Wednesday 27 April 2016

Anak Saya Banyak Bercakap @ Becok. Bagaimana respon Mama?

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Ini rutin harian Mama...

Balik kerja seawal yang mungkin. 
Merentas kesesakan lalu lintas.
Kalau ada keperluan rumah, singgah kedai dulu. 
Kalau tak ada, terus ambil anak di nursery.

Masuk je kereta, semua berebut nak mula bercerita.

Abang Khalis dengan kisah rakan-rakan sekolah. 
"Ada lipas masuk seluar Cik Puan Muda Diyah (kawan perempuan). 
Kat dalam bilik air. Menangis-nangis. Cikgu tolong keluarkan lipas tu 
dari seluar Cik Puan Muda Diyah"
(bercerita dengan penuh perasaan) 
^___^

Iman pulak cerita progress pelajaran dia. 
"Iman dah pandai counting 1 sampai 10 Mama. 
Iman dah pandai baca 'ba bi bu be bo'. 
Teacher Ain dah x garang lagi"
(pun excited jugak)
Hehehe

Yaya pulak... 
kisah gaduh-gaduh dengan kawan perempuan dia.
"Yaya x nak kawan dengan Dhia lagi sebab Dhia tolak Yaya"

Echa pun ada cerita jugak...
Apa abang kakak sebut semua dia dok repeat balik. 
Sebutan semua pelat belaka.
Jadilah cerita caca marba =D

Mama?
Memang letih. 
Letih kerja tak hilang lagi. 
Tiba-tiba daripada suasana tenang memandu sorang-sorang 
terus jadi haru biru. Sebab semua berebut nak bercerita. Siap gaduh lagi kalau ada antara diorang yang potong cerita masing-masing. 

Ini Mama dah susun cerita diorang elok-elok. 
Boleh lah faham. Mama yang tukang dengar mula-mula ni 
serabut nak faham cerita. Nak sincronize semula jalan cerita dan apa yang terjadi. 

 Itu belum lagi waktu-waktu lain. 
Ada saje cerita. Kalau tak bercerita, ada saja soalan nak ditanya. 
Lagi-lagi kalau tengah tengok tv. Time tu jugaklah nak bertanya itu ini 
=P 

Tak pun menyanyi x berhenti-henti. 
Lepas satu lagu ke satu lagu. 
Habis semua lagu Didi & Friends. 
Sampai Mama pun boleh hafal sama 
^_^

Pendek kata, senyap bila waktu tidur je lah.
Hahaha

Itu nasib baik 4 orang je. 
Parents lain yang ada lebih dari 4? 
Kalau semua ada anak yang jenis becok-becok macam anak Mama ni? 
Lagi la haru biru kan. 
*____*

Apa respon Mama bila anak-anak bercerita? 
Diam je ke? 
Atau marah sebab rasa serabut? 
Jerit suruh diam barang kali.
Atau buat tak tau je? 

Alah... cerita kanak-kanak je pun. 
X penting 
-___-

Pada pandangan Mama, 
semua cerita anak-anak perlu dilayan. 
In fact, anak-anak bercerita pada kita pun bertujuan untuk diberi perhatian 
dan mendapat feed back yang sewajarnya.

"Hmmm"
"OK"
"ye ke?" 
dan lain-lain perkataan yang seangkatan dengannya 
bukanlah satu feed back yang baik sebenarnya. 
Tapi bukanlah tak boleh guna langsung. 
Cuma lebih baik sekiranya boleh diselang selikan dengan soalan 
ataupun pendapat supaya anak-anak rasa kita memberi perhatian 
pada cerita mereka.

Common sense lah kan, 
kalau kita bercerita dengan kawan kita, 
mesti kita nak dia beri perhatian kan. 
Sekurang-kurangnya kita nak kawan kita bagi kata-kata semangat atau menenangkan kita pada waktu itu. Ini kalau cerita sedih la. Kalau cerita happy, mesti kita nak kawan-kawan ucapkan tahniah ke apa ke kan.

Tak de nya sesaje cerita. 
Habis cerita terus blah. 
Macam nothing happen 
=P

Anak-anak pun macam tu juga sebenarnya. 
Walaupun hakikatnya cerita mereka tu sekadar cerita kosong,
 ataupun mungkin cerita yang sengaja direka-reka, 
tapi ketahuilah mereka bercerita kerana mahukan perhatian kita.

Jawapan bagi setiap soalan yang dilontarkan pada kita 
ataupun feed back untuk setiap cerita-cerita mereka adalah penting untuk tunjukkan bahwa kita memang sedang memberi perhatian pada mereka.

Secara tak langsung 
kita mewujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak. 
Anak-anak akan jadi lebih berani untuk berinteraksi dan akan lebih kreatif. 

Macam cerita Abang Khalis pasal lipas masuk seluar kawan perempuan kat sekolah tu. Cerita nya setakat itu je, tapi dok ulang kali sebut yang tu je. Sebab anak-anak ni dalam kepala dia dah register dah balik nanti nak cerita apa kat mak dia. Jadi, mak ayah yang mendengar boleh bantu anak dengan cara bertanya. Contohnya, kat mana berlaku kejadian tu? Lipas keluar dari mana? Besar ke kecik lipas tu? Lepas tu apa terjadi? 

Boleh juga sambil-sambil selitkan pengajaran atau nilai moral dalam cerita anak tu yang mana sebelum ni diorang tak nampak. 

Contohnya:

 Q: Kenapa ada lipas. 
A: Sebab bilik air kotor. 

Q: Kenapa kotor? 
A: Sebab tak bersihkan. 

Q: Agak-agak abang kalau tandas bersih ada lipas tak? 
A: Kalau bersih tak ada la lipas. 

Q: Abang suka rumah bersih ke kotor? 
A: Abang suka rumah bersih la Mama.

Ha. Sebab tu lah Mama selalu suruh Abang bersihkan rumah, kemas tempat mainan bila dah main, kemas stationary bila dah siap menulis @ melukis, buang sampah dalam tong sampah yang Mama dah sediakan. Nanti kalau rumah bersih, lipas pun x ada. Betul tak Abang?
A: Betul Mama.
=D

Hahaha. 
Panjang pulak bebel. 
Point nya satu je. 
Kalau anak becok, layan je la. 
Sel-sel otak diorang tengah berhubung dengan jayanya. 
Jadi, kita bantu la seadanya supaya sel-sel otak yang telah berhubung itu 
kekal selamanya. 

Ada orang kata anak yang banyak cakap @ becok ni anak yang cerdik. 
Betul ke?

Hmmm... Betul la tu.
Jangan tak percaya plak ^_^





Thursday 21 April 2016

KSL Resort Hotel & Service Apartment, Johor Bahru

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Akhir-akhir ni terasa amat malas. Nak buat kerja malas. Nak update blog malas. Nak masak malas. Entah hape-hape la perangai di musim panas ni. Hehehe. Salahkan cuaca pulak ye ^_^

Ambik semangat update blog kejap. Pastu sambung settle kan kerja office pula.

Tarik nafas… hemboosss… ok. Jom! =D

Hari ni nak cerita pasal hotel kami menginap masa gi JB bulan lepas. 2 minggu berturut-turut kami ke sana. Maknanya 2 hotel lah kami menginap.

KSL Resort ni tempat kami bermalam semasa ikut Encik Suami out station ke JB. Sebenarnya KSL Resort ni ada hotel dan service apartment. Disebabkan ada kesilapan komunikasi, kami termenginap di service apartment dan bukannya di hotel. Tak ada lah masalah besar sangat sebab sebelah menyebelah je pon. Lagi pun waktu kami sampai tu dah lewat malam, jadi tak nak banyak songeh, duduk je la service apartment tu.

Service apartment di KSL Resort ni agak baru. Apartment nya agak besar. Kami ambil service apartment 2 bilik. Semua bilik termasuk ruang tamu ada aircond. Ruang tamu, ruang makan dan dapur juga luas. Dapur dilengkapi dengan set pinggan mangkuk dan alat memasak yang basic. Jadi, kalau setakat nak masak sikit-sikit tu bolehlah. Kalau beria sangat tu, kuali dan periuk besor xde la pulak ^_^

Harga sewa service apartment 2 bilik ni RM298 satu malam. Kalau bawa ramai ahli keluarga memang berbaloi la kot. Sebab banyak ruang yang boleh di utilize. Kat dapur tu pun boleh la bergolek dua tiga kali =p

Cuma masa kami menginap di situ, agak frust la sedikit sebab wifi xde dalam bilik. Ada di lobby sahaja. Mungkin sebab baru lagi kot. X sempat nak pasang ke apa ke. X sure la pulak. Masuk bilik, aircond ruang tamu pula rosak. Nak minta tukar bilik, dah tengah malam. X larat nak angkut barang turun semula. 

Masa tu xde luggage service/ concierge nak tolong angkut beg turun sebab dah tengah malam. Seorang je staff yang bertugas di tengah malam tu. Dialah tukang register, dialah concierge, dia lah juga yang entertain calls dan sebagainya. Sempot jugaklah tengok mamat tu sengsorang buat kerja. Pihak hotel nak cut cost kot ^__^

Sebab x nak susahkan dia, kami redho je lah xde air cond kat ruang tamu tu. Sebagai penyelesaian, kami buka aircond dua-dua bilik dan biarkan pintu bilik terbuka. Jadi, xde la panas sangatkan. Lagipun ruang makan ada kipas. Tak de la berkuap sangat.

Satu lagi yang kurang berpuas hati kat service apartment ni adalah tiada telefon yang disediakan untuk call service counter. Apa yang ada adalah senarai no telefon untuk dihubungi sahaja. Sila guna telefon sendiri untuk sebarang pertanyaan dan permintaan -____-

Room service juga hanya akan datang buat kerja-kerja pembersihan selepas hari ke tiga penginapan =( Kalau duduk less than 3 days, memang xde room service la ye.

Hmmm… Personally Kak Tam rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pihak KSL Resort untuk service apartment mereka ni. Bilik dah menarik dah. Tapi kalau yang lain-lain perkhidmatan tip top, memang tak serik la orang nak datang berkunjung lagi kan.

OK. Kita cerita the best part pasal KSL Resort ni pulak. Orang kata save the best for the last. Hehehe

Ini antara sebab kenapa kami pilih nak duduk di KSL Resort ni sebenarnya. KSL Resort ada taman tema air sendiri untuk tetamu-tetamu yang menginap di hotel dan di service apartment mereka. Yang lagi best, ada dinosaur kat situ dan masuk adalah percuma. Kak Tam tak pasti pulak taman tema air ini dibuka untuk public atau tak. Rasanya limited to KSL customers only. Sebab kalau buka untuk public, mesti dah penuh dah swimming pool kat situ =D


Ok, jom tengok gambar. 

Besar kawasan kolam ni. Puas hati la mandi-manda :)

Nampak tak dinosour berkeliaran?

Seronok Khalis. Mandi dah x ingat orang lain dah.


Dinosour ni bergerak sebenarnya. Ekor dia boleh goyang-goyang.
Mulut ternganga & then tertutup. Pastu ada la bunyi ngauman yang kuat
memenuhi seluruh kawasan kolam tu =D

Excited memasing tengok dinosour. Kalau boleh nak panjat tu.

Dinosour menyerang JB!!!! Larikkk.!!!!

Berapa kali peace daa

Anak dinosour???

Jom kita tengok dinosour kat sana pulak!
Hmmm.... Jenuh mama jadi photographer x berbayar ni.

Adeh! x sempat snap dah lari nak ke dinosur lain plak. Pening2 ^_^

Kat tepi-tepi dinding sekeliling taman tema air di ada informasi pasal dinosour. 

Sejuk dah. Gigil.

Peace yo!!!
Banyak lagi gambar, tapi cukup la yang ni je tepek kat sini. x larat nak sorting. Hehehe

Kolam renang kat sini kedalamannya semua di tahap anak-anak je. Adalah takat peha Kak Tam ni. Tak adalah risau sangat anak-anak nak mandi tu. Orang dewasa boleh je mandi-manda kat sini. In fact, ramai je yang dewasa pun mandi manda sekali. Bukan mak ayah yang meneman je. Semua peringkat umur lah yang terjun dalam kolam ni. Cuma tak boleh terjun tiruk je la ^_^

Kolam biasa untuk orang dewasa ada juga disediakan. Cuma xde la dinosour kat kolam dewasa tu. Hehehe

Anak-anak memang teruja sangat dengan dinosour-dinosour kat situ. Lagi-lagilah bila time dinosur tu bergerak dan mengaum. Kagum kejap okeh =P

Hari-hari pagi petang turun mandi kolam. Nasib la duduk 2 hari je. Kalau tak, mau demam kalau hari-hari berendam.

Hari last sebelum check out anak-anak mandi belah pagi selepas sarapan. x lama pun, dalam sejam je. Pastu naik bilik dan bersiap-siap untuk check-out. Rupa-rupanya, setiap hari minggu akan ada seekor maskot dinosour yang berkeliaran dekat kawasan kolam tu. Gagah la mamat yang pakai maskot dinosour tu panas-panas gitu ^_^. Sebab maskot tu nampak sangat real dari segi rupa bentuknya. Anak-anak frust  sebab dapat tengok dari atas kat bilik je. Dah naik, x kan la nak turun balik semata-mata nak salam ngan maskot dinosour tu kot. Lain kali la nak ye ;D

Satu lagi yang menarik di KSL Resort ni adalah hotel dan service apartment attach dengan shopping kompleks. Turun kat lobi, dah boleh g shopping kompleks. Jadi, xde la risau nak cari makanan ke, nak beli barang ke. Standard shopping kompleks, tempat makan macam KFC, Chicken Rice Shop, food court, semua tu ada. Ada juga tempat shopping groceries. Jadi, kalau g kerja dan tinggal kan anak bini kat hotel tu xde la risau lapar ke, boring ke. Ada la tempat melepak window shopping sementara tunggu Encik Suami balik. Bawak budak-budak ni, memang confirm kena pow beli mainan -___-

OK. Itu je hotel review kali ini. Boleh lah kalau nak ke sini sekali lagi. Seronok jugak taman tema air diorang ni. Cuma diharapkan kekurangan-kekurangan yang diceritakan kat atas tu dapatlah ditambah baik supaya orang tak serik nak datang lagi pada masa akan datang (bajet-bajet management hotel tu baca review ni la kan ^___^)

Tunggu review next hotel pulak ye =D

Monday 18 April 2016

Jalan-Jalan Ke JB (Johor Bahru)

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.
 
Lama dah tak update blog. Banyak kejadian, tapi tak berkesempatan nak menulis. Hari ni curi masa sekejap untuk menulis barang dua tiga rangkap cerita :P
 
Cuti sekolah yang lalu merupakan “cuti sekolah” pertama untuk family kami. Sebab Abang Khalis dah sekolah kan. Kalau tak, biasa tu cuti sekolah tak rasa sangat sebab anak-anak masih tetap dihantar ke nursery seperti biasa.
 
Since Abang Khalis cuti, makanya Kak Tam dan Encik Suami pun merancang la nak pergi bercuti. Memula tu ingat nak amik cuti dan habiskan masa kat kampong halaman Kak Tam di Batu Pahat, Johor je. Konon-konon nak save badget dengan bersiar-siar sekitar kampong halaman. Lagipun memang dah lama tak amik cuti lama dan berehat di kampong.
 
Selalu tu kalau balik kampong, hari minggu je. Pastu rushing nak balik Bangi. Rasa tak puas.
 
Elok dah amik cuti, tetiba Encik Suami kena out station la pulak. Tapi ke Pasir Gudang je. So masih ok la. Jadi, tukar plan. Ikut Encik Suami Ke pasir Gudang dulu, then baru balik kampong.
 
Nak jadikan cerita, office Kak Tam pula merancang untuk pergi lawatan kerja ke Badan Kawal Selia Air, Johor pada hari Ahad minggu hadapannya. Hmmm… apalagi. Memang kena mengangkut la semua tentera kecil.
 
Jadi, dua minggu berturut-turut la kami sekeluarga berhujung minggu dan jalan-jalan di JB. Anak-anak suka la sebab dapat duduk hotel. And off course…. Dapat mandi kolam ^_^
 
Jujurnya… Kak Tam anak kelahiran Johor Darul Takzim. Tapi kan… bila dah dewasa ni boleh kira dengan jari berapa kali je pernah ke JB ni. Kali terakhir pergi ke sana pun tak ingat bila. Rasanya masa tengah mengandungkan Iman. Itu pun ikut Encik Suami kerja dan tak ke mana. Dok dalam hotel dua tiga hari… Pastu balik.
 
Kesiannya kan  -______-
 
Banyak ketinggalan pasal pembangunan Johor Bahru ni. Bukan tak tau langsung. Tapi dok dengar dan baca dalam paper atau FB je la tempat-tempat menarik di JB yang orang dok viralkan. Dah lama tak tengok dengan mata kepala sendiri.
 
Dulu-dulu masa kecik selalu ikut Tok Mak ke JB sebab rumah Pak Ngah kat Kampung Melayu Majidee tu je. Pok Su plak kat Skudai. Mok De kat Kota Tinggi, tapi biasanya on the way ke Kota Tinggi akan singgah dulu ke JB.
 
Ingat dulu-dulu kalau sesape nak ke JB, kalau orang kampong tanya nak gi mana, orang tak jawab nak gi JB tau. Orang jawab nak gi Johor. Padahal memang dah kat dalam Johor =P Entah la. Dah memang style orang Johor yang dok kampong camtu. Tapi boleh faham la kalau jawab nak ke Johor tu maknenya nak ke JB la tu.
 
Sejak-sejak JDT dan TMJ jadi glamer, tetiba terus berbangga jadi anak jati Johor (cehhh ^_^)
 
Jadi kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk melihat sendiri pembangunan pesat di JB.
 
Serius!!!
 
Rasa macam rusa masuk kampong kot ^____^
 
Lain benor rasanya. Lagi la pulak masa sampai tu dah malam. Lagilah rasa macam… “aku kat mana ni? Betul ke kat JB ni”=D
 
Terus wasap Along…“Long, JB dah lain”. Hahahaha
 
Sebenarnya… adik beradik Kak Tam yang lain pun sama. Semua  memang dah lama ketinggalan pasal JB ni =P Kecuali Alang dan Hadi. Sebab dua-dua ni memang dok Johor dan bekerja kat JB. So, kami yang lain ni macam “peghakkk” la sket.
 
Dua minggu berturut-turut berhujung minggu di JB merupakan satu peluang yang di tunggu-tunggu. Memang datang untuk bekerja, tapi apa salahnya sambil menyelam minum air sampai kembong kan =P Boleh claim plak tu. Hehehe. Bukan selalu boleh merancang nak ke sini kalau xde keperluan.
 
Sempat la ronda-ronda memalam kat Bandar JB. Tengok lampu-lampu berwarna-warni cantik menghiasai tepi, tengah dan atas jalan. Merentasi atas kepala pun ada tau.  Macam light festival plak.
 
Singgah juga di Laman Mahkota di hadapan Istana Bukit Serene tempat di mana upacara Kemahkotaan Sultan Johor diadakan. Mahkota besar beb! Sangat cantik. Tempat-tempat ni cantik kalau pergi waktu malam sebab kalau siang tak ada lampu-lampu ni.  Replika mahkota tu ada juga di Batu Pahat. Tapi kecik la. Yg ni lagi besar diamond dia ^_^
 

Gambar dari Google. Memang cantik tempat ni malam-malam =)
 
Lalu juga di area bazar malam macam Uptown tu. Ramai jugak orang busking kat tepi-tepi jalan tu. Tapi tak singgah la sebab crowded sangat. Mana nak ngangkut anak-anak lagi J
 
Makan malam di Restoran Singgah Selalu. Katanya antara restoran yang famous jugak di JB. Konsepnya macam food court. Ada banyak gerai-gerai makanan lain dalam tu. So, banyak pilihan makanan la. Sangat suka sebab dapat makan otak-otak Johor. Lama dah tak makan otak-otak ni. Iman pun suka. Kena dengan tekak dia la tu.
 
Danga Bay dah pernah pergi suatu masa dulu (x ingat bila =P) Jadi tak singgah la. Lalu sahaja.
 
Banyak juga kawasan yang under construction. Katanya nak buat sungai ala-ala macam kat Melaka tu. Nanti ada river cruise katanya.
 
Lalu juga di JB Sentral. Kagum juga tengok stesen keretapi yang besar dan nampak gah. Jakun sekejap. Maklumlah, masa Kak Tam datang kecik-kecik dulu xde lagi benda alah ni =D
 
Masa ikut Encik Suami ni, kami takde beria sangat merayau-rayau kat JB. Sebab siang Encik Suami kerja. Malam je la yang sempat bersiar-siar kejap. Itu pun tak turun dari kereta. Amik gambar pun dari dalam kereta je. Park kat tepi jalan, amik gambar. Park lagi, ambik gambar lagi. Punyala pemalas. Hahaha. Sebab jalan lepas makan kan. Gitu la jadinya. Semua dah kenyang, tapi nak jugak jalan-jalan ^_^
 
Ujung minggu berikutnya, ikut working trip Kak Tam pula. Kali ini kami menginap dekat area Stulang Laut. Jadi dapat la tengok pagi-pagi ada satu kawasan kat tepi pantai tu yang dikhaskan untuk orang asli jual ikan-ikan fresh.
 
Hotel plak sebelah The Zone, Kompleks Bebas Cukai. Jalan-jalan kejap kat situ. Biasalah, kalau kawasan bebas cukai ni antara barang yang menarik adalah coklat. Itu je la kalau nak beli pun. Yang lain x ada yang menarik hati.
 
Bawa anak-anak makan tengah hari di KFC Stulang Laut. KFC yang menghadap ke laut. Memang cantik pemandangannya. Sebelum pergi tu tak perasan pun KFC ni. Tapi masa kat hotel tu anak-anak terperasan ada KFC kat tepi laut. Tu yang diorang excited ajak pergi.
 
Kak Tam sendiri berpeluang ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Nusajaya atau dipanggil Kota Iskandar. Bangunan-bangunannya cantik.
 
Gambar Google gak ni. Tapi pejabat yang kami pergi tu kat sini la. Dan ambil gambar kenangan pun kat tangga ni jugak =D
 
Disebabkan lawatan kerja ni jugalah Kak Tam berkesempatan melawat Empangan Gunung Pulai yang dibina pada tahun 1924. Bukan sebarang orang yang dibenarkan masuk ke kawasan empangan ni tau. Pemandangannya sangat cantik. Sila tengok gambar ok.
 

Sultan Ibrahim Reservoir Built By the Municipal Commissioners of the Town of Singapore
Koleksi gambar dari phone cokia ^_^
 
 
Diorang kata ada buaya dalam ni. Sekor jek. Penjaga empangan katanya.
 

 
Alhamdulillah. Hajat untuk melihat-lihat negeri sendiri tercapai juga akhirnya. Walaupun jalan-jalan tu macam ‘cicah-cicah’ je dari satu tempat ke tempat yang lain, namun Kak Tam rasa puas hati. Sekurang-kurangnya Kak Tam dah lihat sendiri pembangunan dan kemajuan negeri kelahiran Kak Tam sendiri kan. Kalau orang tanya apa-apa pasal JB, boleh la jawab sikit-sikit =D
 
Nak pergi lagi tak tau bila ada kesempatan. InsyaAllah. Lain kali boleh bawa mak pula. Mak sendiri pun dah berkurun tak ke JB ni. Lagi-lagi la lepas Tok Mak  dan Tok Abah meninggal. Masa diorang ada, kalau turn Pak Ngah yang jaga, ada juga mak turun ke JB sesekali nak menjenguk Tok Mak dan Tok Abah.
 
Teringin nak pergi belah Mersing sana. Pantai dan pulau-pulau cantik-cantik belaka. Entah bila dapat pergi tak tau lah. Boleh la survey survey dulu. Bila-bila rasa nak jalan-jalan dan tak tau nak ke mana, boleh la buat ad hoc plan terus ke tempat yang teringin nak pergi tu. Biasa yang ad hoc ni menjadi saje  Yang plan lama-lama tu la biasanya tak menjadi kan ^___^
 
Ok. Dah decide dah. Tahun ni tahun melawat Johor Darul Takzim untuk kami sekeluarga. Yeayyy!!! =D