Monday 25 January 2016

TANGAN MENGGELETAR/ MENGGIGIL - Essential Tremor rupanya...

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Kali ini entry Kak Tam panjang sikit. Nak berkongsi kisah Kak Tam yang mengalami tangan menggeletar. Ada masa menggeletar, ada masa tak. Ada masa obvious sangat, ada masa mild je menggeletar nya.

Sebenarnya dah lama Kak Tam alami tangan menggeletar ni. Sejak dari umur berapa tak ingat, tapi memang dari muda-muda sebelum kawin lagi dah alami benda ni. Tapi tak berapa obvious sangat dan kadang-kadang saje. Sebelum kawin, Kak Tam pernah juga jumpa doktor untuk dapatkan pengesahan mengenai penyakit ni. Mana la tau ada penyakit serious ke. Kalau tengok pada simptom-simptom, doktor kata mungkin hyperthyroid. Tapi bila result blood test keluar, tak pula menunjukkan hyperthyroid tu. Doktor kata mungkin ada kaitan dengan nerve problem. Hmmmm. Kak Tam memang lost la sebab walaupun tangan menggeletar, Kak Tam sihat Alhamdulillah. Tak de la pula rasa sakit kat mana-mana. 

Sekarang ni, bila usia makin menginjak (senang cerita dah makin tua ^_^), terasa juga tangan ni makin kuat menggeletarnya dan semakin kerap. Ada rasa risau juga. Kawan-kawan rapat mula perasan dan tegur. Baru-baru ni pak mentua plak yang tegur. Masa tu Kak Tam cakap je la lapar sebab kebetulan masa dia tegur tu tengah pegang sudu nak cedok lauk. So, logik la kan alasan tu. Hehehe.

Disebabkan tu, Kak Tam cari la sedikit maklumat pasal penyakit ni sebelum Kak Tam buat keputusan untuk cek secara detail di klinik atau hospital. Google punya google, hasilnya …. Ramai juga yang ada penyakit macam Kak Tam ni. Tapi masing-masing pun tak tau apa punca dan bagaimana nak rawat. Jadi, Kak Tam ambil inisiatif untuk google lagi, dapatkan maklumat secara spesifik dalam website perubatan. Buat perbandingan sket dengan pengalaman-pengalaman orang-orang yang ada penyakit yang sama. So, inilah hasilnya.

Ok, sebelum tu, ini adalah simptom-simptom yang ada pada Kak Tam–

  • Tangan menggeletar. Bahagian atau anggota badan lain tak de pulak menggeletar. Tapi pernah tengok orang menggeletar muka/kepala sebab nampak kepala dia bergoyang sket bila bercakap. Bercakap pun ada macam menggeletar sket.
  • Ada masa kuat, ada masa mild. Tangan kanan paling kuat menggeletar berbanding kiri.
  • Kalau time lapar lagi terasa menggeletar macam tak boleh nak control. Macam orang kurang gula pun ada jugak =p
  • Diwarisi dari ahli keluarga – abah Kak Tam pun ada penyakit yang sama. Abah sebab dah tua, sangat obvious menggeletarnya terutama kalau pegang sudu. Sian nengoknya. Mak kata, nenek (mak abah) pun ada penyakit yang sama. Dalam adik-beradik Kak Tam, so far Kak Tam sorang je la yang mewarisinya. Huhuuuu :(
  • Alhamdulillah, sihat tubuh badan. Tak de penyakit kronik. Tak gemuk, tapi berisi la. Hehehe.
  • Kadang-kadang ada mengalami tangan berpeluh-peluh walaupun tempat tu sejuk. Dulu-dulu sebelum kawin kerap jugak. Tapi skang ni kadang-kadang & jarang-jarang.
  • Tak ada rasa berdebar-debar atau nervous yang serious sampai rasa nak pengsan. Setakat berdebar-debar biasa tu ada la. 
  • Stress – biasalah. Ada masa stress, ada masa takde. Tapi menggeletar tetap menggeletar.

Bila Kak Tam buat research pasal tangan menggeletar ni, ada yang suggest penyakit ini adalah essential tremor. Bila check website-website perubatan, dapatlah kumpul sedikit maklumat yang berguna berkenaan penyakit ni. Kak Tam cuba translate ke bahasa Melayu supaya mudah untuk faham. Tapi faham-faham la ye. Apa yang Kak Tam translate ini adalah mengikut kefahaman Kak Tam yang memang tak ada background dalam bidang perubatan. Translation pun yang ringkas sahaja. Tak adalah word by word. Ada juga yang guna google translation sebab tak tau nak terjemah apa :) Mana yang ok, boleh la pakai. Mana-mana yang nampak macam confius je statement nya, silalah bertanya kepada yang lebih pakar.

Jom baca =p

Tremor (gegaran)

Tremor (menggeletar/gegaran) ini merupakan suatu pergerakan satu atau lebih bahagian badan/ otot yang tidak disengajakan (unintentional). Kebiasaannya ia adalah satu pergerakan diluar kawalan yang boleh memberi kesan kepada tangan, lengan, kepala, muka, suara, badan dan kaki. Walau bagaimanapun, kebanyakan gegaran berlaku di tangan. Pada sesetengah orang, gegaran merupakan gejala gangguan saraf atau akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. Tetapi kebanyakan kes gegaran ini berlaku kepada orang yang sihat. Walaupun gegaran ini tidak mengancam nyawa, namun ia boleh menjadi sesuatu yang memalukan bagi sesetengah orang dan membuatkan ia lebih sukar untuk melaksanakan tugas-tugas setiap hari.

“What is tremor?
Tremor is an unintentional, rhythmic muscle movement involving to-and-fro movements (oscillations) of one or more parts of the body. It is the most common of all involuntary movements and can affect the hands, arms, head, face, voice, trunk, and legs. Mosttremors occur in the hands. In some people, tremor is a symptom of a neurological disorder or appears as a side effect of certain drugs. The most common form of tremor, however, occurs in otherwise largely healthy people. Although tremor is not life-threatening, it can be embarrassing to some people and make it harder to perform daily tasks”.

Apakah yang menyebabkan gegaran?


Gegaran biasanya disebabkan oleh masalah di bahagian-bahagian otak yang mengawal otot di seluruh badan atau di kawasan tertentu, seperti tangan. Gangguan neurologi atau keadaan-keadaan yang boleh menghasilkan gegaran termasuklah multiple sclerosis, strok, kecederaan otak trauma dan penyakit neurodegenerative yang merosakkan atau memusnahkan bahagian-bahagian brainstem atau cerebellum. Antara sebab-sebab lain termasuk penggunaan sesetengah ubat-ubatan (seperti amfetamin, kortikosteroid, dan ubat-ubatan yang digunakan untuk penyakit mental tertentu), penyalahgunaan alkohol atau penarikan balik, keracunan merkuri, tiroid yang terlalu aktif, atau kegagalan hati. Beberapa bentuk gegaran diwarisi dari keluarga, manakala yang lain tidak mempunyai sebab yang diketahui.

 

“What causes tremor?

Tremor is generally caused by problems in parts of the brain that control muscles throughout the body or in particular areas, such as the hands. Neurological disorders or conditions that can produce tremor include multiple sclerosis, stroke, traumatic brain injury, and neurodegenerative diseases that damage or destroy parts of the brainstem or thecerebellum. Other causes include the use of some drugs (such as amphetamines, corticosteroids, and drugs used for certain psychiatric disorders), alcohol abuse or withdrawal, mercury poisoning, overactivethyroid, or liver failure. Some forms of tremor are inherited and run in families, while others have no known cause”.

Apakah ciri-ciri gegaran?

Ciri-ciri gegaran termasuk goncangan yang berirama (sekata) di tangan, lengan, kepala, kaki, atau badan; suara goyah; kesukaran tulisan atau lukisan; atau masalah memegang dan mengawal peralatan, seperti garpu. Beberapa gegaran mungkin dicetuskan oleh atau menjadi lebih kuat/kerap ketika stres atau peningkatan emosi yang tinggi (seperti ketakutan atau berdebar-debar), apabila individu itu letih dari segi fizikal, atau semasa postur atau pergerakan tertentu.

Gegaran boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi adalah yang paling biasa dalam orang-orang pertengahan umur dan lebih tua. Ia mungkin terjadi sekali-sekala, sementara, atau berlaku sebentar-sebentar. Gegaran mempengaruhi kedua-dua lelaki dan wanita.

Satu cara yang berguna untuk memahami dan menghuraikan gegaran adalah untuk menentukan mereka mengikut jenis-jenis berikut:

  • Resting tremors (gegaran ketika berehat) berlaku apabila otot adalah dalam keadaan santai, seperti apabila tangan terletak di atas riba atau tergantung ketika berdiri atau berjalan. Ia boleh dilihat sebagai satu goncangan anggota badan, walaupun orang itu sedang dalam keadaan rehat. Selalunya, gegaran memberi kesan hanya kepada tangan atau jari. Gegaran seperti ini sering dilihat pada pesakit Parkinson.
  • Action Tremors (gegaran tindakan) berlaku ketika apa-apa jenis pergerakan bahagian badan yang terjejas. Terdapat beberapa klasifikasi action tremors.
  • Postural tremors (gegaran postur) berlaku apabila seseorang itu mengekalkan kedudukan yang menentang graviti, seperti memegang senjata terhulur.
  • Kinetic tremors (Gegaran Kinetic) pula terjadi semasa pergerakan bahagian badan, seperti menggerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah.
  • Intention tremors (gegaran berniat) berlaku semasa suatu pergerakan yang disengajakan menghala ke arah sasaran, seperti menyentuh jari ke hidung seseorang semasa pemeriksaan perubatan.
  • Task-specific tremors pula berlaku apabila melaksanakan sesuatu tugas yang berkemahiran tinggi atau goal-oriented task, seperti menulis atau bercakap.
  • Isometric tremors (gegaran isometric) terjadi semasa penguncupan otot yang berlaku secara sukarela dan tidak disertai oleh apa-apa pergerakan.

(Faham ke? ^_^)

 

“What are the characteristics of tremor?

Characteristics may include a rhythmic shaking in the hands, arms, head, legs, or trunk; shaky voice; difficulty writing or drawing; or problems holding and controlling utensils, such as a fork. Some tremors may be triggered by or become exaggerated during times of stress or strong emotion, when the individual is physically exhausted, or during certain postures or movements.
Tremor may occur at any age but is most common in middle-aged and older persons. It may be occasional, temporary, or occur intermittently. Tremor affects men and women equally.
A useful way to understand and describe tremors is to define them according to the following types. Resting tremor occurs when the muscle is relaxed, such as when the hands are lying on the lap or hanging next to the trunk while standing or walking. It may be seen as a shaking of the limb, even when the person is at rest. Often, the tremor affects only the hand or fingers. This type of tremor is often seen in patients with Parkinson's disease. An action tremor occurs during any type of movement of an affected body part. There are several subclassifications of action tremor. Postural tremor occurs when the person maintains a position against gravity, such as holding the arms outstretched. Kinetic tremor appears during movement of a body part, such as moving the wrists up and down, while intention tremor is present during a purposeful movement toward a target, such as touching a finger to one's nose during a medical exam. Task-specific tremor appears when performing highly skilled, goal-oriented tasks such as handwriting or speaking. Isometric tremor occurs during a voluntary muscle contraction that is not accompanied by any movement”. 

Apakah kategori gegaran?

Gegaran biasanya diklasifikasikan melalui penampilan (appearance) dan puncanya atau asal. Ada beberapa kategori gegaran iaitu Essential Tremor, Parkinsonian Tremor, Dystonic Tremor, Cerebellar Tremor, Psychogenic Tremor, Orthostatic Tremor dan Physiologic Tremor. 

Secara ringkasnya, Essential Tremor (juga dipanggil benign essential tremor) adalah yang paling biasa daripada bentuk gegaran yang tidak normal. Walaupun gegaran ini mungkin ringan dan tidak progresif pada sesetengah orang dalam tempoh masa yang panjang, tetapi pada orang lain, mungkin gegaran itu perlahan-lahan menjadi progresif, bermula pada sebelah badan tetapi memberi kesan kepada kedua-dua belah badan dalam masa beberapa tahun. Tangan adalah bahagian yang paling sering terjejas tetapi kepala, suara, lidah, kaki, dan badan juga mungkin terlibat, biasanya sedikit sebanyak akibat daripada tangan. Gegaran tangan biasanya hadir sebagai gegaran tindakan (action tremor). Gegaran di kepala boleh dilihat sebagai pergerakan "ya-ya" (angguk) atau "tidak-tidak" (geleng). Essential tremor boleh juga mengakibatkan gangguan berjalan yang ringan. Kekerapan gegaran boleh berkurang berikutan peningkatan umur seseorang, tetapi tahap keseriusannya boleh meningkat, seterusnya menjejaskan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tugas-tugas atau aktiviti kehidupan harian tertentu. Peningkatan emosi yang tinggi (seperti ketakutan atau berdebar-debar), tekanan, demam, keletihan fizikal, atau gula darah yang rendah boleh menyebabkan gegaran dan / atau meningkatkan tahap keseriusan gegaran tersebut. Permulaan yang paling biasa adalah selepas umur 40, walau bagaimanapun gejala-gejala boleh muncul pada sebarang usia. Ia boleh berlaku dalam lebih daripada satu ahli keluarga. Anak-anak yang ibu atau bapanya mengalami essential tremor mempunyai 50% kemungkinan untuk mewarisi keadaan tersebut. Varian dalam gen LINGO1 telah dikenal pasti sebagai gen risiko, walaupun tidak semua individu yang mempunyai essential tremor membawa varian ini - yang juga boleh hadir dalam orang yang tidak mengalami essential tremor. Walaupun essential tremor tidak dikaitkan dengan mana-mana patologi yang telah dikenalpasti selama beberapa tahun, namun kajian terkini menunjukkan bahawa terdapat kemerosotan ringan terhadap bahagian-bahagian tertentu otak kecil (cerebellum) pada individu yang mengalami essential tremor ini.

Gegaran boleh disebabkan oleh keadaan yang lain juga seperti pengambilan alkohol yang berlebihan, atau pengeluaran alkohol boleh membunuh sel-sel saraf tertentu, menyebabkan gegaran, terutama di tangan.

 

“What are the different categories of tremor?

Tremor is most commonly classified by its appearance and cause or origin. Some of the better-known forms of tremor, with their symptoms, include the following:
Essential tremor (sometimes called benign essential tremor) is the most common of the forms of abnormal tremor. Although the tremor may be mild and non progressive in some people over a long period of time, in others, the tremor is slowly progressive, starting on one side of the body but affecting both sides within a few years. The hands are most often affected but the head, voice, tongue, legs, and trunk may also be involved, typically to a lesser extend than the hands. Tremor of the hands is typically present as an action tremor. Head tremor may be seen as a “yes-yes” or “no-no” motion. Essential tremor may be accompanied by mild gait disturbance. Tremor frequency may decrease as the person ages, but the severity may increase, affecting the person's ability to perform certain tasks or activities of daily living. Heightened emotion,stress, fever, physical exhaustion, or low blood sugar may trigger tremors and/or increase their severity. Onset is most common after age 40, although symptoms can appear at any age. It may occur in more than one family member. Children of a parent who has essential tremor have a 50 percent chance of inheriting the condition. A variant in the gene LINGO1 has been identified as a risk gene, although not all individuals with essential tremor carry this variant--which also can be present in people without essential tremor. While essential tremor was thought not to be associated with any known pathology over many years, recent studies suggest that there is a mild degeneration of certain parts of the cerebellum in individuals with essential tremor.
Tremor can result from other conditions as well. Alcoholism, excessive alcohol consumption, or alcohol withdrawal can kill certain nerve cells, resulting in tremor, especially in the hand”.

Bagaimanakah gegaran dikesan?

Semasa pemeriksaan fizikal doktor boleh menentukan sama ada gegaran berlaku terutamanya semasa sesuatu tindakan atau berehat. Doktor juga akan memeriksa simetri gegaran, apa-apa kehilangan deria, lemah atau atrofi otot, atau refleks berkurangan. Sejarah keluarga terperinci mungkin menunjukkan jika gegaran diwarisi. Darah atau air kencing ujian boleh mengesan kerosakan tiroid, punca metabolik lain, dan tahap yang tidak normal bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan gegaran. Ujian-ujian ini juga boleh membantu untuk mengenal pasti punca-punca yang menyumbang, seperti interaksi dadah, alkohol kronik, atau keadaan lain atau penyakit. Pengimejan diagnostik yang menggunakan tomografi berkomputer atau pengimejan resonans magnet boleh membantu menentukan sama ada gegaran adalah hasil daripada kecacatan struktur atau degenerasi otak.

Doktor akan melakukan pemeriksaan neurologi untuk menilai fungsi saraf dan motor dan kemahiran deria. Ujian direka untuk menentukan apa-apa batasan berfungsi, seperti kesukaran dengan tulisan tangan atau keupayaan untuk memegang perkakas atau cawan. Individu itu boleh diminta untuk meletakkan jari di hujung beliau atau hidungnya, melukis lingkaran, atau melaksanakan tugas atau latihan lain.

Doktor boleh mengarahkan electromyogram untuk  mendiagnosis otot atau masalah saraf. Ujian ini mengukur aktiviti otot luar kawal dan tindak balas otot kepada rangsangan saraf.

 

“How is tremor diagnosed?

During a physical exam a doctor can determine whether the tremor occurs primarily during action or at rest. The doctor will also check for tremor symmetry, any sensory loss, weakness or muscle atrophy, or decreased reflexes. A detailed family history may indicate if the tremor is inherited. Blood or urine tests can detect thyroid malfunction, other metabolic causes, and abnormal levels of certain chemicals that can cause tremor. These tests may also help to identify contributing causes, such as drug interaction, chronic alcoholism, or another condition or disease. Diagnostic imaging using computerized tomography or magnetic resonance imaging may help determine if the tremor is the result of a structural defect or degeneration of the brain.
The doctor will perform a neurological exam to assess nerve function and motor and sensory skills. The tests are designed to determine any functional limitations, such as difficulty with handwriting or the ability to hold a utensil or cup. The individual may be asked to place a finger on the tip of her or his nose, draw a spiral, or perform other tasks or exercises.
The doctor may order an electromyogram to diagnose muscle or nerve problems. This test measures involuntary muscle activity and muscle response to nerve stimulation”. 
Adakah terdapat rawatan untuk gegaran?

Tidak ada ubat bagi kebanyakan tremors :( Rawatan yang sesuai bergantung kepada diagnosis yang tepat mengenai puncanya.

Beberapa gegaran bertindak balas terhadap rawatan asas. Sebagai contoh, dalam beberapa kes gegaran psychogenic, merawat masalah psikologi yang mendasari pesakit boleh menyebabkan gegaran hilang.

Terapi ubat disediakan untuk beberapa bentuk gegaran. Rawatan dadah untuk gegaran parkinsonian melibatkan levodopa dan / atau dopamine seperti ubat-ubatan seperti Pramipexole dan Ropinirole. Ubat-ubatan lain yang digunakan untuk mengurangkan gegaran parkinsonian termasuk hydrochloride amantadine dan ubat antikolinergik.

Gegaran Essential boleh dirawat dengan propranolol atau penghalang beta lain (seperti nadolol) dan primidone, ubat antikonvulsi.

Mengelakkan "pencetus" gegaran seperti kafein dan perangsang yang lain daripada diet sering disyorkan.

Terapi fizikal boleh membantu untuk mengurangkan gegaran dan meningkatkan koordinasi dan kawalan otot bagi sesetengah individu. Seorang ahli terapi fizikal akan menilai individu untuk kedudukan gegaran, kawalan otot, kekuatan otot, dan kemahiran berfungsi. Mengajar orang yang menyokong badan yang terkena semasa gegaran itu atau merapatkan lengan yang bergetar dekat dengan badan kadang-kadang berguna untuk mengawal pergerakan. Latihan penyelarasan dan keseimbangan boleh membantu sesetengah orang. Sesetengah ahli terapi mengesyorkan penggunaan berat, splin, peralatan penyesuaian lain, dan pinggan dan perkakas khas untuk makan.

Campur tangan pembedahan seperti thalamotomy dan deep brain stimulation (DBS) boleh mengurangkan gegaran tertentu. Pembedahan biasanya dilakukan hanya apabila gegaran yang teruk dan tidak boleh dikawal dengan pengambilan dadah (ubat).

Are there any treatments for tremor?
There is no cure for most tremors.The appropriate treatment depends on accurate diagnosis of the cause.
Some tremors respond to treatment of the underlying condition. For example, in some cases of psychogenic tremor, treating the patient's underlying psychological problem may cause the tremor to disappear.
Symptomatic drug therapy is available for several forms of tremor. Drug treatment for parkinsonian tremor involves levodopa and/or dopamine-like drugs such aspramipexole and ropinirole. Other drugs used to lessen parkinsonian tremor includeamantadine hydrochloride and anticholinergic drugs.
Essential tremor may be treated with propranolol or other beta blockers(such as nadolol) and primidone, an anticonvulsant drug.
Eliminating tremor "triggers" such as caffeine and other stimulants from the diet is often recommended.
Physical therapy may help to reduce tremor and improve coordination and muscle control for some individuals. A physical therapist will evaluate the individual for tremor positioning, muscle control, muscle strength, and functional skills. Teaching the person to brace the affected limb during the tremor or to hold an affected arm close to the body is sometimes useful in gaining motion control. Coordination and balancing exercises may help some people. Some therapists recommend the use of weights, splints, other adaptive equipment, and special plates and utensils for eating.
Surgical intervention such as thalamotomy and deep brain stimulation may ease certain tremors. These surgeries are usually performed only when the tremor is severe and cannot be controlled satisfactorily with drugs”.
Habis dah baca? Macam mana? Harap-harap tak de la yang mengalami  gegaran yang serius.

Berdasarkan info di atas dan simptom-simptom yang ada, Kak Tam rasa Kak Tam dalam kategori Essential Tremor yang diwarisi daripada keluarga. Low blood sugar juga kadang-kadang menajdi punca. Sebab Kak Tam perasan, kalau jauh sangat jarak makan dan in between Kak Tam tak ada ambil sebarang makanan atau minuman, terasa juga menggigil badan ni. Tangan automatik akan menggeletar.

Alhamdulillah, lepas Kak Tam baca info ni, sedikit sebanyak ada rasa lega sebab dah tau punca dan cara rawatan, walaupun ia tidak akan menyembuhkan gegaran ini sepenuhnya :( Tak apalah. Mungkin ini bahagian Kak Tam. Cuma harap-harap ia tak melarat dan tak menjadi semakin serius.

Kak Tam ada juga terbaca, cara rawatan yang berkesan adalah melalui diet yang teratur, kawalan emosi serta melalui aktiviti-aktivi sihat seperti riadah dan bersukan. Elakkan kafein ye. Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama dengan Kak Tam ni, bolehlah mulakan amalan hidup yang lebih sihat.



Thursday 21 January 2016

ABC SEMPOI

Teks:Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Ini kes teringin punya pasal. 
Nak makan kat kedai or restoran memang payah sebab biasanya tak dapat nak menikmati sepenuhnya ABC yang di order lantaran sibuk melayan anak-anak. So, sebabkan teringin (macam mengidam plak ye), maka carilah inisiatif nak buat ABC sendiri kat rumah.

Maka, terhasillah ABC segera ni. TADaaaa :)
Nampak sedap tak? Makan berulang kali pun takpe sebab kat rumah sendiri kan. Hehehehe




Bahan-bahan pun senang nak dapat. 
Tak perlu mesn kisar ais pun. Guna blender je.

Bahan-bahan: 
Ais ketul 
Jagung manis dalam tin
Kacang merah bersirap (dalam tin juga)
Susu cair/ susu pekat
Nata de coco
Ais cream vanilla
Tembikai potong kiub ( saja tambah bagi meriah)
Sirap ( kalau takde guna la pape kordial kat rumah tu boleh)
Lain-lain bahan ikut selera masing-masing

Cara-cara penyediaan: 

  • Ais ketul diblend. Letak sket susu cair sebab kalau x letak air susah nak hancur ais tu. 
  • Dalam satu mangkuk besar, masukkan jagung, kacang merah, nata de coco dan tembikai. Ikut suka hati nak banyak mana. 
  • Kemudian tuangkan ais yang dah diblend tadi. 
  • Tuangkan sirap dan susu pekat. Kemudian scoop kan ais krim vanilla.
  • Sedia untuk dinikmati . Yummeh!!!
Ok. 
Siapa dah terliur boleh pergi kedai dan 
dapatkan bahan-bahan sekarang. 
Kalau malas, 
beli ABC yang dah siap sedia untuk dimakan jer senang =p

Kalau buat sendiri, boleh ulang makan beberapa kali. 
Itu kelebihannya. Boleh makan bila-bila teringin.



Thursday 7 January 2016

KEK KUKUS COKLAT CHEESE

Teks: Rahimah Binti Omar


KEK KUKUS COKLAT CHEESE

Assalamualaikum wbt.

Ini cerita lama... 
Kak Tam buat Kek Kukus Coklat Cheese ni untuk sambutan hari raya tahun lepas di pejabat. Alhamdulillah mendapat sambutan dan habis awal kek ni walaupun rupanya tak berapa nak hensem sangat =p 

Sebab tu la tak de gambar kek yang full sebiji. 
Snap gambar kek yang dah dipotong-potong. 
Nampak elok dan cantik sket kalau nak tepek kat sini. 
Hehehe

Disebabkan story dah lama... 
maka tak perlulah cerita banyak-banyak kan. 
Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaan kek ini.

Sumber resepi: FB Resepi Kek & Biskut Raya

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cawan koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
3 biji telur gred A

Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri 

Bahan untuk cheese:

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
25 ml air biasa
25 gm tepung gandum
1 biji telur

Cara-cara penyediaan:

Untuk Kek Coklat

  1. Satukan bahan A dalam periuk dan panaskan atas api perlahan. Kacau supaya tak bergentel dan sebati. Dah siap asingkan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan masukkan dalam bahan A tadi. Pukul sebati kemudian masukkan bahan C (tepung) pula sedikit demi sedikit. Kacau dengan whisk hingga sebati.
Untuk Cheese

  1. Pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
Cara-cara masak kek:
  1. Panaskan air dalam kukusan dan kukuskan kek secara berselang seli. Mulakan dengan adunan kek coklat yang dikukus selama lebih kurang 20 - 25 minit. 
  2. Kemudian diikuti dengan adunan cheese yang dikukus selama lebih kurang 30 minit.
  3. Akhir sekali habiskan adunan kek coklat tadi dan kukus sampai masak lebih kurang 30 minit.
Tips Mengukus:
  • Tunggu air mendidih dulu baru masukkan kek yang nak dimasak.
  • Jangan selalu buka tutup pengukus kerana wap air akan jatuh ke permukaan kek. Nanti kek jadi x lawa (macam kek kat atas tu :p).
  • Cara mudah untuk elakkan wap air meleleh adalah dengan cara membalut atau membungkus penutup kukus dengan kain bersih.
Kesimpulan... 
kek sangat sedap pada Kak Tam. 
Cuma masa Kak Tam buat terlebih koko sket. 
Maka ada rasa pahit-pahit manis. 
Tapi Kak Tam suka :) 
Haruslah repeat buat lagi ni.

Selamat mencuba ^_^

Wednesday 6 January 2016

SKODENG ANAK DARJAH 1 - Apa yang mak ayah risaukan

Teks: Rahimah Binti Omar.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 6 hb Januari 2016. 
Maknanya sudah 6 hari kita berada dalam tahun baru 2016. 
Untuk anak-anak yang baru  bersekolah, sudah masuk hari ke-2 atau ke-3. Maknanya juga, dah 2 @ 3 hari jugalah mak-mak skodeng aktiviti anak-anak di sekolah tu ye.  Ada yang ambil cuti hingga seminggu. Hehehe.

Macam mana dengan kawan-kawan Kak Tam yang lain 
yang ada anak darjah satu tahun ni? Skodeng juga ke?  

Setakat ni, ramai kawan-kawan yang Kak Tam kenal pergi ke sekolah untuk skodeng anak-anak darjah 1 ni. Ada juga yang kena berteman atau lebih tepat jadi rakan sekelas untuk sehari dua ni ^_^

Sebenarnya bila anak masuk darjah 1, 
mak-mak atau bapak-bapak yang terlebih risau. 
Macam-macam yang difikirnya. 

Yang paling dirisaukan :
  • Pandai ke pergi tandas sendiri (boleh ke bukak seluar + buang air + cebok + pakai seluar balik tanpa membasahkan seluar) & (takut terbuang air kat dalam kelas sebab takut or segan nak bagitau cikgu).
  • Boleh ke beli makanan sendiri (pergi kantin, beli makanan, bayar, ambil baki dan makan dengan kawan-kawan) & (boleh ke makan/minum dalam pinggan/cawan plastic (untuk kes yang extreme)) & (apa makanan yang dibelinya).
  • Pandai ke nak tunggu, turun naik bas @ tunggu mak/abah kat depan sekolah, lintas jalan (takut kemalangan, kes culik, rogol dan sebagainya).
  • Ada ke budak nak kawan dengan dia? (kes anak jenis pendiam)
  • Macam mana nak berhubung sebab anak tak boleh bawa handphone.


Kak Tam juga mempunyai anak yang masuk darjah 1 tahun ini. 
Kak Tam juga tak terlepas dari rasa risau. Tapi, kalau di buat perbandingan, suami Kak Tam la yang paling risau. Tengah hari hari pertama dah suruh call ustazah tanya Khalis macam mana. Hehehe

Mak ayah, Ummi Abi, Mama Papa, Ibu Bapak… 
jangan risau. Bukalah pintu hati dan terimalah hakikat bahawa anak anda telahpun melangkah ke dunia pembelajaran formal. 

Kalau sebelum ini mak ayah, ummi abi, mama papa, ibu bapak hantar anak ke taska/tadika dengan hati yang senang, buatlah benda yang sama. Kerana aura risau dan sedih tu sebenarnya akan turut dirasai oleh anak-anak. 

Jadi, berseronoklah. Awal-awal ni seeloknya berikan anak-anak aura yang positif supaya ia dapat menghasilkan perkara-perkara yang positif juga.

Memang benar, anak-anak ini tahap berdikari antara satu sama lain berbeza. Kalau abang dahulunya ok, sangat independent, belum tentu si adik pun begitu. 

Jika memang betul-betul perlu dipantau, silakanlah. 
Cuma, beri sedikit kepercayaan kepada anak-anak untuk belajar mengurus diri sendiri (makan, buang air, berkawan). Insyaallah, semua akan baik-baik sahaja.


Kak Tam sendiri berharap Abang Khalis dapat berdikari 
dan lebih berdisiplin bila dah sekolah ni. Semoga Allah mudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak syurga kita. 

Amin.