Sunday, 31 July 2016

Free Drawing Activity

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Gara-gara nak buat open house hari tu, Kak Tam terpaksa tanggalkan semua lukisan dan hasil seni anak-anak yang bertampal di dinding. 
Xde la nampak serabut sangat. 

Sebenarnya ada tempat khusus di bawah tangga untuk tampal hasil kerja diorang.. Tapi disebabkan dah penuh, maka tampalan berlanjutan sehingga ke ruang tamu ^____^

Tapi kan, honestly rasa sayang sangat nak buang. Sebab suka tengok walaupun xde la cantik sangat. Suka tengok kreativiti diorang. 

Kak Tam memang sentiasa bekalkan kertas A4 untuk diorang melukis dan menulis. Tak kisah la nak conteng apa pun. Hasilnya nanti akan ditampal di dinding untuk tatapan umum. Macam gallery la plak ye =P


Ruang bawah tangga dah penuh!
Yang kartun bulat-bulat tu semua Yaya yang lukis tu. Trademark dia =P


Ini tampalan di ruang tamu.
Nama kawan-kawan Abang Khalis

Ada kuasa magnet. Apa yg diimaginasikan pun Mama x tau.


Orang sedang bekerja keras katanya.

Lukisan simetri


Nampak tak orang lidi main bola =P




Sharks!!!!

OK. Ini lukisan Iman. Lukisan dia limited sket sebab x berapa minat sangat melukis
kalau nak compare dengan  Abang Khalis.

Binatang ape ada banyak bulu ????? Hahaha. Iman yang lukis. Imaginasi semata-mata ni.

Iman lagi


Orang lidi Iman ni ada expression mukanya.
Kening orang lidi tu kemain lagi ^___^

Consruction site. Tepinya ada sungai.
Orang lidi meliuk-liuk tu tengah mandi sungai le tu  ^___^
Lupa nak rotate dl gambar ni. Hehehe
Kapal tunda agaknya :)

Ini pulak buku cerita mini Abang Khalis pasal Mama & Papa.






Ini buku cerita mini Batman vs Superman =)
Masa ni ada penulis cerita kanak-kanak datang kat sekolah. Semua pelajar diminta untuk buat buku cerita mini dengan cara melukis. Inilah hasilnya.
Abang Khalis lukis berdasarkan cerita yang dia dengar dari kawan-kawan sekolah je. Tak pernah tengok pun cerita ni sebenarnya. Hasil imaginasi sahaja.

Ini Superman
Superman tengah study ^_^
Superman keluar. Masa ni hujan.

Superman jumpa Batman.
Superman gaduh dengan Batman.
Gaduh lagi.

Superman mati ^_^
Tamatlah rimawat Superman =P





















Ada banyak lagi lukisan. Tak mampu nak simpan semua. Nak amik gambar semua pon x larat. Baru perasan xde gambar lukisan Yaya. Nantilah. Next time plak. 

Ini untuk simpanan peribadi dan kenang-kenangan. 
Esok-esok kalau masing-masing dah besar bolehlah tunjuk kat diorang =D


Kesan Gajet Terhadap Anak-Anak: Cara Hilangkan Ketagihan Anak-Anak Terhadap Gajet

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Lama dah Kak Tam tak menulis benda-benda yang ilmiah ni. Asik la yang merapu je kan. Hari ni nak share perkongsian Puan Adlil Rajiah @ Acik Jiji dalam blognya mengenai tragedi-tragedi yang menimpa anak-anak berpunca daripada gajet. 

Kalau nak tahu, Kak Tam memang follow blog Acik Jiji ni. Banyak ilmu parenting yang dikongsikan. Dan kali ini Kak Tam nak share dalam blog Kak Tam pulak. Senang untuk dijadikan rujukan masa depan =D

Sebelum baca apa yang Kak Tam nak tulis, eloklah kalau baca dulu perkongsian Acik Jiji di SINI. Satu lagi kat SINI.

Dah baca ke??? Agak-agak insaf x? Ada rasa nak bagi anak main tab atau smart phone lama-lama tanpa kawalan tak? Kalau ada yang masih tak insaf dan x sedar lagi keburukan benda ni, tak tahu la Kak Tam nak cakap macam mana T__________T

Kebetulan, dalam kepala ni memang ada rancangan nak belikan satu tab untuk anak-anak. Sebabnya baru-baru ni anak Kak Tam pecahkan skrin iPad. Maka hilanglah satu gajet. Tinggal satu smart phone yang dah tak guna tu untuk diorang share main. Disebabkan selalu berebut dan end up dengan tangisan yang agak annoying, maka mama & papa selalunya terpaksa beralah dengan memberi smartphone memasing kepada anakanda tercinta. Itulah sebabnya datangnya idea nak beli satu tab khusus untuk diorang
-____________-

Tapikan...
bila baca perkongsian Acik Jiji ni, rasa sentapppp yang amat. 
Huhuhu…

Sebenarnya bukan tak sedar keburukan gajet terhadap anak-anak kecil ni. Tapi macam Acik Jiji tu cakaplah, alasan yang cliché selalu digunakan …. 

‘Senang nak buat keje, nanti diorang senyap sket’.

Tak pun,
‘serabut dengar diorang gaduh or berebut telepon. Bagi je lah’.

Tak pun,
 ‘ala, bukan selalu pun’…

Tak pun,
‘saya bagi main educational games je’….

Tapi dalam x selalu tu kan, 
setiap kali mengadap gajet mau sejam atau 2 jam tanpa henti.

Kesian kan anak-anak kita =(

Kak Tam tak nafikan. Zaman sekarang ni anak-anak cepat terdedah dengan pelbagai teknologi. Kalau bagi smart phone tu, cepat je jari menekan. Setakat nak cari apa-apa cerita kat youtube tu no hal lahhh… lagi-lagi kalau dah pandai mengeja. Main game lagi lah.. tak payah diajar. Cepat je tau apa nak buat. Kita yang dewasa ni pun baca dulu direction sebelum main. Diorang tak, redah je. 
Tau-tau dah terer =P

Kak Tam sendiri buat undang-undang untuk main gajet di rumah. NO GADGET during school days. Weekend sahaja dibenarkan untuk menatap gajet. Tapi rimas juga kalau daripada bangun tidur sampai la nak tidur balik masih mengadap tab/gajet tu. Walaupun tak la 24 jam tanpa henti, tapi boleh dikatakan ditahap yang merisaukan jugaklah bila tengok diorang focus main tanpa pedulikan hal lain.

Paling geram kalau Kak Tam panggil suruh tolong buat apa-apa tapi tak da sape yang menyahut atau datang. Kalau dah sampai tahap rasa nak bertukar hijau tu, hmmmm alamatnya memang kena rampas la gajet tu lepas tu.

Disebabkan peraturan ni jugalah Kak Tam jarang tengok telefon di rumah. Lagi-lagilah kalau hari kerja. Balik je rumah, telefon akan digunakan atau dijenguk kalau perlu sahaja. No scrolling WA, FB, Instagram or online shopping. Kalau nak tengok sangat pun time anak-anak dah tidur. Kalau tak, once Kak Tam pegang telefon lebih 5 minit, maka akan datanglah makhluk-makhluk kecil menempel di kiri dan kanan Kak Tam dengan membuat muka seposen untuk dapatkan phone tu ^_____________^

Honestly, walau kita kawal macam mana pun, tetap ada keburukan. Susah untuk kawal anak-anak sebenarnya. Bak kata Acik Jiji, anak-anak ni ada "super power" untuk memanipulasi orang dewasa. Tu dia. Super power ape tu??? Macam-macam.... buat muka seposen yang comel, pujuk rayu dengan suara yang mendayu-dayu, rengekan yang annoying, tantrum dan sebagainya. Nak tak nak, mak pak ni lelama terpaksa jugak bagi. 

Sekali kita memberi, kesannya adalah untuk selamanya ye tuan-tuan dan puan-puan -___-

Contoh, macam anak Kak Tam. Ada masa walaupun hari tu cuti sekolah atau hujung minggu, Kak Tam tak bagi main gajet sebab dah terlalu lama mengadap benda alah tu sampai tak ingat buat perkara lain. Jadi, anak-anak akan mula pertikaikan tindakan Kak Tam.

“Hari ni kan cuti, nape tak boleh main telepon plak?”

“Semalam bagi, hari ni tak bagi” (sambil tarik muka masam atau hentak-hentak kaki tanda protes).

“Mama kata hari sekolah je tak boleh main. Cuti sekolah boleh. Ni nape tak bagi main plak?”

Haa! Nampak tak. Betapa anak-anak ni pegang pada peraturan yang kita tetapkan, tapi kita plak yang tak patuh. Sedangkan peraturan yang mak diorang tetapkan tu pon tak berapa nak bijak sebenarnya. Kan dah kena persoalkan. Huhuhuuuu -_____________-

Bila baca perkongsian Acik Jiji, Kak Tam rasa kalau tak bagi terus pun xde rugi apa. Cuma sebagai ibubapa, mak pak kenalah kreatif nak bagi diorang sibuk beraktiviti.
Ini cara Kak Tam nak kurangkan ketagihan diorang terhadap gajet/ smart phone ni. Tengah buat berdikit-dikit dengan harapan akan lupuslah ingatan diroang pada gajet/smart phone tu.


# 1.
Tukar dari ipad/ gajet / smart phone kepada TV. 
Buka channel kegemaran/ kartun kegemaran. Memula memang nangis. Tapi lama2 nanti dia akan biasa dan ok. TV ni pun sebenarnya tak bagus juga kalau tengok lama-lama. Kesannya lebih kurang ketagihan gajet jugak. Tapi boleh pilih rancangan yang elok dan tetapkan masa menonton supaya takde lah 24 jam mengadap TV je nanti kan. Ini pun bukanlah kaedah yang terbaik. Cuma untuk permulaan, ia agak berkesan untuk alihkan perhatian anak-anak daripada gajet kepada TV. Ingat ye. Ini kaedah sementara je tau.


 #2.
Sediakan mainan yang boleh dimain oleh anak-anak. 
Kalau tak de kena belikan. Lagi bagus mainan yang boleh buat dia focus dan jadi kreatif seperti lego atau play doh. Educational toys pun banyak di pasaran. Kalau tak ada duit nak beli, jangan risau. Banyak DIY games boleh buat untuk anak-anak ni. Buat sama-sama dengan diorang lagi seronok.


#3.
Main sama-sama dengan anak-anak.
Dah ada mainan, jangan lupa main sama dengan anak tu ye. Involve sekali. Jgn biarkan dia main lama-lama sorang2. Nanti dia cepat boring. Kalau kita join sekali, ada fun kat situ. Beri pujian kalau dia berjaya buat sesuatu atau tunjuk sesuatu kat kita. Bagi respon untuk setiap tindakan dia. Dengan cara dia dia akan enjoy main dan lupa pada gajet tu.

#4.
Bawa ke playground atau buat outdoor activity. 
Outdoor activity tak semestinya kena yang grand macam gi camping atau redah hutan. Main tanah, sapu-sapu sampah, korek-korek tanah, kumpul daun, tengok siput pon dah ok dah tu. Bagi anak-anak kenal alam. Nampak simple, tapi ramai orang lupa nak buat. 

Bila kata kenalkan dengan alam, automatic masing-masing terpikir nak gi zoo kan. Pastu mulalah bagi alasan tak ada masa. Kalau rumah tak ada tanah, bolehlah bawak gi playground. Selain main kat playground tu, sekitar playground tu pun dah boleh dijadikan sebagai bahan untuk kenal alam sekitar.

#5.
 Free writing & free drawing activity. 
Sangat berkesan. Yang ni Kak Tam selalu buat. 
Stok kertas dan pensil memang kena ada kat rumah. Kalau rajin boleh buat aktiviti ni kat luar rumah, lagi seronok. Bagi anak kertas dan pensil/kaler, biarkan diorang bebas melukis dan menulis apa yang diorang imagine. Kalau rajin, masa buat out door activity tu pun boleh selitkan aktiviti free drawing ni.


#6.
Bawa mainan dan barang keperluan asas untuk aktiviti anak ketika outing.
Yang ini pun Acik Jiji ada kongsi di blog beliau. Rajin kan bawak mainan/ alat tulis untuk anak-anak. Beg Kak Tam memang penuh dengan barang-barang anak-anak. Yang paling suka tumpang mainan / lego dalam beg Kak Tam adalah Iman. Kalau jalan-jalan mesti dia akan bawak mainan. Dalam beg Kak Tam pun ada tersedia pencil atau pen. Biasanya kalau keluar, ada satu beg khas untuk barang-barang anak-anak. So sumbat je la kertas dan pensil warna 6 atau 7 batang. Kak Tam bawak banyak sebab anak 4 orang kan. Benda-benda ni boleh divert perhatian diorang sementara kita tengah menunggu makanan ke atau tunggu sape-sape tengah shopping ke. Daripada diorang bosan, at least adalah aktiviti yang nak dibuat kan. Daripada bagi smart phone atau gajet, adalah aktiviti yang berfaedah sket kan.

OK. 
Semua kaedah di atas kena buat secara konsisten. x semestinya hari ni buat terus anak hilang ingatan terhadap smart phone atau gajet yang dah biasa menemani hidup diorang selama ni ye. Mungkin juga ada yang tantrum tahap gaban bila x dapat gajet diorang. 

Mak pak, jangan risau k. 
Kita niat untuk buat yang terbaik untuk anak-anak. Yang penting usaha. 
Kita pun tak nak la tragedi-tragedi yang dikongsikan oleh Acik Jiji tu 
terjadi pada anak-anak kita kan. 

Dalam kita berusaha, jangan lupa juga untuk berdoa selalu. 
Doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita. 
Semoga anak-anak terlepas dari menjadi mangsa 'bencana teknologi' masa kini. 
Amin :)



Monday, 25 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.


Gambar Keluarga Kak Tam

Huru -hara. Free style sungguh  ^_^

Hehehe. 
Lambat beno nak buat entry raya ye tahun ni. 
Almaklum lah. Orang rajin memang begitu. 
Dah hujung-hujung baru nak update kisah basi. 

Basi ke? Kisah raya takkan pernah basi selagi masih di bulan Syawal. 
Gitewww 
^____^

Di kesempatan ini Kak Tam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakyat Malaysia dan followers Kak Tam 
(macam hado je kan =P). 

Makan di open house tu berhati-hati. Jangan sampai tersalah atau terlebih makan. Rugi je posa sebulan, perut dah slim, berat dah turun. Tetiba bulan raya naik 2 kali ganda kan =)

Ok. Itu je nak pesan. 
Babai =P

DIY Play Kitchen

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt

Lama dah tak update entry.  
Tengah "rajin". 
Gitu le. 
=P

Play Kitchen ni pun dah dua bulan lepas buat. 
Untuk si Princess Yaya. Lama dah berhajat nak play kitchen ni. 
Memula ingat nak beli je kat Lazada. Especially time2 tengah ada offer. 
Tapi x terbeli juga. Sudahnya google sket, cari idea n buat sendiri. Kotak-kotak pun banyak kat rumah tu. Boleh clear kan mana-mana yang x nak guna lagi.

Alhamdulillah. 
Setelah bertungkus lumus menukang ^__^ 
Berpeluh jugak la ketiak.
Akhirnya siaplah play kitchen kakak Yaya ni. 

Tadaaa =D 



Play Kitchen Yaya =)

Cantik tak? Tema pink lagi dapur kakak Yaya ni tau. 

Boleh la kan nak main masak-masak. Ada oven lagi tau. 
Nak kek apa order je. Yaya boleh buat kan. Hihihi

Mudah je nak buat DIY play kitchen ni. Save budget gak sebab banyak menggunakan bahan-bahan recycle. Tapi kena ada kesungguhan jugak. 

Nampak simple, tapi kalau cepat give up, sudahnya x jadi jugak play kitchen ni kan. Sepanjang proses nak buat ni memang sungguh bertabah la mama nak siapkan. Dengan layan bertuah-bertuah ni nak itu ini. Tu x kira lagi yang kacau mama lagi. Nak tolong sebenarnya. Tapi tau je la 'tolong' bebudak macam mana. Sabo je lah sampai siap. Kata nak buat sendiri kan. 
^___^

Barang-barang yang diperlukan simple aje. 

Kotak pelbagai size.
Gam gajah/gam biasa.
Double tape.
Penyangkut baju (yg kecik untuk sangkut perkakas dapur)
Wallpaper (yg murah kat Mr DIY tu je)
CD yang dah x guna (untuk buat tempat masak) 
Aksesori tambahan lain yang bersesuaian. 

Make sure cutter n gunting pun ada ye. 
Untuk tujuan potong-memotong nanti.

Oppss...
Jangan lupa pensel dan pembaris juga ye. 
Untuk menanda dan menggaris pape yang patut sebelum kerja potong memotong. Barulah kemas dan cantik kan.

Kos semua sekali tak sampai pun RM20. 
Yang paling mahal sekali....kesabaran ye tuan-tuan dan puan-puan =P

Kat bawah ni ada contoh-contoh yang diambil dari Google untuk tujuan rujukan. Boleh la nak buat reka bentuk camne pun. Ikut pada tahap kerajinan dan kecekalan. Kalau rasa nak yang cantik dan lengkap set dapur tu nanti, bolehlah buat yang ala-ala dapur rumah sendiri =P

Meh tengok ni =)









Ada banyak lagi kat Google tu. Cari sendiri la ye.

Lepas ni ingat nak buat play market pulak lah. Macam kat bawah ni.

cardboard play market
Banyak mainan anak-anak yang boleh DIY sebenarnya. 
Nak atau tak nak, rajin atau tak rajin je. 

Cubalah. 
Manalah tau, bila dah cuba buat satu pastu terasa sebenarnya korang tersangatlah keratif rupanya. Hahaha. Ada bakat terpendam gitu.

Silalah buat ok.
Bai =)

Sunday, 26 June 2016

NH Original VS Tiruan

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Untuk pertama kalinya, teragak-agak nak buat entry pasal tudung NaelofarHijab (NH) ciplak ni. Ye lah. Sekarang ni zaman orang suka kecam orang. Kita tulis sebagai pandangan peribadi pun orang caci giler-giler. Kena berhati-hati jugakkan.

Citernye gini. Kak Tam gi bazar jualan kat office ni. Singgah la gerai tudung ni. Belek-belek. Eh! Ni design NaelofarHijab Raya Collection 2016 ni. Hmmm... Belom pape dah kena ciplak design terbaru ni. Nasib la Naelofar hai ^_^

Saje lah belek-belek lagi. Rasa kualiti kain, design, batu-batu blink-blink tu. Nak tengok la ape bezanya dengan yang original. Hasilnya, boleh tabik spring jugaklah kat orang yang ciplak ni. 

Kualiti kain not bad. Chiffon yang digunakan agak berkualiti. Lembut beralun gitu =P 

Design. Hmmm, tiru habisss ^_____^

Batu blink-blink. Tak original. Batu biasa je. Tapi not bad lah. Cantik jugak. NH original guna batu swarovski. Blink-blink dah nampak dari jauh giteww =D

Tagging. Yang ni memang x boleh blah. Sebijik ditirunya. Aduhai.... -__-

Harga RM45 sahaja sehelai!!!

Kalau la saya jadi owner NH ni, lama dah nangesss menonggeng ^____^

Yang Kak Tam tengok ni adalah design yang terkini. Sebelum ni pernah juga belek-belek tudung NH ciplak yang design lama. Kualitinya jauh berbeza. Kain pun kasar sedikit. Bunganya pun kasar dan tebal. 

Kalau lah Kak Tam tak jual NH original, mau agaknya hakak sambar satu ^___^

Secara peribadi, Kak Tam tak salahkan pembeli. Selagi ada yang menawarkan kualiti yang lebih kurang pada harga yang berpatutan, pasti akan ada permintaan. Pembeli juga banyak bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kalau ada yang murah, nampak pulak sejibik macam pakai yang original. Why not sambar satu kan. Hehehe

Ciplak atau tak, itu belakang kira. Pada mereka itu masalah antara owner dengan si penciplak.

Tapi kan, yang x seronoknya, bila kita pakai yang orignal, ada yang bertanya 'ini original ke yang vietnam tu?"... Hadoiiii... Sentap kejap. ^___^

Lagi parah bila ada officemate yang tahu kita jual yang orginal. Dia pulak beli yang tiruan. Bila bertembung, dia lari dari kita. Eh eh??? Dah kenapa? Macam la bila bertembung tu kita nak belek-belek tudung dia ni ori ke tak kan. Hahaha. Terasa sendiri la tu ^__^

Kak Tam tak pernah kutuk orang yang pakai barang tak ori. In fact, banyak juga barang tiruan yang kita pakai kan. Cer cek kat rumah tu. Handbag? Kasut? Sampai ke makanan pun ada barang tiruan kan.

Walaupun jual NH original, bukan semua tudung Kak Tam NH belaka. Tak semua design Kak Tam beli pun. Banyak jugak tudung RM10 yang Kak Tam pakai hari-hari pergi kerja dan jalan-jalan. Kak Tam menjual atas dasar menambah pendapatan dan partner kepada seorang sahabat yang ada minat mendalam dengan koleksi NH ni. Itu sahaja. Tapi bila dah menjual yang original, of course la Kak Tam kena hormati ownership NH ni. Kita support pihak yang benar. =P

Kalau bercerita dari aspek perundangan, Kak Tam pasti ramai yang kata tak tahu atau tak aware benda ni salah. Walaupun rasanya macam tak logik je kan bagi excuse macam tu. Ala... sama macam isu CD cetak rompak la. Even dah tau cetak rompak pun beli jugakkan ;)

Cumanya, atas dasar hormatkan hak orang lain, adalah lebih baik kita cuba untuk tidak membeli barang-barang tiruan ni. Bagi orang yang nak ciplak pulak, kalau pun dah ketandusan idea, ciplaklah seminimum mungkin (boleh gitu ^_^) Ini sampaikan tangging dan plastik bungkus pun ko tiru habis. Sapelah yang tak nanges kan.

OK. Pasni terpulang lah pada masing-masing. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Jangan beli sebab ikut orang. Biar ada pendirian sendiri. Kata kan tidak pada NH tiruan!!! Gitewww =D

p/s: harap-harap xde la orang baca entry akak ni kecam akak pasni. Hahahaha!


Thursday, 9 June 2016

DIY Kuih Raya 2016

Teks: Rahimah Binti Omar
Gambar: Encik Google

Assalamualaikum wbt.

Gambar sekadar hiasan. X buat pon lagi =P

Alhamdulillah. Sudah hari ke 5 Ramadhan.
Syukur masih diberi kesempatan beribadah di bulan mulia ini.

Baru hari ke -5. Dah nak cerita kuih raya ^__^
Takpelah. Semangat nak raya, hari pertama puasa pun dah pikir persiapan raya. Bukan ape. Rancang awal-awal senang. Bajet pun boleh disediakan ikut perancangan dan kemampuan kan (nak jugak justify =P)

Ada yang dah buat kuih raya ke?
Ke beli je tahun ni?

Macam tahun lepas, 
Kak Tam nak kurangkan membeli kuih raya bagi mengelakkan pembaziran. 
Tapi kan tahun ni konon-kononnya nak buat juga sendiri dalam dua tiga jenis. Setakat ni baru order satu balang tart nenas je :) 

Tu diaaa... Semangat!
Hahahahaa.

x tau la jadi ke tak kuih raya tu nanti kan.

Tak apa. Janji kita dah berazam. 
Jadi x jadi bergantung pada kelapangan, 
semangat dan kerjasama dari pelbagai pihak. 
Gitewww =D

Cadangnya nak buat kuih yang simple-simple je. Macam biskut cornflakes, cornflakes madu, popia nestum, kek batik, kek marble, cookies famous amos, biskut samperit... ehh.. lebih 3 dah ni =P

Tengah kumpul resepi-resepi ni. Maklumlah. Akak ni tahap amatur je. Semua nak kena ikut resepi. Resepi salah, maka x jadi lah biskut akak tu nanti ^__^

Tapi cornflakes madu, kek batik, kek marble, popia nestum tu dah expert dah. Hahaha. Itu je yg dok ulang buat. Mana x expert kan. Mudah bebeno. 
Hehehe

Ok lah. Saja nak mengisi masa lapang sementara lunch ni. 
Nak makan x boleh kan. 
Jom cari resepi!
(^_^)



Tuesday, 7 June 2016

DIY Jurnal Ramadhan

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Sumber Gambar: www.edumall.com.my

Ini Jurnal Ramadhan dan Pokok Ramadhan anakanda Khalis. Beli dari pihak sekolah. Yaya dan Iman pun ada juga sorang satu... walaupun puasanya "puasa yang yok, pagi2 bukak periuk" lagi =P Saje nak bagi semangat sket.

Dalam Jurnal Ramadhan ni ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Amalan wajib dan sunat seperti solat dan amalan sedekah yang dilakukan oleh anak-anak pula akan diberikan satu sticker dan ditampal di Pokok Ramadhan. Boleh lihat apa yang telah dibuat pada hari itu. Secara automatik kita juga boleh tahu apa amalan wajib yang tidak dibuat. 

Bagus kan? Siapalah pencetus idea ni ye. Semoga beliau sentiasa dalam Rahmat Allah sebab telah memudahkan kerja ibubapa yang sibuk macam Kak Tam ni =P

Bila tengok Jurnal Ramadhan dan Pokok Ramadhan ni, tertanya pada diri sendiri... Kenapa buat untuk anak tapi tak buat untuk diri sendiri. Sibuk suruh anak buat itu ini, tapi diri sendiri tak pula berusaha untuk buat perkara yang sama -__- 

Insaffff =(

Masih belum terlewat lagi. Baru 2 Ramadhan. Jom DIY Jurnal Ramadhan untuk diri sendiri.

Moga-moga dengan cara ini kita boleh istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan meningkatkannya sedikit demi sedikit. 

Moga-moga ia juga menjadi panduan untuk kita pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi amalan pada bulan Ramadhan.

Moga-moga ia juga menjadi peringatan untuk kita supaya tidak lupa untuk melaksanakan ibadah wajib.

Jom tengok contoh-contoh jurnal Ramadhan yang boleh dibuat untuk diri sendiri.

Sumber: norazlinanajib.blogspot.my

Sumber: norazlinanajib.blogspot.my

Yg ini boleh download di Islamedia

Boleh juga masukkan Menu Planner supaya tak pening kepala nak masak ape untuk berbuka puasa ^__^


My Quran Tracker. Untuk catatan bacaan Al-quran. Sekurang-kurang boleh catitkan berapa ayat yang telah dibaca. Dari mana hingga mana. Senang untuk rujukan keesokan hari.

www.amuslimhomeschool.com
Boleh cuba klik SINI untuk download jurnal Ramadhan untuk kanak-kanak ataupun untuk cari idea. 

OK. 

Dah ada idea? 

Jom la buat sesama ye.

Semoga dengan usaha kita buat Jurnal Ramadhan untuk diri sendiri ini merupakan satu titik permulaan untuk menjadi insan soleh/solehah.

Aminnnnn =D