Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Gara-gara nak buat open house hari tu, Kak Tam terpaksa tanggalkan semua lukisan dan hasil seni anak-anak yang bertampal di dinding.
Xde la nampak serabut sangat.
Sebenarnya ada tempat khusus di bawah tangga untuk tampal hasil kerja diorang.. Tapi disebabkan dah penuh, maka tampalan berlanjutan sehingga ke ruang tamu ^____^
Tapi kan, honestly rasa sayang sangat nak buang. Sebab suka tengok walaupun xde la cantik sangat. Suka tengok kreativiti diorang.
Kak Tam memang sentiasa bekalkan kertas A4 untuk diorang melukis dan menulis. Tak kisah la nak conteng apa pun. Hasilnya nanti akan ditampal di dinding untuk tatapan umum. Macam gallery la plak ye =P
 |
Ruang bawah tangga dah penuh!
Yang kartun bulat-bulat tu semua Yaya yang lukis tu. Trademark dia =P |
 |
Ini tampalan di ruang tamu. |
 |
Nama kawan-kawan Abang Khalis |
 |
Ada kuasa magnet. Apa yg diimaginasikan pun Mama x tau. |
 |
Orang sedang bekerja keras katanya. |
 |
Lukisan simetri |
 |
Nampak tak orang lidi main bola =P |
 |
Sharks!!!! |
 |
OK. Ini lukisan Iman. Lukisan dia limited sket sebab x berapa minat sangat melukis
kalau nak compare dengan Abang Khalis. |
 |
Binatang ape ada banyak bulu ????? Hahaha. Iman yang lukis. Imaginasi semata-mata ni. |
 |
Iman lagi |
 |
Orang lidi Iman ni ada expression mukanya.
Kening orang lidi tu kemain lagi ^___^ |
 |
Consruction site. Tepinya ada sungai.
Orang lidi meliuk-liuk tu tengah mandi sungai le tu ^___^ |
 |
Lupa nak rotate dl gambar ni. Hehehe
Kapal tunda agaknya :) |
Ini pulak buku cerita mini Abang Khalis pasal Mama & Papa.
Ini buku cerita mini Batman vs Superman =)
Masa ni ada penulis cerita kanak-kanak datang kat sekolah. Semua pelajar diminta untuk buat buku cerita mini dengan cara melukis. Inilah hasilnya.
Abang Khalis lukis berdasarkan cerita yang dia dengar dari kawan-kawan sekolah je. Tak pernah tengok pun cerita ni sebenarnya. Hasil imaginasi sahaja.
 |
Ini Superman |
 |
Superman tengah study ^_^ |
 |
Superman keluar. Masa ni hujan. |
 |
Superman jumpa Batman. |
 |
Superman gaduh dengan Batman. |
 |
Gaduh lagi. |
 |
Superman mati ^_^ |
 |
Tamatlah rimawat Superman =P |
Ada banyak lagi lukisan. Tak mampu nak simpan semua. Nak amik gambar semua pon x larat. Baru perasan xde gambar lukisan Yaya. Nantilah. Next time plak.
Ini untuk simpanan peribadi dan kenang-kenangan.
Esok-esok kalau masing-masing dah besar bolehlah tunjuk kat diorang =D
Waaahh teknikalnya lukisan... thumbs up!
ReplyDelete