Monday 14 March 2016

6 ETIKA MEMBAWA ANAK-ANAK MANDI KOLAM DI HOTEL-HOTEL ATAU KOLAM RENANG AWAM

Teks: Rahimah Binti Omar

Kolam Renang di Holiday Inn Melaka

Assalamualaikum wbt.

Cuti sekolah dah pun bermula. Ada rancangan nak bawa anak-anak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia ke? Biasanya kalau bercuti bersama anak-anak, antara agenda utama yang selalu masuk dalam senarai adalah mandi kolam. Mesti nak cari hotel atau penginapan yang ada kolam renang kan. Tak pun bawa anak-anak mandi di kolam renang awam. Lagi-lagilah musim panas ni. Dapat main air sejam dua, alangkah seronoknya ^_^ Bukan anak-anak je yang suka, mak bapak pun kalau dapat join sekali dalam kolam tu…hmmmm… heaven kan. Hehehe

Kak Tam juga tak terlepas dari membawa anak-anak mandi kolam. Hujung minggu baru-baru ini kami sekeluarga mandi kolam di Hotel Averly, Putrajaya. Kebetulan, kakak Kak Tam dan adik menginap di sana, jadi kami pun menumpang kasih la sekali.

Mandi kolam dengan anak-anak memang seronok. Tetapi sebagai ibu bapa, ada etika dan adab yang perlu kita patuhi supaya kolam renang berkenaan dapat digunakan oleh orang seterusnya dalam keadaan yang bersih dan selesa, sama seperti sebelum kita mandi manda di situ. Nama pun kolam renang awam atau kolam renang hotel yang memang disediakan untuk public. Jadi, kenalah jaga sama-sama.

Dear parents. Please observe these 6 etiquette when you are at the public or hotels’ swimming pool.  

#1 Pakaikan anak-anak dengan pakaian mandi yang bersesuaian.

Bila sebut pakaian yang bersesuaian, bukan bermaksud perlu pakai swimming suit. Kalau pihak pengurusan kolam renang mensyaratkan supaya pakai swimming suit dan tidak membenarkan pakaian lain selain swimming suit, perlulah ikut. Tetapi yang lebih ditekankan di sini adalah yang “sesuai” dalam keadaan tidak berpakaian renang.

T-shirt gelap dan track suit adalah sesuai untuk anak-anak perempuan yang dah berumur 10 tahun ke atas. Bukan apa, biasanya di tahap umur sebegini semuanya sudah terbentuk. Banyak mata yang memandang jika pakai t-shirt putih atau cerah. Berkain juga tidak sesuai ye. Kembong kain tu bila masuk dalam air nanti ^_^

#2 Pastikan anak-anak dah buang air kecil sebelum masuk ke dalam kolam. Selalu juga berpesan-pesan kalau nak terkucil panggil mak atau ayah.

Yang ini selalu Kak Tam buat pada anak-anak. Sebelum pakaikan baju renang lagi dah suruh beratur masuk bilik air. Semua kena buang dulu apa-apa yang patut dibuang. Barulah selesa nak berenang. Mak ayah pun tenang =)

Sebelum terjun dalam kolam pun berkali-kali pesan dengan anak, kalau nak kencing sila keluar dan bagitau mama atau papa. Kencing di bilik air. Jangan kencing dalam kolam.

Nama pun anak-anak kan. Perlulah diingatkan dan dipesan berkali-kali. Kalau dah terjun dalam kolam tu mestilah rasa sejuk dan mudah je rasa nak terkucil.

Pernah dulu, tengah sedap-sedap main air, tiba-tiba anak menjerit “Mama, Yaya kencing”. Kuat pulak tu. Allahuakbar. Nak pengsan time tu juga rasanya. Sebab segan. Semua orang dah pandang-pandang. Agaknya dalam hati diorang kata “Cis!!! … anak aku mandi air kencing anak ko”…. @_@

Jadi, selepas peristiwa itu memang Kak Tam akan pastikan anak-anak siap-siap membuang dulu apa-apa yang patut dibuang. Plus, pesanan yang tak sudah-sudah sepanjang diorang mandi kat kolam (annoying nya Mama ni. Hahahah)

#3 Buka pampers anak sebelum masukkan/mandikan anak dalam kolam renang.

Biasa nampak mak ayah excited nak bawa baby mandi kolam kan. Ataupun anak-anak kecil yang masih pakai pampers? Biasalah tu. Anak Kak Tam pun masih pakai pampers juga. Tetapi, mak ayah, please lah …. Buka dulu pampers anak kecil tu sebelum celup mereka dalam kolam renang tu ye. Bukan apa. Bila anak masuk je dalam air dengan pampers, automatik segala najis yang ada dalam pampers tu akan ‘berenang’ keluar selari dengan arus perdana kolam berkenaan. Dan anak-anak yang lain dalam kolam tu pun dengan gembira berenang dan menyelam … ada kalanya siap tertelan air kolam berkenaan *___* 

Nampak tak. Betapa tidak hygiene nya -_____-

Kalau rasa nak bawa baby berenang dalam kolam, seeloknya sediakanlah pampers khusus untuk baby atau baby pants yang boleh digunakan untuk berenang. Yang ini biasanya anti-leaking.

Kalau tak mampu atau tak ada, boleh pakaikan pampers biasa yang bersih (maknanya belum poo poo lagi kat pampers tu). Tapi duduklah kat tepi-tepi kolam je. Main celup-celup kaki pun ok lah untuk baby kan.

Masa anak-anak kecik dulu, Kak Tam tak bawa baby berenang. Just main kat tepi-tepi je. Sebab risau juga abang kakak tertelan air kecing adik. Hehehe

#4 Buang pampers anak dalam tong sampah yang disediakan.

Dah buka pampers anak? Ok, tapi jangan lupa, pampers yang dah tak pakai tu, buangkan dalam tong sampah yang disediakan. Jika tiada tong sampah, simpan dan bawa balik untuk dibuang kemudian.

Apa yang diperhatikan, bila dah mandi, selamba je tinggalkan “burger” anak tu dekat tepi kolam. Kalau ramai yang bawak anak-anak kecil, maka banyaklah “burger” yang bertaburan. 

Ye ke ada orang buat macam tu? Iye… Hari tu last sekali balik dari kolam renang. Pelbagai jenama “burger” ada kat sekeliling kolam tu. Di manalah kesedaran sivik mak ayah ye =(

#5 Perhatikan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak sendirian di kolam renang.

Biasanya, orang pergi bercuti bersama keluarga ni, tagline diorang adalah ‘Spend a quality time together’ :P Jadi, waktu mandi-manda di kolam juga sepatutnya dijadikan sebagai aktiviti bersama yang berkualiti serta menggembirakan.

Tetapi sebaliknya yang terjadi. Ada parents yang ‘hantar’ anak mandi kolam dan kemudian ke tempat lain. Ataupun, duduk di tepi kolam sambil main telefon. Duduk jauh pula tu. Kalau duduk ditepi kolam dan perhatikan anak tu ok la juga.

Pernah tengok anak sape ntah, mandi kolam siap bawa sabun. Boleh? Berbuih-buih air dalam kolam renang tu. Masa tu orang dah tak ramai. Hangin je tengok bebudak ni. Pusing keliling, tengok-tengok manalah mak ayah bebudak ni ye. Tapi rasa macam tak ada je. Sebab bila ditegur jangan main sabun dalam kolam, selamba je main lagi dan lagi. 

Lepas tu, ada juga anak-anak yang menyeberang ke tempat kolam renang dewasa yang lebih dalam tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa.

Ibu bapa yang budiman. Selalulah perhatikan anak-anak di kolam renang. Bukan setakat perhatikan perangai mereka yang annoying yang boleh membuatkan pengguna lain rasa tidak selesa, tetapi juga atas faktor keselamatan. Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan mana-mana pihak jika parents tu sendiri tiada di tempat kejadian.

#6 Jangan bawa makanan di tepi kolam.

Yang ini mungkin jarang-jarang berlaku sebab kebiasaannya pihak pengurusan hotel atau kolam renang awam awal-awal lagi melarang pengguna membawa makanan di kawasan kolam renang. Tetapi walaupun dilarang, ada juga yang curi-curi bawa makanan terutama makanan ringan.

Pernah tengok orang basuh tangan dalam kolam renang selepas makan? Ha, Kak Tam pernah. Sakit hati kan. Memanglah yang buat tu budak-budak. Tetapi di manalah mak ayah nya ye. Tak ajar ke anak basuh tangan di tempat yang sepatutnya. Lepas tu serdak-serdak makanan bersepah-sepah atas dan bawah kerusi rehat  tepi kolam tu.

Kolam renang hotel atau kolam renang awam adalah untuk kegunaan orang ramai. Jagalah kebersihan kawasan kolam renang. Jangan lakukan vandalisme. Sila hormati hak orang lain selepas anda untuk menggunakan kolam renang berkenaan dalam keadaan yang bersih dan selesa.



P/S: Semua di atas adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Sebab selalu duduk main air di tepi kolam sambil menjadi pemerhati dan penonton sahaja. Sebab nak join mandi dengan anak-anak, terasa macam badak berendam pulak ;D Yela. Anak-anak mandi di kolam kanak-kanak. Kalau mama terjun sekali, memang habis air kolam terkeluar ^__________________^

Wednesday 9 March 2016

RAWATAN AKAR GIGI @ ROOT CANAL TREATMENT

Teks: Rahimah Binti Omar

Sesungguhnya ... ini bukanlah senyumanku  ^_^
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. 
Syukur… Dah boleh senyum dengan lebar. Heheheh. 
Al maklumlah. Root Canal Treatment (RCT) dah selesai. 
Gigi dah cantik semula ^_^

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini Kak Tam akan ceritakan sedikit mengenai RCT gigi geraham yang Kak Tam buat di Klinik Pergigian Azila, Bandar Baru Bangi. Rasanya ramai dah tahu mengenai RCT ni.

Secara amnya, RCT adalah rawatan untuk membaiki dan menyelamatkan gigi yang telah rosak teruk ataupun yang telah dijangkiti kuman. Semasa prosidur RCT ini, saraf gigi akan dimatikan, kemudian ia akan dicuci bersih dan ditampal kemas. Untuk penjelasan terperinci, boleh google ye. 
Takut salah maklumat la pula.

RCT di Klinik Pergigian Azila ini memerlukan 3 kali rawatan. 
Pertama untuk matikan akar/ saraf. Kali kedua, cuci dan x-ray dan yang kali ketiga untuk tampalan kekal. Kali pertama dan kedua akan diakhiri dengan tampalan sementara. Rasanya di klinik gigi yang lain pun macam tu juga. 
Tak tahulah pula kalau ada yang kurang dari 3 kali rawatan.

Alhamdulillah. 
Syukur sangat dipertemukan dengan Klinik Pergigian Azila ni. 
Bukan apa, perkhidmatan yang diberikan amat bagus. Sangat sesuai untuk akak-akak yang penakut nak jumpa dentist macam Kak Tam ni kan. Rawatan yang diberikan tidak sakit. Maksud Kak Tam tak sakit sampai tak boleh nak tanggung. Rasa ngilu sikit-sikit tu biasalah. Sakit sangat tu tak ada. Orang kata, boleh la relaks-relaks masa doctor tu korek-korek gigi korang. Boleh nyanyi-nyanyi lagi kalau nak. Tapi dalam hati je lah ye.  ^__^

First visit, prosedur untuk mematikan akar dijalankan. 
Rawatan tak mengambil masa yang lama. Sebab kalau ada baca entry Kak Tam yang lepas, doctor tu dah siap-siap korek gigi tu ngam-ngam dan dah ada tampalan sementara.  Ikut estimation yang diberikan oleh nurse kat situ, pada kebiasaannya rawatan pertama akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Tetapi hari tu hanya lebih kurang 40 minit sahaja dah selesai semua sekali.

Takutnya, tak usah tanyalah. 
Tahap kecut perut. Semua doa dibacanya. 
Mengharap pada yang Satu .... moga-moga bila dah bayar mahal untuk RCT ni maka tak adalah rasa sakit atau ngilu yang tak boleh nak ditanggung.  Chewahhh :P

Dan Alhamdulillah, doa dimakbulkan. 
Tak ada rasa sakit walaupun ada rasa doctor tu cucuk-cucuk area saraf gigi tu.  

Mana taknya, dah bius siap-siap kan. Hehehe.

Sepanjang proses rawatan, Kak Tam pejam mata. 
Tak nak tengok peralatan-peralatan yang digunakan. 
Serammmm….heheheh.

Selesai rawatan pertama, Kak Tam pulang dengan rasa takut. 
Takut kalau malam-malam gigi ni berdenyut-denyut atau sakit yang tak boleh tahan. Tawakkal dan doa mengiringi kepulangan Kak Tam dari klinik gigi tersebut… Hahahah.. (poyo)

Rawatan kali kedua juga berjalan lancar. 
Rawatan kedua dibuat sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan pertama. Pun dibius juga. Tak pasti doktor buat prosedur apa, tapi masih juga ada proses korek mengorek dalam gigi tu. Kali ini, doktor buat x-ray gigi untuk pastikan betul-betul saraf yang terlibat. Manalah tau, nampak dengan mata kasar ada 2 saraf. Sekali bila x-ray ada 3 saraf. Kan dah naya tu. 

Masa matikan akar tu, doctor memang bagitau, saraf gigi Kak Tam halus sangat. Cam x padan plak ngan orangnya yang besar dan tinggi galah ni kan ^_____^

Alhamdulillah, selesai rawatan kedua dengan rasa selesa dan tenang. 
Lebih tenang daripada rawatan pertama tapi rasa ngeri tu tetap ada.

Rawatan terakhir juga perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari selepas rawatan kedua. Kali ketiga ni tak ada bius lagi dah. Sebab doctor akan buat tampalan kekal. Agak takut jugalah.  Tapi syukur xde pape yang menakutkan atau menyakitkan.

Sehari selepas setiap rawatan, nurse klinik gigi ini akan call dan tanya keadaan pesakit. Nak cek la, ada sakit ke tak. Bengkak ke tak. Tanya juga mengenai perkhidmatan diorang. Bagus atau tidak. Disebabkan suka dengan rawatan RCT yang tidak menyakitkan, maka semua soalan mendapat jawapan yang baik-baik sahaja. Senyum lebar kakak nurse tu :)

Jumlah kos RCT di Klinik Pergigian Azila adalah RM995. 
Pecahannya, RM800 untuk RCT, RM45 untuk x-ray dan RM150 untuk tampalan kekal. Lima hinggit lagi cukup RM1000  -___- NANGESSS!!!

OK. 
Sedikit info yang dikongsikan oleh Dr Azila:

#1
RCT hanyalah salah satu bentuk rawatan bagi gigi yang masih boleh diselamatkan. Bila dan buat RCT, penjagaan gigi yang standard seperti memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memfloss gigi dan membuat pemeriksaan berkala masih perlu dilakukakn. Kalau tak, gigi yang dah dibuat RCT pun boleh rosak semula.

#2
RCT sebenarnya tak menjamin gigi tu dah pun selamat selama-lamanya. 
Ada kemungkinan RCT tak menjadi dan berlaku infeksi pada gigi tersebut. Akhirnya, terpaksa juga dicabut gigi berkenaan. (hangusss RM995 kalau jadi gitu.. huhuhu)

#3
Bila tanya Dr kenapa ada orang buat RCT kata sakit sket, 
ada yang kata sakit sangat sampai malam tak boleh tidur sebab saraf gigi berdenyut-denyut, ada yang kata sengal-sengal biasa sahaja, ada juga yang kata tak sakit langsung. Dr kata selain daripada teknik atau kemahiran seseorang doktor membuat RCT, ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. Sebab kalau saraf yang sensitive mungkin akan lebih terasa walaupun telah dibius. 

Jadinya...
janganlah terpengaruh sangat dengan cerita di atas ye. 
Manalah tau, esok-esok korang buat RCT sakit giler, 
pastu korang salahkan Kak Tam pulak buat cerita kata tak sakit :P 
Rezeki masing-masing dik. Kalau rasa sakit tu redho je lah ye.

Apapun, Alhamdulillah, dah pun selesai rawatan RCT ni. 
Duit boleh dicari, tapi gigi yang hilang xde ganti :P 
Alamat kena buat gigi palsu la jawapnya kalau tak buat RCT ni.

Kalau tiada kemampuan ke klinik gigi swasta, boleh je ke klinik gigi kerajaan. Service pun tak kurang juga hebat. Kadang-kadang di klinik kerajaan lagi banyak fasiliti yang disediakan. Jadi, anda masih ada pilihan kalau takde duit nak ke klinik gigi swasta. Takut sakit? Macam Kak Tam cakap tadi la. Ada orang mendapat pengalaman ngeri bila ke klinik gigi swasta. Bila ke klinik gigi kerajaan, semuanya jadi ok. Begitu juga sebaliknya. Jadi, atas rezeki masing-masing juga. Kalau dapat perkhidmatan yang baik. Bersyukurlah. Kalau tak dapat, tak perlu viralkan. Guna channel yang betul untuk membuat aduan. Eh??? Macam tolong promote klinik gigi kerajaan pula ye. Heheheh

OK. 
Cukuplah perkongsian kali ini.

Siapa-siapa yang kenal Kak Tam, 
pasni jangan la pelik tengok akak ni tersengih-sengih je ye. 
Gigi dah overhaul beb ^___________^