Tuesday 22 November 2016

Pindah Rumat Part 3: Tragedi Oktober

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak hari tu Kak Tam kata ada tragedi berlaku semasa hari perpindahan ke rumah baru di Putrajaya. 

Apa tragedi nya tu???

Sofa kesayangan hakak tak muat masuk pintu 
dik non!!!

-____________-

Sofa leather warna hitam 3 seater besar bagak.
Tragedi Oktober sungguh.

Gambar sofa tak ada dalam simpanan. 
Cari-cari gambar dalam rumah, tak jumpa la pulak gambar sofa ni.

Dah camner tu kalau tak muat. 
Memula tu puas la jugak memusingkan sofa tu nak bagi masuk jugak dalam rumah. Tapi memang tak boleh. 
Sebab pintu grill lepas, tapi pintu rumah tak lepas. 

Sofa pulak jenis tak boleh cabut. 
Seketul beso gitu. 
Hishhh! 
Kak Tam memang dah garu kepala dah masa tu. 
Tak tau nak buat apa lagi dah. 
Haru!

Mak mertua suruh letak kat luar rumah dulu. 
Takkan nak hantar rumah Bangi. 
Bagi orang guna lagilah sayang. 
Mahal kot. 
Satu-satunya perabot mahal yang akak ada pon =p

Semalaman sofa kat luar rumah. Mak mertua x senang hati dok memikirkan sofa kat luar rumah tu. Kak Tam lagilah. Sedih tak terkira sebab bajet2 dapatlah letak sofa tu depan tv. Dapatlah ku beristirehat menghilangkan penat lelah di depan TV konon-kononnya.

Esoknya masa kat ofis adik ipar call bagitau idea mak nak bawak balik sofa tu ke Tanjung Malim. Off course la kena sewa lori. Sebenarnya ada lagi urusan-urusan lain yang memerlukan lori sewa. Tu yang mak cadangkan gitu.

Fikir punya fikir, daripada letak kat luar rumah terbiar macam tu, baiklah bagi mak bawak balik kampung. Terpaksalah. Nak buat macam mana kan. Letak kat luar rumah pun takut orang/jiran-jiran marah plak. 

Makanya, hakak dengan redho melepaskan sofa ku ke rumah emak. Selamat dah sofa tu pun. Walaupun mak kata esok-esok kalau nak sofa tu balik ambik lah, tapi Kak Tam tak rasa sofa tu akan kembali ke rumah Kak Tam. Satu keje la pulak nak sewa lori lagi nanti. Bukannya murah weh >__<

Makanya, sekarang tiada lagi sofa empuk nak landing ketika nonton TV. Yang ada sofa lama yang kalau duduk terperonyok ke bawah. Kalau tak berhati-hati duduk, boleh bertemu tulang tongkeng korang dengan kayu sofa tu ^__^

Tak ada plan nak beli sofa baru buat masa ni. Biarlah dulu apa yang ada. Rumah pun bukan besar sangat macam dulu. Tempat limited. Sofa bed yang ada tu pun dah ok. 

Harap-harap sofa tu bahagialah ada kat kampung nun.  


Misi Mencari Tadika dan Taska/Playschool

Assalamualaikum wbt.

Rumah belum siap kemas. Tapi dah teratur la sket nak banding dua minggu sebelum ni =P

Tinggalkan dulu bab kemas rumah. Sekarang ni focus pula pada misi mencari tadika dan taska untuk Yaya dan Echa.

Dalam Putrajaya ni banyak tadika dan taska/nursery. Dari yang mahal sampai la yang ke murah. Murah pun dah tak berapa nak murah sangat macam dulu-dulu. Yuran tadika kebanyakkan sudah mencecah RM400 ke atas. Taska/nursery pula masih ada yuran antara RM300 – RM350.  Zaman sekarang ni, ape jelah yang murahkan. Itu yuran bulanan. Belum lagi tengok yuran pendaftaran dan tahunan yang ribu riban. Pening hakak nak mengira duit yang bakal dikeluarkan nanti.

Nak tak nak, kena juga cari tadika dan taska baru untuk Yaya dan Echa. Nak berulang ke tadika dan taska lama di Bangi rasa tak larat la pula. Sekurang-kurangnya perjalanan Yaya dan Echa ke sekolah taklah jauh sangat.

Kak Tam survey di Presint 14. Memang target nak cari di sekitar Presint 14 atau 15 sebab senang satu jalan nak hantar abang Khalis dan Iman ke sekolah. Kat Presint 14 ni banyak tadika cuma tak banyak yang ada tadika dan playschool atau taska sekali. Kebanyakannya asing. Kalau boleh Kak Tam nak cari yang setempat. Senang hantar Yaya dan Echa sekali lalu je.

Cari punya cari, jumpa satu tadika dan playschool di bawah satu bumbung. Kebetulan playschool baru dibuka untuk tahun 2017. Buat appointment dan jumpa cikgu yang in-charge kat situ.


Tadika Rafflesia iSmart/ Tadika Rafflesia Hana iSmart. 

Tadika ni beralamat di No. 151 Jalan P14G, Presint 14, Putrajaya. Dibuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Mulai tahun depan playschool untuk anak-anak berusia 3 tahun juga akan dibuka. Bolehlah mendaftar sape-sape yang berminat.

Kak Tam suka nak jumpa cikgu tadika tu sendiri dan bercakap sendiri. Senang bila bersua muka ni bolehlah tanya macam-macam. Kalau bercakap dalam telefon rasa tak puas dan kadang-kadang terlupa point yang nak ditanya. Lagipun, kalau jumpa dapat juga tengok-tengok keadaan tadika tu dengan mata sendiri. Kadang-kadang gambar di FB bukan main gah. Tapi relaitinya tak seberapa. Jadi sebelum kita rasa ditipu, baik pergi tengok sendiri baru puas hati kan.

Overall, Kak Tam berpuas hati dengan keadaan tadika. Tadikanya bukan di rumah end lot. Tetapi design rumah di Putrajaya ni ada laman masing-masing. Jadi ada lah aktiviti luar yang anak-anak boleh buat di sekolah.

OK. Kita cerita part yang paling penting iaitu yuran sekolah anak. Dalam banyak-banyak tadika yang akak survey ini antara yang affordable. BUT STILL EXPENSIVE -___-

Jumlah yuran pendaftaran dan tahunan untuk Yaya (6 tahun) adalah RM 975. Yuran ni tak termasuk yuran untuk program lawatan sambil belajar, ihtifal, sport day dan sebagainya. Yuran ini diasingkan dan perlu dibayar sekiranya parents membenarkan anak-anak menyertai program yang dicadangkan. Kalau tak nak join, tak perlu bayar. Kadang-kadang ada pertembungan waktu dengan event keluarga kan. Jadinya tak adalah isu parents nak minta refund sebab x dapat join. Yuran bulanan RM480 sebulan hokayyy. Ni kira sampai petang la. Kalau sampai tengah hari je hanya RM300 sebulan. Kira untuk transit tu RM180 sebulan.

Untuk Echa yang berumur 3 tahun, yuran pendaftaran dan tahunan untuk playschool adalah RM585. Yuran bulanan pula RM340 (sehingga petang).

Yuran pendaftaran dan tahunan ni termasuk 2 pasang baju dan tudung untuk anak perempuan.

Program untuk anak-anak tadika lebih kurang sama je dengan lain-lain tadika. Cuma di Tadika Rafflesia iSmart ni tak ada exam. Yang ini Kak Tam suka =)

Untuk playschool, anak-anak akan didedahkan dengan pembelajaran asas sahaja seperti mengenal huruf. Lain-lain program lebih kepada bermain sambil belajar yang sesuai untuk anak-anak kecil ni.

Kat tadika ni ada 6 orang guru. Sekarang ni ada 55 orang students. Ini tak tolak lagi yang akan naik darjah satu. Jadi, boleh dikatakan secara purata seorang guru akan mengajar lebih kurang 10 orang students.

Kak Tam berkenan juga dengan tadika ni. Tapi masih x survey lagi tadika-tadika lain di sekitar Presint 14 tu. Nanti ada masa boleh pergi survey lagi. Kot ada yang menawarkan harga lebih menarik kan.


Anak-anak nak sekolah, mak bapak berpeloh ketiak memikirkan duit yang bakal mengalir laju. Huhuhu. Tak pelah. Tanggungjawab mak bapak untuk bagi pendidikan pada anak-anak. Dah tak mampu nak ajar sendiri, maka kena lah usaha untuk cari yang terbaik pada harga mampu milik demi anak-anak tercinta =D

Okay, kita masukkan tadika ni dalam senarai. 

Kalau nak tengok apa-apa maklumat bleh ke fb Tadika Rafflesia iSmart atau blog tadika atau emel ke rafflesia.ismart@gmail.com atau contact Teacher Nana di 016-5582774 untuk sebarang maklumat.


Thursday 17 November 2016

Pindah Rumah Part 2 – Relocation ASTRO IPTV

Teks: Rahimah Binti Omar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum =D

Ingat tak Kak Tam kata kena set date dulu bila nak pindah. Ok. Bila dah ada tarikh tertentu senanglah nak buat urusan nak pindahkan astro atau internet kalau ada.

Sumber: Google

Macam rumah Kak Tam ada ASTRO IPTV. Astro package ngan internet sekali tu. Rupanya agak complicated juga prosedur nak pindah ASTRO IPTV ni ye. Bukanlah complicated ape sangat, cuma ia memakan masa agak lama. Nasihat Kak Tam, sape ada ASTRO IPTV ni dan merancang nak pindah, sila buat urusan perpindahan ASTRO IPTV at least 2 minggu sebelum tarikh nak masuk rumah baru atau tarikh korang bajet nak ada service ASTRO IPTV di rumah baru tu nanti.

Kak Tam bernasib baik, sebab walaupun call Astro untuk relocation tu dah agak lewat, tak sampai seminggu lagi nak pindah, tapi atas jasa baik pihak Astro, dapatlah juga buat cepat sket.

Ok, yang nak pindahkan ASTRO IPTV ke rumah baru tu, first call Astro Customer Service dulu untuk set appointment untuk relocation dan installation di rumah baru. Sila call customer service Astro IPTV ye, bukan customer service Astro. Kalau pakai Astro je, bolehlah call Astro customer service tu.

Sebelum Kak Tam cerita panjang lebar, nak bagitau, sebelum nak pindahkan ASTRO IPTV tu check dulu tarikh installation kat rumah lama. Kontrak ASTRO IPTV ni tempohnya 2 tahun. Kalau dah lebih 6 bulan, relocation adalah free of charge. Tapi kalau x sampai 6 bulan lagi nak relocate, ada charge yang dikenakan. RM500 kalau tak silap. Kalau silap, akak mintak ampun yea. Tak berapa nak hingat ^___^

Lepas tu, kena bagi alamat penuh rumah baru untuk membolehkan pihak Astro check sama ada kat tempat baru tu ada coverage atau tak. Sebabnya tak semua tempat ada coverage ye. Macam Kak Tam, pindah ke apartment. Walaupun dalam satu blok yang sama, tapi tak semua tingkat akan ada coverage. Ini yang Astro bgtau la. So, kena bagi detail address untuk diorang check.

Kalau ada coverage, installation boleh diteruskan. Boleh juga kalau nak down grade ke Astro biasa sahaja tanpa internet. Tapi ada penalti yang akan dikenakan jika tempoh kontrak masih belum habis. Kiraan akan dibuat mengikut baki kontrak service berkenaan.

Tapi kalau tak de coverage? Ada 2 option.

#1. Boleh down grade – maknanya teruskan dengan Astro package biasa tanpa internet; atau

#2. Boleh terminate ASTRO IPTV terus – maknanya tak ambil Astro dan ASTRO IPTV terus la.  

Tetapi kalau tempoh kontrak masih berbaki, makanya dua-dua option tu pun akan kena penalti pada kadar separuh daripada yang sepatutnya.

Contoh penalty tu, katakanlah baki tempoh kontrak ada 4 bulan lagi nak cukup 2 tahun. Penalti penuh dikira pada kadar RM100 sebulan. So darab la 4 bulan. Makanya penalty penuh adalah RM400. Kalau separuh tu maknanya RM200. Tapi ini untuk situasi Kak Tam la. Sebab Kak Tam x pasti sama ada penalty yang dikenakan sama atau tak. Boleh jadi berbeza. Kena ikut apa terma dan syarat dalam kontrak masa kita install ASTRO IPTV tu ye.

Next step. Bila dah settle check, dah confirm ada coverage, maka bolehlah set tarikh untuk install di rumah baru tu nanti. 4 hari bekerja sebelum tarikh installation tu nanti akan berlaku service interruption pada internet korang tau.  Jangan buat-buat tak ready plak. Sebab semua ni nanti customer service akan maklumkan lebih awal. Tarikh untuk installation tu pun tak boleh sesuka hati ubah ye. Akan dikenakan penalty jugak nanti kalau buat last minit cancellation. So lebih baik set tarikh yang memang confirm kita available kat rumah pada masa tu.

Sehari sebelum install, technician dari Astro akan datang cabut piring kat rumah lama untuk dibawa ke rumah baru. Tapi hari tu technician Astro ni dia kata tak payah cabut sebab dia bagi piring baru. Malasss lah tu =P

Oh ye. Modem, decoder and router tu kena dismantle dan bawa ke rumah baru siap-siap ye.  Nanti technician ASTRO IPTV yang buat installation tu akan bagi modem dan router serta kabel yang baru. Cuma yang lama perlu diserahkan kembali kepada pihak Astro.

Pada hari appointment, technician Astro akan datang dulu untuk pasang Astro. Kemudian barulah orang IPTV. Tempoh nak pasang tak lama kalau takde apa-apa masalah.

So, dah siap install semua terus on boleh tengok rancangan Astro macam biasa. Internet service pun boleh guna terus.

Ok. Habis dah cerita. Penat nak taip nak bagi ayat tersusun supaya orang faham bila baca. Kalau setakat tulis tapi orang baca tak faham, takde makna nya kan. Kena kecam lagi hado ^__^

Okay. Nanti cerita benda lain pulak. Target entry tahun ni tak tercapai lagi =D
So, kena kejar sket. Dah nak akhir tahun. Huhuhu.

Daaa =)


Kak Tam Mama Sado

Thursday 3 November 2016

Pindah Rumah Part 1 - Perancangan Untuk Pindah Rumah

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah selamat berpindah. Penatnya tak usah cakaplah. Rasa nak patah pinggang. Rasa nak amik cuti seminggu, pastu nak gi spa relax jap. Tapi semua tu dalam mimpi je la ^_^

Ok. Jom kita cerita proses nak pindah rumah ni. Nak pindah rumah kena rancang elok-elok. Lagi-lagilah kalau rumah banyak barang. Urusan perpindahan semua kena mulakan awal. Kalau tak, kelam kabut jadinya.

First of all, of course lah target date untuk berpindah. Sebab bila dah ada tarikh, senang kita rancang nak kemas-kemas barang-barang. Boleh start sikit-sikit sampailah ke tarikh nak pindah tu. Kalau tarikh nak pindah tu tak lama sangat tempohnya, berkemungkinan perlu ambil cuti sehari untuk urusan packing dan sebagainya. Ada tarikh yang tertentu juga bagus kalau ada melibatkan relocation astro atau internet ke rumah baru. Yang ini banyak bergantung pada penentuan tarikh tu bagi memudahkan membuat appointment dengan pihak yang berkaitan.

#2nd. Packing barang-barang yang nak dibawa. Proses packing ni sebenarnya yang paling leceh. Nak kena sisih dulu mana yang tak pakai. Mana yang nak dibuang, mana yang nak disedekahkan, mana yang boleh dijual dan sebagainya. Nak packing kena ada kotak atau beg yang tahan lasak. Barang-barang yang di pack ni nanti nak dibawa naik atas lori. Kalau kotak x elok atau beg tak tahan lasak, mau terburai barang-barang tu nanti. Pack ikut kategori dan jangan lupa labelkan terus apa barang yang di pack tadi bagi memudahkan proses mencari semasa nak unpack nanti.

#3rd. Cari mover. Kalau barang sikit dan boleh angkut sendiri boleh guna kenderaan peribadi, tak perlulah mover. Sebab mover ni agak mahal juga kosnya. Part cari mover ni kena survey banyak sikit. Sebab berdasarkan pengalaman kami yang dah pindah 3 kali ni, boleh dikatakan ada yang menawarkan harga sewa lori dengan pekerja yang murah dan berbaloi. Jadi kena rajin-rajin sket survey dan tanya harga.

#4th. Buat bajet. Sebenarnya nak pindah rumah ni banyak juga duit nak guna. Mover la biasanya yang paling mahal pun. Contohnya seperti upah orang nak dissemble perabot, beli kotak dan beg plastic, upah orang cuci rumah dan sebagainya. Sebaik-baiknya mana yang boleh buat sendiri, buatlah sendiri. Kos upah tenaga kerja sekarang ni mahal tau. Nanges nak membayar nanti.

#5th. Pastikan ruang untuk menyimpan barang di rumah baru sudah disediakan. Lagi bagus kalau dah sediakan pelan kat mana nak letak perabot-perabot. Sebab bila mover tu angkat terus bagitahu kat mana letak. Barang-barang lain susun di satu tempat khas supaya tidak berselerak sampai tak ada ruang nak lalu nanti. Percayalah, kalau korang pindah, bukan siap kemas dan unpack barang dalam hari yang sama, waima hari esok dan lusa dan tulat dan seterusnya untuk minggu tu pun belom tentu siap kemas ^__^. Paling kurang 2 minggu baru siap kemas sepenuhnya. Itu sebab pentingnya letak dan kumpul barang di satu tempat dahulu.

#6th. Sesi unpack barang. Unpack mana-mana yang penting dulu. Masa ni labelling yang kita buat memainkan peranan penting. Boleh memulakan unpack barang-barang yang digunakan segera seperti barang-barang dapur, baju yang nak dipakai dan barang-barang elektrik yang nak diguna.

#7th.  Susun atur perabut dan barang-barang. Kalau sempat, masa unpack tu terus sahaja disusun atur barang-barang yang dah dibuka ke tempat yang sewajarnya. Tetapi kadang-kadang sebab nak cepat memang main buka je dulu kotak tu, dan susun kemudian. Part nak susun atur rumah ni memang ambil masa. Ini kiranya part yang last sebelum rumah kelihatan cantik tersusun =D  


Kalau nak ikutkan satu persatu, memang banyak juga benda nak dilakukan bila nak pindah rumah ni. Lagi-lagi lah kalau nak pindah daripada rumah besar ke rumah kecik. Nanges nak pikir nak letak barang-barang. 

Ada tragedy berlaku. Huhuhu. Nantilah kita cerita ye. Sadissss… Hehehe. 

Babai dulu. 

Kak Tam Mama Sado 
(gelaran baru encik suami bagi... sebab dah gemoksss ^___^)