Monday 27 April 2015

Bebola Paprik

Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt...

Kakak Yaya sangat suka makan bebola. Tak kisah la bebola ikan, ayam, sotong atau ketam, termasuklah naget dan sosej. Asalkan bebola, memang favourite dia lah tu. Yaya memang agak susah untuk makan nasi. Jadi, Kak Tam kenalah rajin sket rebus atau goreng bebola untuk Yaya. Tapi sebab dah selalu sangat makan bebola, jadi boring la pulak. 

Selak-selak majalah Rasa yang lama-lama. Jumpa la pula resepi bebola paprik ni. Terus buat untuk Yaya. Sekurang-kurangnya, lain sket menunya. Ditambah pula dengan campuran sayur-sayuran. Jadilah ia satu resepi yang menyihatkan. 

Alhamdulillah, Kakak Yaya makan dengan penuh selera. Abang-abang pun suka. Kak Tam pun suka ^_^

Resepi ini agak mudah untuk disediakan. Kak Tam sediakan mengikut resepi paprik yang biasa Kak Tam buat. Hanya tukarkan bahan asas iaitu daripada ayam/ daging kepada bebola ikan, sotong, sosej dan lain-lain. 

Jom kita cuba :)


Bebola Paprik

Bahan-Bahan:

Bebola sotong, ayam, ikan, ketam, sosej dan lain-lain.
Bawang besar 
Bawang putih 
Kubis bunga
Carrot
Daun limau perut
Cili
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis
Sos cili 

Cara-Cara:


  1. Rebus atau goreng bebola sotong, ayam, ikan, sosej dan lain-lain. Kemudian asingkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dan goreng sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan sedikit sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap pekat. Tambahkan sedikit air. Gaul rata.  Bagi yang sukakan rasa pedas, boleh tambah cili kering yang telah di blend. 
  4. Masukkan kubis bunga, carrot, cili padi dan daun limau perut. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan bebola yang telah dimasak tadi. Gaul rata dan siap. Bolehlah dihidangkan.   



Friday 24 April 2015

Sambal-sambal

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum.

Hari ini Kak Tam x kerja. Terpaksa ambil EL sebab si kecil Echa demam. Agak kuat batuknya.

Sambil-sambil duduk di rumah, dapatlah juga menyelak-nyelak majalah kegemaran. Majalah Rasa. Sebenarnya dah beberapa bulan x beli majalah ni. Kebetulan haritu berjalan-jalan di kedai buku, Kak Tam belilah senaskhah. Lagipun ada sesuatu yang menarik dalam majalah Rasa keluaran Mei 2015 ni.


Bulan ini majalah Rasa menampilkan koleksi resepi-resepi sambal. Sudah tentulah ia menarik minat Kak Tam sebab Kak Tam sememangnya penggemar sambal. X sempurna rasanya kalau makan tanpa sambal atau rasa pedas. Paling kurang pun kena ada cili padi sebagai ulam. 

Pernah juga Kak Tam terpikir sebelum ini nak buat koleksi resepi sambal-sambal kegemaran. Bila dah tengok koleksi resepi sambal di majalah Rasa ni, semakin bersemangat pula. Ada sambal yang biasa Kak Tam makan dan buat seperti sambal tumis ikan bilis, sambal tempoyak, sambal kicap, sambal pencicah ikan bakar, sambal kelapa dan lain-lain lagi. Nanti bolehlah Kak Tam cuba resepi-resepi sambal yang tak pernah dicuba lagi.





Best kan tengok gambar sambal-sambal ni. Sambal-sambal ini boleh dimakan bersama ulam-ulaman atau sebagai pencicah. Pembuka selera kata orang. Cara menyediakannya juga mudah dan ringkas. Sesuai di makan waktu makan tengah hari mahupun malam. 

Jadi, kepada penggemar sambal, bolehlah dapatkan senaskhah Majalah Rasa keluaran Mei 2015 ini. Senang untuk dirujuk bila terasa nak makan sambal kan.

Insyaallah, bila2 Kak Tam rajin, bolehlah Kak Tam cuba masak sambal-sambal yang Kak Tam x pernah cuba lagi. Untuk hari ini, kita tengok2 je la dulu resepinya. Hehehe ^_^

Tuesday 21 April 2015

Kisah Telefon

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Sehari dua ini agak kelam kabut dan kecoh gara-gara telefon Kak Tam hilang. Hilang tak tahu ke mana. Macam mane, ke mana, di mana, siapa, semuanya tiada jawapan. Hilang tanpa meninggalkan kesan dan sukar juga untuk buat presumption sebab-sebab kehilangan. Tu dia! Macam analisa hasil siasatan je kan.

Nak jadi kan cerita, telefon Kak Tam hilang masa hujung minggu haritu di rumah mak mertua. Asalnya Kak Tam sendiri yang letak di atas mesin urut mak sementara menunggu giliran untuk charge telefon. Masa tu kat rumah tak de orang lain pun kecuali Mak Lang dan Pak Lang yang datang  menyinggah sekejap. Lepas tu bila cari dah hilang phone tu. Nak miss call memang x boleh sebab bateri xde. Jenuh cari satu rumah x jumpa. 

Agak sedih juga sebab telefon Samsung Galaxy Mega tu Encik Husband yang bagi :(
Dan bertambah sedih bila Encik Husband kata Kak Tam cuai.... hmmm... Macam la kita ni takde keje lain selain menjaga telefon tu. Marah sebenarnya. Tapi diam je la. Malas nak lawan.

Hari ni dek kerana Encik Husband kecoh susah nak contact dan risaukan Kak Tam and anak2 di rumah, Kak Tam belilah sebiji telefon baru. Samsung Galaxy Grand Prime. RM847 termasuk GST. Huhuhu.... Terasa juga bila beli telefon sendiri ni. Maklumlah, last sekali beli guna duit sendiri masa belajar dulu. Selepas tu semua guna telefon second hand.... Telefon Encik Husband yang dah x guna sebab dia beli phone baru. 

Cerita pasal telefon ni teringat masa Kak Tam mula-mula pakai telefon. Telefon pertama beli guna duit poket sendiri masa tahun pertama di UIA Gombak. Telefon jenama Triumph. Tak glamer telefon ni tapi sebab ini je yang mampu masa tu. Harga dalam Rm200 plus. Nak beli Nokia yang tengah glamer masa tu x cukup duit.

Disebabkan telefon Triumph tu tak berapa nak bagus, Kak Tam simpan duit untuk beli Nokia pula. Kalau tak silap Nokia 3310. Berikat perut nak pakai phone Nokia ni. Masa tu harga lebih kurang RM350 kot. X ingat. Hehehe

Telefon Nokia ni Kak Tam pakai agak lama. Sampai dah grad and keje pun masih pakai phone yang sama sampailah kawin. Pas kawin Kak Tam guna telefon Sony Ericson Encik Husband sebab dia beli phone baru. Lepas tu pun mewarisi Blackberry Encik Husband sebab dia tukar telefon sekali lagi. 

Lepas tu Encik Husband bagi iPhone 4. Beli harga package. Dapat murah dalam Rm6++ je. Murah sebab kawan dia yang jual. Hehehe. Kemudian tu, Encik Husband hadiahkan Samsung Galaxy Mega.  Pakai sampailah hilang. Sedih sebab baru setahun lebih guna. Harap sangat jumpa semula telefon tu.

Kiranya inilah kali pertama Kak Tam beli phone mahal guna duit poket sendiri. Agak terkulat-kulat jugalah nak keluarkan duit tadi. Maklumlah, hujung-hujung bulan ni. Tak bajet pun nak beli telefon. Tetiba hilang, terpaksa la juga. Lagipun Kak Tam tak nak susahkan orang atau sedara mara. Nanti ada yang kena datang rumah Kak Tam malam2 semata-mata nak tengok Kak Tam and anak-anak ok ke tak...gara-gara request dari Encik Husband yang kerisauan. Huhuhu...

Respon Encik Suami bila tau Kak Tam beli telefon baru, dia kata Kak Tam cepat sangat buat keputusan. hmmm... pulak dah.... padahal kita ni beli sebab tak nak dia risau kan. Mungkin sebab dia rasa mahal sangat kot... Apa-apa pun, Kak Tam harap telefon baru ni ok dan bertahan lama. X 
mampu nak beli phone lain lagi dah.

Sebenarnya, dulu2 tak de telefon takde pun kita kisah kan. Sekarang ni, bila tak de telefon, kalau bukan kita sendiri, mesti husband atau parents kita risau bila tak dapat berhubung. Risau katanya. Tapi bila ada phone, bukan selalu telefon pun ^_^

Apa pun, Kak Tam memang berharap sangat telefon Samsung Galaxy Mega tu dijumpai semula. 




Saturday 11 April 2015

Aroi Thai, Cyberjaya

Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari Jumaat yang lepas Kak Tam ikut rombongan Cik Kiah office ni makan tengah hari di Aroi Thai, Cyberjaya. Restoran makanan Thai yang menghidangkan menu-menunya dalam portion yang kecil dengan harga RM1.90 sebekas. Menarik kan.

Aroi Thai ni terletak di deret shop lot di Shaftburry, Cyberjaya. Kak Tam sendiri pun baru first time sampai sini. Insyaallah. Tak susah mana pun. Nanti Kak Tam tepek maps dan alamat restoran ni ye. Kot ada yang nak pergi. Boleh jadikan panduan.





Tengok! Ramaikan orang. Penuh. Lagi-lagi time lunch. Memang kena que untuk makan. Tapi service kat sini cepat. Insyaallah tak lama menunggu untuk dapat tempat.

Macam  Kak Tam bgtau tadi, restoran ni menghidangkan menu-menunya dalam portion yang kecil. Dihidangkan dalam mangkuk yang kecil, cukuplah untuk 4 atau 5 suapan (depends pada cara makan masing2 ye). Disebabkan portionnya kecil dan harga pun berpatutan, maka banyaklah menu yang di order. Semua nak rasakan. Kak Tam sendiri pun order 7 menu termasuk air. Kak Tam order tom yum noodles, nasi prad ka paw ( x sure ejaan betul ke idak), som tam, spring roll (2 pcs satu hidangan), chicken wing (1 pc satu hidangan), sticky rice with manggo (pulut mangga) dan air kelapa.

Halal. Alhamdulillah.
Menu depan dia tu semuanya dia punya. Hahaha

Som tam

Tom yum noodle

Air kelapak

Pada Kak Tam, boleh tahan juga masakannya. Sedap dan puas hati makan di sini. Lagi-lagi kalau tengah lapar. Seronok dapat rasa macam-macam menu. Sangat bijak tuan restoran ni buat konsep macam ni. Kak Tam rasa paling kurang setiap seorang akan order 4 menu termasuk air. Itu paling kurang. Masa Kak Tam makan hari tu, ada satu meja tu, 4 orang ladies je. Tapi meja penuh bertingkek-tingkek lagi susunan makanan dia.

The aftermath. Bertingkek2.


Nampak tak? Haaa. Bertingkek-tingkek mangkuk kat meja kitorang. Tapi ok la. 7 orang punya makan. Dan yang pasti semua licin dan tiada pembaziran ye. Hehehe.

Oh ye. Satu lagi yang menarik, restoran ini tidak mengenakan 10% service charge ye. Hanya GST yang dikenakan.


Ok. Bagi yang nak ke sana dan menikmati makanan Thai, bolehlah tengok alamat dan maps di bawah ni. Aroi Thai ni ada 2 cawangan ye. Satu di Cyberjaya, satu lagi di Damansara. Bolehlah pergi ke mana-mana yang berdekatan.




Kesimpulannya, burpppp.... Alhamdulillah. Kenyang dan puas hati lah. Ye la. Dengan bajet lebih kurang Rm14 dapat makan 7 jenis menu termasuk air. Mane nak dapat kan. Biasa tu RM14 untuk satu jenis menu dan air. Itu pun kalau dapatlah kan.

Bagi food explorer dan kaki makan, boleh lah ke Restoran Aroi Thai ni untuk menimati pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Selamat menjamu selera :)


Thursday 9 April 2015

Ikan Masak Pindang


Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt.

Semalam berpuasa. Teringin nak makan ikan masak pindang. Lama dah nak buat, bahan-bahan pun dah siap-siap dibeli masa hujung minggu yang lalu. Apa lagi, sampai ke rumah terus keluarkan ikan dari freezer dulu dan masak nasi siap-siap. Nanti ikan dah lembut senang la nak masak.

Dan hasilnya, wallahhh!!! Lama dah mengidam ni. Semangkuk kuah masak pindang ni Kak Tam hirup. Anak-anak pun berselera makan. 

Ikan masak pindang ni biasanya Kak Tam masak guna ikan selar kuning yang kecil-kecil tu. Sedap dan manis rasanya. Tapi nak guna ikan lain macam ikan kembung, ikan selar atau ikan-ikan lain pun boleh juga. Ikut selera masing-masing. 

Masak pindang ni berkonsepkan rebus. Main campak-campak je semua bahan dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih. Pasti menjadi lah masak pindang ni walaupun baru first time masak.

Masak pindang ini juga sesuai bagi yang sedang berpantang. Tidak berminyak dan menyihatkan. Ada setengah tempat panggil masakan ni sebagai masak singgang. Pada Kak Tam sama je singgang atau pindang. Yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan di mana singgang kalau tak silap Kak Tam ada menggunakan lengkuas, tetapi pindang tak ada. Ini ikut resepi turun temurun yang Kak Tam belajar dari mak Kak Tam lah kan.  Apa pun, singgang ataupun pindang, kedua-duanya Kak Tam suka ^_^

Kak Tam kongsikan resepi mudah ikan masak pindang Kak Tam di sini. Kot lah ada yang nak mencuba kan.



Ikan Selar Kuning Masak Pindang
Ikan Selar Kuning Masak Pindang

Bahan-Bahan:

Ikan Selar Kuning (disiang dan dibersihkan)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh juga)
Halia
1 Biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 keping asam gelugor (asam jawa pun ok)
Cili padi (kalau nak pedas)

* Ada juga yang menambah serai.

Cara-cara:


  1. Kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. Cili boleh ditumbuk bersama kalau nak kuah yang pedas. Kalau tak nak pedas dan boleh dimakan oleh anak-anak, masukkan cili sebutir-sebutir tu dalam kuah tanpa dipecahkan.
  2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk, asam gelugor dan cili dalam periuk tadi.
  3. Masukkan ikan yang telah dibersihkan.
  4. Letakkan garam secukup rasa.
  5. Tunggu sehingga mendidih.
Ada juga yang suka masukkan bendi dalam masak pindang ni. Pun sedap juga. Makan dengan nasi panas. Kuah lebih. Pasti puas hati.

Ok. Bolehlah cuba ye. Simple je. Pasti menjadi punya.

Selamat menjamu selera :)


p/s: Sebenarnya Mak Tam tu adalah panggilan sebelah keluarga saya. Tapi nak gunakan Mak Tam sebagai panggilan diri sendiri, terasa macam dah tua sangat la pulak kan. Tu yang jadi Kak Tam tu. Hehehe.



Wednesday 8 April 2015

Mac - April

Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt...

Nak masuk rumah yang dah lama x jenguk ni kena bagi salam dulu. Hehehe..

Allahuakbar. Lama dah  tak update blog ni. Kalau dibiarkan sket lagi ada la spider datang buat sarang kan.

Akhir-akhir ni saya sangat la sibuk. 
Sibuk di office. Di rumah memang sudah tentu sibuknya. Sahabat sepejabat pergi holiday ke Jepun selama seminggu. Tinggallah Kak Tam sorang ni untuk cover keje2 sahabat. Bukan keje dia sorang pun. Kerja bersama. So, bila buat sorang2 ni, hilang la satu tangan kekdahnya. Tak apalah. Hari ni hari dia, next time dia pulak tolong kita mana2 yang bleh. Hidup kena saling bantu membantu.

Dalam sebulan kebelakangan ini macam-macam berlaku. 
Jumpa kawan-kawan lama masa UIA dulu. All AIKOLIANS' Divas. Bersembang dalam grup wasap sampaikan beribu-ribu msg x sempat nak baca. Hari-hari bangun pagi just scroll drown je wasap-wasap diorang ni. Macam-macam topik. Mana yang sempat catch up dapatlah point nak menyampuk. Kalo x scroll down laju2 je lah :)

Dalam sebluan ni jugak kesihatan diri agak merudum. 
Batuk, sakit tekak, sakit kepala. Baru nak baik dalam seminggu dua, teman lama datang kembali. Ada sehari tu, pergi klinik untuk dapatkan ubat. Doktor nak bagi MC boleh plak saya menolak MC tu. Ntah kenapa ntah. Baik la pulok ye. Tapi sebenarnya dok memikirkan keje-keje di office yang tak habis-habis. Perasan juga, sebenarnya dah lama x amalkan makan supplement yang dah nak berabuk kat rumah tu. Bila dah sakit baru nak makan. Memang la x de kesan kan. Insyaallah. Berazam untuk amalkan semula kehidupan sihat macam dulu-dulu. 

Kerja kat office pula, macam tak berhenti-henti pula masuk. 
Ada satu hari tu sampai 3 matter urgent nak diuruskan pada hari yang sama. Aduhai!!! Bos pun satu, dalam banyak-banyak officer, Kak Tam jugaklah yang dapat tugasan tu kan. Alasannya senang je "since u are from Chambers (or Advisory), u know what they want".... Hmmm. Camtu ke? Next time assign kat saya keje-keje yang datang dari Chambers je ye Boss. Yang lain-lain bagi kat orang lain.Tapi yang berlaku sebaliknya. Dari Chambers pun akak kena buat, yang lain-lain pun akak kena buat. Nasib la akak ni baik. Bukan jenis yang suka meroyan x tentu pasal kan. Bersabarlah Kak Tam ye.

Anak-anak pula seperti biasa dengan perangai masing. 
Sekarang saya tidak suka nak komplen banyak-banyak pasal anak. Saya lebih fikirkan solution daripada memikirkan masalah. Sebab pada saya bila berfikir sangat pasal satu2 masalah, kita bukan selesaikan masalah tu, sebaliknya jadikan masalah tu jadi lagi besar pulak. Saya cuba belajar untuk kurangkan menjerit pada anak-anak (nak berhenti memang x dapat lah kan ^_^), banyak-banyak kan beristighfar, dahulukan apa yang sepatutnya dan yang paling penting selalu dahulukan urusan dengan Allah (hasil bacaan Allah Tempat Meminta). InsyaAllah, semua akan jadi ok. Optimist ye ^_^.

InsyaAllah.
Minggu hadapan nak adakan kenduri doa selamat di rumah Mak Mertua di Tg. Malim. Sempena hari ulang tahun perkahwinan mak dan abah mertua yang ke 41. Sambil-sambil tu menumpang sekaki buat majlis ulang tahun kelahiran Khalis dan Iman. Buat sekali je. Senang dan jimat :). Jadi, minggu ni saya sibukkan diri untuk buat perancangan bagi majlis tu nanti. Untuk part birthday party anak-anak je la. Mak n abah mertua, itu agenda anak-anak diorang. Hehehe..

Dan InsyaAllah juga. 
Saya dan seorang sahabat sedang mengusahakan satu projek bisnes kecil-kecilan kami. Apa-apa pun, pesan sifu kalau nak berbisnes, kena ada tapak dulu. Set up satu company. Daftar apa yang patut. Kemudian barulah ke plan yang seterusnya. Yang itu, esok juga saya akan buat.  

Panjang juga rupanya entry hari ini ye. Ingatkan x de idea tadi. Masa mula2 nak tulis memanglah. Rasa x tau nak tulis apa. Tapi bila dah start menulis, macam2 la pulak yang keluar ye.

Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menghadapai ujian di hari-hari akan datang.

Amin.