Assalamualaikum
wbt.
Lama dah tak
update blog. Banyak kejadian, tapi tak berkesempatan nak menulis. Hari ni curi
masa sekejap untuk menulis barang dua tiga rangkap cerita :P
Cuti sekolah yang lalu
merupakan “cuti sekolah” pertama untuk family kami. Sebab Abang Khalis dah
sekolah kan. Kalau tak, biasa tu cuti sekolah tak rasa sangat sebab anak-anak
masih tetap dihantar ke nursery seperti biasa.
Since Abang Khalis
cuti, makanya Kak Tam dan Encik Suami pun merancang la nak pergi bercuti.
Memula tu ingat nak amik cuti dan habiskan masa kat kampong halaman Kak Tam di
Batu Pahat, Johor je. Konon-konon nak save badget dengan bersiar-siar sekitar
kampong halaman. Lagipun memang dah lama tak amik cuti lama dan berehat di
kampong.
Selalu tu kalau balik
kampong, hari minggu je. Pastu rushing nak balik Bangi. Rasa tak puas.
Elok dah amik cuti, tetiba
Encik Suami kena out station la pulak. Tapi ke Pasir Gudang je. So masih ok la.
Jadi, tukar plan. Ikut Encik Suami Ke pasir Gudang dulu, then baru balik
kampong.
Nak jadikan cerita,
office Kak Tam pula merancang untuk pergi lawatan kerja ke Badan Kawal Selia
Air, Johor pada hari Ahad minggu hadapannya. Hmmm… apalagi. Memang kena
mengangkut la semua tentera kecil.
Jadi, dua minggu
berturut-turut la kami sekeluarga berhujung minggu dan jalan-jalan di JB. Anak-anak suka la sebab
dapat duduk hotel. And off course…. Dapat mandi kolam ^_^
Jujurnya… Kak Tam anak kelahiran
Johor Darul Takzim. Tapi kan… bila dah dewasa ni boleh kira dengan jari berapa
kali je pernah ke JB ni. Kali terakhir pergi ke sana pun tak ingat bila.
Rasanya masa tengah mengandungkan Iman. Itu pun ikut Encik Suami kerja dan tak
ke mana. Dok dalam hotel dua tiga hari… Pastu balik.
Kesiannya kan -______-
Banyak ketinggalan
pasal pembangunan Johor Bahru ni. Bukan tak tau langsung. Tapi dok dengar dan
baca dalam paper atau FB je la tempat-tempat menarik di JB yang orang dok
viralkan. Dah lama tak tengok dengan mata kepala sendiri.
Dulu-dulu masa kecik
selalu ikut Tok Mak ke JB sebab rumah Pak Ngah kat Kampung Melayu Majidee tu je.
Pok Su plak kat Skudai. Mok De kat Kota Tinggi, tapi biasanya on the way ke
Kota Tinggi akan singgah dulu ke JB.
Ingat dulu-dulu kalau
sesape nak ke JB, kalau orang kampong tanya nak gi mana, orang tak jawab nak gi
JB tau. Orang jawab nak gi Johor. Padahal memang dah kat dalam Johor =P Entah la. Dah memang
style orang Johor yang dok kampong camtu. Tapi boleh faham la kalau jawab nak
ke Johor tu maknenya nak ke JB la tu.
Sejak-sejak JDT dan
TMJ jadi glamer, tetiba terus berbangga jadi anak jati Johor (cehhh ^_^)
Jadi kesempatan yang
ada digunakan sebaik mungkin untuk melihat sendiri pembangunan pesat di JB.
Serius!!!
Rasa macam rusa masuk
kampong kot ^____^
Lain benor rasanya. Lagi
la pulak masa sampai tu dah malam. Lagilah rasa macam… “aku kat mana ni? Betul
ke kat JB ni”=D
Terus wasap Along…“Long,
JB dah lain”. Hahahaha
Sebenarnya… adik
beradik Kak Tam yang lain pun sama. Semua
memang dah lama ketinggalan pasal JB ni =P Kecuali Alang dan Hadi. Sebab
dua-dua ni memang dok Johor dan bekerja kat JB. So, kami yang lain ni macam
“peghakkk” la sket.
Dua minggu
berturut-turut berhujung minggu di JB merupakan satu peluang yang di
tunggu-tunggu. Memang datang untuk bekerja, tapi apa salahnya sambil menyelam
minum air sampai kembong kan =P Boleh claim plak tu. Hehehe. Bukan selalu boleh
merancang nak ke sini kalau xde keperluan.
Sempat la ronda-ronda
memalam kat Bandar JB. Tengok lampu-lampu berwarna-warni cantik menghiasai
tepi, tengah dan atas jalan. Merentasi atas kepala pun ada tau. Macam light festival plak.
Singgah juga di Laman
Mahkota di hadapan Istana Bukit Serene tempat di mana upacara Kemahkotaan
Sultan Johor diadakan. Mahkota besar beb! Sangat cantik. Tempat-tempat ni
cantik kalau pergi waktu malam sebab kalau siang tak ada lampu-lampu ni. Replika mahkota tu ada juga di Batu Pahat.
Tapi kecik la. Yg ni lagi besar diamond dia ^_^
![]() |
Gambar dari Google. Memang cantik tempat ni malam-malam =) |
Lalu juga di area
bazar malam macam Uptown tu. Ramai jugak orang busking kat tepi-tepi jalan tu.
Tapi tak singgah la sebab crowded sangat. Mana nak ngangkut anak-anak lagi J
Makan malam di
Restoran Singgah Selalu. Katanya antara restoran yang famous jugak di JB.
Konsepnya macam food court. Ada banyak gerai-gerai makanan lain dalam tu. So,
banyak pilihan makanan la. Sangat suka sebab dapat makan otak-otak Johor. Lama
dah tak makan otak-otak ni. Iman pun suka. Kena dengan tekak dia la tu.
Danga Bay dah pernah
pergi suatu masa dulu (x ingat bila =P) Jadi tak singgah la. Lalu sahaja.
Banyak juga kawasan
yang under construction. Katanya nak buat sungai ala-ala macam kat Melaka tu. Nanti
ada river cruise katanya.
Lalu juga di JB
Sentral. Kagum juga tengok stesen keretapi yang besar dan nampak gah. Jakun
sekejap. Maklumlah, masa Kak Tam datang kecik-kecik dulu xde lagi benda alah ni
=D
Masa ikut Encik Suami
ni, kami takde beria sangat merayau-rayau kat JB. Sebab siang Encik Suami
kerja. Malam je la yang sempat bersiar-siar kejap. Itu pun tak turun dari
kereta. Amik gambar pun dari dalam kereta je. Park kat tepi jalan, amik gambar.
Park lagi, ambik gambar lagi. Punyala pemalas. Hahaha. Sebab jalan lepas makan
kan. Gitu la jadinya. Semua dah kenyang, tapi nak jugak jalan-jalan ^_^
Ujung minggu
berikutnya, ikut working trip Kak Tam pula. Kali ini kami menginap dekat area
Stulang Laut. Jadi dapat la tengok pagi-pagi ada satu kawasan kat tepi pantai
tu yang dikhaskan untuk orang asli jual ikan-ikan fresh.
Hotel plak sebelah The
Zone, Kompleks Bebas Cukai. Jalan-jalan kejap kat situ. Biasalah, kalau kawasan
bebas cukai ni antara barang yang menarik adalah coklat. Itu je la kalau nak
beli pun. Yang lain x ada yang menarik hati.
Bawa anak-anak makan
tengah hari di KFC Stulang Laut. KFC yang menghadap ke laut. Memang cantik
pemandangannya. Sebelum pergi tu tak perasan pun KFC ni. Tapi masa kat hotel tu
anak-anak terperasan ada KFC kat tepi laut. Tu yang diorang excited ajak pergi.
Kak Tam sendiri
berpeluang ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Nusajaya atau dipanggil
Kota Iskandar. Bangunan-bangunannya cantik.
![]() |
Gambar Google gak ni. Tapi pejabat yang kami pergi tu kat sini la. Dan ambil gambar kenangan pun kat tangga ni jugak =D |
Disebabkan lawatan
kerja ni jugalah Kak Tam berkesempatan melawat Empangan Gunung Pulai yang dibina pada tahun 1924. Bukan
sebarang orang yang dibenarkan masuk ke kawasan empangan ni tau. Pemandangannya
sangat cantik. Sila tengok gambar ok.
![]() |
Sultan Ibrahim Reservoir Built By the Municipal Commissioners of the Town of Singapore |
![]() |
Koleksi gambar dari phone cokia ^_^ |
![]() |
Diorang kata ada buaya dalam ni. Sekor jek. Penjaga empangan katanya. |
Alhamdulillah. Hajat
untuk melihat-lihat negeri sendiri tercapai juga akhirnya. Walaupun jalan-jalan
tu macam ‘cicah-cicah’ je dari satu tempat ke tempat yang lain, namun Kak Tam
rasa puas hati. Sekurang-kurangnya Kak Tam dah lihat sendiri pembangunan dan
kemajuan negeri kelahiran Kak Tam sendiri kan. Kalau orang tanya apa-apa pasal
JB, boleh la jawab sikit-sikit =D
Nak pergi lagi tak tau
bila ada kesempatan. InsyaAllah. Lain kali boleh bawa mak pula. Mak sendiri pun
dah berkurun tak ke JB ni. Lagi-lagi la lepas Tok Mak dan Tok Abah meninggal. Masa diorang ada,
kalau turn Pak Ngah yang jaga, ada juga mak turun ke JB sesekali nak menjenguk
Tok Mak dan Tok Abah.
Teringin nak pergi
belah Mersing sana. Pantai dan pulau-pulau cantik-cantik belaka. Entah bila
dapat pergi tak tau lah. Boleh la survey survey dulu. Bila-bila rasa nak
jalan-jalan dan tak tau nak ke mana, boleh la buat ad hoc plan terus ke tempat
yang teringin nak pergi tu. Biasa yang ad hoc ni menjadi saje Yang plan lama-lama tu la biasanya tak menjadi
kan ^___^
Ok. Dah decide dah.
Tahun ni tahun melawat Johor Darul Takzim untuk kami sekeluarga. Yeayyy!!! =D
jalan untuk menuju ke empangan lalu di bahagian mana ea?
ReplyDelete