Thursday, 2 February 2017

TUNGAU

Teks: Rahimah Binti Omar

TUNGAU????

Tau ke tungau tu ape?

Ha! Ni nak cerita ni. 
Disebabkan eksited sangat masa hari pertama masuk sekolah, si anak bujang mama Adzuan Nur Khalis tu merayap dan main ntah kat mana-mana je dalam kawasan sekolah yang sekangkang kera tu. 

Hasilnya kena gigit tungau kat ‘anu’ dia. 
-____-

Balik rumah dia mengadu, katanya anu dia sakit dan gatal. 
Bila mama tengok anunya merah dan bengkak, taulah mama yang anu dia tu dah kena gigit tungau. Apalagi, membebel lah mama ni. Dah tentu-tentu main kat ceruk mana-mana kat sekolah tu. Kalau duduk dalam kelas, takde nya nak kena gigit tungau tu.

Tungau ni spesis hama la senang cerita. Banyak kat tempat-tempat macam semak-semak, reban ayam, tepi-tepi hutan. Lebih kurang la. Kalau tak tau hama tu apa, sila google ye. 

Yang penting tungau ni bukan kutu babi dan bukan juga kutu beras. 
Bukan apa, ada kawan yang tak kenal. 
Dia kata tungau tu yang ada dalam beras tu. 
^____^ 

Takpe, jangan marah dia. 
Dia tak kenal. Kita gelakkan ajer. 
=D

Disebabkan masa tu dah malam, akak tak bawa la ke klinik. 
Just tanya kawan-kawan dan mak nak letak apa kalau kena tungau ni. 
Kalau orang tua-tua biasa ada je petua-petua lama yang diorang guna. 
Kawan-kawan dan mak suggest sapu minyak panas macam minyak kapak. 
Tapi sebab kena kat anu, tak sampai hati plak nak sapu minyak panas. 
Takut melompat-lompat plak si Khalis kang.
 ^___^

Ada gambar tempat yang bengkak tu. 
Tapi x bolehlah tepek kat sini. 
Privacy gitewww. 
Hehehe

Ambik gambar pun sebab nak tunjuk kat papa dia je.
Ada kawan yang cadangkan sapu kapur makan. 
Tapi kapur makan tak ada kat rumah. 
Dah malam-malam ni malas la pulak nak keluar ke kedai.

Jadinya malam tu akak just sapu minyak biasa yang tak panas.
 Dengan harapan esok pagi lepas bangun tidur anu abang Khalis ok.

Esoknya, anu Khalis tak ok. Malah bertambah bengkak siap ada gelembung air sebab dia garu masa malam tu. Akak tengok je pun rasa takut. Risau gak kot la serius ke. Tempat sensitive ni. Kena tindakan segera.

Demi survival kejantanan anak teruna ku, akak bawa juga ke klinik pagi tu. Doktor kata takde pape. Cuma kena pantau juga sebab dikhuatiri ada infection kat tempat yang tidak sepatutnya. Doktor prescribed antibiotic, ubat tahan gatal dan ubat surut bengkak. Kata doctor kalau sampai esok petang tak baik juga, kena follow up semula untuk further check-up.

Doktor ni bagus. 
Dia suggest rawat guna petua orang tua-tua dulu walaupun dia dah bagi ubat. Dia suruh cuba cari sireh dan sapukan getah yang ada pada daun sireh ke tempat gatal tu.

Jenuh juga mencari sireh pagi tu. Dapat juga akhirnya. 
Cuma sireh tu x fresh sangat. Sebab dah beberapa hari di simpan. Getah tu memang x ada lagi lah. 

Takpelah. 
Akak try je ramas-ramas dengan air sikit dan sapu kat tempat bengkak tu. Bacalah doa-doa sket. Mohon Allah sembuhkan. Risau juga kalau tak surut bengkak. Ubat yang doctor bagi pun makan juga. 
Usaha jelah apa-apa yang boleh.

Alhamdulillah, esok pagi bengkak dah surut. 
Merah masih ada lagi tapi abang Khalis kata dah tak gatal sangat. 
Ok lah tu.

Bila cerita kat mak mertua dia kata guna tembakau rokok tu pun boleh. 
Ambil tembakau dan campurkan dengan air sikit. Air tembakau tu nanti sapukan kat tempat bengkak tu. InsyaAllah ok katanya. Tapi malam kejadian tu tak tergerak plak nak tepon mak mertua -___-

Hmm… itulah cerita awal tahun baru. 
Hari kedua sekolah dah mc. Mama pun terpaksa amik cuti extra.

So lepas ni kalau kena tungau tu tau lah apa nak buat.

Tungau ni pun satu. 
Banyak-banyak tempat kenapalah kat anu tu juga yang dia nak lepak 
^___^

Satu lagi tempat favourite, kat ketiak. 
Hahaha. Pernah kena I tau la. Mak dulu pun kaki rayau jugak.


HEHEHEHE

Ok tu je la citer awal tahun baru yang tak berapa nak best ni. 
Babai.

1 comment:

  1. wooohoooo....sekolah bandar ade tungau gak ke..ingat dulu sekolah2 kat kampung jer banyak tungau..hi2..tungau tu terkejut tengok ada ahli baru dalam kawasan dia tu..
    Sian khalis..

    ReplyDelete