masing makan. Memandangkan ada Kak Long (menantu perempuan sulong), semua aktiviti masak memasak di ketuai oleh beliau. Kak Tam dan ipar duai sorang lagi tolong potong-potong, masak yang simple-simple dan hidang makanan je la. Pendek cerita, kitorang makan air tangan Kak Long sepanjang kat kampung tu.

Satu hari, Aiman (adik ipar) komplen. Sup x sedap la, hanyir la. x macam mak masak la. x lalu makan la. Banyak pulak komplen dia =p Nasib la Kak Long dah balik masa tu. Kalau x kecik hati kakak tu.

Mak kata, orang lelaki memang macam tu. Dulu-dulu abah mertua pun macam tu jugak. Komplen mak masak x sedap, x sama macam mak dia masak. Abah suruh mak masak rendang sama macam mak dia masak. Suruh masak ikan masak tempoyak sama macam mak dia masak. Suruh masak itu dan ini sama macam mak dia masak. Tension mak ^_^ 

Tarik muka masam juga bila selalu kena tegur begitu. Macamlah kita ni x reti masak. Pada hal setiap kali balik kampung sebelah abah, mak juga yang ke dapur memasak itu ini. Laju je makan. Sedap la pulak. Xde komplen apa-apa pun. 

Kata mak, itulah dia orang lelaki. Air tangan maknya dah sebati dengan tekaknya. Kalau ada berubah sikit je pun, automatik rasa x sedap. Padahal ok je. Sama je resepi dan kaedah memasaknya. Bahan-bahan tak ada satu pun yang kurang. Tapi ada je silap si isteri yang memasak. Yang belum berkahwin, orang lain masak walaupun adik beradik perempuan sendiri pun akan jadi tak sedap macam mak sendiri masak.

Nak ubah tekak orang lelaki yang dah biasa dengan air tangan maknya memang susah. Bahkan orang perempuan, isteri terutamanya kena banyak bersabar. Masak macam mana sekalipun takkan jadi sama sebijik macam mak tu masak. Itu adalah perkara biasa. Tapi nak bagi tekak orang lelaki biasa dengan air tangan isteri memang susah. 

Mak kata, orang lelaki ni bukan tak boleh makan pun kalau tak sama rasa macam maknya masak. Makan juga, siap bertambah lagi nasi tu. Sedap la tu maknanya. Cuma tak nak mengaku. Dia x kata tak sedap. Dia cuma kata x sama macam mak dia masak. Hmmm. sudahnya, diam ajelah. Jangan dilayan sangat komplain suami tu. Kalau betul-betul tak sedap tu lain la cerita. Ini isunya hanya sebab tak sama macam mak dia masak. Itu je. Nampak simple, tapi boleh jadi gaduh besar tau kalau tak sabar.

Kak Tam juga x lepas dari isu ini masa mula-mula kawin tu. Ada juga encik suami komplain. Tapi alhamdulillah la suami Kak Tam jenis makan yang simple-simple je. Kak Tam masak je apa yang Kak Tam tahu. Yang mana memang masakan favaorite yang mak mertua selalu masak macam ayam masak susu, ikan masak tempoyak .... itu memang Kak Tam tak masak kat rumah. 

Lama-lama, bila suami dah biasakan tekak dengan air tangan Kak Tam, ada masakan kegemarannya hasil daripada air tangan Kak Tam sendiri. Ada juga yang hasil masakan mak mertua. Jadi, win-win situation la ^_^

Panjang sembang ngan mak mertua hari tu. Sekurang-kurangnya Kak Tam tahu la. Apa yang Kak Tam lalui adalah sama dengan yang mak mertua pernah lalui. ... dan berkemungkinan juga sama dengan apa yang isteri-isteri di luar sana pernah lalui. Jadi, bukanlah ia sesuatu yang tak normal kan.

Hmmm... sape kata sembang ngan mak mertua x best =p
  

Thursday 11 February 2016

CARROT CAKE SIMPLE

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

SIMPLELICIOUS CARROT CAKE

Dah lama Kak Tam berhajat nak buat carrot cake ni. Tapi asik tertangguh sebab tau kek ni hanya Kak Tam seorang je yang makan kalau dibuat. Anak-anak tak berapa gemar.

Satu lagi, Kak Tam kalau baru first time nak cuba buat kek ni tak pandai la nak bajet-bajet buat separuh adunan. Takut x menjadi. Nampak sangat amatur nya tu kan ^_^

Bila mengenangkan bahan-bahan semua dah ada ... Dan nak menambah ilmu dan menambah resepi yang telah dicuba, maka Kak Tam rajinkan la diri untuk buat carrot cake ni.



OK la untuk first timer cam akak ni =P
TADAAAA....

Inilah hasilnya Carrot Cake yang baru first time Kak Tam buat sendiri ni. Amacam? Nampak menyelerakan tak? Heheheh.... Ni buat sendiri tau. Bukan beli kat Secret Recipes. Abaikan alas kek Secret Recipes tu ye. Kita gunakan apa yang ada kat rumah je.

Untuk Carrot Cake ni, Kak Tam cari dan guna resepi yang mudah dan senang. Ada macam-macam versi resepi carrot cake ini. Tapi secara amnya, bahan asas yang digunakan adalah sama. Banyak sumber rujukan dari blogger-blogger masakan yang terkenal. Kak Tam combine kan, cari yang mudah.... dan inilah hasilnya. 

INSYAALLAH, seamatur manapun anda, pasti akan menjadi asalkan langkah-langkah penyediaan diikuti satu persatu.

Antara sumber rujukan Kak Tam adalah Azie KitchenAzlita Mazam Manis dan Resepi Mak Dara

Ikutlah mana yang nak diikut. Kak Tam combine sana sini.... dan inilah hasilnya.

CARROT CAKE SIMPLE


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm gula kastor (Kak Tam kurangkan sikit)
120 gm gula perang
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis (x yah letak kalau x suka)
1 cawan walnut (panggang dan cincang kasar)
2 cawan carrot (parut kasar dan toskan airnya jika terlalu berair)
1 cawan kismis (x letak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati.
  2. Ayakkan tepung gandum, baking soda, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan tadi sambil terus diputuar.
  3. Masukkan pula carrot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan kertas minyak. Bakar selama 45 atau sehingga masak pada suhu 180c.
  5. Untuk yang suka nak letak kismis, separuh kismis boleh digaulkan dalam adunan, manakala separuh lagi boleh ditaburkan di atas adunan supaya ia tak jatuh ke dasar kek.
  6. Siap masak, sejukkan dan bolehlah dihias dengan frosting cream cheese.

Cream Cheese

Bahan-bahan:

2 cawan gula icing (Kak Tam kurangkan)
250gm cream cheese
5 sudu besar unsalted butter (butter biasa pun boleh)
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan
  1. Putar cream cheese, butter dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kak Tam suka kurang manis sebab kek dah manis :)
  2. Sejukkan sebentar dalam peti ais sehingga agak stiff sebelum disapu rata di atas kek.
  3. Dah siap, boleh la dihias ikut citarasa masing-masing dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba =)

KEK MARBLE INSPIRASI ALIA

Teks: Rahimah Binti Omar

Lai.. Lai.. Kek marble panas. Corak marble suka hati nama nya ni .
Saje je bagi nama kek marble ni gempak sket. Padahal kek marble biasa je. Hehehe. Tapi kita bagi dia nama glamer sket sebab inspirasi nak belajar buat kek marble ni datang daripada officemate Kak Tam, Cik Alia Suzila yang manis. First time  makan kek marble ni rasa sedap. Hasil air tangan Cik Alia tu la. 

Sebelum ni ada gak kawan Kak Tam yang memang minat buat dan makan kek marble ni dok promote berulang kali. Tapi entah la ye, masa tu takde rasa teringin pulak. Tapi sekali dah rasa kek marble Cik Alia tu, hmmm... Berkenan la plak. Harus lah kena cuba buat kan.

Risik resepi dari Cik Alia. Kata dia ikut resepi Kek Marble Warisan dari blog Kak Fiza dengan sedikit olahan resepi. Derhaka resepi katanya ^_^

Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan.


Panassss!!!!
KEK MARBLE INSPIRASI ALIA

Bahan-bahan:

250 gm mentega
210 gm gula kastor 
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
230 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
80 ml susu segar
2 sudu serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
(*2 sudu makan susu pekat, 
tambah sendiri ikut resepi Cik Alia, resepi asal xde)

Cara-cara penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan ovalette dan esen vanilla.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan susu segar. Jangan lupa masukkan susu pekat tu ye. 
  3. Asingkan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampur dengan serbuk.
  4. Tuangkan adunan biasa dan adunan koko secara berselang seli ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan kertas minyak sehingga habis. Lorekkan dengan lidi. Corak ikut suka hati.
  5. Bakar dalam oven sehingga masak. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.   


Anak-anak suka sangat kek marble ni. Makan masa suam-suam tu laju je masuk mulut. Masa raya haji hari tu buat sekeping untuk bawa balik kampung. Belum sempat malam, dah tinggal suku. Sudahnya tengah-tengah malam Kak Tam bangun dan bakar sekeping lagi untuk bawa balik ke kampung. Tak sedap pulak kalau balik berlenggang kan.

Yang pasti, kek marble ni mudah disediakan dan dah berkali-kali buat pun masih juga sedap dan menjadi kegemaran anak-anak. Sehingga entry ni dibuat, rasanya dah dekat 10 kali buat kek ni kot.. Hahaha... punya la jakun kan. Orang dah lama makan daa.. Hehehe... Tak apa la. Asalkan aku bahagia ^_^

From Kak Tam with luv :)