KEK KUKUS COKLAT CHEESE |
Assalamualaikum wbt.
Ini cerita lama...
Kak Tam buat Kek Kukus Coklat Cheese ni untuk sambutan hari raya tahun lepas di pejabat. Alhamdulillah mendapat sambutan dan habis awal kek ni walaupun rupanya tak berapa nak hensem sangat =p
Sebab tu la tak de gambar kek yang full sebiji.
Snap gambar kek yang dah dipotong-potong.
Nampak elok dan cantik sket kalau nak tepek kat sini.
Hehehe
Disebabkan story dah lama...
maka tak perlulah cerita banyak-banyak kan.
Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaan kek ini.
Sumber resepi: FB Resepi Kek & Biskut Raya
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
3 biji telur gred A
Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri
Bahan untuk cheese:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
25 ml air biasa
25 gm tepung gandum
1 biji telur
Cara-cara penyediaan:
Untuk Kek Coklat
- Satukan bahan A dalam periuk dan panaskan atas api perlahan. Kacau supaya tak bergentel dan sebati. Dah siap asingkan.
- Pukul bahan B hingga kembang dan masukkan dalam bahan A tadi. Pukul sebati kemudian masukkan bahan C (tepung) pula sedikit demi sedikit. Kacau dengan whisk hingga sebati.
Untuk Cheese
- Pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
Cara-cara masak kek:
- Panaskan air dalam kukusan dan kukuskan kek secara berselang seli. Mulakan dengan adunan kek coklat yang dikukus selama lebih kurang 20 - 25 minit.
- Kemudian diikuti dengan adunan cheese yang dikukus selama lebih kurang 30 minit.
- Akhir sekali habiskan adunan kek coklat tadi dan kukus sampai masak lebih kurang 30 minit.
Tips Mengukus:
- Tunggu air mendidih dulu baru masukkan kek yang nak dimasak.
- Jangan selalu buka tutup pengukus kerana wap air akan jatuh ke permukaan kek. Nanti kek jadi x lawa (macam kek kat atas tu :p).
- Cara mudah untuk elakkan wap air meleleh adalah dengan cara membalut atau membungkus penutup kukus dengan kain bersih.
Kesimpulan...
kek sangat sedap pada Kak Tam.
Cuma masa Kak Tam buat terlebih koko sket.
Maka ada rasa pahit-pahit manis.
Tapi Kak Tam suka :)
Haruslah repeat buat lagi ni.
Selamat mencuba ^_^
No comments:
Post a Comment