Teks: Rahimah Binti Omar
Kolam Renang di Holiday Inn Melaka |
Assalamualaikum wbt.
Cuti sekolah dah pun bermula. Ada rancangan nak bawa
anak-anak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ke? Biasanya kalau bercuti bersama
anak-anak, antara agenda utama yang selalu masuk dalam senarai adalah mandi
kolam. Mesti nak cari hotel atau penginapan yang ada kolam renang kan. Tak pun
bawa anak-anak mandi di kolam renang awam. Lagi-lagilah musim panas ni. Dapat
main air sejam dua, alangkah seronoknya ^_^ Bukan anak-anak je yang suka, mak
bapak pun kalau dapat join sekali dalam kolam tu…hmmmm… heaven kan. Hehehe
Kak Tam juga tak terlepas dari membawa anak-anak mandi kolam.
Hujung minggu baru-baru ini kami sekeluarga mandi kolam di Hotel Averly,
Putrajaya. Kebetulan, kakak Kak Tam dan adik menginap di sana, jadi kami pun menumpang
kasih la sekali.
Mandi kolam dengan anak-anak memang seronok. Tetapi sebagai
ibu bapa, ada etika dan adab yang perlu kita patuhi supaya kolam renang
berkenaan dapat digunakan oleh orang seterusnya dalam keadaan yang bersih dan
selesa, sama seperti sebelum kita mandi manda di situ. Nama pun kolam renang
awam atau kolam renang hotel yang memang disediakan untuk public. Jadi, kenalah
jaga sama-sama.
Dear parents. Please observe these 6 etiquette when you are
at the public or hotels’ swimming pool.
#1 Pakaikan anak-anak
dengan pakaian mandi yang bersesuaian.
Bila sebut pakaian yang bersesuaian, bukan bermaksud perlu
pakai swimming suit. Kalau pihak pengurusan kolam renang mensyaratkan supaya
pakai swimming suit dan tidak membenarkan pakaian lain selain swimming suit,
perlulah ikut. Tetapi yang lebih ditekankan di sini adalah yang “sesuai” dalam
keadaan tidak berpakaian renang.
T-shirt gelap dan track suit adalah sesuai untuk anak-anak
perempuan yang dah berumur 10 tahun ke atas. Bukan apa, biasanya di tahap umur
sebegini semuanya sudah terbentuk. Banyak mata yang memandang jika pakai
t-shirt putih atau cerah. Berkain juga tidak sesuai ye. Kembong kain tu bila
masuk dalam air nanti ^_^
#2 Pastikan anak-anak
dah buang air kecil sebelum masuk ke dalam kolam. Selalu juga berpesan-pesan
kalau nak terkucil panggil mak atau ayah.
Yang ini selalu Kak Tam buat pada anak-anak. Sebelum pakaikan
baju renang lagi dah suruh beratur masuk bilik air. Semua kena buang dulu
apa-apa yang patut dibuang. Barulah selesa nak berenang. Mak ayah pun tenang =)
Sebelum terjun dalam kolam pun berkali-kali pesan dengan
anak, kalau nak kencing sila keluar dan bagitau mama atau papa. Kencing di bilik
air. Jangan kencing dalam kolam.
Nama pun anak-anak kan. Perlulah diingatkan dan dipesan
berkali-kali. Kalau dah terjun dalam kolam tu mestilah rasa sejuk dan mudah je
rasa nak terkucil.
Pernah dulu, tengah sedap-sedap main air, tiba-tiba anak
menjerit “Mama, Yaya kencing”. Kuat pulak tu. Allahuakbar. Nak pengsan time tu
juga rasanya. Sebab segan. Semua orang dah pandang-pandang. Agaknya dalam hati
diorang kata “Cis!!! … anak aku mandi air kencing anak ko”…. @_@
Jadi, selepas peristiwa itu memang Kak Tam akan pastikan
anak-anak siap-siap membuang dulu apa-apa yang patut dibuang. Plus, pesanan
yang tak sudah-sudah sepanjang diorang mandi kat kolam (annoying nya Mama ni.
Hahahah)
#3 Buka pampers anak
sebelum masukkan/mandikan anak dalam kolam renang.
Biasa nampak mak ayah excited nak bawa baby mandi kolam kan.
Ataupun anak-anak kecil yang masih pakai pampers? Biasalah tu. Anak Kak Tam pun
masih pakai pampers juga. Tetapi, mak ayah, please lah …. Buka dulu pampers
anak kecil tu sebelum celup mereka dalam kolam renang tu ye. Bukan apa. Bila
anak masuk je dalam air dengan pampers, automatik segala najis yang ada dalam
pampers tu akan ‘berenang’ keluar selari dengan arus perdana kolam berkenaan.
Dan anak-anak yang lain dalam kolam tu pun dengan gembira berenang dan menyelam
… ada kalanya siap tertelan air kolam berkenaan *___*
Nampak tak. Betapa tidak
hygiene nya -_____-
Kalau rasa nak bawa baby berenang dalam kolam, seeloknya
sediakanlah pampers khusus untuk baby atau baby pants yang boleh digunakan untuk berenang. Yang
ini biasanya anti-leaking.
Kalau tak mampu atau tak ada, boleh pakaikan pampers biasa
yang bersih (maknanya belum poo poo lagi kat pampers tu). Tapi duduklah kat
tepi-tepi kolam je. Main celup-celup kaki pun ok lah untuk baby kan.
Masa anak-anak kecik dulu, Kak Tam tak bawa baby berenang.
Just main kat tepi-tepi je. Sebab risau juga abang kakak tertelan air kecing
adik. Hehehe
#4 Buang pampers anak
dalam tong sampah yang disediakan.
Dah buka pampers anak? Ok, tapi jangan lupa, pampers yang dah
tak pakai tu, buangkan dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada tong
sampah, simpan dan bawa balik untuk dibuang kemudian.
Apa yang diperhatikan, bila dah mandi, selamba je tinggalkan “burger”
anak tu dekat tepi kolam. Kalau ramai yang bawak anak-anak kecil, maka
banyaklah “burger” yang bertaburan.
Ye ke ada orang buat macam tu? Iye… Hari tu
last sekali balik dari kolam renang. Pelbagai jenama “burger” ada kat
sekeliling kolam tu. Di manalah kesedaran sivik mak ayah ye =(
#5 Perhatikan
anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendirian di kolam renang.
Biasanya, orang pergi bercuti bersama keluarga ni, tagline
diorang adalah ‘Spend a quality time together’ :P Jadi, waktu mandi-manda di
kolam juga sepatutnya dijadikan sebagai aktiviti bersama yang berkualiti serta
menggembirakan.
Tetapi sebaliknya yang terjadi. Ada parents yang ‘hantar’
anak mandi kolam dan kemudian ke tempat lain. Ataupun, duduk di tepi kolam
sambil main telefon. Duduk jauh pula tu. Kalau duduk ditepi kolam dan
perhatikan anak tu ok la juga.
Pernah tengok anak sape ntah, mandi kolam siap bawa sabun.
Boleh? Berbuih-buih air dalam kolam renang tu. Masa tu orang dah tak ramai. Hangin
je tengok bebudak ni. Pusing keliling, tengok-tengok manalah mak ayah bebudak
ni ye. Tapi rasa macam tak ada je. Sebab bila ditegur jangan main sabun dalam
kolam, selamba je main lagi dan lagi.
Lepas tu, ada juga anak-anak yang menyeberang
ke tempat kolam renang dewasa yang lebih dalam tanpa pengawasan ibu bapa atau
orang dewasa.
Ibu bapa yang budiman. Selalulah perhatikan anak-anak di
kolam renang. Bukan setakat perhatikan perangai mereka yang annoying yang boleh
membuatkan pengguna lain rasa tidak selesa, tetapi juga atas faktor keselamatan.
Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan mana-mana pihak jika parents tu sendiri
tiada di tempat kejadian.
#6 Jangan bawa makanan
di tepi kolam.
Yang ini mungkin jarang-jarang berlaku sebab kebiasaannya
pihak pengurusan hotel atau kolam renang awam awal-awal lagi melarang pengguna
membawa makanan di kawasan kolam renang. Tetapi walaupun dilarang, ada juga
yang curi-curi bawa makanan terutama makanan ringan.
Pernah tengok orang basuh tangan dalam kolam renang selepas
makan? Ha, Kak Tam pernah. Sakit hati kan. Memanglah yang buat tu budak-budak.
Tetapi di manalah mak ayah nya ye. Tak ajar ke anak basuh tangan di tempat yang
sepatutnya. Lepas tu serdak-serdak makanan bersepah-sepah atas dan bawah kerusi
rehat tepi kolam tu.
Kolam renang hotel atau kolam renang awam adalah untuk
kegunaan orang ramai. Jagalah kebersihan kawasan kolam renang. Jangan lakukan
vandalisme. Sila hormati hak orang lain
selepas anda untuk menggunakan kolam renang berkenaan dalam keadaan yang bersih
dan selesa.
P/S: Semua di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi.
Sebab selalu duduk main air di tepi kolam sambil menjadi pemerhati dan penonton
sahaja. Sebab nak join mandi dengan anak-anak, terasa macam badak berendam
pulak ;D Yela. Anak-anak mandi di kolam kanak-kanak. Kalau mama terjun sekali,
memang habis air kolam terkeluar ^__________________^
thorbaik~~!!
ReplyDeletethorbaik~~!!
ReplyDelete