Rajin sungguh la tahun ni ye >_<.
Baru entry kedua untuk tahun 2017. Huhuhu.
Inilah jadinya. Bila orang nak buat
blog. Awak nak jugak ada blog.
Orang lain rajin menulis. Awak lak hangat-hangat
tahi ayam =)
Ok lah.
Kak Tam usaha la lebih
sket untuk beberapa bulan sebelum berakhirnya tahun 2017 ni. Nanti akak update
laju-laju ye. Walaupun x tentu ada orang nak baca. Takpe lah kan. InsyaAllah
pasti ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh menjadi rujukan orang lain nanti.
Nak cerita ni.
Suami Kak Tam dah
dapat pindah KL bulan Mei hari tu. Syukur sangat-sangat. Akhirnya Allah makbulkan doa kami. Yang nak ke
Iraq tu pun Alhamdulillah tak jadi. Sebab
bos dia x lepaskan. Dan bos dia jugaklah yang tarik pindah ke KL. Terima
kasih Ya Allah =D
Makanya dapatlah kami sekeluarga berpuasa
Ramadhan bersama-sama buat pertama kalinya tahun ni. Seronoklah dapat
masak-masak beria sket. Ada orang tukang makan kan. Kalau tak, masak apa yang
ada je. Tu pun kalau sempat.
Kali ni takde la isu cuti hujung
minggu tak sama lagi. So, dapatlah plan jalan-jalan sana sini. Bulan Ogos ni
bulan yang paling banyak berjalan. Tiap hujung minggu tak lekat kat rumah. Bak
kata husband lepaskan gian nak jalan-jalan. Dulu susah nak jalan-jalan hujung
minggu kecuali kalau husband amik cuti pada hari Ahad.
Tugas hantar anak ke sekolah
pagi-pagi pun lebih fleksibel sekarang ni. Kalau Kak Tam ada event office yang
perlu datang awal, husband akak akan hantar anak-anak. Kalau husband akak out
station, akak pula yang hantar anak-anak sekolah. Punch card merah tu dah boleh
la dielakkan sekarang ni =P
Banyaklah urusan keluarga yang
boleh dibuat bersama-sama sekarang ni. Syukur sangat.
Anak-anak la yang paling happy sebenarnya.
Sampai sekarang pun kalau akak yang hantar anak-anak ke sekolah, mesti diorang
tanya Papa balik tak malam ni. Yaya lah yang paling syahdu sekali biasanya.
Kadang-kadang tu pergi sekolah nangis. Bila tanya dia cakap rindu papa.
Alahaiiii…. Macam lah balik rumah nanti tak boleh jumpa kan. Tapi tu lah.
Anak-anak ni, kita pun tak pasti apa yang mereka fikirkan. Agaknya takut kalau
Papa kerja jauh dan tak balik lama macam dulu kot.
OK lah.
Tu je nak cerita hari ni.
Hehehe...
Ambik feel dulu.
Esok kita update lagi ye.
Banyak aktiviti nak share ni.
Daaa =D
No comments:
Post a Comment