Monday, 6 June 2016

KURMA SEBAGAI AGEN PENENANG SEMULAJADI

Teks: Rahimah Binti Omar



Kurma sebagai agen penenang semulajadi.

Wow!!! Fakta yang menarik kan.

Kurma mengandungi asid amino triptofan yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin dalam tubuh bagi memastikan mood & memperbaiki kualiti tidur.

Hati yang tenang, emosi yang gembira & perwatakan yang ceria dan optimist boleh berjangkit tau =D

Bukan sahaja kita yang terasa bahagia, 
bahkan insan sekeliling kita juga akan terkena auranya!

Jom makan kurma setiap hari. 

Kurma tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma sewaktu sahur cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari :)

Alhamdulillah.
Dengan Qaseh Gold, 
amalan memakan kurma dapat diamalkan dengan mudah & konsisten.

Jom sebarkan kebaikan.
Sebarkan Qaseh sayang.

Untuk maklumat lanjut produk Qaseh Gold 
WA 0196930282


Marhaban Ya Ramadhan Al-Kareem

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur kepada-Nya kerana memberi peluang kepada hambanya ini untuk menikmati barakah bulan Ramadhan pada tahun ini. 
Syukur Ya Allah!

Alhamdulillah. 
Dah masuk hari kedua ni. Ada yang tak puasa ke? Hehehe
Kalau uzur syarie tu biasalah kalau x puasa. Kalau yang tak ada alasan untuk tidak berpuasa, moh la berpuasa. Rugi tau kalau tak puasa. Syaitan dah kena ikat. Inilah masanya untuk belajar mengawal nafsu diri sendiri.

 Bak kata nasihat seorang kawan...
Benda yang paling menakutkan di bulan Ramadhan adalah, 
mengetahui hakikat bahawa kalau kita buat jahat, ia bukan disebabkan oleh hasutan syaitan tetapi disebabkan oleh diri sendiri. 
-__-

Takut kan
=(

Masa ni lah kita nak kejar buat amalan sunat banyak-banyak. 
Tawaran pahala yang diberikan berlipat kali ganda. 
Tawaran yang memang tak diberi dalam bulan yang lain. 
Makanya, kalau ketinggalan memanglah tersangat rugi. 

Azam Ramadhan Kak Tam tahun ini :

#nak perbanyakkan solat sunat.

#nak perbanyakkan zikir dan menyebut nama Allah 
serta selawat ke atas Rasulullah.

#nak baca Al-Quran selalu (kalau boleh nak khatam).

#x nak miss solat terawikh (kecuali time period).

#nak perbanyakkan sedekah (walaupun dalam kuantiti yang sedikit).

#nak bangun buat qiamullail.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.
Engkau kuatkanlah semangat ku untuk mencapai azam Ramadhan ku ini Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu, jadikanlah Ramadhan ku pada tahun ini Ramadhan yang penuh dengan pahala dari Mu. Tingkatkanlah kesabaranku di atas setiap ujian yang Engkau berikan di sepanjang Ramadhan ini. 
Kurniakanlah kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kepada ku. 
Agar dapat aku menunaikan ibadah kepadaMu tanpa jemu.

Salam Ramadhan Al-Kareem
^____^


Thursday, 19 May 2016

SEMBELIT DI KALANGAN KANAK-KANAK - ATASI DENGAN QASEH GOLD JR

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Sumber: Google

Ini kisah anakanda Khalis yang selalu kena sembelit. 
Nak kata kurang sangat minum air, tak jugak rasanya. 
Sebab, kalau kat rumah tu, kejap-kejap buka peti ais togok air susu la, 
air sirap la, air kosong la. 

Tapi buah-buahan dan sayur-sayuran 
memang dia tak minat nak makan. 
Buat la rupa mana pun sayur tu, 
tetap diasingkan jugak kalau time makan tu. 
Cincang kecik pun nampak aje mata dia.
^_^

Nak cerita, 
punyalah serius masalah sembelit dia ni 
sampai kadang-kadang tu bertapa lama dalam bilik air, 
x jugak keluar n***s tu. Kalau dah lebih 15 minit tu, 
biasanya mama dia akan join duduk dalam bilik air sekali.
Tolonglah apa-apa yang patut. 
=p

Risau beb. 
Kang buatnya keluar darah ke  apa ke. 
At least boleh la nampak sendiri kan. 
Budak-budak, manalah tau apa-apa. 
Bukan dia nengok pun ape yang keluar. 
Yang dia tau sesuatu dah keluar dan rasa lega. 
=P

Meh nak cerita sikit pasal sembelit ni =) 


Sembelit kebiasaannya berlaku apabila buang air besar kurang 3 kali seminggu. Sembelit atau dalam bahasa mudahnya kesusahan untuk membuang air besar boleh dialami oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sembelit akan menyebabkan najis menjadi keras, kering dan berketul-ketul.

Antara sebab terjadinya sembelit adalah akibat daripada tekanan emosi, kesan pengambilan ubat-ubatan tertentu, kurang minum air, kurang serat dan vitamin C serta kehamilan. Sikap suka menahan atau menangguh untuk membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit.

Sembelit boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala serta masalah kulit.

Sembelit akan menyebabkan bahan toksik tidak dapat dinyahkan daripada tubuh secara cekap. Ini akan meningkatkan paras molekul radikal bebas.

Najis yang keras akibat sembelit boleh menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan ini boleh menyebabkan ia tersumbat.

Perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

Sembelit di kalangan kanak-kanak

Sembelit di kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandangan ringan. Walaupun secara asasnya sembelit tidak akan memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak, namun jika dibiarkan ia boleh menjadi lebih kronik. 

Kebiasaannya kanak-kanak sembelit berpunca daripada kekurangan serat dan air dalam badan. Pemberian jumlah makanan mengikut saranan piramid makanan boleh membantu kanak-kanak mendapatkan khasiat yang cukup. Kanak-kanak yang mengalami sembelit juga boleh mengalami sakit kepala dan kurang selera makan. Perasaan fobia untuk membuang air besar kerana sakit boleh mengakibatkan kencing tidak lawas. Akibatnya ia boleh menjadi jangkitan kepada punci kencing.

Pemberian karbohidrat seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit. Ibu bapa hendaklah melengkapkan sajian karbohidrat dengan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran serta air yang banyak. Pengambilan Prebiotik juga boleh membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar. 

Sumber Rujukan: Sinar Harian, Feb 5, 2014/ Utusan Online Mei 21, 2014.

Inilah antara salah satu sebab kenapa Kak Tam beli Qaseh Gold Jr ni. 
Nak bantu pulihkan masalah sembelit anakanda tercinta ^_^

Salah satu penyebab sembelit adalah kekurangan serat dalam badan.

Qaseh Gold Jr ini mengandungi pelbagai jenis serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah tin, kurma, kismis, bayam, badam, delima, ginko biloba, habbatus sauda dan zaitun. Sangat sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan buah-buahan atau sayur-sayuran.


WA 019-6930282 untuk maklumat lanjut.

Penggunaan Qaseh Gold Jr secara istiqamah 
dapat membantu memulihkan masalah sembelit anak anda.

Selain itu, ia juga mampu membantu menguatkan sistem imunisasi badan, membantu pembesaran kanak-kanak serta menguatkan minda.

Amalkan secara istiqamah satu sudu pada waktu pagi dan malam. 
Insyaallah Allah akan beri kesembuhan.

WA 019-6930282 
Untuk sebarang maklumat berkaitan Qaseh Gold Jr 
=D

QASEH GOLD JUNIOR

Teks: Rahimah binti Omar


Assalamualaikum wbt.

QASEH GOLD JR

Dua bulan lepas, 
 Kak Tam diperkenalkan dengan produk Qaseh Gold Jr ni. 
Tertarik dengan tagline produk Qaseh Gold ni 
"Sihat itu Jihad".

Duta nya pulak ustaz kegemaran.
"Ustaz Haslin Bollywood".
Lagi lah tertarik-tarik nak mencuba produk Qaseh Gold ni.

Beli untuk bagi anak-anak makan. 
Selain nak bagi anak-anak makanan-makanan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah, niat juga di hati, semoga anak-anak sihat selalu. Semoga kuranglah lawatan ke klinik atau hospital. Penat dah rasanya menguruskan anak-anak sakit. Kalau berderet empat orang sakit? Itu belum lagi kalau diri sendiri yang sakit :(

Cubaan pertama.
Alhamdulillah.
Anak suka dengan rasa Qaseh Gold Jr ni. 

Ye lah. 
Nak bagi anak kecil makan, 
kena la make sure rasanya sedap 
dan menepati selera anak-anak kan.

Qaseh Gold Jr mengandungi 15 ramuan. 
11 daripadanya adalah makanan sunnah.

15 Ramuan Istimewa Qaseh Gold Jr:
Kurma, madu, kismis, delima, minyak zaiton, ginko biloba, buah tiin, badam,  garam bukit, Habbatus Sauda', bayam, air zam zam, za'faran, 
gam arab dan pegaga.


Kebaikan Qaseh Gold Jr?
  • Membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.
  • Menyihatkan tubuh badan anak-anak.
  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh badan kanak-kanak. Tidak mudah dijangkiti penyakit.
  • Baik untuk minda - Meransang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan dan lebih peka.
  • Baik untuk tumbesaran anak-anak. Ia mengandungi Mineral, kalsium, magnesium dan zat besi yang menyokong tumbesaran yang sihat dan kuat.
  • Sumber serat - Membekalkan serat daripada buah-buahan dan sayuran. Ia juga mengandungi prebiotik yang terbukti mampu menyihatkan usus dan masalah sembelit.
 Banyakkan kebaikan Qaseh Gold Jr ni =D

Anakanda Khalis makan setiap pagi sebelum ke sekolah. 
Tak payah suapkan, hanya ingatkan dia akan makan sendiri.
Alhamdulillah, dia memang senang nak makan Qaseh Gold Jr ni sebab rasa madu yang manis serta campuran buah-buahan dan makanan sunnah yang lain menjadikan rasanya enak dan boleh diterima oleh anak-anak.

Anak-anak Kak Tam boleh kata selalu menghadapi masalah sembelit. Selepas ambil Qaseh Gold Jr ni, Khalis dan yang lain-lain tu dah kurang masalah sembelit. Kalau tidak, lama bertapa kat dalam bilik air tu n****s x keluar-keluar jugak. Sampaikan kadang-kadang tu menangis sebab sakit.
Ok, nanti kita cerita kat entry lain pulak ye pasal sembelit ni ^_^
  
Berapa harga Qaseh Gold Jr ni? 
Harganya berpatutan dan mampu milik.
 Hanya RM66 untuk sebotol Qaseh Gold Jr. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beri yang terbaik pada anak-anak. 
Meh wasap Akak di 019-6930282 untuk sebarang pertanyaan pasal Qaseh Gold Jr ni ok.

Terima kasih kerana sudi membaca
=D




Monday, 16 May 2016

SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI GURU 2016

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Ibu



& 

Selamat Hari Guru




Buat semua insan bergelar ibu dan juga guru.

Haa... sekali combine terus ucapannya. 
Inilah akibatnya kalau rajinnn sangaattt update blog kan. 
^_____^

Tanpa mak, takkan ada ku di dunia. 
Tanpa guru, takkan aku berjaya hingga ke tahap ini.

Terima kasih mak. Terima kasih cikgu.
Jasa mu akan ku kenang hingga ke akhir hayat.


Wednesday, 27 April 2016

Anak Saya Banyak Bercakap @ Becok. Bagaimana respon Mama?

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Ini rutin harian Mama...

Balik kerja seawal yang mungkin. 
Merentas kesesakan lalu lintas.
Kalau ada keperluan rumah, singgah kedai dulu. 
Kalau tak ada, terus ambil anak di nursery.

Masuk je kereta, semua berebut nak mula bercerita.

Abang Khalis dengan kisah rakan-rakan sekolah. 
"Ada lipas masuk seluar Cik Puan Muda Diyah (kawan perempuan). 
Kat dalam bilik air. Menangis-nangis. Cikgu tolong keluarkan lipas tu 
dari seluar Cik Puan Muda Diyah"
(bercerita dengan penuh perasaan) 
^___^

Iman pulak cerita progress pelajaran dia. 
"Iman dah pandai counting 1 sampai 10 Mama. 
Iman dah pandai baca 'ba bi bu be bo'. 
Teacher Ain dah x garang lagi"
(pun excited jugak)
Hehehe

Yaya pulak... 
kisah gaduh-gaduh dengan kawan perempuan dia.
"Yaya x nak kawan dengan Dhia lagi sebab Dhia tolak Yaya"

Echa pun ada cerita jugak...
Apa abang kakak sebut semua dia dok repeat balik. 
Sebutan semua pelat belaka.
Jadilah cerita caca marba =D

Mama?
Memang letih. 
Letih kerja tak hilang lagi. 
Tiba-tiba daripada suasana tenang memandu sorang-sorang 
terus jadi haru biru. Sebab semua berebut nak bercerita. Siap gaduh lagi kalau ada antara diorang yang potong cerita masing-masing. 

Ini Mama dah susun cerita diorang elok-elok. 
Boleh lah faham. Mama yang tukang dengar mula-mula ni 
serabut nak faham cerita. Nak sincronize semula jalan cerita dan apa yang terjadi. 

 Itu belum lagi waktu-waktu lain. 
Ada saje cerita. Kalau tak bercerita, ada saja soalan nak ditanya. 
Lagi-lagi kalau tengah tengok tv. Time tu jugaklah nak bertanya itu ini 
=P 

Tak pun menyanyi x berhenti-henti. 
Lepas satu lagu ke satu lagu. 
Habis semua lagu Didi & Friends. 
Sampai Mama pun boleh hafal sama 
^_^

Pendek kata, senyap bila waktu tidur je lah.
Hahaha

Itu nasib baik 4 orang je. 
Parents lain yang ada lebih dari 4? 
Kalau semua ada anak yang jenis becok-becok macam anak Mama ni? 
Lagi la haru biru kan. 
*____*

Apa respon Mama bila anak-anak bercerita? 
Diam je ke? 
Atau marah sebab rasa serabut? 
Jerit suruh diam barang kali.
Atau buat tak tau je? 

Alah... cerita kanak-kanak je pun. 
X penting 
-___-

Pada pandangan Mama, 
semua cerita anak-anak perlu dilayan. 
In fact, anak-anak bercerita pada kita pun bertujuan untuk diberi perhatian 
dan mendapat feed back yang sewajarnya.

"Hmmm"
"OK"
"ye ke?" 
dan lain-lain perkataan yang seangkatan dengannya 
bukanlah satu feed back yang baik sebenarnya. 
Tapi bukanlah tak boleh guna langsung. 
Cuma lebih baik sekiranya boleh diselang selikan dengan soalan 
ataupun pendapat supaya anak-anak rasa kita memberi perhatian 
pada cerita mereka.

Common sense lah kan, 
kalau kita bercerita dengan kawan kita, 
mesti kita nak dia beri perhatian kan. 
Sekurang-kurangnya kita nak kawan kita bagi kata-kata semangat atau menenangkan kita pada waktu itu. Ini kalau cerita sedih la. Kalau cerita happy, mesti kita nak kawan-kawan ucapkan tahniah ke apa ke kan.

Tak de nya sesaje cerita. 
Habis cerita terus blah. 
Macam nothing happen 
=P

Anak-anak pun macam tu juga sebenarnya. 
Walaupun hakikatnya cerita mereka tu sekadar cerita kosong,
 ataupun mungkin cerita yang sengaja direka-reka, 
tapi ketahuilah mereka bercerita kerana mahukan perhatian kita.

Jawapan bagi setiap soalan yang dilontarkan pada kita 
ataupun feed back untuk setiap cerita-cerita mereka adalah penting untuk tunjukkan bahwa kita memang sedang memberi perhatian pada mereka.

Secara tak langsung 
kita mewujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak. 
Anak-anak akan jadi lebih berani untuk berinteraksi dan akan lebih kreatif. 

Macam cerita Abang Khalis pasal lipas masuk seluar kawan perempuan kat sekolah tu. Cerita nya setakat itu je, tapi dok ulang kali sebut yang tu je. Sebab anak-anak ni dalam kepala dia dah register dah balik nanti nak cerita apa kat mak dia. Jadi, mak ayah yang mendengar boleh bantu anak dengan cara bertanya. Contohnya, kat mana berlaku kejadian tu? Lipas keluar dari mana? Besar ke kecik lipas tu? Lepas tu apa terjadi? 

Boleh juga sambil-sambil selitkan pengajaran atau nilai moral dalam cerita anak tu yang mana sebelum ni diorang tak nampak. 

Contohnya:

 Q: Kenapa ada lipas. 
A: Sebab bilik air kotor. 

Q: Kenapa kotor? 
A: Sebab tak bersihkan. 

Q: Agak-agak abang kalau tandas bersih ada lipas tak? 
A: Kalau bersih tak ada la lipas. 

Q: Abang suka rumah bersih ke kotor? 
A: Abang suka rumah bersih la Mama.

Ha. Sebab tu lah Mama selalu suruh Abang bersihkan rumah, kemas tempat mainan bila dah main, kemas stationary bila dah siap menulis @ melukis, buang sampah dalam tong sampah yang Mama dah sediakan. Nanti kalau rumah bersih, lipas pun x ada. Betul tak Abang?
A: Betul Mama.
=D

Hahaha. 
Panjang pulak bebel. 
Point nya satu je. 
Kalau anak becok, layan je la. 
Sel-sel otak diorang tengah berhubung dengan jayanya. 
Jadi, kita bantu la seadanya supaya sel-sel otak yang telah berhubung itu 
kekal selamanya. 

Ada orang kata anak yang banyak cakap @ becok ni anak yang cerdik. 
Betul ke?

Hmmm... Betul la tu.
Jangan tak percaya plak ^_^





Thursday, 21 April 2016

KSL Resort Hotel & Service Apartment, Johor Bahru

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Akhir-akhir ni terasa amat malas. Nak buat kerja malas. Nak update blog malas. Nak masak malas. Entah hape-hape la perangai di musim panas ni. Hehehe. Salahkan cuaca pulak ye ^_^

Ambik semangat update blog kejap. Pastu sambung settle kan kerja office pula.

Tarik nafas… hemboosss… ok. Jom! =D

Hari ni nak cerita pasal hotel kami menginap masa gi JB bulan lepas. 2 minggu berturut-turut kami ke sana. Maknanya 2 hotel lah kami menginap.

KSL Resort ni tempat kami bermalam semasa ikut Encik Suami out station ke JB. Sebenarnya KSL Resort ni ada hotel dan service apartment. Disebabkan ada kesilapan komunikasi, kami termenginap di service apartment dan bukannya di hotel. Tak ada lah masalah besar sangat sebab sebelah menyebelah je pon. Lagi pun waktu kami sampai tu dah lewat malam, jadi tak nak banyak songeh, duduk je la service apartment tu.

Service apartment di KSL Resort ni agak baru. Apartment nya agak besar. Kami ambil service apartment 2 bilik. Semua bilik termasuk ruang tamu ada aircond. Ruang tamu, ruang makan dan dapur juga luas. Dapur dilengkapi dengan set pinggan mangkuk dan alat memasak yang basic. Jadi, kalau setakat nak masak sikit-sikit tu bolehlah. Kalau beria sangat tu, kuali dan periuk besor xde la pulak ^_^

Harga sewa service apartment 2 bilik ni RM298 satu malam. Kalau bawa ramai ahli keluarga memang berbaloi la kot. Sebab banyak ruang yang boleh di utilize. Kat dapur tu pun boleh la bergolek dua tiga kali =p

Cuma masa kami menginap di situ, agak frust la sedikit sebab wifi xde dalam bilik. Ada di lobby sahaja. Mungkin sebab baru lagi kot. X sempat nak pasang ke apa ke. X sure la pulak. Masuk bilik, aircond ruang tamu pula rosak. Nak minta tukar bilik, dah tengah malam. X larat nak angkut barang turun semula. 

Masa tu xde luggage service/ concierge nak tolong angkut beg turun sebab dah tengah malam. Seorang je staff yang bertugas di tengah malam tu. Dialah tukang register, dialah concierge, dia lah juga yang entertain calls dan sebagainya. Sempot jugaklah tengok mamat tu sengsorang buat kerja. Pihak hotel nak cut cost kot ^__^

Sebab x nak susahkan dia, kami redho je lah xde air cond kat ruang tamu tu. Sebagai penyelesaian, kami buka aircond dua-dua bilik dan biarkan pintu bilik terbuka. Jadi, xde la panas sangatkan. Lagipun ruang makan ada kipas. Tak de la berkuap sangat.

Satu lagi yang kurang berpuas hati kat service apartment ni adalah tiada telefon yang disediakan untuk call service counter. Apa yang ada adalah senarai no telefon untuk dihubungi sahaja. Sila guna telefon sendiri untuk sebarang pertanyaan dan permintaan -____-

Room service juga hanya akan datang buat kerja-kerja pembersihan selepas hari ke tiga penginapan =( Kalau duduk less than 3 days, memang xde room service la ye.

Hmmm… Personally Kak Tam rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pihak KSL Resort untuk service apartment mereka ni. Bilik dah menarik dah. Tapi kalau yang lain-lain perkhidmatan tip top, memang tak serik la orang nak datang berkunjung lagi kan.

OK. Kita cerita the best part pasal KSL Resort ni pulak. Orang kata save the best for the last. Hehehe

Ini antara sebab kenapa kami pilih nak duduk di KSL Resort ni sebenarnya. KSL Resort ada taman tema air sendiri untuk tetamu-tetamu yang menginap di hotel dan di service apartment mereka. Yang lagi best, ada dinosaur kat situ dan masuk adalah percuma. Kak Tam tak pasti pulak taman tema air ini dibuka untuk public atau tak. Rasanya limited to KSL customers only. Sebab kalau buka untuk public, mesti dah penuh dah swimming pool kat situ =D


Ok, jom tengok gambar. 

Besar kawasan kolam ni. Puas hati la mandi-manda :)

Nampak tak dinosour berkeliaran?

Seronok Khalis. Mandi dah x ingat orang lain dah.


Dinosour ni bergerak sebenarnya. Ekor dia boleh goyang-goyang.
Mulut ternganga & then tertutup. Pastu ada la bunyi ngauman yang kuat
memenuhi seluruh kawasan kolam tu =D

Excited memasing tengok dinosour. Kalau boleh nak panjat tu.

Dinosour menyerang JB!!!! Larikkk.!!!!

Berapa kali peace daa

Anak dinosour???

Jom kita tengok dinosour kat sana pulak!
Hmmm.... Jenuh mama jadi photographer x berbayar ni.

Adeh! x sempat snap dah lari nak ke dinosur lain plak. Pening2 ^_^

Kat tepi-tepi dinding sekeliling taman tema air di ada informasi pasal dinosour. 

Sejuk dah. Gigil.

Peace yo!!!
Banyak lagi gambar, tapi cukup la yang ni je tepek kat sini. x larat nak sorting. Hehehe

Kolam renang kat sini kedalamannya semua di tahap anak-anak je. Adalah takat peha Kak Tam ni. Tak adalah risau sangat anak-anak nak mandi tu. Orang dewasa boleh je mandi-manda kat sini. In fact, ramai je yang dewasa pun mandi manda sekali. Bukan mak ayah yang meneman je. Semua peringkat umur lah yang terjun dalam kolam ni. Cuma tak boleh terjun tiruk je la ^_^

Kolam biasa untuk orang dewasa ada juga disediakan. Cuma xde la dinosour kat kolam dewasa tu. Hehehe

Anak-anak memang teruja sangat dengan dinosour-dinosour kat situ. Lagi-lagilah bila time dinosur tu bergerak dan mengaum. Kagum kejap okeh =P

Hari-hari pagi petang turun mandi kolam. Nasib la duduk 2 hari je. Kalau tak, mau demam kalau hari-hari berendam.

Hari last sebelum check out anak-anak mandi belah pagi selepas sarapan. x lama pun, dalam sejam je. Pastu naik bilik dan bersiap-siap untuk check-out. Rupa-rupanya, setiap hari minggu akan ada seekor maskot dinosour yang berkeliaran dekat kawasan kolam tu. Gagah la mamat yang pakai maskot dinosour tu panas-panas gitu ^_^. Sebab maskot tu nampak sangat real dari segi rupa bentuknya. Anak-anak frust  sebab dapat tengok dari atas kat bilik je. Dah naik, x kan la nak turun balik semata-mata nak salam ngan maskot dinosour tu kot. Lain kali la nak ye ;D

Satu lagi yang menarik di KSL Resort ni adalah hotel dan service apartment attach dengan shopping kompleks. Turun kat lobi, dah boleh g shopping kompleks. Jadi, xde la risau nak cari makanan ke, nak beli barang ke. Standard shopping kompleks, tempat makan macam KFC, Chicken Rice Shop, food court, semua tu ada. Ada juga tempat shopping groceries. Jadi, kalau g kerja dan tinggal kan anak bini kat hotel tu xde la risau lapar ke, boring ke. Ada la tempat melepak window shopping sementara tunggu Encik Suami balik. Bawak budak-budak ni, memang confirm kena pow beli mainan -___-

OK. Itu je hotel review kali ini. Boleh lah kalau nak ke sini sekali lagi. Seronok jugak taman tema air diorang ni. Cuma diharapkan kekurangan-kekurangan yang diceritakan kat atas tu dapatlah ditambah baik supaya orang tak serik nak datang lagi pada masa akan datang (bajet-bajet management hotel tu baca review ni la kan ^___^)

Tunggu review next hotel pulak ye =D