Saturday 30 May 2015

Naelofar Hijab

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.





Dapatkan Naelofar Hijab daripada Sweet Lullabies Ent, stokist berdaftar Naelofar Hijab. 

Ready stock pelbagai warna.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, design terkini dan warna yang available, sila lawati:

IG: naelofar_my
FB: Naelofarhijab_sweetlullabies

Ataupun whatapps no. 0196930282 (Rahimah) atau 0176717606 (Atikah).

Dapatkan yang original hanya daripada stokist berdaftar :)

Thursday 21 May 2015

ALLAH TEMPAT MEMINTA

Teks: Rahimah binti Omar

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
(Al-Fatihah: Ayat 5)
Assalamualaikum wbt.

Sejujurnya buku Allah Tempat Meminta (ATM) ini sudah lama Kak Tam beli. Tetapi Kak Tam baca lompat-lompat. Tak sempat nak menghayati sepenuhnya.Terasa rugi pula. Niat dalam hati suatu hari nanti Kak Tam akan cari masa dan baca sehelai demi sehelai supaya mesej yang nak disampaikan dapat meresap ke dalam hati dan seterusnya boleh dijadikan pegangan dan amalan harian.

Dan hari ini, Alhamdulillah syukur sangat sebab tercapai juga hajat untuk membaca dan menghayati dari kulit ke kulit. Dalam pada menjaga Baby Eicha yang ditahan di hospital kerana demam campak dan bronkitis, Allah bagi ruang dan masa untuk Kak Tam menghayati buku ATM ini. 

Sesungguhnya tak rugi membeli buku ini. Terutama bagi yang telah memiliki Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR), buku ini adalah kesinambungannya. Kisah-kisah mereka yang telah mengamalkan amalan-amalan menjemput rezeki, telah dikompilasikan dalam buku ini untuk tatapan semua. Yang menarik, kisah pelakon terkenal Lisdawati juga turut tercoret dalam buku ini. Kisah-kisah tersebut ditulis sendiri oleh tuan punya pengalaman. 

Penulisnya, Ustaz Fathuri Salehuddin yang juga merupakan penulis MMR, bersama-sama dengan penulis lain berazam agar setiap jiwa yang pernah memiliki Al-Quran diberi peluang untuk memiliki buku ini. Alhamdulliah. Kak Tam bersyukur kerana termasuk dalam golongan ini.

Daripada 40 kisah yang dicoretkan, setiap satunya mempunyai pengajaran tersendiri yang wajar kita ambil sebagai iktibar dan amalan. Antara kisah yang menarik adalah bagaimana Allah membantu seorang hambaNya yang dalam kesempitan kewangan, tetapi telah memilih untuk mendahulukan tetamu yang bertandang ke rumahnya berbanding keperluan keluarganya sendiri. Kisah-kisah pemberian sedekah yang dibalas berganda-ganda. Kisah bantuan Allah dikala hambaNya benar-benar kesempitan.

Kak Tam kongsikan sedikit ilmu yang Kak Tam dapat dalam setiap kisah yang dicoretkan dalam buku ATM ini.

@ 6 amalan hidup sejahtera. Antaranya adalah amal sebut lailahaillallah muhammadurrasulullah dan fahami maknanya, mengambil berat tentang solat 5 waktu, lapangkan sedikit masa untuk membaca Al-quran setiap hari, sentiasa mengingati Allah, menghormati dan mengasihi saudara sesama Islam dan berpesab-pesan dengan kebenaran.

@ banyakkan amalan bersedekah. Sesungguhnya bersedekah harta yang paling disayangi adalah antara yang terbaik. Satu sedekah dibalas 10 kebaikan.

@ selalu meminta kepada Yang Maha Esa. Dialah Maha Pemberi Nikmat dan Rezeki.

@ Allah tidak meletaķkan sesuatu beban kepada umatnya kecuali ke atas mereka yang mampu menanggungnya. Bersabarlah dan bersolatlah. Ada ganjaran besar yang akab menanti. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah.

@ Allah Maha  Pemaaf. Bertaubatlah.

Banyak lagi ilmu yang terkandung dalam buku ATM ini. Bagi yang belum memiliki buku ini boleh dapatkan dari http://anysidayu.blogspot.com dengan harga yang berpatutan. Insyaallah takkan rasa rugi walau sesen pun.

Selamat membaca!


Tuesday 12 May 2015

Selamat Hari Ibu

Teks: Rahimah Binti Omar

Beberapa hari yang lepas satu dunia menyambut hari ibu. 
Kak Tam sebagai seorang ibu juga tak terlepas dari menyambut hari ibu. Tapi takde yang special sangat. Sekadar makan-makan aiskrim dengan anak-anak je ^_^. 

Lagipun anak-anak masih kecil. Diorang pun x berapa faham lagi. Tapi kalau dibeli kek tu makan saje sampai habis tanpa banyak soal. 
Yang diorang tahu, kek adalah untuk majlis harijadi.

Kak Tam tak kisah pun. 
Sebab untuk seorang ibu, hari-hari adalah hari ibu. Lagi pun bagi Kak Tam memadai sekiranya anak-anak kecil ini diajar menyayangi dan menghormati ibunya. InsyaAllah, sekiranya asas ini diterapkan dalam diri anak-anak, sifat-sifat baik yang lain akan terbina dalam diri mereka sedikit demi sedikit.

Pada Kak Tam yang penting pada hari ibu ini adalah mengingati dan mengenang jasa ibu masing-masing, di samping mendoakan yang baik-baik untuk ibu kita. Itu adalah hadiah yang paling ikhlas dari seorang anak.

Kak Tam ni susah nak memberi ucapan sempena hari ibu pada mak Kak Tam. Bukan tak nak, tapi baru je buka mulut mengucapkan selamat hari ibu dan terima kasih mak, air mata dah berjujuran.. tak mampu dah nak berkata-kata.. cenggeng kata orang jawa. Nak tulis kat sini kenangan-kenangan dengan mak pun x boleh. Mesti hujan kat sini nanti. Hahaha

Tapi tak mengapa, 
Kak Tam tau mak Kak Tam faham apa yang anak dia ni nak luahkan. 

Buat mak ... Mariam @ Zaleha Binti Bakar.
Selamat Hari Ibu Mak. Mak adalah yang terbaik. Jasa Mak memang tak mampu saya balas hingga ke hujung nyawa. Satu persatu kenangan bersama mak, kalaulah boleh diulang tayang, memang saya nak record supaya ia tidak hilang.

Doa saya untuk mak ...

semoga emak panjang umur, diberikan kesihatan selalu, diberikan ketenangan dan kelapangan dalam melakukan ibadah dan amalan. 

Semoga mak sentiasa kuat dan sihat untuk masakkan kami adik beradik masakan yang sedap-sedap setiap kali kami balik kampung. 

Semoga pertuturan mak tetap lancar supaya kami adik beradik selalu dapat dengar nasihat dan cerita dari emak. 

Semoga emak selalu ceria supaya kami semua dapat melihat senyuman di bibir emak. 

Semoga emak tetap berisi supaya kami dapat rasa kehangatan dan bau peluh emak setiap kali kami memeluk emak. 

Semoga pendengaran emak sentiasa jelas supaya dapat kami adik beradik mengadu itu dan ini kepada emak. 

Mak,  Allah jualah yang membalas jasamu yang melahirkan kami ke dunia. 

-LUV MAK FOREVER & EVER-

  

Saturday 9 May 2015

Lukisan pertama Khalis

Teks: Rahimah binti Omar

Abang Khalis dah semakin kreatif. Ini lukisan pertamanya.

Dari kiri - baby Eicha, kakak Yaya, abang Khalis, abang Iman, Papa & Mama. Our happy family ^_^

Mama simpan kat sini untuk kenangan masa hadapan.

-luv-

Cita-cita Saya

Teks: Rahimah binti Omar

Kisah perbualan Papa dan anak-anak di suatu hujung minggu.

Papa: Abang Khalis dah besar nanti nak jadi apa?
Abang Khalis: Nak jadi ultraman.
Papa: Ok ^_^

Papa: Iman dah besar nanti nak jadi apa?
Iman: Iman nak jadi air soya dengan roti.
Papa: Hahaha (tergelak besar).

Papa: Yaya besar nanti nak jadi apa?
Yaya: Nak jadi kura-kura.
Papa: Hahahahahaha (guling-guling Papa gelak).

Mama gelak sampai nangis...hehehe.




Monday 4 May 2015

Seronoknya Balik Kampung...

Teks: Rahimah Binti Omar

Cuti sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak tidak disia-siakan. Sudah lama merancang untuk balik kampung Kak Tam di Batu Pahat, Johor. Hampir-hampir tak jadi disebabkan keadaan abah mertua tak berapa sihat. Tapi, memandangkan keadaan abah semakin baik dan ada adik beradik belah suami yang menjaga secara bergilir, dapatlah juga kami sekeluarga pulang ke kampung menjenguk mak dan abah.

Kami balik ke kampung pada hari Sabtu. 
Tak mengapalah lewat sehari asalkan dapat balik. Abang Khalis sangatlah suka dapat balik kampung Tok Ki. Dah berkali-kali dia menyebut nak balik kampung Tok Ki. Kebetulan ada Mak Lang di kampung. Tapi masa kami sampai, Mak Lang sedang bersiap-siap nak balik ke rumah mak mertuanya pula. Dapatlah jumpa Humairah, Baby girl Mak Lang yang dah lama x jumpa tu.

Tujuan utama balik kampung adalah untuk menjenguk mak dan abah Kak Tam. Jadi, tak ada lah plan nak berjalan ke mana-mana. Hanya bawa anak-anak ke Kolam Air Panas Sungai Grisek, Muar sahaja untuk mandi-manda pada pagi Isnin. Saja bagi diorang seronok. Bajet-bajet, hari Isnin tu dah x ramai orang. Rupanya masih ramai lagi yang bercuti.

Paling seronok di kampung bila dapat makan masakan mak. 
Kak Tam sendiri tak pernah mengharap mak masak makanan yang complicated. Cukup sekadar yang ringkas-ringkas sahaja. Cuti kali ini dapatlah Kak Tam makan daun pucuk ubi masak lemak, terung bakar berlada, kari ayam, ikan pari asam pedas, pengat keledek, lempeng pisang, sambal kelapa dan ulam-ulaman, kek gula hangus dan lain-lain. Semuanya masakan emak kecuali kek gula hangus. Itu adik Kak Tam, Hadi yang buat.

Rasa puas dapat makan masakan mak. Orang kata dapur tak pernah kering lah bila anak-anak balik kampung. Ada saje yang nak dimasak. Yelah, time ni je lah boleh request macam-macam kat mak ^_^.

Anak-anak pun seronok.
Sesekali dapat bermain dengan bebas di sekeliling rumah. Di kampung, mak ada bela beberapa ekor arnab, burung merpati, angsa dan ayam. Di tepi rumah pula banyak pokok-pokok bunga dan pokok-pokok lain hasil tanaman Pak Cu Hadi. Pokok mempelam, pisang, kedondong, markisa, delima, limau kasturi, cili, bendi, kangkung dan lain-lain. Pak Cu memang rajin menanam. Pokok-pokok bunga memang banyak. Kak Tam je yang tak tahu nama. Hehehe.

Encik suami pun seronok sesekali dapat mengeluarkan peluh dengan berkebun. Nak berkebun kat rumah sendiri memang x sempat. Jadi bila dah ada di kampung ni, buatlah apa-apa aktiviti luar yang patut. 
Bukan selalu pun. 

Kesempatan untuk balik ke kampung untuk bersama mak dan abah memang antara waktu yang Kak Tam tunggu-tunggu. Tak kisah la sebenarnya balik kampung belah suami atau balik kampung sendiri. Asalkan berada di kampung. Tapi off course la balik kampung sendiri lagi seronok. Tempat bermain dan membesar kan. 

Kalau orang tanya kenapa cuti panjang tak pergi bercuti dalam atau luar negara? Tak mengapalah. InsyaAllah, akan sampai waktu untuk kami merasa semua tu nanti. Tak perlu rasa rugi.

Bagi Kak Tam dan suami, ruang waktu yang kami ada sekarang ini merupakan ruang waktu yang kritikal untuk kami menghabiskan masa bersama dengan ibubapa kami. Kerana mereka sudah tua. Kami tidak tahu bila mereka akan kembali menemui Pencipta. Kalau boleh biarlah lambat lagi. Tapi bukan kami penentunya. Jadi, kami ambil pendekatan, luangkan seberapa banyak masa yang kami  ada untuk bersama-sama mereka, untuk mencipta kenangan dan memori gembira bersama. 

Bagi yang dah lama tak balik kampung menjenguk ibubapa... baliklah sekerap yang mungkin. Jangan nanti bila mereka sudah tiada, barulah terasa rugi tidak meluangkan masa bersama. Rindu membuak-buak pun tiada apa lagi boleh dilakukan. 

Buat mak dan abah, termasuk mak dan abah mertua... kami sekeluarga doakan mak dan abah sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian.... Agar kami dapat terus menabur jasa kepada mak dan abah. Agar kami dapat terus merasa air tangan mak. Agar kami dapat terus merasai kasih sayang mak dan abah. 

 Mak dan Abah... I luv u so much ^_^