Thursday 29 December 2016

MAHA 2016

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Sempat juga nak mengabadikan kenangan Kak Tam ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism atau MAHA 2016 di blog ni sebelum bulan Disember berlalu pergi dan menjadi sejarah. Hihihi. Entah hape yang busy sangat pun tak tau lah =D

Sebenarnya setiap tahun teringin sangat nak pergi MAHA. Tapi mengenangkan keadaan di MAHA yang penuh orang dan agak tak sesuai nak bawak anak-anak ku yang riang gembira selalu tu, maka nya tak pernahlah menjejakkan kaki ke MAHA. Alhamdulillah, tahun ni bila bos offer siapa nak join lawatan KSU ke MAHA, cecepat Kak Tam meng 'offer' diri sendiri. Peluang jangan dilepaskan. Bukan senang nak g time office hour kan ^_^

Makanya, 8/12/2016 hari tu, Kak Tam dan rombongan pejabat pun berangkat ke MAHA. Excited sket. Sebab first time pergi kan.

Tempat pertama Kak Tam terjah adalah tempat jual buah-buahan dan pokok-pokok. Kalau tak silap nama tempat tu Fruit Castle. Selain buah-buahan, segala jenis pokok ada. Pokok buah-buahan, pokok bunga, pokok hiasan. U just name it. Semua ada belaka lah. Pokok yang pelik-pelik dan susah nak dapat pun ada.

Buat peminat-peminat orkid macam Kak Tam ni memang akan menjerit kesukaanlah kalau ke sini. Banyak gila orkid!!! Kak Tam banyak-banyakkan beristighfar sepanjang lalu lalang kat kedai orkid ni. Kalau duduk kat Bangi boleh la beli sebab ada kawasan nak tanam. Tapi kat apartment Putrajaya tu, kat mana nak letak. Tak de ruang dah. So, kita amik gambo buat kenangan je lah. Huhuhu

Macam-macam jenis orkid ada. Yang rare pun ada. Harga sepokok untuk yang dah besar dan dah berbunga macam kat bawah ni beratus-ratus jugak lah harganya. Tapi anak pokok dijual dalam rate RM5 ke RM10 bergantung pada jenis pokok. Time ni boleh nampak makcik-makcik peminat orkid berbondong-bondong plastik beli anak pokok orkid. Agaknya kalau boleh nak hangkut semua kot ^__^

 


 

 



 


 




















Kaktus pun ada. Cantik-cantik.

 


Cer teka ni apa? Ha, ni pun salah satu jenis orkid tau. Sangat rare kan. Orkid liar katanya. 

Saje je. Kot tak kenal buah nona ^_^ Buah nona ni besar tau. Tak macam size biasa.

Adik-beradik limau kasturi. Tak pernah jumpa yang macam ni.

Mangga Gergasi??? Tak lah. Replika je ni. Hehehe

Destinasi seterusnya kami ke Laman Herba. Masuk kat sini kira macam impian jadi kenyataan la. Bajet-bajet nak ada laman herba sendiri kat rumah kononnya =D

"Ketenangan ada di sini" Memang ye pun.
Rasa tenang dan nyaman di kelilingi pokok-pokok herba dan sayur-sayuran.  

Welcome to Green Tunnel!
Kagum weh tengok petola ngan labu air tergantung sepanjang jalan tu.
Buah tu original tau. Bukan replika. 

Lalu bawah tu asik terlanggar buah. Maklumlah. Akak kan tinggi. 

Makan sekeluarga tak habis ni ^_^

Ni pun sama. Besar bak hang.

Possing sket. Heheh

Semua jakun. Termasuklah akak =P
Tapi memang best la kan.

Kat buah tu memang ramai yang sign autograph.
Termasuklah kakak kecik ni. Hehehe.
Ok. Iklan sket. Akak kecik ni available lagi tau. Huhu.
Ada jugak jumpa buah/ sayur yang pelik-pelik. Macam kat bawah ni.

Ornamental Pumpkin UFO. Pelik kan.
 

Ornamental Pumpkin Upin Ipin. Comel je.


Hybrid Pumpkin Lucky Star

Hybrid Pumpkin Orangeman


Honeydew

Pumpkin juga ni. Gangnam Style namanya.


Teringin nak ada kebun sayur belakang rumah macam ni. 

Cantikkan ... pokok hiasan yang kat belakang tu ^_^


Rumah Encik  Kelulut.

This is KELULUT territories!!!
Seram nak lalu. Takut kena serang.
Singgah ke kawasan haiwan ternakan dan pet sekejap. Tujuan utama nak tengok lembu sado. Ni dia lembu sado tu. OMG!!!Memang sado hokkay.

Berketak-ketak beb. Kagum hakak.
Entah bila dia workout pun tak tau. Hahaha

Bos nak beli sekor nak bela belakang rumah katanya =D

Sian lembu ni. Xde orang nak amik gambo. Tak pe. Akak amik and abadikan dalam blog lagi tau.
Penat juga jalan-jalan kat MAHA ni. Itu pun kami x sempat round habis. Masa tak cukup. Lain kali memang kena jalan sendiri la. Tak boleh ikut rombongan Cik Kiah camni. Sebab setiap satu tempat ada limit masa yang diberi. Terkejar-kejar kita ni. Semput.

Rugi juga sebab tak sempat nak ke dewan utama yang ada pameran macam-macam tu. Bajet-bajet dapat tengok Kampung Durian Runtuh rumah Upin Ipin tu. Hmm. Tak pe lah. Lain kali akak amik cuti lah nak ke MAHA ni. Baru puas hati. 

Gambar banyak lagi. Tapi cukup lah ini sahaja untuk tatapan umum. (nampak sangat yang lain tu gambar swafoto yang banyak ^_^).

Ok la. Sape yang tak pernah pergi MAHA tu, next year boleh pergi jenguk. Banyak benda yang menarik. Cuma kalau nak pergi bersama keluarga tu, dinasihatkan pergi awal pagi. Sebabnya nak parking agak jauh. Lepas tu dari satu tempat ke tempat yang lain kena naik tram yang disediakan. Kena bertabah sket menunggu. Emak bapak yang sakit lutut seeloknya tak payahlah dibawa. Kesian tengok ramai pakcik makcik yang surrender bersila kat tepi jalan sebab dah tak larat nak round lagi. Kalau anak-anak masih kecil, elok juga ditinggalkan dengan pengasuh. Tempat agak crowded dengan orang ramai. Jadi macam tak sesuai.

Lagi satu tips penting, kalau ada plan nak beli pokok, dinasihatkan beli pokok last sekali. Ini ada yang dah beli dulu. Lepas tu pakat round habis satu MAHA tu. Sampai kat entrance depan balik pokok dah layu. Lagi pun agak menyusahkan bila nak naik tram dengan pokok-pokok tu. Tempat jualan pokok tu pun yang paling depan sekali berdekatan dengan entrance. Eloklah kalau beli sebelum balik. 

Ada maps yang disediakan. Boleh rancangan perjalanan di MAHA dengan teratur supaya tak terlepas semua pameran yang disediakan.

OK lah. InsyaAllah ada rezeki dan peluang tahun depan boleh pergi lagi.   
 

Monday 19 December 2016

Disember 2016

Assalamualaikum.

Disember hampir pergi. 
Menandakan tahun baru akan muncul. 
10 hari sahaja lagi. 

Bulan Disember juga adalah bulan yang sibuk. Sibuk dengan program cuti sekolah anak-anak, percutian keluarga, kenduri-kendara sanak-saudara, persiapan naik sekolah dan macam-macam lagi.

Kerja di pejabat pun boleh tahan. 
Time hujung tahun ni ramai yang ambil cuti bersilih ganti. Tapi mesyuarat dan kerja-kerja lain tetap berjalan macam biasa. Malah lebih rancak dari biasa bila office sibuk nak menghabiskan bajet jabatan masing-masing. Mangsanya orang yang dah tak de cuti macam akak ni lah. Cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Untung juga bulan Disember ni banyak cuti free =D

Sepanjang cuti sekolah ni anak-anak  Kak Tam hantar join program cuti sekolah di tadika dan sekolah masing-masing. Nak hantar balik kampung lama-lama pun tak sampai hati. Kesian kat anak. Kesian kat mak abah. Bukan kuat sangat pun untuk jaga anak-anak kita lama-lama. Sehari dua tak apalah. 

Jadinya sebagai langkah penyelesaian Kak Tam masukkan anak-anak ke program cuti sekolah. Seronok juga diorang ada pelbagai aktiviti nak dibuat setiap hari. Hujung minggu dan cuti umum kita jalan-jalan sekeluarga.

Dalam masa yang sama, persiapan anak-anak ke sekolah tahun depan pun Kak Tam dah sediakan sikit-sikit. Tak adalah kelam kabut sangat nanti. Tak ada sangat pun nak dibeli sebenarnya. Buku-buku semua sekolah dah sediakan. Jadi yang asas je lah Kak Tam sediakan. 

Akhir tahun ni sales punya la banyak. Cakap je nak beli apa. Semua ada sales. Year End Sales, Christmas Sales, Clearance Stock Sales. Bukan setakat barang-barang sekolah anak je. Tapi akak terpaksa pejam mata. Sebab simpan duit untuk yuran anak-anak naik sekolah nanti. Maklumlah. Akak anak ramai kan ^__^

Simpan duit bukan untuk bayar yuran anak je. Tapi sebab plan jalan-jalan cuti-cuti Malaysia sepanjang Disember ni melambak-lambak. 
Koyak jugak la poket ni. 
^__^ 

Hampir setiap hujung minggu sepanjang Disember ni kami tak duduk di rumah. Awal cuti sekolah hari tu bawa anak-anak ke Melaka. Ini trip kerja Kak Tam. Dapatlah anak-anak ikut sekali. Ujung minggu berikutnya kami ke Taiping. Kak Uda buat kenduri doa selamat. Mak dan Alang pun ikut sama. Berkonvoi kami dari Putrajaya ke Taiping.

Hujung minggu baru ni ke Temerloh pula. Ke rumah adik ipar. Jalan-jalan cari ikan patin pais. Pergi Sabtu petang. Balik Ahad petang. Alhamdulillah. Dapatlah melepaskan hajat makan ikan patin pais yang sedap tu =p

Lepas ni cuti Krismas plan nak balik Kampung Johor pula. Dan destinasi terakhir kalau jadi kami nak ke Terengganu. Bawa anak-anak tengok tempat kerja papa diorang kat Kerteh nun. Tak pernah lagi bawak diorang ke Kerteh. 

Tu diaaa... Banyak jalan kan. Manalah tak koyak poket ^___^

Tak apalah. Setahun sekali je jalan-jalan gini. Memang dah bajet pun. Kalau tak ada bajet memang tak ke manalah jawabnya.

Planning untuk tahun 2017???
Mental dan fizikal perlu lebih cerdas dan cergas. Azam tahun baru tak list kan lagi ni. Nak semak balik apa yang tak tercapai tahun ni. 

Nak jadi lebih optimist lah. Boleh ke? 
InsyaAllah. Tiada yang mustahil kan.