Thursday 31 December 2015

PETTING ZOO - FARM IN THE CITY

Teks; Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Dua minggu lepas, sebelum kembali bekerja (sebab cuti jaga Echa sakit dah habis), sempat la Kak Tam bawa anak-anak ke Farm In The City di Seri Kembangan. Itu pun sebab ada Pak Teh (adik ipar) datang bertandang ke rumah. Kalau tak memang tak sampai kot sebab Encik Suami kerja.

Dipendekkan cerita, sampai la Kak Tam anak beranak ke Farm In The City. Seronok bebudak ni tengok binatang-binatang yang jinak kat sini. 
Kebetulan ada adik Kak Tam joint sekali, so ada la yang tukang layan selain Pak Teh dan Mak Teh nya.

Farm In The City ni senang je nak cari. 
Siapa yang biasa area Seri Kembangan, ikut je belakang Giant Seri Kembangan tu. Mesti jumpa punyalah. Yang tak biasa pun InsyaAllah takkan sesat sebab tempatnya takdelah tersorok pun. Nama pun Farm In The City kan... Confirm la dekat dengan bandar ^_^

Operation Hour: 10 am - 6 pm.
Tapi masa cuti sekolah hari tu Farm In The City ni buka awal. 
Dari 9.30 am - 6.00 pm.

Harga tiket, Kak Tam tak ingat berapa sebab Pak Teh belanja :) 
Tapi ada rate untuk pemegang MyKad dan bukan warganegara. Rate untuk kanak-kanak juga berbeza. Rombongan Kak Tam - 4 dewasa, 3 kanak-kanak (Khalis, Iman & Yaya shj. Echa & Adam tak kena charge) semua sekali RM207 lebih kurang la. Harga ni termasuk package untuk 2 tiket Pony Ride. Tapi x dan nak ride pun sebab orang ramai sangat beratur. Complimentary 4 ketul ice cream dan sourvenir.

Boleh tahan juga banyak haiwan-haiwan kat sini dan jinak-jinak belaka. 
Boleh pegang dan usap-usap gitu. Petting zoo kan, haruslah jinak :)



Ni Kekure kata orang Bote

Species burung-burung yang suka main air.


Besor ulor nih...

Si Kakak Tua

Species Iguana. Apa nama x tau :)

En. Musang Berjanggut pun ada.

Nampak tak? Burung Unta tu...

Adam & Mak Teh posing ngan Kekure

Semua nak usap burung comel tu...


Adam, Pak Teh & Mr Owl

Mak Teh & Bebudak... Mama memang xde gambo :(

Rehat sambil makan ais krim. Ni tak habis menjelajah lagi ni. Iman dok usha gerai kat belakang tu.
Apa lagi nak di pow Mama dia ni...

Ini kandang arnab. Mama tengok dari jauh je bebudak ni bagi makan arnab tu.
 Mama penat ngangkut Echa yg x mau jalan sendirik. Huhuhu...

En. Kambing ni tak kisah pun dengan orang. Dalam hati agaknya dia kata aku nak jumpa binatang lain... boring dah hari-hari jumpa orang ^_^

Ini Feeding Pont, ada ikan kecik-kecik kat dalam air tu.
Bukan besar sangat pun kolam dia. Tapi ok la untuk bebudak kenal yang berenang-renang dalam air tu adalah ikan :)

Kat sini boleh bagi makanan kat haiwan-haiwan tu. 
Makanan ada disediakan dan ada penjaga di setiap satu point. Sesuai sangat lah kalau nak kenalkan anak-anak pada dunia haiwan terutama haiwan-haiwan domestik macam ayam, kambing, ikan, burung, itik dan lain-lain. Sekurang-kurangnya, walaupun duduk di bandar kenal la jugak diorang rupa binatang-binatang tu kan. 

Selain aktiviti memberi makan, usap/ pegang binatang dan Pony Ride, 
ada juga aktiviti menyauk anak ikan. Kat Feeding Pont tu ada Longkang Fish. Kat situ disediakan penyauk dan baldi kecil. So, sesiapa yang nak sauk ikan tu, dipersilakan. Nampak macam aktiviti lekeh je kan. Tapi agak susah sebenarnya. Mana tak nye, longkang panjang, ikan besar ikan bilis dan tak berapa nak meriah sangat. Kejar sini, lari ke sana. Kejar sana, lari balik sini. Hahahaha... Ada anak pak arab tu tertonggeng-tonggeng nak menangkap anak ikan besar bilis tu. Hehehe. Takpe la. Seronok la untuk budak-budak. Kalau mak budak or pak budak nak buat pun boleh saje :P

Kak Tam pergi hari tu dalam pukul 11 tgh hari. 
Cuaca agak panas. Standby la payung. Kot-kot la panas boleh la guna nanti.Tapi dalam zoo ini agak redup. Sebab ada bumbung macam kanvas tu, jadi tak ada la cahaya matahari tu direct sangat. Pokok-pokok rendang pun banyak. Redup dan agak selesa untuk bawa anak-anak jalan-jalan kat dalam tu. 

Kalau yang ada anak kecik dan nak bawak stroller tu, boleh juga bawa. 
Masih ada laluan yang boleh digunakan. Cuma agak struggle sket la sebab ada tempat yang tak rata, kena angkat sket, kena tolak lebih sket. Kalau bawak baby kecik, agak tak selesa la beliau sebab bergoyang-goyang ^_^

Parking disediakan dan free of charge.
 Cuma kalau penuh kena park kat luar kawasan. 
Driver boleh drop penumpang dulu.

Overall, anak-anak seronok. 
Mama pun enjoy. Boleh la datang lagi ajak sedara mara. 
Lagi pun dekat. Next time boleh pergi ajak opah, atuk, tok ki, tok wan, pak uda, mak uda semua... baru meriah :) 


Tuesday 29 December 2015

Left Parotid Abcess

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.


Hari ini Kak Tam nak share sedikit info mengenai Left Parotid Abscess yang dialami oleh Echa sehingga menyebabkan dia ditahan di hospital dan dibedah bulan lalu. Kalau ada yang baca entry Kak Tam sebelum-sebelum ni, mungkin tahu la sket pasal Echa ni kan.

Bila dengar kena bedah, mesti rasa ini penyakit yang serius kan. Ok... teruskan membaca ^_^

Parotid Abscess ni sebenarnya bengkak pada salah satu kelenjar air liur atau spesifiknya parotid gland di mana ada nanah dalam bengkak tersebut. Ini disebabkan oleh infection. Kebiasaannya ia boleh terjadi dikalangan orang yang mempunyai mouth disease tapi boleh juga terjadi tanpa apa-apa sebab yang berkaitan mouth disease ni.


Bengkak sebelah kiri.


Sekali lalu parotid abscess ni nampak macam beguk. Bengkak dekat leher di sebelah bawah telinga. Asalnya Echa pun doktor diagnose beguk. Tetapi memandangkan bengkak x surut-surut walaupun antibiotik dah habis makan, malah makin bertambah bengkak dan merening. Mulalah episod rengekan tidak selesa dan sakit terutama di waktu malam. 

Untuk makluman, beguk juga merupakan bengkak pada kelenjar air liur tetapi biasanya ia boleh dirawat dengan ubat sahaja tanpa perlu menjalani pembedahan. Beguk atau mump akan mengambil masa lebih kurang 10 - 12 hari untuk kebah. 



Luka selepas dijahit.

Simptomnya lebih kurang sama dengan beguk - bengkak pada kelenjar air liur, rasa sakit dan semakin lama semakin besar bengkak serta merening kemerah-merahan. Bezanya dalam tu ada nanah. Antara petanda ada nanah - demam kuat/tinggi suhu.


Kaedah rawatan bagi parotid abscess ni tak lain adalah melalui pembedahan bagi tujuan mengeluarkan nanah yang menyebabkan bengkak tu tadi. Sepanjang rawatan memang perlu makan antibiotik. 

Luka pembedahan tidak akan dijahit kerana pada luka tersebut akan diletakkan satu drainage atau saluran untuk keluarkan nanah/discharge yang masih bersaki baki kat dalam tu. Drainage tu hanya untuk sementara je. Bila dah clear, doktor akan tarik keluar. Boleh tahan panjang jugak drainage tu bila dah tarik keluar. Tapi x sempat nak amik gambar sebab Echa meraung masa doktor tarik benda tu.

Macam Echa haritu, sepatutnya tak perlu jahit sebab doktor kata luka boleh bercantum sendiri. Tapi memandangkan Echa punya kes special (perlu buat dressing under sedation hari-hari), maka luka tu memang kena jahit sebab dah terbuka agak besar.


Selepas bedah, ada satu saluran yang diletakkan betul2 kat hujung luka tu.
Tapi saluran tu agak panjang masuk ke dalam luka.

Beguk biasa boleh berjangkit, begitu juga dengan bengkak parotid ni. Cuma sama ada ke tahap ada nanah atau tak. Bengkak ni juga boleh terjadi pada kedua-dua belah kelenjar (kiri dan kanan). Kak Tam hari tu pun berjangkit juga, Sebelah kiri, cuma tak la sampai demam teruk. Makan ubat demam dan minum banyak air, alhamdulillah ok. Ada orang kata makan benda yang masam sket untuk galakkan aiur liur keluar boleh membantu mengurangkan bengkak. Tak tau la membantu setakat mana petua ni. Tapi hari tu masa Kak Tam kena bengkak tu, Kak Tam makan juga asam-asam. Echa pun bengkak juga di sebelah kanan. Tapi bengkak biasa dan kebah cepat berbanding yang bernanah sebelah kiri tu.

Bagi sesiapa yang ada simptom-simptom beguk, perlulah monitor ye. Terutama kalau terjadi pada anak-anak. Kalau dah masuk seminggu tak surut bengkaknya, rujuklah ke pakar. Kesian sebab sampai tak boleh tidur dibuatnya terutama malam. Tak tahulah, mungkin malam lebih kuat denyut sakitnya kot. Echa hari tu memang malam la paling tak boleh tidur dan menangis. Masa di hospital hampir setiap malam masukkan ubat tahan sakit kat punggung tu untuk bagi dia relaks dan boleh tidur.

Maklumat kat atas ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pemahaman Kak Tam daripada soalan-soalan yang Kak Tam tanya kat doktor. Dan juga berdasarkan bacaan dari sumber-sumber rujukan dalam internet. Jadi, mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang kurang tepat. Kot la ada plak doktor yang komplain pasni kan. hehehe...^_^

Ok la. Semoga apa yang terjadi pada anak Kak Tam ni tak terjadi pada anak-anak Kak Tam yang lain dan juga pada anak-anak orang lain. Amin.    








Monday 28 December 2015

Saya Dah Sihat Mama :)

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Peace U OLLLLS!!!!


Alhamdulillah.

Senang rasa hati ni bila last appointment minggu lepas, doktor kata Echa dah pulih sepenuhnya. Tak perlu lagi datang untuk rawatan susulan. Dan yang paling penting, lab report menunjukkan infection yang menyebabkan parotid abscess tu bukanlah disebabkan oleh kuman/bakteria yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan kanser. Syukur sangat.

Echa pun dah trauma sebenarnya bila nampak je doktor. Belum apa-apa dah nangis. Tapi tangan tetap dihulur... standby nak kena cucuk...hehehe... Cian anak mama ni.

Sebelum operation. Tetap peace yo!!
Kalau dikenang balik masa mula-mula Echa sakit, memang tak boleh lupa rasanya. Memang takut sangat tengok bengkak yang mula mengening tu. Mama menghadap doktor sambil menangis tersedu-sedu x boleh nak cerita macam mana keadaan Echa sakit. Nak cerita Echa tak boleh tidur malam, menangis sakit... Sampai doktor plak yang kena tenangkan mama. Hehehe...Echa relax je masa tu. Maklumlah, x kena cucuk lagi :)

Progress penyembuhan Echa pun agak lambat. Ini kata doktor la. First admission 7 hari di mana pembedahan untuk membuang nanah dibuat pada hari 3 di hospital setelah buat CT Scan. Merasa la Mama naik ambulans bawa Echa buat CT Scan kat lab radiologi tu.

Sebelum tu demam Echa naik setiap beberapa jam 40 darjah celcius... terasa bahang. Mama stay alert. Everytime rasa panas je Mama call nurse untuk check suhu. Kata doktor itu petanda ada nanah di bengkak tu.  


Beberapa minit sebelum ke OT. Peace jugak  ^_^



Selepas operation


Operation berjalan lancar. 4 hari mengadap Echa kena daily dressing ... meraung dia ... raungan dalam hati Mama lagi kuat dari raungan mu nak ...sob..sob... 

Masa ni luka Echa masih x dijahit lagi. Sebab ada satu drain atau saluran yang diletakkan dihujung luka tu untuk alirkan apa-apa discharge atau nanah yang masih berbaki. Ngeri tengok nya... Papa memang x tengok dah... kang pengsan kata dia ^_^

Hari ke 7 dapat balik. Happy sangat. Berharap Echa terus sihat. Tapi masih perlu berulang ke hospital untuk buat daily dressing. 

Hari ke 8, daily dressing xde menunjukkan apa-apa discharge yang pelik. Rasa lega sket. Tapi, hari ke 9, appointment dengan doktor... buka je balutan luka... jeng jeng jeng.... meleleh nanah segar, pekat dan likat ... macam cheese tu... Masya Allah....sebelum Echa meraung, Mama dah meraung siap-siap dalam hati... 


Curi-curi snap gambar nanah meleleh tu... Ngeri.... Heheheh

Kali ni doktor advise admit sekali lagi dan perlu buat daily dressing dengan bius supaya doktor boleh korek-korek dan tekan-tekan tempat luka tu untuk keluarkan nanah... ngeri... x boleh bayangkan... redha je la. yang penting Mama nak Echa sihat dengan cepat. Tak mau ada yang serius jadi kat Echa.

Admission kali ke 2 agak lama, 11 hari .... just to make sure everything ok sebelum doktor bagi balik rumah terus. 

Hari-hari ... setiap pagi, Mama dukung Echa ke OT untuk buat dressing under sedation. Echa tak boleh dressing biasa. Kena buat separuh sedar. Sebab doktor perlu tekan, korek dan sebagainya untuk pastikan xde lagi nanah yang beranak pinak kat dalam kawasan yang bengkak tu. Kesian x boleh cakap lah. 

Mama ni setiap hari jugalah tabahkan hati teman dan hantar Echa ke dalam OT tu. Sebenarnya hari-hari juga doktor yang rawat Echa fight untuk dapatkan tempat kat OT tu... mana tak nya, time cuti sekolah ni OT fully booked dengan budak-budak yang nak sunat. Beratur panjang... Lagi pun Echa punya kes tak boleh nak booking awal-awal pun. Kena tengok keadaan dia selepas setiap kali dressing. kalau ok, xperlu lagi masuk OT. Kalau x ok, kena masuk lagi. 


Ni lepas dressing.. kelaparan sebab sebelum tu kena puasa 6 jam.

Nyorok x mau makan ubat :)



Setiap kali keluar dari OT, Mama selalu berharap doktor kata tak perlu lagi dressing sebab dah xde nanah... hmmm...semua tu hanyalah harapan kosong saje bila setiap kali keluar doktor kata "esok buat lagi ye".... sengih dalam sendu :(

Hinggalah hari ke 9 second admission, hati Mama berbunga ceria bila doktor keluar dari OT & kata esok boleh buat procedure untuk jahit luka sebab nanah dah clear... Syukurrrrr Alhamdulillah sangat-sangat.

Tak sabar sangat nak balik dah. Sebenarnya masa ni doktor dah bagi home leave dah. Tapi x puas selagi x dapat tidur kat rumah bersama anak-anak yang lain. 

Hari ke 10, buat minor operation untuk jahit luka Echa. Hari ke 11, doktor kata boleh discharge dah. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.

Special poss lepas minor operation untuk jahit luka.
Ni lepas jahit.


18 hari Mama teman dan jaga Echa kat hospital. Ward tu dah macam rumah dah. Makan, minum, tidur, mandi, basuh baju, sidai baju... cuma x boleh masak je kat situ ^_^ Cuti separuh gaji sebulan yang Mama dapat hanya berbaki 12 hari saje lagi. Terasa cepat masa berlalu. Risau juga kalau-kalau Echa masih tak sembuh sepenuhnya dalam tempoh baki cuti Mama ni. Mana Mama nak korek cuti lagi ;p

Seminggu selepas discharge, Mama bawa Echa ke hospital untuk buka jahitan. Alhamdulillah. Luka Echa semakin ok. Dan last appointment, syukur xde apa-apa yang serius.

Pengalaman menjaga anak sakit memang mencabar, terutama dari segi emosi. Kena banyak bersabar. Banyakkan berdoa dan tawakkal. Letih tak usah ceritalah. Malam banyak berjaga. Tidur x cukup. Mama cuba sedaya upaya untuk kekal optimis. Bukannya hari-hari ada orang datang melawat kat hospital dan memberi kata-kata semangat kat kita. Jadi, kena pandai-pandailah untuk stay calm and optimist. Demi anak yang tersayang.

Harap-harap lepas ni takde lagilah anak-anak Mama yang sakit macam ni. Semoga semuanya sihat dan ceria lah hendaknya. 

Amin Ya Rabbal Alamin.







Saturday 5 December 2015

Home Leave

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari ini hari kedua Echa home leave. Belum discharge lagi. Balik dan berehat di rumah dengan kebenaran doktor. Masih perlu berulang ke hospital untuk ambil antibiotik dan daily dressing setiap pagi. Tak mengapalah. Asalkan dapat balik ke rumah, dapat suasana rumah yang selesa, dapat jumpa abang, kakak dan atuk, itu semua dah cukup menggembirakan Echa. Bukan Echa je, mama nya pun lagi gembira dapat balik menjengah anak-anak di rumah dan makan masakan rumah.

Doktor kata kadang-kadang persekitaran dan suasana rumah juga boleh membantu orang yang sakit cepat sembuh. Dari sudut psikologi begitulah. Harap-harap betul la. Echa pun nampak lebih happy bila di rumah. X nampak macam orang sakit pun. Dan 2 hari ni juga lepas dressing doktor kata dah tak ada nanah lagi. Luka pembedahan juga makin baik. Cuma perlu masa sehari dua lagi sebelum doktor jahit luka tu. InsyaAllah kalau takde aral, Isnin ni bolehlah prosedur untuk jahit luka tu dibuat. Alhamdulillah. Syukur. Lega mendengarnya.

Kak Tam memang berharap dan berdoa setiap hari supaya Echa cepat sembuh. Kasihan melihat dia buat daily dressing under sedation setiap hari. Lepas tu setiap kali cucuk antibiotik di line yang terpasang di tangan, setiap kali tu juga lah Echa meraung sakit. Kalau tak kuat kan hati memang 3 kali sehari lah Kak Tam menangis - ikut waktu amik ubat ^_^

Tak apa lah. Semua ni untuk kesihatan Echa. Bertabahlah wahai hati untuk beberapa hari lagi ni. Bila Echa dah sihat nanti mama pun boleh tersenyum gembira. InsyaAllah.

Wednesday 2 December 2015

Rumah Kecil Di Jabal Uhud

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

RUMAH KECIL DI JABAL UHUD
Buku Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) ini Kak Tam beli pada Jun 2014. Sudah setahun setengah. Baru dapat baca dari kulit ke kulit. Memang selalunya macam itulah. Bila jumpa buku yang menarik, Kak Tam akan beli dulu. Nak baca bila kemudian cerita. Yang penting dah ada dalam simpanan ^_^

Alhamdulillah. Waktu luang semasa menjaga Echa di hospital Kak Tam gunakan untuk membaca dan menghayati buku RKDJU ini. Syukur sebab membeli buku ini. Tak rasa rugi langsung. 

Penulis, Puan Roza Roslan yang merupakan isteri kepada Professor Muhd Kamil yang juga merupakan penulis terkenal, sangat bijak menyusun kata-kata. Pesanan dan nasihat dalam kisah yang dicoretkan oleh beliau sepanjang menetap di RKDJU sangat-sangat memberi kesan. Pesanan dan nasihat yang merangkumi semua aspek kehidupan... sebagai wanita, isteri dan ibu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam. 

Kisah-kisah tetamu jemputan penulis yang hadir ke RKDJU ... hadir mereka dengan seribu kisah yang boleh dijadikan tauladan. Tetamu jemputannya merupakan tetamu jemputan Allah yang hadir ke bumi Madinah sama ada untuk menunaikan ibadah umrah atau haji.

Kak Tam sangat sukakan gaya penulisan penulis ini. Pada Kak Tam kisah tetamu-tetamunya yang dicoretkan sebenarnya kisah-kisah yang selalu kita dengar. Tetapi penulis mengaitkan segalanya dengan firman Allah Subhanahu Wataala dan hadith Nabi SAW yang sering kita lupakan. 

Kata penulis "kehidupan merupakan ujian". Betapa terkesan dengan ayat ringkas ini. Sememangnya apa yang Kak Tam sedang lalui sekarang ini - anak sakit dan menjaganya di hospital- merupakan ujian yang agak berat sebenarnya. Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu dan meminta. 

"Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada" At-Taghabun: 4.

Pesan penulis lagi "manusia itu tabiatnya berasa resah gelisah dan sering berasa gundah gelana. Apa yang ada ditangan tidak disyukuri dan apa yang bukan miliknya sering dipersoalkan."

"Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis. Dan bahawa sesungguhnya Dialah mematikan dan menghidupkan; dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan" An-Najm: 43-45. 

Suami - salah  satu perkara yang sering disentuh oleh penulis dalam bukunya ini. Bagaimana seorang suami sewajarnya dihormati dan dihargai tidak kira bagaimana teruk sekalipun dirinya. "Suami adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Dirinya merupakan harta berharga. Rezeki seorang isteri disalurkan melalui lelaki yang bernama suami, dengan izin Allah. Ada kalanya kita berharta tetapi mempunyai kekangan untuk menguruskannya. Ada kalanya juga kita berpelajaran tinggi, tetapi belum cukup bijak untuk memikirkan sesuatu di luar bidang sendiri. Ada kalanya kita berjawatan besar tetapi belum begitu berkeyakinan untuk membuat keputusan muktamad. Di situlah kita memerlukan buah fikiran di luar kotak seorang rakan karib yang boleh dipercayai, iaitu suami sendiri."

Rumusan jika diuji - bersabar dan bersolat. Mengadu padaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Allahu Akbar!!! Banyak sungguh ilmu yang dikongsi. Rasa sangat beruntung diberi peluang untuk membaca buku ini. 

Alhamdulillah. Syukur... inilah hikmah menjaga anak sakit di hospital. Nikmat waktu lapang yang biasanya sukar diperolehi.

Kesimpulannya, buku ini sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk makanan rohani diri sendiri dan keluarga. InsyaAllah.

Disember Datang Lagi

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari ini sudah 3 Disember 2015. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2016. Cepatnya masa berlalu.

Bulan November dan Disember ini banyak urusan yang perlu Kak Tam uruskan. Dugaan dan ujian juga banyak yang mendatang. Malah, saat Kak Tam update blog ini pun Kak Tam berada di hospital menjaga si kecil Echa yang masih tidak sihat. 

Kenapa? Echa masih belum sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kerana left parotid abcess. Bahasa mudahnya bengkak pada sebelah kiri kelenjar air liur yang bernanah di dalamnya. Sudah masuk minggu kedua sebenarnya Echa di hospital. Nantilah. Bila dah keluar nanti Kak Tam akan cari kesempatan untuk mencatatkan sedikit maklumat mengenai left parotid abcess ini untuk dijadikan rujukan.

Tahun depan abang Khalis akan masuk tahun satu. Semua persiapan masuk sekolah belum lagi Kak Tam sediakan. Sebenarnya masih berbelah bahagi nak didaftarkan ke sekolah mana. Hehehe. Bukan ape. Last minit ada pula sekolah swasta yang baru dibuka berdekatan dengan rumah. Silibus yang ditawarkan juga nampak bagus. Masih berfikir-fikir. Apa pun sekolah rendah biasa telahpun berdaftar. Jadi tak ada masalah sekiranya nanti tak jadi hantar ke sekolah swasta berkenaan.

Banyak benda nak diuruskan nanti bila Echa sudah boleh keluar hospital. Urusan cuti separuh gaji kerana menjaga anak sakit juga belum selesai. Urusan persediaan persekolahan Khalis. Urusan Echa yang memerlukan penjagaan rapi setelah keluar nanti. Rawatan susulannya... dan urusan rutin yang lain. Allah! kalau difikir rasa x mampu nak buat sorang. Tapi x apalah. Buat satu persatu. Mana patut didahulukan, dahulukanlah. 

Saat ini Kak Tam hanya pentingkan kesihatan Echa. Berharap sangat dia cepat sembuh. Hari-hari mengharap boleh discharge. Tapi sedih bila doktor kata masih belum pulih sepenuhnya untuk dibenarkan pulang. Bertabahlah mama.

Semoga Disember ini Allah berikan kekuatan kepada Kak Tam untuk menghadapi segala ujian dan dugaan dari Nya dan semoga dipermudahkan segala urusan Kak Tam sekeluarga.

Amin.


Friday 23 October 2015

Papa Offshore

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari ni dah masuk hari ke 8 En. Suami offshore. Anak-anak dah mula terasa. Mula bertanya Papa balik ke tak. Bila Papa nak balik? Khalis dan Iman yang dah faham pun turut bertanya juga. Sian la hai. Dah mula rindu la tu.

Weekend ni merupakan weekend kedua tanpa Papa. Which means, bila takde Papa, kurang la aktiviti-aktiviti luar. Lagi-lagi bila jerebu ni. Duduk beraktiviti dalam rumah sahaja. Kesian, tapi nak buat macam mana. Mama takut nak bawa keluar jalan-jalan sorang-sorang. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ni banyak sangat kes culik kanak-kanak. Sampaikan ke tahap masuk ke dalam rumah untuk menculik. Allahuakbar! Dalam rumah sendiri pun dah x selamat, apatah lagi kat luar.

Mama juga dah kehabisan idea nak buat aktiviti apa dengan anak-anak dalam rumah. Bukan xde, tapi Mama faham yang diorang nak sebenarnya main kat luar, bersiar-siar dalam kereta. So, bila ada aktiviti dalam rumah pun cepat terasa boring. Dapat lah bertahan untuk 30 minit pertama. Itu pun cukup lama. Sudahnya end up main hp or ipad. Itu yang Mama x berapa suka sangat tu.

Untuk weekend ni, Mama harap xde la jerebu sangat. So that Mama boleh bawa anak-anak Mama keluar sekejap. Plan nak bawa ke rumah Along di Taman Keramat Permai, KL. Ajak Acik keluar ke AEON Setiawangsa sekejap. Beli belah sket. Belanja anak-anak makan KFC sket. Then balik.

Nampak biasa je kan plan nya. Xde apa yang menarik. Tapi bagi Mama dan anak-anak yang memang jarang bersiar-siar di shopping complex ni, ini juga salah satu aktiviti yang sangat menarik kalau nak dibandingkan duduk di rumah ^_^. Lagipun bukan selalu bawa anak makan luar. Kalau ada teman barulah boleh bawak diorang ni makan luar. Maklumlah, nak kawal 4 orang kanak-kanak riang memang satu tugas yang mencabar. Hehehe

Papa lambat lagi balik. Kalau ikut schedule, 3rd November baru ke darat. Itupun bergantung pada cuaca. Kalau jerebu, mungkin delay lagi. Kalau balik pun, masih perlu masuk office sehari dua, then baru bercuti panjang. 

Sebenarnya Mama agak terasa juga bila Papa offshore ni. Kalau dikira-kira, sudah hampir 6 tahun Papa x offshore. Bila dah ada khalis,  Papa dah tak ke offshore lagi. Pastu berderet-deret dengan yang lain pulak kan. Sudahnya, bertahun x ke offshore. Kiranya ini kali pertama Papa ke offshore bila dah ada anak. 

Bila Papa xde, Khalis tukang kira hari kat kalendar. Setiap hari dok pangkah kat kalendar yang Mama buat khusus untuk tempoh Papa ke offshore ni. So, hari-hari juga lah dia dok menghitung hari kepulangan Papa di kalendar tu. Sian la hai.... First time Papa berjauhan dalam tempoh yang agak lama :(

Apa pun... Life must go on. Mama kena kreatif pikirkan apa aktiviti nak buat dengan anak-anak. Last weekend dah buat aktiviti craft dengan diorang. Beli sket bahan-bahan di Mr.DIY. Simple aktiviti yang menyeronokkkan anak-anak macam gunting-gunting kertas, tampal-tampal, buat ulat bulu dengan menggunakan fur balls, main counting marbles dan lain-lain. Rumah memang bersepah. Tapi tak apa la kan. Asalkan diorang tak boring.

Oklah. Pagi ni nak memikirkan apa plak aktiviti nak buat dengan anak-anak esok. Since hari ni plan nak jalan-jalan, sempat lagi la nak merancang aktiviti esok. 

Jom masak bekfes. Dah pukul 7.00 pagi dah ni. Anak-anak dah mula bangun. Cepat Mama! Sebelum ada yang bising lapar ^_^



Sunday 18 October 2015

BLUEBERRY CHEESE TART

Teks: Rahimah biti Omar

Assalamualaikum wbt.

Dah lama Kak Tam teringin nak buat sendiri cheese tart ni. Selalu tu kalau teringin Kak Tam tempah je dari kawan. Senang. Tinggal ngap je kan ^_^

Tapi bila tengok kat blog Kak Ita Masam Manis, rasa bersemangat pula nak buat. Dalam blog Kak Ita, dia ajar step by step untuk hasilkan cheese tart ni. So, bila baca dan fahamkan, xde la rasa susah sangat.

Apalagi, sementara ada semangat ni Kak Tam terus pergi beli bahan-bahan untuk hasilkan cheese tart ni. Dan yang paling best kedai bakery Kak Tam pergi tu ada jual shell cheese tart yang ready made. Hehehe. Senang dah kerja Kak Tam. Tinggal buat filling je kan. X apalah, untuk first timer macam Kak Tam ni bleh la ngelat sket. Heheheh.

Okay, ini lah gambar-gambar semasa proses penyediaan cheese tart ni. Kalau nak tahu, Kak Tam buat cheese tart ni dengan anak-anak. Memang plan nak buat aktiviti hujung minggu dengan anak-anak. So, inilah hasilnya.

Iman tolong susun.

Sambil susun dalam bekas, susun jugak dalam mulut sendiri. Hehehe

Siap dah.

Si Gebuusss.


Akhirnya yang susun dalam bekas tak penuh pun ^_^

Alhamdulillah. Berjaya juga akhirnya menghasilkan sendiri cheese tart. Next time belajar buat shell pula ye. Tq so much Kak Ita. Senang ada blog Kak Ita ni. Step by step yang diajar mudah difahami. InsyaAllah tak sesat jalan =)

Okaylah. Jom kita tengok cara-cara nak buat cheese tart ni.

BLUEBERRY CHEESE TART GEBOOSS

Bahan-bahan:

Untuk shell (resepi dari blog Kak Ita untuk rujukan Kak Tam nanti)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur grade C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara:

Pukul marjerin dan gula. Tak perlu lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh dalam plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekankan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada sugu 170°c selama 20 - 25 minit atau hingga masak.

******************************************

Blueberry Filling/ inti (bagi yang nak letak filling).

Cara mudah untuk letakkan filling dalam shell adalah dengan memasukkan filling dalam piping bag. Kalau tak ada, beg plastik pun boleh. Guntingkan hujungnya.

Picitkan sedikit filling ke dalam shell tadi. Lagi banyak lagi sedap =)

******************************************

Cream Cheese

250gm cream cheese -pastikan cheese telah dikeluarkan awal.
50gm gula kastor
1 biji telur size B
1/2 sudu teh esen vanilla

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan cream cheese yang sudah siap dibancuh ke dalam piping bag untuk memudahkan diletak ke dalam shell nanti. Letakkan cream cheese penuh-penuh hingga membuncit. Baru nampak gebu ^_^

Kalau rajin nak melorek, ambil sedikit cream cheese yang dah dibancuh tadi. Campurkan dengan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata.

Buat garisan kecil di atas cream cheese yang telah diisi ke dalam shell tadi. Kemudian tarik dari atas ke bawah. 

Kalau nak tau cara melorek step by step beserta gambar, boleh pergi ke link blog Kak Ita kat atas tu ye. Kak Tam xde gambar step by step melorek ni.

ALHAMDULILLAH, merasa jugalah buat sendiri blueberry cheese tart. Biasanya kalau dah pernah buat sekali, insyaAllah next time dah tak susah dah. Lagi-lagi kalau kegemaran anak-anak. Confirm memang akan repeat buat.

Apa pun,tahniah untuk diri sendiri sebab maju setapak lagi dalam bidang bakery ni =) 







SODA HERBS

Teks; Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

"SODA HERBS ... sedap, segar dan menyamankan". Bila baca status ni di blog kak ita masam manis, terus terasa nak cuba buat soda herbs ni. Kebetulan bahan-bahan pun ada. Apalagi, jom kita cuba. 

Dan hasilnya... tadaaa... nampak sedap dan menyegarkan kan..




Mula-mula tu Kak Tam takut-takut juga nak rasa air ni. Ntah hapa la rasanya bila letak serai kan. Tapi bila dok pikir semua yang dah merasa soda herbs ni kata sedap, so rasa la jugak.

Hmmm.. boleh tahan jugak rasanya. Rasa serai tak obvious sangat sebab dah bercampur-campur dengan rasa lemon, air soda/bikarbonat dan asam boi. Rasa masam manis dan pudina yang menyegarkan. Seronok pula bila menjadi.

Bagi suami Kak Tam rasa, tapi tak kena plak dengan selera dia. Katanya air untuk kurus ni ^_^ hehehehe. 

Ok. Bagi yang nak mencuba, simple saja resepinya. Boleh diolah ikut bahan-bahan yang ada dirumah.

SODA HERBS

Bahan-bahan:

Air ais krim soda/ air bikarbonat
Sebatang serai
Sedikit daun pudina
Lemon
Asam boi
Buah laici - Kak Tam x letak
Air batu/ais

Cara penyediaannya mudah sahaja. Potong lemon. Ketukkan serai. Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas air yang bersesuaian. Kuantiti bahan-bahan ikut kesesuaian kuantiti air soda yang digunakan.

Dah siap, biarkan seketika supaya semua bahan-bahan sebati. Sebelum minum jangan lupa baca Bismillah ye =) Barulah berkat.

Alhamdulillah. Sedap. Tapi anak-anak kecil mungkin tak berapa suka dengan soda herbs ni. Ye lah, tengok serai terapung-apung dalam air tu pun dah buat muka pelik. Hahahaha. X apalah. Nampaknya mama sorang je la dalam rumah ni yang suka. Lambat lagi la nak repeat buat soda herbs ni. Hehehe.

Okay, selamat mencuba kawan-kawan ^_^


Sunday 4 October 2015

Nyonya Valley Restaurant Cyberjaya

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Ini cerita bulan lepas. Pejabat Kak Tam mengadakan farewell party untuk sahabat yang akan berpindah ke jabatan lain. Agak sedih kerana kami kehilangan 2 officemate yang agak rapat.

Bukan meraikan pemergian mereka, tetapi majlis ini lebih kepada menghargai jasa dan pengalaman terakhir bersama sebelum mereka berkhidmat di tempat baru.

Kali ini bos belanja. Apa lagi, cik puan Netty Aziz bijak memilih restoran Nyanya Valley sebab tempatnya selesa dan agak privacy. Harga makanan? Letak tepi sebab bos belanja kan. Hehehe.



Restoran Nyonya Valley ini terletak di Cyberview Garden, Cyberjaya. Makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi baba nyonya atau peranakan. Personally Kak Tam rasa makanan yang dihidangkan sedap dan menepati citarasa Kak Tam. Ada pedas, manis,  masam .... semua cukuplah. Tapi Kak Tam rasa bukan Kak Tam sorang je yang suka makanan di sini, yang lain pun sama. Ini terbukti bila semua makanan yang dihidang licin dimakan semua. Bajet2, bila duduk semeja ngan bos ni masing-masing makan ala kadar dan malu-malu. Rupanya, meja kami la yang habis licin dulu berbanding meja satu lagi. Hehehe.

Untuk majlis ini, cik puan Netty Azis menempah makanan seawal beberapa hari sebelum majlis. Untuk makan 20 orang, cik puan Netty Aziz tempah 2 set Set C. Antara menu dalam Set C ini ada tom yam ayam, siakap tiga rasa, sambal udang petai,  mix vegi, kerabu mangga, deepfried tofu, deepfried enoki mushroom dan lain-lain. Harga set dalam RM 450.00++. Kali 2 set. Hehehe... Kira la sendiri ye berapa bos Kak Tam kena bayar untuk melampiaskan nafsu makan anak-anak buahnya. Hahaha. Takpe la. Sesekali tapau bos kan. Terima kasih bos ^_^

Untuk tempahan, boleh call restoran ini di no telefon 03-8320 2728. Boleh lawati wesite www.nyonyavalley.com. Boleh buat tempahan awal, survey dulu menu yang disediakan dan boleh kemukakan pertanyaan berhubung harga yang ditawarkan. 

Jom tengok gambar-gambar sebelum dan selepas kejadian. Hehehe.