Friday 18 August 2017

Berkelah di Sungai Bil, Tanjung Malim - 23/7/2017

Assalamualaikum.

Akhir bulan Julai, minggu akhir bulan raya, Kak Tam sekeluarga balik kampong Tanjung Malim. Raya hari tu tak sempat nak singgah sebab balik beraya di kampong belah mak mertua di Bota.
Tahun ni kami beraya ala kadar. X banyak pergi rumah terbuka dan rumah sedara mara. Ntah kenapa suami Kak Tam malas pula nak berjalan-jalan tahun ni. Kalau tak raya tahun sebelum ni asal weekend je penuh jalan-jalan raya sana sini. Kata nya nak teruskan diet. Sayang bulan puasa beria jaga makan, tapi bila dah raya habis semua naik berkilo-kilo balik. Gitulah konsep raya tahun ni kononnya. Hahaha.
Ikutkan je lah. Lagi pun bukannya tak gi beraya langsung. Beraya juga, Cuma tak seaktif tahun lalu.
Disebabkan aktiviti raya pun dah habis, maka dengan tidak semena-mena idea nak pergi jalan-jalan atau buat aktiviti ad hoc tu datang. Makanya, terjadilah perkelahan keluarga di Sungai Bill, Tanjung Malim yang dirancang sejam sebelum berangkat =P
Macam tulah. Biasanya yang plan last minit ni jadi je. Yang plan berbulan-bulan tu plak yang tak jadinya. Kebetulan masa kami balik tu Achik sekeluarga pun ada. Meriah la jadinya perkelahan yang tak dirancang ni.
Mak mertua kelam kabut masak nasi dan gulai patin tempoyak untuk dibawa bekal makan tengah hari kat sana nanti. Kebetulan segala bahan dah ready. Tinggal letak atas dapur je. Segala makanan lebih sarapan pagi kami angkut juga untuk makan-makan sambil mandi-manda.
Ini sebenarnya kali pertama Kak Tam dan anak-anak sampai ke Sungai Bil ni. Selalu disebut-sebut tapi tak pergi-pergi. Alhamdulillah, hari kami pergi tu hari Ahad dan masih dalam bulan raya. Agaknya orang masih berjalan raya, jadi kawasan perkelahan tak ramai orang.
Dari rumah di Tanjung Malim ke Sungai Bil tu ambil masa dalam 20 – 30 minit sahaja. Tak lama  pun. Lalu jalan kampung. Anak-anak yang besar duduk kat belakang Hilux ditemani encik husband dan pak sedara. Kak Tam jadi driver hari tu. =) Seronok la diorang kat belakang tu. Pengalaman pertama duduk kat belakang Hilux jalan jauh sket. Biasa tu round keliling rumah je.

Selamat Datang ke Tapak Tapak Perkelahan Sungai Bill. Tapi kami tak mandi kat sini. Mandi kat area chalet dekat pintu masuk.

Kami berkelah di Chalet Sungai Bil Cool Spring. Sebenarnya tak perasan nama kawasan tu apa. Ni google baru tau. =P

Gambar Google. Tapi kat sinilah kami mandi-manda. Chalet tepi tu lah yang kami sewa. Bangsal alas biru tu tempat kami makan-makan.
Harga chalet berbeza-beza ikut size. Kami ambil yang harganya RM60 sebuah. Tapi dapat diskaun RM10 sebab kami 1st customer hari tu ^_^. Harga ni sekali dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekeliling chalet seperti tandas, tempat masak dan ruang makan yang sangat besar dan selesa. Ye lah. Dah kami je yang ada kat situ. Memang kami je lah yang conquer kan. Hehehe.

Kawasan luas dan selesa. Sesuai juga kalau nak buat family gathering dan nak buat acara bakar-bakar ni. 
Chaletnya kecik je. Tapi cukuplah ruang untuk salin baju dan baring-baring. Ada disediakan 2 tilam single untuk berehat.
Kalau nak guna pelampung ada juga disediakan. Tapi kena sewa lah ye. Sebijik RM5. Tak ada limit masa. Gunalah sampai nak balik baru kami pulangkan.
Tandas menggunakan air yang ditadah dalam sebuah kolah besar. Ni Kak Tam tak berapa pasti air sungai atau air bukit yang digunakan. Tiada paip dalam tandas. Tetapi disediakan baldi dan gayung dalam setiap tandas tu. Personally Kak Tam rasa kemudahan tandas boleh ditambah baik lagi.

OK. Jom layan gambar.

Safety Guard jaga bebudak mandi. Hehehe. Kecohhh!

Ini Rara comel.


Semua tak berani nak celop badan. Sejukkk!!!!


Suasana tenang dan cantik.
 


Sudah beraksi.

Abah mertua. Tengok je. Tak berani nak celop kaki. Heheh
 
Dini dan Nabil

Tenang dan hijau. Subhanallah.

Nampak beria menghidupkan api. Nak masak apa la tu kan.

Panas kan roti canai je. Hahaha

Lepak-lepak atas bangsal.







Alhamdulillah. Selesai perkelahan yang tak dirancang. Semua happy dapat mandi-manda. Next time boleh pergi lagi. 

OK. Itu je nak share. Lepas ni ada lagi nak kongsi aktiviti jalan-jalan hujung minggu.

Babai. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. rindunya kampung kelahiran saya. Hampir 30 Tahun dah tinggalkan kampung. Seronok kan kak!?

    ReplyDelete