Teks: Rahimah Binti Omar
Assalamualaikum wbt.
Setelah sekian lama Kak Tam x menjengah klinik gigi,
akhirnya minggu sudah terpaksa juga ke klinik gigi. Gara-gara gigi geraham dah
kopak. Susah nak makan. Kalau terkena pada lubang, haruslah rasa ngilu yang
amat… *_*
Sebenarnya gigi tu dah meragam lama dah. Dari tahun lepas.
Hahaha… Punyalah lama bertangguh kan. Bajet-bajet gigi tu boleh baik sdr… or
boleh tumbuh balik ker -___-
Tahun lepas dah berkira-kira nak buat rawatan. Terfikir juga,
kalau bertangguh, makin lama makin ‘cantik’ gigi aku ni… Silap-silap rongak
terus ^_^. Gagahkan diri, kuatkan
semangat, pergilah juga ke klinik gigi di Seksyen 3, Bangi.
Bila doctor check,
dia cadangkan buat scalling dulu sebab karang gigi dah banyak dan tak nampak kawasan
mana sebenarnya yang berlubang. Bila dah clear baru boleh buat tampalan. Masa
ni, lubang tu x besar lagi. Makanan masih susah nak keluar masuk situ ^_^.
Bila
dah doctor tu cakap macam tu, buat jugalah scalling tu dulu. Pas dah buat, dia
kata banyak darah keluar pulak dan x boleh buat tampalan hari tu. So kena
datang hari lain. Kak Tam tak pastilah, ini sebenarnya prosedur biasa atau
agenda doctor tu supaya dapat profit lebih hari tu. Hahahah… x baikkan.
Bila dah balik… hmmmm… susah la nak cari jalan ke klinik tu
semula -___- sampai la hari berganti hari… bulan berganti bulan… dan masuklah
tahun baru… heheheh
Last week, rasa macam dah tak tahan sebab dah tak dapat nak
menikmati makanan dengan betul. Gara-gara gigi tu patah lagi sikit dan menjadikan
lubang yang asalnya kecik dah menjadi semakin besar. Seronok la makanan semua
lepak kat situ.
Terpaksalah
kumpulkan semula semua semangat yang dah hilang tu…. dan dengan nekad dan
semangat… sampailah akhirnya ke depan Klinik Dr Azila di Bandar Baru Bangi. Masa
ni memang bajet dah tak boleh selamatkan gigi ni. Bajet-bajet nak kena cabut
dah hari tu. Maklumlah, gigi tu dah hampir tinggal separuh kot. ¼ gigi dah
patah.
Tapi bila doctor check katanya gigi tu masih kuat dan kukuh. Cuma patah
je. So, Dr Azila bagi 2 options. Sama ada cabut atau buat ratawan akar (root
cannal treatment (RCT)). Sebelum kata putus diberi, Dr Azila explain dulu
keadaan gigi Kak Tam macam mana. Kalau buat RCT tu macam mana. Berapa kos dan
lain-lain. Kata dia, sayang kalau cabut… dan disebabkan kata-kata beliau itulah Kak Tam
akhirnya memutuskan untuk buat RCT walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu
betapa kecut perutnya nak menyerah diri untuk dikorek-korek giginya -___-
Tapi hari tu tak buat RCT lagi. Hanya buat tampal biasa
dahulu. Sebab ada gigi lain juga yang ditampal pada hari tu. Jadi, macam x
selesa la pulak nak buat semua dalam satu hari kan. Buat tampalan sementara untuk gigi geraham
yang bakal menjalani RCT tu juga merupakan satu proses yang mengerikan. Kak Tam
kena bius dulu sebab gigi geraham yang patah tu dah pun ada tampalan asal.
Tampal zaman sekolah menengah dulu. Punyalah lama. Jadi, Dr kena buang tampalan
asal dulu, tampal dengan tampalan sementara, then barulah boleh buat RCT. Kena
bius sebab nak buang tampalan lama tu prosesnya agak menyakitkan sebab kena
korek betul-betul untuk pecahkan tampalan lama tu.
Sepanjang proses, tak rasa
sakit sebab dah bius, tapi ngerinya tak usah cakap lah. Macam-macam doa baca.
Mengalahkan nak bersalin. In fact, segala zikir munajat, doa-doa mengurangkan
sakit dan segala petua-petua semasa nak bersalin habis Kak Tam baca. Hahahaha….
Punyalah takut kan.
Dia punya lega lah bila dah siap tu, Allah sahaja yang tahu.
Macam rasa baby dah selamat dilahirkan je =p
Alhamdulillah. Yang penting selamat . Heheheh…
Kos untuk tampal 2 batang gigi geraham di Klinik Dr Azila ni
RM120. Mahal ke? May be mahal sket kot. Tapi ini kos untuk buka tampalan lama
dan buat tampalan baru sementara tau. Plus bius. Bukan tampal gigi biasa-biasa
tu. So, personally Kak Tam rasa harganya ok. Reasonable la. Sebab pernah dengar
orang tampal gigi 3 batang RM310.
Service pun bagus. Dr pun bagus dan cekap. Kak Tam suka
sebab Dr Azila ni akan rekod keadaan semua gigi-gigi yang ada dalam mulut
korang tu sebelum memulakan apa-apa prosedur. Pergi klinik yang sebelum tu, xde la pulak nak rekod bagai. Dr ni hanya buat apa yang kita
nak buat. Tapi pada masa yang sama dia juga bagi nasihat apa yang terbaik. So,
keputusan atas kitalah nak buat apa sebenarnya.
Kos juga diberitahu awal-awal.
Jadi, boleh la bajet. Kalau agak-agak tak cukup cash, klinik ni juga menerima
Credit Card. Kos juga pada Kak Tam agak reasonable. Contohnya, RCT hingga selesai
rawatan, kos adalah RM995. Kenapa Kak Tam kata reasonable? Sebab dah pernah
survey sebelum tu. Rata-rata klinik gigi area Bandar Baru Bangi ni kos RCT adalah RM1k ke atas. Rate biasa RM1500 untuk sebatang gigi. Lebih dari tu pun ada. Kak Tam tak kata murah sebab pernah
juga survey harga murah. Tapi tu klinik gigi dekat kampung la. Murah-murah pun
tak kurang RM500 ye.
Nak lagi murah, boleh ke klinik pergigian Kerajaan.
Kemudahan yang ditawarkan pun tak kurang hebat juga tau. Dengan kos beberapa RM
sahaja (x tau exactly berapa RM sebab tak pernah pergi, tapi kawan baru buat
kat situ) boleh buat RCT juga. Kak Tam buat kat private pun sebab boleh claim
kat company suami.
Ok, next entry pasal RCT … bila dah selesai dan dah boleh
bergaya dengan gigi yang dah dibaik pulih^_^… Hahahah
Selamat gigiku… Kalau x, mau kena geng dengan orang-orang
yang pakai Polident =P
Peace :)
Bleh bgi no tel x atau coll saya 0189838708 says nk buat gigig
ReplyDeleteBoikot klinik gigi Qaseh (Bangi). Mahal nak mampus. Rawatan cincai takde kualiti.. Mula2 dulu ok la jugak. Tapi dah berapa tahun kebelakangan ni jadi mahal gila & kualiti pun teruk.
ReplyDelete