Monday 22 August 2016

Sizzling yee mee

Teks: Rahimah Binti Omar.


Assalamualaikum wbt.

Jangan marah ye ^_^

Nampaknya bulan ni Kak Tam banyak update pasal resepi je. Tengah mengasah skill memasak. Gitu lah. Kalau ada semangat sket, terus masak pape yang best. Kalau xde semangat tu, telur goreng ngan kicap je la nampaknya =D

Kisahnya…. Terliur tengok pau cendawan shitake yang tengah viral tu. 
Tapi bukan terliur dengan pau, terliur ngan cendawan shitake tu ha. 
Dok pikir-pikir kalau beli cendawan tu nak masak ape ye yang sedap. 
Masak sayur campur atau sup sayur dah biasa sangat.

Tinggggg!!!! Keluar lampu menyala atas kepala =P

Jom masak sizzling yee mee. 
Lama jugak tak makan benda ni. 
Boleh extra kan cendawan shitake tu nanti.

Apalagi, balik terus melangkah ke Speedmart. 
Sebab tau kat situ ada jual yee mee dan cendawan shitake yang kering. 
Nak beli yang fresh memang x sempat la sebab kena beli kat super market yang besar baru ada. Kita guna je lah pape yang ada kan. Yang kering pon ok jugak.

Balik rumah terus prepare bahan-bahan.
Tung tang tung tang tung tang…. Siaplah sizzling yee mee Kak Tam =)

Makan tak hangkat muka uoolllsss ^___^

Sebelum masak tu ada la jeling-jeling sket resepi kat dalam internet tu. 
Kang tak jadi kang bercendawan terus sizzling yee mee akak tu. 
Hehehe

Jeling-jeling, pandang-pandang … hmmmm… senang je rupanya nak sediakan mee sizzling ni.

Ok. Kita start dengan bahan-bahan.

1 sanggul yee mee

3 ulas bawang putih (tumbuk atau ketuk bagi hancur)

Sedikit halia (racik halus)

3 tangkai cili kering (potong-potong)

Cendawan shitake 
(kalau kering perlu rendam dulu sampai lembut ye. Kalau tak nanti x bleh gigit. Keras benor)

Daging ayam potong kecil.

Sawi (celur)

Sebiji telur

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap pekat

1 sudu kicap cair

Sedikit serbuk lada hitam

1 sudu tepung jagung (campurkan dengan air dan kacau rata)

1 cawan air

Kiub ayam

Garam

Minyak bijan 
(Kak Tam x letak sebab x ada dan x nak beli sebotol semata-mata nak guna sesudu. Hahaha)

Cara nak sediakan:

#1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga harum mewangi. Masukkan ayam yang dah dipotong kecil tadi. Gaul rata dan masak sekejap.

#2. Tuangkan secawan air. Masukkan cendawan shitake yang telah dipotong 4. Nak potong 2 pun boleh =)

#3. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan garam dan kiub ayam.

#4. Last sekali baru masukkan tepung jagung untuk bagi likat dan pekat.

Kuah dah siap.

Nak nampak macam makan kat kedai, Kak Tam guna je magic pan yang ada kat rumah tu. Kalau korang ada sizzling pan tu, boleh la guna.

Panaskan magic pan, curah kuah sket. Pastu letakkan satu sanggul yee mee. 
Curahkan lagi kuah kat atas yee mee. Letak sawi. Pecahkan sebiji telur. 
Dan biarkan sekejap sehingga masak.

Siaplah sizzling yee mee orang tu. Sedap makan ngan cili potong nih.

Cumanya, kekurangan masak dalam magic pan ni, tak boleh la nak makan direct dari pan tu. Nak makan kena la angkat dan hidangkan dalam pinggan biasa. 
Saje je nak dapatkan feel sizzling nye tu.

Kang orang tengok pelik la pulak kan. Magic pan tu kan besar. Sizzling pan tu kecik, ok la kalau ngadap pun. Tapi kalau magic pan…. boleh bayang tak dengan sebelah penutup dan pemegang magic pan tu kat depan muka kita ^____^

Boleh tahan la sizzling yee mee tu.
 Tepek gambo kat instgram ada la sorang dua yang terliur. Hahaha.


Jom cuba =D

Friday 19 August 2016

KARI KEPALA IKAN SIMPLE

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.



Kari Kepala Ikan.

Sebut nama je dah terliur kan ^___^

Itulah. Kak Tam masak ni pun gara-gara dok google cari resepi lah, ape lah. Sudahnya terjumpa resepi kepala ikan ni. Pastu gambar nya pon boleh tahan mengiurkan. Seksi gitew =D

Terus tergoda hakak ni. Dah la masa tu tengah puasa ganti.

Terus balik singgah kedai aceh tu nak cari kepala ikan.

Terus gigih meneliti kepala ikan kat kedai tu satu persatu sebab nak make sure kepala ikan tu fresh. Kalau tak membazir beli dan masak kepala ikannya x fresh kan.

Terus gigih menyiang kepala ikan besar gabak tu tau. First time uollsss!!! Hahahaha

Cerita siang kepala ikan ni… konon-konon pandai. Belek-belek kepala ikan tu, dah terpikir nak suruh abang tu siangkan ke nak siang sendiri. Kak Tam kalau setakat beli ikan cencaru, gelama, selar, kembong tu memang siang sendiri. Malas nak tunggu orang ramai dok beratur tunggu siang ikan. Tapi kali ni disebabkan kepala ikan tersangat besar rasanya, tu yg terpikir.

Tapi, kekdahnya macam terer kan… nak jugak siang sendiri. Hambek ko!!! Rasa nyesal x sudah. Sebab xde tools. Pisau yang ada tak berapa nak besar. Parang kontot memang takde. Kak Tam menyiang ikan tu punya lah payah. Macam nak buat operation daaa… segala peralatan kat rumah tu Kak Tam keluarkan. Akhirnya siap jugak lah siang kepala ikan tu. Berpoluh ketiak den. Cuma x dapat nak belah dua kepala ikan tu. Opssss, lupa nak bagi tau. Kak Tam beli kepala ikan jenahak. Memang keras kepala ikan ni. Degil ^____^

Sebenarnya Kak Tam x pernah masak kari kepala ikan ni. Ikan masak kari pernah la. Tapi kepala ikan setongkol camni memang x pernah. Biasa tu makan mak masak. Tapi konsepnya sama je, Cuma gantikan ikan dengan kepala ikan. Sodap je hah.

Jom tengok resepi. Bebel panjang takde guno eh =D

Kari Kepala Ikan Simple

Bahan-bahan:

Kepala ikan yang telah dibersihkan

4 ulas bawang merah – tumbuk/blend

3 ulas bawang putih – tumbuk/blend

½ inci halia – tumbuk/blend

3 sudu rempah kari ikan (kari ni Kak Tam beli timbang kat pasar tani. Dah siap campur semua. Nak guna brand Baba’s ke Adabi ke, pon ok je)

¼ cawan santan

Bendi

Tomato (belah 4)

Daun kari

Asam jawa/ Asam keeping

Cili kisar/ Cili padi (Kak Tam x letak cili kisar sebab x nak pedas. So gantikan dengan cili sebiji sebiji)

Setengah cawan air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus. Kak Tam suka yang tumbuk. Ada rasa kasar-kasar sket. Tumis sampai garing sket. Kalau guna cili kisar boleh masukkan dan tumis sekali sampai garing sket.
  2. Masukkan rempah kari ikan. Gaul rata sampai bau wangi merebak hingga ke ruang tamu =P
  3. Masukkan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan asam keeping atau air asam jawa. Agak-agak ikut tahap kemasaman yang diingini. Biarkan sekejap.
  4. Agak-agak dah nak mendidih tu, masukkan kepala ikan.
  5. Masukkan bendi, tomato, cili dan daun kari.
  6. Tuangkan santan dan letakkan sedikit garam. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  7. Kalau rasa semua dah perfect, bolehlah dihidangkan.
Resepi simple ni untuk satu kepala ikan je. Rempah kari ikan yang Kak Tam guna adalah rempah kari ikan yang dibeli di pasar tani dan semua rempah telahpun dicampur siap-siap. Kalau guna kari ikan biasa, mungkin perlu tambah sedikit rempah ratus yang lain macam jintan halus, biji sawi dan halba kalau nak kawwww macam kari kepala ikan mamak. Kak Tam punya kari kepala ikan ni kawww jugak. Tapi versi jawa kot. Hahaha. Takut orang nak cuba ye.

OK la. Sape nak cuba, dipersilakan. Resepi mudah je ni. Tak perlu periuk noxxa bagai. Ehhh??? Tak de kaitan. Hahaha. Akak tak jual ye noxxa tu. So jangan tanya. Saje je merapu ^___________^

Sandwich Sardin / Tuna

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.


Sandwich Sardin ni Kak Tam buat untuk Majlis Sambutan Hari Raya di Sekolah Bakat ABS (sekolah Abang Khalis). Jenuh dok pikir. Nak masak apa la untuk pot luck majlis ni nanti. Muak dah rasanya makan makanan raya. Nak masak pun dah x lalu. Last last dapat idea nak buat sandwich. Senang sket. Xde la beria sangat nak masak2 pun.

Alhamdulillah, first menu yang habis masa jamuan tu. Seronok tengok orang makan. Ramai yang amik satu, pastu repeat amik lagi sekeping atau dua. Hehehe. Nak cakap sedapp la tu kan ^____^

Senang je nak sediakan sandwich ni. Bahan-bahan pun senang nak cari. Moh kita buat!

SANDWICH SARDIN / TUNA

Bahan-bahan:

Sardin / Tuna ( 1 tin besar cukup untuk 2 buku roti sandwich yang panjang) 
1 biji bawang merah 
Salad / Timun/ Tomato
Planta
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar Mayonese
1 biji limau kasturi

Cara-cara penyediaan:

#1. Ada 2 kaedah. Nak buat sardine masak atau guna sardine dalam tin terus tanpa masak. Untuk yang masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia. Kemudian masukkan sardine. Dah masak ambil ikannya sahaja. Hancurkan. Perahkan sikit air limau kasturi. Gaul sebati.

#2. Untuk yang tak nak masak, keluarkan isi sardine. Hancurkan. Bawang potong dadu kecil-kecil. Gaulkan dengan isi sardine. Perahkan sedikit air limau kasturi. Gaul rata.

#3. Campurkan sardine yang dah hancur dengan mayonese dan sos cili. Kalau nak pedas, boleh racikkan cili padi dan gaul sebati.

#4. Sapu rata planta atas setiap permukaan roti yang nak digunakan.

#5. Roti pertama susunkan salad/ timun/ tomato. Nak letak semua pun boleh. Lapiskan dengan roti. Letak sardine atas roti kedua. Lapiskan dengan roti ketiga.

#6. Potong tepi roti. Lepas tu potong ikut suka. Nak bentuk tiga segi ke. Empat segi ke. Kalau nak cantik, lapikkan dengan dolly paper atau paper cup masa nak susun. Nampak kemas dan elegant gitu =D

Tips:

#1. Salad, timun dan tomato dipotong nipis dan simpan dalam peti ais sekejap untuk bagi dia crunchy dan kering airnya. Nanti x la meresap dalam roti sandwich tu.

#2. Letak sardine di tengah-tengah roti. Rata kan sikit tapi bajet-bajet jangan sampai ke tepi roti. Sebab nanti masa nak potong, bila kita tekan sket dia akan spread evenly. Kalau terlebih ke tepi nanti meleleh. Lagipun nak potong tepi roti tu kan. Kalau ada sardine kat situ, rugi plak.   

#3. Guna salad kerinting tu. Kalau xde salad yang selalu orang buat nasi ayam pun boleh. Tapi seeloknya di potong-potong sket supaya senang nak susun atas roti nanti.

Resepi sandwich ni boleh buat jual tau. Wah! Self-claim gitewww. Huhuhu.

Ala, resepi sandwich mana-mana pun kalau buat elok-elok dan sedap bleh je jual. Laku tak laku je la kan ^___^

Moh kita buat. Nak jual ke, nak makan sendiri ke, nak buat untuk pot luck  ke. Semua pon boleh.

Sila sila =D