Thursday, 9 April 2015

Ikan Masak Pindang


Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt.

Semalam berpuasa. Teringin nak makan ikan masak pindang. Lama dah nak buat, bahan-bahan pun dah siap-siap dibeli masa hujung minggu yang lalu. Apa lagi, sampai ke rumah terus keluarkan ikan dari freezer dulu dan masak nasi siap-siap. Nanti ikan dah lembut senang la nak masak.

Dan hasilnya, wallahhh!!! Lama dah mengidam ni. Semangkuk kuah masak pindang ni Kak Tam hirup. Anak-anak pun berselera makan. 

Ikan masak pindang ni biasanya Kak Tam masak guna ikan selar kuning yang kecil-kecil tu. Sedap dan manis rasanya. Tapi nak guna ikan lain macam ikan kembung, ikan selar atau ikan-ikan lain pun boleh juga. Ikut selera masing-masing. 

Masak pindang ni berkonsepkan rebus. Main campak-campak je semua bahan dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih. Pasti menjadi lah masak pindang ni walaupun baru first time masak.

Masak pindang ini juga sesuai bagi yang sedang berpantang. Tidak berminyak dan menyihatkan. Ada setengah tempat panggil masakan ni sebagai masak singgang. Pada Kak Tam sama je singgang atau pindang. Yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan di mana singgang kalau tak silap Kak Tam ada menggunakan lengkuas, tetapi pindang tak ada. Ini ikut resepi turun temurun yang Kak Tam belajar dari mak Kak Tam lah kan.  Apa pun, singgang ataupun pindang, kedua-duanya Kak Tam suka ^_^

Kak Tam kongsikan resepi mudah ikan masak pindang Kak Tam di sini. Kot lah ada yang nak mencuba kan.



Ikan Selar Kuning Masak Pindang
Ikan Selar Kuning Masak Pindang

Bahan-Bahan:

Ikan Selar Kuning (disiang dan dibersihkan)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh juga)
Halia
1 Biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 keping asam gelugor (asam jawa pun ok)
Cili padi (kalau nak pedas)

* Ada juga yang menambah serai.

Cara-cara:


  1. Kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. Cili boleh ditumbuk bersama kalau nak kuah yang pedas. Kalau tak nak pedas dan boleh dimakan oleh anak-anak, masukkan cili sebutir-sebutir tu dalam kuah tanpa dipecahkan.
  2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk, asam gelugor dan cili dalam periuk tadi.
  3. Masukkan ikan yang telah dibersihkan.
  4. Letakkan garam secukup rasa.
  5. Tunggu sehingga mendidih.
Ada juga yang suka masukkan bendi dalam masak pindang ni. Pun sedap juga. Makan dengan nasi panas. Kuah lebih. Pasti puas hati.

Ok. Bolehlah cuba ye. Simple je. Pasti menjadi punya.

Selamat menjamu selera :)


p/s: Sebenarnya Mak Tam tu adalah panggilan sebelah keluarga saya. Tapi nak gunakan Mak Tam sebagai panggilan diri sendiri, terasa macam dah tua sangat la pulak kan. Tu yang jadi Kak Tam tu. Hehehe.



1 comment:

  1. Best memang favourite makan kuah pindang dari kecik! Yum yum dah berangan nak makan ni 2 hari akan datang bersama suami yang tersayang... hi :)

    ReplyDelete