Showing posts with label Pindah Rumah. Show all posts
Showing posts with label Pindah Rumah. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

Pindah Rumat Part 3: Tragedi Oktober

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak hari tu Kak Tam kata ada tragedi berlaku semasa hari perpindahan ke rumah baru di Putrajaya. 

Apa tragedi nya tu???

Sofa kesayangan hakak tak muat masuk pintu 
dik non!!!

-____________-

Sofa leather warna hitam 3 seater besar bagak.
Tragedi Oktober sungguh.

Gambar sofa tak ada dalam simpanan. 
Cari-cari gambar dalam rumah, tak jumpa la pulak gambar sofa ni.

Dah camner tu kalau tak muat. 
Memula tu puas la jugak memusingkan sofa tu nak bagi masuk jugak dalam rumah. Tapi memang tak boleh. 
Sebab pintu grill lepas, tapi pintu rumah tak lepas. 

Sofa pulak jenis tak boleh cabut. 
Seketul beso gitu. 
Hishhh! 
Kak Tam memang dah garu kepala dah masa tu. 
Tak tau nak buat apa lagi dah. 
Haru!

Mak mertua suruh letak kat luar rumah dulu. 
Takkan nak hantar rumah Bangi. 
Bagi orang guna lagilah sayang. 
Mahal kot. 
Satu-satunya perabot mahal yang akak ada pon =p

Semalaman sofa kat luar rumah. Mak mertua x senang hati dok memikirkan sofa kat luar rumah tu. Kak Tam lagilah. Sedih tak terkira sebab bajet2 dapatlah letak sofa tu depan tv. Dapatlah ku beristirehat menghilangkan penat lelah di depan TV konon-kononnya.

Esoknya masa kat ofis adik ipar call bagitau idea mak nak bawak balik sofa tu ke Tanjung Malim. Off course la kena sewa lori. Sebenarnya ada lagi urusan-urusan lain yang memerlukan lori sewa. Tu yang mak cadangkan gitu.

Fikir punya fikir, daripada letak kat luar rumah terbiar macam tu, baiklah bagi mak bawak balik kampung. Terpaksalah. Nak buat macam mana kan. Letak kat luar rumah pun takut orang/jiran-jiran marah plak. 

Makanya, hakak dengan redho melepaskan sofa ku ke rumah emak. Selamat dah sofa tu pun. Walaupun mak kata esok-esok kalau nak sofa tu balik ambik lah, tapi Kak Tam tak rasa sofa tu akan kembali ke rumah Kak Tam. Satu keje la pulak nak sewa lori lagi nanti. Bukannya murah weh >__<

Makanya, sekarang tiada lagi sofa empuk nak landing ketika nonton TV. Yang ada sofa lama yang kalau duduk terperonyok ke bawah. Kalau tak berhati-hati duduk, boleh bertemu tulang tongkeng korang dengan kayu sofa tu ^__^

Tak ada plan nak beli sofa baru buat masa ni. Biarlah dulu apa yang ada. Rumah pun bukan besar sangat macam dulu. Tempat limited. Sofa bed yang ada tu pun dah ok. 

Harap-harap sofa tu bahagialah ada kat kampung nun.  


Thursday, 17 November 2016

Pindah Rumah Part 2 – Relocation ASTRO IPTV

Teks: Rahimah Binti Omar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum =D

Ingat tak Kak Tam kata kena set date dulu bila nak pindah. Ok. Bila dah ada tarikh tertentu senanglah nak buat urusan nak pindahkan astro atau internet kalau ada.

Sumber: Google

Macam rumah Kak Tam ada ASTRO IPTV. Astro package ngan internet sekali tu. Rupanya agak complicated juga prosedur nak pindah ASTRO IPTV ni ye. Bukanlah complicated ape sangat, cuma ia memakan masa agak lama. Nasihat Kak Tam, sape ada ASTRO IPTV ni dan merancang nak pindah, sila buat urusan perpindahan ASTRO IPTV at least 2 minggu sebelum tarikh nak masuk rumah baru atau tarikh korang bajet nak ada service ASTRO IPTV di rumah baru tu nanti.

Kak Tam bernasib baik, sebab walaupun call Astro untuk relocation tu dah agak lewat, tak sampai seminggu lagi nak pindah, tapi atas jasa baik pihak Astro, dapatlah juga buat cepat sket.

Ok, yang nak pindahkan ASTRO IPTV ke rumah baru tu, first call Astro Customer Service dulu untuk set appointment untuk relocation dan installation di rumah baru. Sila call customer service Astro IPTV ye, bukan customer service Astro. Kalau pakai Astro je, bolehlah call Astro customer service tu.

Sebelum Kak Tam cerita panjang lebar, nak bagitau, sebelum nak pindahkan ASTRO IPTV tu check dulu tarikh installation kat rumah lama. Kontrak ASTRO IPTV ni tempohnya 2 tahun. Kalau dah lebih 6 bulan, relocation adalah free of charge. Tapi kalau x sampai 6 bulan lagi nak relocate, ada charge yang dikenakan. RM500 kalau tak silap. Kalau silap, akak mintak ampun yea. Tak berapa nak hingat ^___^

Lepas tu, kena bagi alamat penuh rumah baru untuk membolehkan pihak Astro check sama ada kat tempat baru tu ada coverage atau tak. Sebabnya tak semua tempat ada coverage ye. Macam Kak Tam, pindah ke apartment. Walaupun dalam satu blok yang sama, tapi tak semua tingkat akan ada coverage. Ini yang Astro bgtau la. So, kena bagi detail address untuk diorang check.

Kalau ada coverage, installation boleh diteruskan. Boleh juga kalau nak down grade ke Astro biasa sahaja tanpa internet. Tapi ada penalti yang akan dikenakan jika tempoh kontrak masih belum habis. Kiraan akan dibuat mengikut baki kontrak service berkenaan.

Tapi kalau tak de coverage? Ada 2 option.

#1. Boleh down grade – maknanya teruskan dengan Astro package biasa tanpa internet; atau

#2. Boleh terminate ASTRO IPTV terus – maknanya tak ambil Astro dan ASTRO IPTV terus la.  

Tetapi kalau tempoh kontrak masih berbaki, makanya dua-dua option tu pun akan kena penalti pada kadar separuh daripada yang sepatutnya.

Contoh penalty tu, katakanlah baki tempoh kontrak ada 4 bulan lagi nak cukup 2 tahun. Penalti penuh dikira pada kadar RM100 sebulan. So darab la 4 bulan. Makanya penalty penuh adalah RM400. Kalau separuh tu maknanya RM200. Tapi ini untuk situasi Kak Tam la. Sebab Kak Tam x pasti sama ada penalty yang dikenakan sama atau tak. Boleh jadi berbeza. Kena ikut apa terma dan syarat dalam kontrak masa kita install ASTRO IPTV tu ye.

Next step. Bila dah settle check, dah confirm ada coverage, maka bolehlah set tarikh untuk install di rumah baru tu nanti. 4 hari bekerja sebelum tarikh installation tu nanti akan berlaku service interruption pada internet korang tau.  Jangan buat-buat tak ready plak. Sebab semua ni nanti customer service akan maklumkan lebih awal. Tarikh untuk installation tu pun tak boleh sesuka hati ubah ye. Akan dikenakan penalty jugak nanti kalau buat last minit cancellation. So lebih baik set tarikh yang memang confirm kita available kat rumah pada masa tu.

Sehari sebelum install, technician dari Astro akan datang cabut piring kat rumah lama untuk dibawa ke rumah baru. Tapi hari tu technician Astro ni dia kata tak payah cabut sebab dia bagi piring baru. Malasss lah tu =P

Oh ye. Modem, decoder and router tu kena dismantle dan bawa ke rumah baru siap-siap ye.  Nanti technician ASTRO IPTV yang buat installation tu akan bagi modem dan router serta kabel yang baru. Cuma yang lama perlu diserahkan kembali kepada pihak Astro.

Pada hari appointment, technician Astro akan datang dulu untuk pasang Astro. Kemudian barulah orang IPTV. Tempoh nak pasang tak lama kalau takde apa-apa masalah.

So, dah siap install semua terus on boleh tengok rancangan Astro macam biasa. Internet service pun boleh guna terus.

Ok. Habis dah cerita. Penat nak taip nak bagi ayat tersusun supaya orang faham bila baca. Kalau setakat tulis tapi orang baca tak faham, takde makna nya kan. Kena kecam lagi hado ^__^

Okay. Nanti cerita benda lain pulak. Target entry tahun ni tak tercapai lagi =D
So, kena kejar sket. Dah nak akhir tahun. Huhuhu.

Daaa =)


Kak Tam Mama Sado

Thursday, 3 November 2016

Pindah Rumah Part 1 - Perancangan Untuk Pindah Rumah

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah selamat berpindah. Penatnya tak usah cakaplah. Rasa nak patah pinggang. Rasa nak amik cuti seminggu, pastu nak gi spa relax jap. Tapi semua tu dalam mimpi je la ^_^

Ok. Jom kita cerita proses nak pindah rumah ni. Nak pindah rumah kena rancang elok-elok. Lagi-lagilah kalau rumah banyak barang. Urusan perpindahan semua kena mulakan awal. Kalau tak, kelam kabut jadinya.

First of all, of course lah target date untuk berpindah. Sebab bila dah ada tarikh, senang kita rancang nak kemas-kemas barang-barang. Boleh start sikit-sikit sampailah ke tarikh nak pindah tu. Kalau tarikh nak pindah tu tak lama sangat tempohnya, berkemungkinan perlu ambil cuti sehari untuk urusan packing dan sebagainya. Ada tarikh yang tertentu juga bagus kalau ada melibatkan relocation astro atau internet ke rumah baru. Yang ini banyak bergantung pada penentuan tarikh tu bagi memudahkan membuat appointment dengan pihak yang berkaitan.

#2nd. Packing barang-barang yang nak dibawa. Proses packing ni sebenarnya yang paling leceh. Nak kena sisih dulu mana yang tak pakai. Mana yang nak dibuang, mana yang nak disedekahkan, mana yang boleh dijual dan sebagainya. Nak packing kena ada kotak atau beg yang tahan lasak. Barang-barang yang di pack ni nanti nak dibawa naik atas lori. Kalau kotak x elok atau beg tak tahan lasak, mau terburai barang-barang tu nanti. Pack ikut kategori dan jangan lupa labelkan terus apa barang yang di pack tadi bagi memudahkan proses mencari semasa nak unpack nanti.

#3rd. Cari mover. Kalau barang sikit dan boleh angkut sendiri boleh guna kenderaan peribadi, tak perlulah mover. Sebab mover ni agak mahal juga kosnya. Part cari mover ni kena survey banyak sikit. Sebab berdasarkan pengalaman kami yang dah pindah 3 kali ni, boleh dikatakan ada yang menawarkan harga sewa lori dengan pekerja yang murah dan berbaloi. Jadi kena rajin-rajin sket survey dan tanya harga.

#4th. Buat bajet. Sebenarnya nak pindah rumah ni banyak juga duit nak guna. Mover la biasanya yang paling mahal pun. Contohnya seperti upah orang nak dissemble perabot, beli kotak dan beg plastic, upah orang cuci rumah dan sebagainya. Sebaik-baiknya mana yang boleh buat sendiri, buatlah sendiri. Kos upah tenaga kerja sekarang ni mahal tau. Nanges nak membayar nanti.

#5th. Pastikan ruang untuk menyimpan barang di rumah baru sudah disediakan. Lagi bagus kalau dah sediakan pelan kat mana nak letak perabot-perabot. Sebab bila mover tu angkat terus bagitahu kat mana letak. Barang-barang lain susun di satu tempat khas supaya tidak berselerak sampai tak ada ruang nak lalu nanti. Percayalah, kalau korang pindah, bukan siap kemas dan unpack barang dalam hari yang sama, waima hari esok dan lusa dan tulat dan seterusnya untuk minggu tu pun belom tentu siap kemas ^__^. Paling kurang 2 minggu baru siap kemas sepenuhnya. Itu sebab pentingnya letak dan kumpul barang di satu tempat dahulu.

#6th. Sesi unpack barang. Unpack mana-mana yang penting dulu. Masa ni labelling yang kita buat memainkan peranan penting. Boleh memulakan unpack barang-barang yang digunakan segera seperti barang-barang dapur, baju yang nak dipakai dan barang-barang elektrik yang nak diguna.

#7th.  Susun atur perabut dan barang-barang. Kalau sempat, masa unpack tu terus sahaja disusun atur barang-barang yang dah dibuka ke tempat yang sewajarnya. Tetapi kadang-kadang sebab nak cepat memang main buka je dulu kotak tu, dan susun kemudian. Part nak susun atur rumah ni memang ambil masa. Ini kiranya part yang last sebelum rumah kelihatan cantik tersusun =D  


Kalau nak ikutkan satu persatu, memang banyak juga benda nak dilakukan bila nak pindah rumah ni. Lagi-lagi lah kalau nak pindah daripada rumah besar ke rumah kecik. Nanges nak pikir nak letak barang-barang. 

Ada tragedy berlaku. Huhuhu. Nantilah kita cerita ye. Sadissss… Hehehe. 

Babai dulu. 

Kak Tam Mama Sado 
(gelaran baru encik suami bagi... sebab dah gemoksss ^___^)

Thursday, 20 October 2016

Pindah Rumah

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Sudah masuk akhir bulan Oktober. 
Maknanya tahun 2016 hanya berbaki lebih kurang dua bulan saja lagi.

Cuti Awal Muharram hari tu Kak Tam sekeluarga bercuti ke Melaka. Aishh… Cerita percutian ke Melaka kali ni agak tidak seronok. Macam-macam dugaan. Percutian di akhiri pula dengan demam kuat yang boleh dikatakan hampir separuh ahli keluarga belah suami termasuk Kak Tam terkena demam ni. Tak tau apa puncanya, sama ada jangkitan kuman daripada makanan atau air atau tempat percutian yang tak bersih atau lain-lain factor. Bila jumpa doctor, benda-benda nilah yang ditanya. Teruk penangan demam kali ni sampai flat 2 hari. Pendek cerita, Kak Tam malas lah nak story cerita-cerita tak berapa nak indah ni. Biarlah ia berlalu tetapi menjadi pengajaran dan pengalaman untuk kami sekeluarga.

Masuk bulan Oktober hari tu juga banyak benda yang perlu Kak Tam dan suami uruskan. Haa… pasal apa la tu kan. Heheheh.. Sebenarnya kami dah berjaya mencari tenant untuk rumah kami di Bangi ni. Tenant merangkap prospect buyer. Rasanya Kak Tam tak pernah cerita pasal kami plan nak jual rumah. Tujuan asal nak jual rumah – nak pindah ke Kuantan supaya dapat hidup sebagai suami isteri dan keluarga normal macam orang lain. Tak mau jadi weekend spouse lagi dah kononnya. Kalau dapat jual, Kak Tam akan usahakan minta pindah ke sana atau worse case, berhenti kerja. Itu kalau dapat juallah.

Alhamdulillah.
Akhir bulan September hari tu ada seorang doctor ni datang nak tengok rumah. Dia interested dengan rumah kami. Ada 2 tujuan – untuk dijadikan playschool dan untuk tempat tinggal. Tapi disebabkan husband nya sekarang ni sedang dalam proses mencari kerja, dia nak sewa dulu dan dalam tempoh sewaan sekiranya husband Kak Tam nak jual rumah tu dia bersedia nak beli. Masa dia cakap setuju nak sewa tu pun rasa dah syukur Alhamdulillah sangat-sangat.

Tapi…. 
Itulah… kita merancang.
Allah yang menentukan. 
Dia lah sebaik-baik perancang. 

Elok dah gembira, dapat pula wasap dari encik suami mengkhabarkan berita yang berkemungkinan besar dia akan di transfer ke oversea. Ke Iraq pula tu. Non-family package!!! For at least 3 years hokkayyy. Lagi jauhhhhh beribu batu la pulak =(

Pasal kena transfer ke oversea ni cerita lama. Dah 2 bulan juga dikhabarkan. Tapi pilihan negara-negara yang kena pergi masa tu semuanya family package. Jadinya bajet-bajet dapat la Kak Tam dan anak-anak ikut sekali. Sekali tu bila dapat tau kena ke Iraq…. Hmmm…dah ke laut semua plan. Guaner tu.

So, since dah ada orang yang berminat dengan rumah tu, kami proceed je lah dengan plan baru iaitu – pindah ke Putrajaya untuk memudahkan urusan Kak Tam bila encik Husband ke oversea nanti. Kak Tam dekat  sket dengan tempat kerja. Rumah kat Putrajaya? Ok. Yang tu dah ada back up plan. Nanti pandai-pandai la kami cari. Hahahaha

So, aktiviti sepanjang bulan Oktober ni… 
of course la menyisih, menyusun, mengemas, menyapu, membuang, segala-galanya lah sampai selesai. Part-part nak pindah ni   lah paling pening n meletihkan. Kita tak angkat pun. Mover yang tolong angkat nanti. Tapi part nak kemas ni bercinta. 

Letih mengasing, menyusun, packing plak. 
Sok dah masuk rumah nak unpack, susun pulak lagi.
 Itulah kerjanya. Nasib la labu. Redho je lah. Kata nak pindahkan. 
Kenalah buat.


Ok lah. Panjang dah cerita. 
Pasal nak kemas rumah tu kita buat entry lain pula ye. 
Kot boleh jadi panduan untuk orang-orang yang nak pindah rumah nanti. 

Apa pun, semoga di bulan Muharram yang mulia ini, 
Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga. 
Walaupun kadang-kadang rasa penat merancang itu ini, 
akhirnya tak menjadi, tapi ia tidak sekali-kali memudarkan impian kami sekeluarga untuk tinggal bersama di bawah satu bumbung macam keluarga normal yang lain. 

InsyaAllah, 
suatu hari nanti pasti akan termakbul. 
Amin. Amin. Aminnnnn =)