Tuesday 12 May 2015

Selamat Hari Ibu

Teks: Rahimah Binti Omar

Beberapa hari yang lepas satu dunia menyambut hari ibu. 
Kak Tam sebagai seorang ibu juga tak terlepas dari menyambut hari ibu. Tapi takde yang special sangat. Sekadar makan-makan aiskrim dengan anak-anak je ^_^. 

Lagipun anak-anak masih kecil. Diorang pun x berapa faham lagi. Tapi kalau dibeli kek tu makan saje sampai habis tanpa banyak soal. 
Yang diorang tahu, kek adalah untuk majlis harijadi.

Kak Tam tak kisah pun. 
Sebab untuk seorang ibu, hari-hari adalah hari ibu. Lagi pun bagi Kak Tam memadai sekiranya anak-anak kecil ini diajar menyayangi dan menghormati ibunya. InsyaAllah, sekiranya asas ini diterapkan dalam diri anak-anak, sifat-sifat baik yang lain akan terbina dalam diri mereka sedikit demi sedikit.

Pada Kak Tam yang penting pada hari ibu ini adalah mengingati dan mengenang jasa ibu masing-masing, di samping mendoakan yang baik-baik untuk ibu kita. Itu adalah hadiah yang paling ikhlas dari seorang anak.

Kak Tam ni susah nak memberi ucapan sempena hari ibu pada mak Kak Tam. Bukan tak nak, tapi baru je buka mulut mengucapkan selamat hari ibu dan terima kasih mak, air mata dah berjujuran.. tak mampu dah nak berkata-kata.. cenggeng kata orang jawa. Nak tulis kat sini kenangan-kenangan dengan mak pun x boleh. Mesti hujan kat sini nanti. Hahaha

Tapi tak mengapa, 
Kak Tam tau mak Kak Tam faham apa yang anak dia ni nak luahkan. 

Buat mak ... Mariam @ Zaleha Binti Bakar.
Selamat Hari Ibu Mak. Mak adalah yang terbaik. Jasa Mak memang tak mampu saya balas hingga ke hujung nyawa. Satu persatu kenangan bersama mak, kalaulah boleh diulang tayang, memang saya nak record supaya ia tidak hilang.

Doa saya untuk mak ...

semoga emak panjang umur, diberikan kesihatan selalu, diberikan ketenangan dan kelapangan dalam melakukan ibadah dan amalan. 

Semoga mak sentiasa kuat dan sihat untuk masakkan kami adik beradik masakan yang sedap-sedap setiap kali kami balik kampung. 

Semoga pertuturan mak tetap lancar supaya kami adik beradik selalu dapat dengar nasihat dan cerita dari emak. 

Semoga emak selalu ceria supaya kami semua dapat melihat senyuman di bibir emak. 

Semoga emak tetap berisi supaya kami dapat rasa kehangatan dan bau peluh emak setiap kali kami memeluk emak. 

Semoga pendengaran emak sentiasa jelas supaya dapat kami adik beradik mengadu itu dan ini kepada emak. 

Mak,  Allah jualah yang membalas jasamu yang melahirkan kami ke dunia. 

-LUV MAK FOREVER & EVER-

  

1 comment:

  1. Selamat hari ibu acik Mariam. Beruntung dapat anak yg baik mcm cik imah :)

    ReplyDelete