Wednesday, 9 March 2016

RAWATAN AKAR GIGI @ ROOT CANAL TREATMENT

Teks: Rahimah Binti Omar

Sesungguhnya ... ini bukanlah senyumanku  ^_^
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 
Syukur… Dah boleh senyum dengan lebar. Heheheh. 
Al maklumlah. Root Canal Treatment (RCT) dah selesai. 
Gigi dah cantik semula ^_^

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini Kak Tam akan ceritakan sedikit mengenai RCT gigi geraham yang Kak Tam buat di Klinik Pergigian Azila, Bandar Baru Bangi. Rasanya ramai dah tahu mengenai RCT ni.

Secara amnya, RCT adalah rawatan untuk membaiki dan menyelamatkan gigi yang telah rosak teruk ataupun yang telah dijangkiti kuman. Semasa prosidur RCT ini, saraf gigi akan dimatikan, kemudian ia akan dicuci bersih dan ditampal kemas. Untuk penjelasan terperinci, boleh google ye. 
Takut salah maklumat la pula.

RCT di Klinik Pergigian Azila ini memerlukan 3 kali rawatan. 
Pertama untuk matikan akar/ saraf. Kali kedua, cuci dan x-ray dan yang kali ketiga untuk tampalan kekal. Kali pertama dan kedua akan diakhiri dengan tampalan sementara. Rasanya di klinik gigi yang lain pun macam tu juga. 
Tak tahulah pula kalau ada yang kurang dari 3 kali rawatan.

Alhamdulillah. 
Syukur sangat dipertemukan dengan Klinik Pergigian Azila ni. 
Bukan apa, perkhidmatan yang diberikan amat bagus. Sangat sesuai untuk akak-akak yang penakut nak jumpa dentist macam Kak Tam ni kan. Rawatan yang diberikan tidak sakit. Maksud Kak Tam tak sakit sampai tak boleh nak tanggung. Rasa ngilu sikit-sikit tu biasalah. Sakit sangat tu tak ada. Orang kata, boleh la relaks-relaks masa doctor tu korek-korek gigi korang. Boleh nyanyi-nyanyi lagi kalau nak. Tapi dalam hati je lah ye.  ^__^

First visit, prosedur untuk mematikan akar dijalankan. 
Rawatan tak mengambil masa yang lama. Sebab kalau ada baca entry Kak Tam yang lepas, doctor tu dah siap-siap korek gigi tu ngam-ngam dan dah ada tampalan sementara.  Ikut estimation yang diberikan oleh nurse kat situ, pada kebiasaannya rawatan pertama akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Tetapi hari tu hanya lebih kurang 40 minit sahaja dah selesai semua sekali.

Takutnya, tak usah tanyalah. 
Tahap kecut perut. Semua doa dibacanya. 
Mengharap pada yang Satu .... moga-moga bila dah bayar mahal untuk RCT ni maka tak adalah rasa sakit atau ngilu yang tak boleh nak ditanggung.  Chewahhh :P

Dan Alhamdulillah, doa dimakbulkan. 
Tak ada rasa sakit walaupun ada rasa doctor tu cucuk-cucuk area saraf gigi tu.  

Mana taknya, dah bius siap-siap kan. Hehehe.

Sepanjang proses rawatan, Kak Tam pejam mata. 
Tak nak tengok peralatan-peralatan yang digunakan. 
Serammmm….heheheh.

Selesai rawatan pertama, Kak Tam pulang dengan rasa takut. 
Takut kalau malam-malam gigi ni berdenyut-denyut atau sakit yang tak boleh tahan. Tawakkal dan doa mengiringi kepulangan Kak Tam dari klinik gigi tersebut… Hahahah.. (poyo)

Rawatan kali kedua juga berjalan lancar. 
Rawatan kedua dibuat sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan pertama. Pun dibius juga. Tak pasti doktor buat prosedur apa, tapi masih juga ada proses korek mengorek dalam gigi tu. Kali ini, doktor buat x-ray gigi untuk pastikan betul-betul saraf yang terlibat. Manalah tau, nampak dengan mata kasar ada 2 saraf. Sekali bila x-ray ada 3 saraf. Kan dah naya tu. 

Masa matikan akar tu, doctor memang bagitau, saraf gigi Kak Tam halus sangat. Cam x padan plak ngan orangnya yang besar dan tinggi galah ni kan ^_____^

Alhamdulillah, selesai rawatan kedua dengan rasa selesa dan tenang. 
Lebih tenang daripada rawatan pertama tapi rasa ngeri tu tetap ada.

Rawatan terakhir juga perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan kedua. Kali ketiga ni tak ada bius lagi dah. Sebab doctor akan buat tampalan kekal. Agak takut jugalah.  Tapi syukur xde pape yang menakutkan atau menyakitkan.

Sehari selepas setiap rawatan, nurse klinik gigi ini akan call dan tanya keadaan pesakit. Nak cek la, ada sakit ke tak. Bengkak ke tak. Tanya juga mengenai perkhidmatan diorang. Bagus atau tidak. Disebabkan suka dengan rawatan RCT yang tidak menyakitkan, maka semua soalan mendapat jawapan yang baik-baik sahaja. Senyum lebar kakak nurse tu :)

Jumlah kos RCT di Klinik Pergigian Azila adalah RM995. 
Pecahannya, RM800 untuk RCT, RM45 untuk x-ray dan RM150 untuk tampalan kekal. Lima hinggit lagi cukup RM1000  -___- NANGESSS!!!

OK. 
Sedikit info yang dikongsikan oleh Dr Azila:

#1
RCT hanyalah salah satu bentuk rawatan bagi gigi yang masih boleh diselamatkan. Bila dan buat RCT, penjagaan gigi yang standard seperti memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memfloss gigi dan membuat pemeriksaan berkala masih perlu dilakukakn. Kalau tak, gigi yang dah dibuat RCT pun boleh rosak semula.

#2
RCT sebenarnya tak menjamin gigi tu dah pun selamat selama-lamanya. 
Ada kemungkinan RCT tak menjadi dan berlaku infeksi pada gigi tersebut. Akhirnya, terpaksa juga dicabut gigi berkenaan. (hangusss RM995 kalau jadi gitu.. huhuhu)

#3
Bila tanya Dr kenapa ada orang buat RCT kata sakit sket, 
ada yang kata sakit sangat sampai malam tak boleh tidur sebab saraf gigi berdenyut-denyut, ada yang kata sengal-sengal biasa sahaja, ada juga yang kata tak sakit langsung. Dr kata selain daripada teknik atau kemahiran seseorang doktor membuat RCT, ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. Sebab kalau saraf yang sensitive mungkin akan lebih terasa walaupun telah dibius. 

Jadinya...
janganlah terpengaruh sangat dengan cerita di atas ye. 
Manalah tau, esok-esok korang buat RCT sakit giler, 
pastu korang salahkan Kak Tam pulak buat cerita kata tak sakit :P 
Rezeki masing-masing dik. Kalau rasa sakit tu redho je lah ye.

Apapun, Alhamdulillah, dah pun selesai rawatan RCT ni. 
Duit boleh dicari, tapi gigi yang hilang xde ganti :P 
Alamat kena buat gigi palsu la jawapnya kalau tak buat RCT ni.

Kalau tiada kemampuan ke klinik gigi swasta, boleh je ke klinik gigi kerajaan. Service pun tak kurang juga hebat. Kadang-kadang di klinik kerajaan lagi banyak fasiliti yang disediakan. Jadi, anda masih ada pilihan kalau takde duit nak ke klinik gigi swasta. Takut sakit? Macam Kak Tam cakap tadi la. Ada orang mendapat pengalaman ngeri bila ke klinik gigi swasta. Bila ke klinik gigi kerajaan, semuanya jadi ok. Begitu juga sebaliknya. Jadi, atas rezeki masing-masing juga. Kalau dapat perkhidmatan yang baik. Bersyukurlah. Kalau tak dapat, tak perlu viralkan. Guna channel yang betul untuk membuat aduan. Eh??? Macam tolong promote klinik gigi kerajaan pula ye. Heheheh

OK. 
Cukuplah perkongsian kali ini.

Siapa-siapa yang kenal Kak Tam, 
pasni jangan la pelik tengok akak ni tersengih-sengih je ye. 
Gigi dah overhaul beb ^___________^


51 comments:

  1. kak...selepas RCT ada rasa sakit lagi ka pada hari pertama? ada diberi ubat ka? sy masih sakit selepas dicabut pada malamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas RCT malam tu x sakit. Tapi doc kata depends pada tahap sensitivity saraf masing2. Pernah juga kawan yang sakit sangat2 malam selepas RCT tu.

      Delete
  2. kak...selepas RCT ada rasa sakit lagi ka pada hari pertama? ada diberi ubat ka? sy masih sakit selepas dicabut pada malamnya

    ReplyDelete
  3. sy syorkan pergi ke klinik kerajaan jer...mcm sy...hehe...staff semua baik2..terutaman nurse y berasal drp Sabah...dh la cantik baik plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Klinik gigi kerajaan pun tak kurang juga bagusnya. Sakit atau tak sakit, itu rezeki masing2. Pergi ke klinik gigi swasta pun boleh jadi lebih teruk dari pergi ke klinik kerajaan. so, pilihan di tangan masing2 :D

      Delete
    2. Ye. Klinik gigi kerajaan pun tak kurang juga bagusnya. Sakit atau tak sakit, itu rezeki masing2. Pergi ke klinik gigi swasta pun boleh jadi lebih teruk dari pergi ke klinik kerajaan. so, pilihan di tangan masing2 :D

      Delete
  4. adoh saya ni dh sakit gigi la skrg ni, pg doctor kerajaan appoiment dia kasi 1 bulan, WTF.
    bru je dari klinik swasta tadi, rawatan akar RM300. fikir2 dlu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr zain.. kat mana klinik yg buat rawatan rm300 tu.. boleh kongsi x?? Tk

      Delete
  5. Sy tadi lepas xray, kena buat rct, rm600 utk satu btg gg ni gg kena 4 btg total rm2400, ada sape2 boleh cadangkan tak klinik mana yang okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana ya rawatan akar rm600 tu? tgh mencari jugak ni...huhuhu

      Delete
  6. Saya skarang tgh buat RCT kat Klinik Zahida Seksyen 8 Shah Alam, Dentist saya Doktor Kamal. Cost RM750 + RM150 untuk tampalan akhir. Buleh byr sikit2. Kene dtg 4 kali atau lebih sampai dentist puas hati. Tapi charge tetap sama RM750 + RM150. Recomended! Tempat pun lawa sgt

    ReplyDelete
  7. baca entri ni terus gigi rasa berdenyut2😥

    ReplyDelete
  8. masa doc tu cucuk kat akar sakit tak.......

    ReplyDelete
  9. berapa lama rawatan akar gigi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya dah bernanah dan bengkak besar

      Delete
  10. Mahalnya. Habis gaji kat situ je..patut ke? pi klinik kerajaan disuruhnya ke klinik swasta sebab tiada perkhidmatan rawatan akar gigi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru lps check gigi.. doc ckp kalau sminggu lg masih sakit, kena buat rawatan akar.. sy prgi utc keramat, kerajaan jgk tu.. boleh buat kat situ

      Delete
    2. Btul ke utc keramat buat rtc sis?

      Delete
    3. Betul2. Sy baru buat 1st treatment RCT dgn dr yim kat UTC keramat

      Delete
  11. Mahalnya. Habis gaji kat situ je..patut ke? pi klinik kerajaan disuruhnya ke klinik swasta sebab tiada perkhidmatan rawatan akar gigi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya klinik kerajaan memang stakat ni sy tak jumpa lagi.sy g swasta baru ni rm 700 tak termasuk xray n tampal.kalau ada kat gomen nak pergi gomen je la.

      Delete
    2. Sy akhir bln ni nak buat rct kat klinik kerajaan bestari jaya . free . tp utk gg depan shj . gg belakang kena pergi private

      Delete
  12. Klinik pergigian kt klinik kesihatan seberang jaya memang terbaik ada sediakan rwtan RCT ni... Doc n nurse baik sgt..sy wt rwtan FREE ja sbb ada GL... 😍

    ReplyDelete
  13. Lupa nk hbaq... Siap XRay semua skali... 😍

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. saya tgh buat RCT ni kt kuching.. Rm1000 utk RCT shj. untung kalau wat kt smnnjung sbb lbh murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy wat kt KL, rm1800 tak termasuk xray. Xray rm150. Semua kena bayar rm1950. Ingatkan bayar mahal tak sakit...sakit juga

      Delete
    2. Sayapun baru buat kena rm 1900.

      Delete
  16. Gigi tengah sakit ni tapi tak tahu nak cabut ke nak buat RCT. Nak buat RCT duit takde dan tambah pulak takde masa nak pergi klinik tiap2 minggu ��. Klinik kerajaan lambat sangat, takut makin teruk sakit gigi ����

    ReplyDelete
  17. Salam akak, nak tanya. Kos tu untuk sebatang gigi je ke?

    ReplyDelete
  18. salam kak tam..dokter pun advise saya sruh buat rawatan akar ni..xde ikhtiar lain lagi ker..cth ambik splment ke ape..untuk kuat kan gigi... kos yang dokter cakap kat saya rm800 je..

    ReplyDelete
  19. saya baru je buat rct..huhu mau nye mahal dan buat cuma dlm 20minit je siap semua.tak perlu datang 2 3 kali.

    ReplyDelete
  20. Adakah kamu buat rawatan akar gigi kamu untum semua gigi? Atau 1batang gigi shaja?

    ReplyDelete
  21. Baru aje balik buat RCT ni.RM500 kat senawang.belum termasuk x- ray & tampalan akhir.Alhamdulillah tak sakit ,doktor pun gentle aje.boleh bayar sikit -sikit dulu.

    ReplyDelete
  22. Sy dah buat rawatan RCT bln 2 di Simpang,Taiping,perak.kos rm450 termasuk xray dan ubat..doc pun bgus,baik..tp masih jg sakit2..denyut2 tu masih ada..xtahan da rasa sakit ni.fikir2 nak pergi klinik kerajaan dan cabut..huhu..tapi syg sgt kat gigi ni..ada cadangan x?

    ReplyDelete
  23. Sy baru buat RCT kat klinik amim surgery bandar seri alam johor semlm. Tpi doktor kata cuma 2kali treatment. 1kali Rm400 so lgi 2minggu utk second rawatan. Hari pertama nee ada sakit kejap2 tpi masih bole tahan kalo nak banding sebelum bt. Doktor ada bgi ubat jgk 1 antibiotik amoxycilin dan 1lgi ponstan. Harap2 dptlah sembuh ssmula mcm gigi akak. .

    ReplyDelete
  24. Kenapa klinik kerajaan xmo buat rawatan akar n... Diorang suggest pegi swasta.. Mana la mamp.. Kesian kt anak dhla nak dekat exam..

    ReplyDelete
  25. Kenapa klinik kerajaan xmo buat rawatan akar n... Diorang suggest pegi swasta.. Mana la mamp.. Kesian kt anak dhla nak dekat exam..

    ReplyDelete
  26. Sy tengah tunggu turn nk buat rct.. smua kos rm350 di klinik gigi kulim

    ReplyDelete
  27. Dah buat rct utk frst appointmnt... Xrasa sakit sbb doc ltak ubat bius... Tp utk next appointmnt doc ckp no ubat bius dh...bole share utk rawatn ke 2 tu doc buat ap?rasa sakit x?

    ReplyDelete
  28. Punya mahal. Saya buat rct gigi depan termasuk tampalan rm500 ja.

    ReplyDelete
  29. Sy g gomen semua suruh buat rct dri klinik kat klte..at muadzam shah pahang last buat dekat gemas...sy nk cabut dorang suruh buat..bru siap.ni tp lepas je bius last 2 abis..gg sy skit berdenyut2 ...rct gagal ke. .

    ReplyDelete
  30. Sy g gomen semua suruh buat rct dri klinik kat klte..at muadzam shah pahang last buat dekat gemas...sy nk cabut dorang suruh buat..bru siap.ni tp lepas je bius last 2 abis..gg sy skit berdenyut2 ...rct gagal ke. .

    ReplyDelete