Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum
wbt.
Sandwich Sardin ni
Kak Tam buat untuk Majlis Sambutan Hari Raya di Sekolah Bakat ABS (sekolah
Abang Khalis). Jenuh dok pikir. Nak masak apa la untuk pot
luck majlis ni nanti. Muak dah rasanya makan makanan raya. Nak masak pun dah x
lalu. Last last dapat idea nak buat sandwich. Senang sket. Xde la beria sangat
nak masak2 pun.
Alhamdulillah,
first menu yang habis masa jamuan tu. Seronok tengok orang makan. Ramai yang
amik satu, pastu repeat amik lagi sekeping atau dua. Hehehe. Nak cakap sedapp
la tu kan ^____^
Senang je nak
sediakan sandwich ni. Bahan-bahan pun senang nak cari. Moh kita buat!
SANDWICH
SARDIN / TUNA
Bahan-bahan:
Sardin / Tuna ( 1
tin besar cukup untuk 2 buku roti sandwich yang panjang)
1 biji bawang merah
Salad / Timun/ Tomato
Planta
2 sudu besar sos
cili
3 sudu besar Mayonese
1 biji limau
kasturi
Cara-cara
penyediaan:
#1. Ada 2 kaedah.
Nak buat sardine masak atau guna sardine dalam tin terus tanpa masak. Untuk
yang masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia. Kemudian masukkan
sardine. Dah masak ambil ikannya sahaja. Hancurkan. Perahkan sikit air limau
kasturi. Gaul sebati.
#2. Untuk yang tak
nak masak, keluarkan isi sardine. Hancurkan. Bawang potong dadu kecil-kecil.
Gaulkan dengan isi sardine. Perahkan sedikit air limau kasturi. Gaul rata.
#3. Campurkan
sardine yang dah hancur dengan mayonese dan sos cili. Kalau nak pedas, boleh
racikkan cili padi dan gaul sebati.
#4. Sapu rata
planta atas setiap permukaan roti yang nak digunakan.
#5. Roti pertama
susunkan salad/ timun/ tomato. Nak letak semua pun boleh. Lapiskan dengan roti.
Letak sardine atas roti kedua. Lapiskan dengan roti ketiga.
#6. Potong tepi
roti. Lepas tu potong ikut suka. Nak bentuk tiga segi ke. Empat segi ke. Kalau
nak cantik, lapikkan dengan dolly paper atau paper cup masa nak susun. Nampak
kemas dan elegant gitu =D
Tips:
#1. Salad, timun
dan tomato dipotong nipis dan simpan dalam peti ais sekejap untuk bagi dia
crunchy dan kering airnya. Nanti x la meresap dalam roti sandwich tu.
#2. Letak sardine
di tengah-tengah roti. Rata kan sikit tapi bajet-bajet jangan sampai ke tepi
roti. Sebab nanti masa nak potong, bila kita tekan sket dia akan spread
evenly. Kalau terlebih ke tepi nanti meleleh. Lagipun nak potong tepi roti tu
kan. Kalau ada sardine kat situ, rugi plak.
#3. Guna salad kerinting tu. Kalau xde salad yang selalu orang buat nasi ayam pun boleh. Tapi seeloknya di potong-potong sket supaya senang nak susun atas roti nanti.
Resepi sandwich ni
boleh buat jual tau. Wah! Self-claim gitewww. Huhuhu.
Ala, resepi
sandwich mana-mana pun kalau buat elok-elok dan sedap bleh je jual. Laku tak
laku je la kan ^___^
Moh kita buat. Nak
jual ke, nak makan sendiri ke, nak buat untuk pot luck ke. Semua pon boleh.
Sila sila =D
Salam sis bole Tanya mana nk dptkan tuna yg dlm tin besar tu
ReplyDeleteSalam sis bole Tanya mana nk dptkan tuna yg dlm tin besar tu
ReplyDeleteThanks sis for sharing resepi๐
ReplyDeleteTq share resepi
ReplyDelete