Monday, 25 January 2016

TANGAN MENGGELETAR/ MENGGIGIL - Essential Tremor rupanya...

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Kali ini entry Kak Tam panjang sikit. Nak berkongsi kisah Kak Tam yang mengalami tangan menggeletar. Ada masa menggeletar, ada masa tak. Ada masa obvious sangat, ada masa mild je menggeletar nya.

Sebenarnya dah lama Kak Tam alami tangan menggeletar ni. Sejak dari umur berapa tak ingat, tapi memang dari muda-muda sebelum kawin lagi dah alami benda ni. Tapi tak berapa obvious sangat dan kadang-kadang saje. Sebelum kawin, Kak Tam pernah juga jumpa doktor untuk dapatkan pengesahan mengenai penyakit ni. Mana la tau ada penyakit serious ke. Kalau tengok pada simptom-simptom, doktor kata mungkin hyperthyroid. Tapi bila result blood test keluar, tak pula menunjukkan hyperthyroid tu. Doktor kata mungkin ada kaitan dengan nerve problem. Hmmmm. Kak Tam memang lost la sebab walaupun tangan menggeletar, Kak Tam sihat Alhamdulillah. Tak de la pula rasa sakit kat mana-mana. 

Sekarang ni, bila usia makin menginjak (senang cerita dah makin tua ^_^), terasa juga tangan ni makin kuat menggeletarnya dan semakin kerap. Ada rasa risau juga. Kawan-kawan rapat mula perasan dan tegur. Baru-baru ni pak mentua plak yang tegur. Masa tu Kak Tam cakap je la lapar sebab kebetulan masa dia tegur tu tengah pegang sudu nak cedok lauk. So, logik la kan alasan tu. Hehehe.

Disebabkan tu, Kak Tam cari la sedikit maklumat pasal penyakit ni sebelum Kak Tam buat keputusan untuk cek secara detail di klinik atau hospital. Google punya google, hasilnya …. Ramai juga yang ada penyakit macam Kak Tam ni. Tapi masing-masing pun tak tau apa punca dan bagaimana nak rawat. Jadi, Kak Tam ambil inisiatif untuk google lagi, dapatkan maklumat secara spesifik dalam website perubatan. Buat perbandingan sket dengan pengalaman-pengalaman orang-orang yang ada penyakit yang sama. So, inilah hasilnya.

Ok, sebelum tu, ini adalah simptom-simptom yang ada pada Kak Tam–

  • Tangan menggeletar. Bahagian atau anggota badan lain tak de pulak menggeletar. Tapi pernah tengok orang menggeletar muka/kepala sebab nampak kepala dia bergoyang sket bila bercakap. Bercakap pun ada macam menggeletar sket.
  • Ada masa kuat, ada masa mild. Tangan kanan paling kuat menggeletar berbanding kiri.
  • Kalau time lapar lagi terasa menggeletar macam tak boleh nak control. Macam orang kurang gula pun ada jugak =p
  • Diwarisi dari ahli keluarga – abah Kak Tam pun ada penyakit yang sama. Abah sebab dah tua, sangat obvious menggeletarnya terutama kalau pegang sudu. Sian nengoknya. Mak kata, nenek (mak abah) pun ada penyakit yang sama. Dalam adik-beradik Kak Tam, so far Kak Tam sorang je la yang mewarisinya. Huhuuuu :(
  • Alhamdulillah, sihat tubuh badan. Tak de penyakit kronik. Tak gemuk, tapi berisi la. Hehehe.
  • Kadang-kadang ada mengalami tangan berpeluh-peluh walaupun tempat tu sejuk. Dulu-dulu sebelum kawin kerap jugak. Tapi skang ni kadang-kadang & jarang-jarang.
  • Tak ada rasa berdebar-debar atau nervous yang serious sampai rasa nak pengsan. Setakat berdebar-debar biasa tu ada la. 
  • Stress – biasalah. Ada masa stress, ada masa takde. Tapi menggeletar tetap menggeletar.

Bila Kak Tam buat research pasal tangan menggeletar ni, ada yang suggest penyakit ini adalah essential tremor. Bila check website-website perubatan, dapatlah kumpul sedikit maklumat yang berguna berkenaan penyakit ni. Kak Tam cuba translate ke bahasa Melayu supaya mudah untuk faham. Tapi faham-faham la ye. Apa yang Kak Tam translate ini adalah mengikut kefahaman Kak Tam yang memang tak ada background dalam bidang perubatan. Translation pun yang ringkas sahaja. Tak adalah word by word. Ada juga yang guna google translation sebab tak tau nak terjemah apa :) Mana yang ok, boleh la pakai. Mana-mana yang nampak macam confius je statement nya, silalah bertanya kepada yang lebih pakar.

Jom baca =p

Tremor (gegaran)

Tremor (menggeletar/gegaran) ini merupakan suatu pergerakan satu atau lebih bahagian badan/ otot yang tidak disengajakan (unintentional). Kebiasaannya ia adalah satu pergerakan diluar kawalan yang boleh memberi kesan kepada tangan, lengan, kepala, muka, suara, badan dan kaki. Walau bagaimanapun, kebanyakan gegaran berlaku di tangan. Pada sesetengah orang, gegaran merupakan gejala gangguan saraf atau akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. Tetapi kebanyakan kes gegaran ini berlaku kepada orang yang sihat. Walaupun gegaran ini tidak mengancam nyawa, namun ia boleh menjadi sesuatu yang memalukan bagi sesetengah orang dan membuatkan ia lebih sukar untuk melaksanakan tugas-tugas setiap hari.

“What is tremor?
Tremor is an unintentional, rhythmic muscle movement involving to-and-fro movements (oscillations) of one or more parts of the body. It is the most common of all involuntary movements and can affect the hands, arms, head, face, voice, trunk, and legs. Mosttremors occur in the hands. In some people, tremor is a symptom of a neurological disorder or appears as a side effect of certain drugs. The most common form of tremor, however, occurs in otherwise largely healthy people. Although tremor is not life-threatening, it can be embarrassing to some people and make it harder to perform daily tasks”.

Apakah yang menyebabkan gegaran?


Gegaran biasanya disebabkan oleh masalah di bahagian-bahagian otak yang mengawal otot di seluruh badan atau di kawasan tertentu, seperti tangan. Gangguan neurologi atau keadaan-keadaan yang boleh menghasilkan gegaran termasuklah multiple sclerosis, strok, kecederaan otak trauma dan penyakit neurodegenerative yang merosakkan atau memusnahkan bahagian-bahagian brainstem atau cerebellum. Antara sebab-sebab lain termasuk penggunaan sesetengah ubat-ubatan (seperti amfetamin, kortikosteroid, dan ubat-ubatan yang digunakan untuk penyakit mental tertentu), penyalahgunaan alkohol atau penarikan balik, keracunan merkuri, tiroid yang terlalu aktif, atau kegagalan hati. Beberapa bentuk gegaran diwarisi dari keluarga, manakala yang lain tidak mempunyai sebab yang diketahui.

 

“What causes tremor?

Tremor is generally caused by problems in parts of the brain that control muscles throughout the body or in particular areas, such as the hands. Neurological disorders or conditions that can produce tremor include multiple sclerosis, stroke, traumatic brain injury, and neurodegenerative diseases that damage or destroy parts of the brainstem or thecerebellum. Other causes include the use of some drugs (such as amphetamines, corticosteroids, and drugs used for certain psychiatric disorders), alcohol abuse or withdrawal, mercury poisoning, overactivethyroid, or liver failure. Some forms of tremor are inherited and run in families, while others have no known cause”.

Apakah ciri-ciri gegaran?

Ciri-ciri gegaran termasuk goncangan yang berirama (sekata) di tangan, lengan, kepala, kaki, atau badan; suara goyah; kesukaran tulisan atau lukisan; atau masalah memegang dan mengawal peralatan, seperti garpu. Beberapa gegaran mungkin dicetuskan oleh atau menjadi lebih kuat/kerap ketika stres atau peningkatan emosi yang tinggi (seperti ketakutan atau berdebar-debar), apabila individu itu letih dari segi fizikal, atau semasa postur atau pergerakan tertentu.

Gegaran boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi adalah yang paling biasa dalam orang-orang pertengahan umur dan lebih tua. Ia mungkin terjadi sekali-sekala, sementara, atau berlaku sebentar-sebentar. Gegaran mempengaruhi kedua-dua lelaki dan wanita.

Satu cara yang berguna untuk memahami dan menghuraikan gegaran adalah untuk menentukan mereka mengikut jenis-jenis berikut:

  • Resting tremors (gegaran ketika berehat) berlaku apabila otot adalah dalam keadaan santai, seperti apabila tangan terletak di atas riba atau tergantung ketika berdiri atau berjalan. Ia boleh dilihat sebagai satu goncangan anggota badan, walaupun orang itu sedang dalam keadaan rehat. Selalunya, gegaran memberi kesan hanya kepada tangan atau jari. Gegaran seperti ini sering dilihat pada pesakit Parkinson.
  • Action Tremors (gegaran tindakan) berlaku ketika apa-apa jenis pergerakan bahagian badan yang terjejas. Terdapat beberapa klasifikasi action tremors.
  • Postural tremors (gegaran postur) berlaku apabila seseorang itu mengekalkan kedudukan yang menentang graviti, seperti memegang senjata terhulur.
  • Kinetic tremors (Gegaran Kinetic) pula terjadi semasa pergerakan bahagian badan, seperti menggerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah.
  • Intention tremors (gegaran berniat) berlaku semasa suatu pergerakan yang disengajakan menghala ke arah sasaran, seperti menyentuh jari ke hidung seseorang semasa pemeriksaan perubatan.
  • Task-specific tremors pula berlaku apabila melaksanakan sesuatu tugas yang berkemahiran tinggi atau goal-oriented task, seperti menulis atau bercakap.
  • Isometric tremors (gegaran isometric) terjadi semasa penguncupan otot yang berlaku secara sukarela dan tidak disertai oleh apa-apa pergerakan.

(Faham ke? ^_^)

 

“What are the characteristics of tremor?

Characteristics may include a rhythmic shaking in the hands, arms, head, legs, or trunk; shaky voice; difficulty writing or drawing; or problems holding and controlling utensils, such as a fork. Some tremors may be triggered by or become exaggerated during times of stress or strong emotion, when the individual is physically exhausted, or during certain postures or movements.
Tremor may occur at any age but is most common in middle-aged and older persons. It may be occasional, temporary, or occur intermittently. Tremor affects men and women equally.
A useful way to understand and describe tremors is to define them according to the following types. Resting tremor occurs when the muscle is relaxed, such as when the hands are lying on the lap or hanging next to the trunk while standing or walking. It may be seen as a shaking of the limb, even when the person is at rest. Often, the tremor affects only the hand or fingers. This type of tremor is often seen in patients with Parkinson's disease. An action tremor occurs during any type of movement of an affected body part. There are several subclassifications of action tremor. Postural tremor occurs when the person maintains a position against gravity, such as holding the arms outstretched. Kinetic tremor appears during movement of a body part, such as moving the wrists up and down, while intention tremor is present during a purposeful movement toward a target, such as touching a finger to one's nose during a medical exam. Task-specific tremor appears when performing highly skilled, goal-oriented tasks such as handwriting or speaking. Isometric tremor occurs during a voluntary muscle contraction that is not accompanied by any movement”. 

Apakah kategori gegaran?

Gegaran biasanya diklasifikasikan melalui penampilan (appearance) dan puncanya atau asal. Ada beberapa kategori gegaran iaitu Essential Tremor, Parkinsonian Tremor, Dystonic Tremor, Cerebellar Tremor, Psychogenic Tremor, Orthostatic Tremor dan Physiologic Tremor. 

Secara ringkasnya, Essential Tremor (juga dipanggil benign essential tremor) adalah yang paling biasa daripada bentuk gegaran yang tidak normal. Walaupun gegaran ini mungkin ringan dan tidak progresif pada sesetengah orang dalam tempoh masa yang panjang, tetapi pada orang lain, mungkin gegaran itu perlahan-lahan menjadi progresif, bermula pada sebelah badan tetapi memberi kesan kepada kedua-dua belah badan dalam masa beberapa tahun. Tangan adalah bahagian yang paling sering terjejas tetapi kepala, suara, lidah, kaki, dan badan juga mungkin terlibat, biasanya sedikit sebanyak akibat daripada tangan. Gegaran tangan biasanya hadir sebagai gegaran tindakan (action tremor). Gegaran di kepala boleh dilihat sebagai pergerakan "ya-ya" (angguk) atau "tidak-tidak" (geleng). Essential tremor boleh juga mengakibatkan gangguan berjalan yang ringan. Kekerapan gegaran boleh berkurang berikutan peningkatan umur seseorang, tetapi tahap keseriusannya boleh meningkat, seterusnya menjejaskan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tugas-tugas atau aktiviti kehidupan harian tertentu. Peningkatan emosi yang tinggi (seperti ketakutan atau berdebar-debar), tekanan, demam, keletihan fizikal, atau gula darah yang rendah boleh menyebabkan gegaran dan / atau meningkatkan tahap keseriusan gegaran tersebut. Permulaan yang paling biasa adalah selepas umur 40, walau bagaimanapun gejala-gejala boleh muncul pada sebarang usia. Ia boleh berlaku dalam lebih daripada satu ahli keluarga. Anak-anak yang ibu atau bapanya mengalami essential tremor mempunyai 50% kemungkinan untuk mewarisi keadaan tersebut. Varian dalam gen LINGO1 telah dikenal pasti sebagai gen risiko, walaupun tidak semua individu yang mempunyai essential tremor membawa varian ini - yang juga boleh hadir dalam orang yang tidak mengalami essential tremor. Walaupun essential tremor tidak dikaitkan dengan mana-mana patologi yang telah dikenalpasti selama beberapa tahun, namun kajian terkini menunjukkan bahawa terdapat kemerosotan ringan terhadap bahagian-bahagian tertentu otak kecil (cerebellum) pada individu yang mengalami essential tremor ini.

Gegaran boleh disebabkan oleh keadaan yang lain juga seperti pengambilan alkohol yang berlebihan, atau pengeluaran alkohol boleh membunuh sel-sel saraf tertentu, menyebabkan gegaran, terutama di tangan.

 

“What are the different categories of tremor?

Tremor is most commonly classified by its appearance and cause or origin. Some of the better-known forms of tremor, with their symptoms, include the following:
Essential tremor (sometimes called benign essential tremor) is the most common of the forms of abnormal tremor. Although the tremor may be mild and non progressive in some people over a long period of time, in others, the tremor is slowly progressive, starting on one side of the body but affecting both sides within a few years. The hands are most often affected but the head, voice, tongue, legs, and trunk may also be involved, typically to a lesser extend than the hands. Tremor of the hands is typically present as an action tremor. Head tremor may be seen as a “yes-yes” or “no-no” motion. Essential tremor may be accompanied by mild gait disturbance. Tremor frequency may decrease as the person ages, but the severity may increase, affecting the person's ability to perform certain tasks or activities of daily living. Heightened emotion,stress, fever, physical exhaustion, or low blood sugar may trigger tremors and/or increase their severity. Onset is most common after age 40, although symptoms can appear at any age. It may occur in more than one family member. Children of a parent who has essential tremor have a 50 percent chance of inheriting the condition. A variant in the gene LINGO1 has been identified as a risk gene, although not all individuals with essential tremor carry this variant--which also can be present in people without essential tremor. While essential tremor was thought not to be associated with any known pathology over many years, recent studies suggest that there is a mild degeneration of certain parts of the cerebellum in individuals with essential tremor.
Tremor can result from other conditions as well. Alcoholism, excessive alcohol consumption, or alcohol withdrawal can kill certain nerve cells, resulting in tremor, especially in the hand”.

Bagaimanakah gegaran dikesan?

Semasa pemeriksaan fizikal doktor boleh menentukan sama ada gegaran berlaku terutamanya semasa sesuatu tindakan atau berehat. Doktor juga akan memeriksa simetri gegaran, apa-apa kehilangan deria, lemah atau atrofi otot, atau refleks berkurangan. Sejarah keluarga terperinci mungkin menunjukkan jika gegaran diwarisi. Darah atau air kencing ujian boleh mengesan kerosakan tiroid, punca metabolik lain, dan tahap yang tidak normal bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan gegaran. Ujian-ujian ini juga boleh membantu untuk mengenal pasti punca-punca yang menyumbang, seperti interaksi dadah, alkohol kronik, atau keadaan lain atau penyakit. Pengimejan diagnostik yang menggunakan tomografi berkomputer atau pengimejan resonans magnet boleh membantu menentukan sama ada gegaran adalah hasil daripada kecacatan struktur atau degenerasi otak.

Doktor akan melakukan pemeriksaan neurologi untuk menilai fungsi saraf dan motor dan kemahiran deria. Ujian direka untuk menentukan apa-apa batasan berfungsi, seperti kesukaran dengan tulisan tangan atau keupayaan untuk memegang perkakas atau cawan. Individu itu boleh diminta untuk meletakkan jari di hujung beliau atau hidungnya, melukis lingkaran, atau melaksanakan tugas atau latihan lain.

Doktor boleh mengarahkan electromyogram untuk  mendiagnosis otot atau masalah saraf. Ujian ini mengukur aktiviti otot luar kawal dan tindak balas otot kepada rangsangan saraf.

 

“How is tremor diagnosed?

During a physical exam a doctor can determine whether the tremor occurs primarily during action or at rest. The doctor will also check for tremor symmetry, any sensory loss, weakness or muscle atrophy, or decreased reflexes. A detailed family history may indicate if the tremor is inherited. Blood or urine tests can detect thyroid malfunction, other metabolic causes, and abnormal levels of certain chemicals that can cause tremor. These tests may also help to identify contributing causes, such as drug interaction, chronic alcoholism, or another condition or disease. Diagnostic imaging using computerized tomography or magnetic resonance imaging may help determine if the tremor is the result of a structural defect or degeneration of the brain.
The doctor will perform a neurological exam to assess nerve function and motor and sensory skills. The tests are designed to determine any functional limitations, such as difficulty with handwriting or the ability to hold a utensil or cup. The individual may be asked to place a finger on the tip of her or his nose, draw a spiral, or perform other tasks or exercises.
The doctor may order an electromyogram to diagnose muscle or nerve problems. This test measures involuntary muscle activity and muscle response to nerve stimulation”. 
Adakah terdapat rawatan untuk gegaran?

Tidak ada ubat bagi kebanyakan tremors :( Rawatan yang sesuai bergantung kepada diagnosis yang tepat mengenai puncanya.

Beberapa gegaran bertindak balas terhadap rawatan asas. Sebagai contoh, dalam beberapa kes gegaran psychogenic, merawat masalah psikologi yang mendasari pesakit boleh menyebabkan gegaran hilang.

Terapi ubat disediakan untuk beberapa bentuk gegaran. Rawatan dadah untuk gegaran parkinsonian melibatkan levodopa dan / atau dopamine seperti ubat-ubatan seperti Pramipexole dan Ropinirole. Ubat-ubatan lain yang digunakan untuk mengurangkan gegaran parkinsonian termasuk hydrochloride amantadine dan ubat antikolinergik.

Gegaran Essential boleh dirawat dengan propranolol atau penghalang beta lain (seperti nadolol) dan primidone, ubat antikonvulsi.

Mengelakkan "pencetus" gegaran seperti kafein dan perangsang yang lain daripada diet sering disyorkan.

Terapi fizikal boleh membantu untuk mengurangkan gegaran dan meningkatkan koordinasi dan kawalan otot bagi sesetengah individu. Seorang ahli terapi fizikal akan menilai individu untuk kedudukan gegaran, kawalan otot, kekuatan otot, dan kemahiran berfungsi. Mengajar orang yang menyokong badan yang terkena semasa gegaran itu atau merapatkan lengan yang bergetar dekat dengan badan kadang-kadang berguna untuk mengawal pergerakan. Latihan penyelarasan dan keseimbangan boleh membantu sesetengah orang. Sesetengah ahli terapi mengesyorkan penggunaan berat, splin, peralatan penyesuaian lain, dan pinggan dan perkakas khas untuk makan.

Campur tangan pembedahan seperti thalamotomy dan deep brain stimulation (DBS) boleh mengurangkan gegaran tertentu. Pembedahan biasanya dilakukan hanya apabila gegaran yang teruk dan tidak boleh dikawal dengan pengambilan dadah (ubat).

Are there any treatments for tremor?
There is no cure for most tremors.The appropriate treatment depends on accurate diagnosis of the cause.
Some tremors respond to treatment of the underlying condition. For example, in some cases of psychogenic tremor, treating the patient's underlying psychological problem may cause the tremor to disappear.
Symptomatic drug therapy is available for several forms of tremor. Drug treatment for parkinsonian tremor involves levodopa and/or dopamine-like drugs such aspramipexole and ropinirole. Other drugs used to lessen parkinsonian tremor includeamantadine hydrochloride and anticholinergic drugs.
Essential tremor may be treated with propranolol or other beta blockers(such as nadolol) and primidone, an anticonvulsant drug.
Eliminating tremor "triggers" such as caffeine and other stimulants from the diet is often recommended.
Physical therapy may help to reduce tremor and improve coordination and muscle control for some individuals. A physical therapist will evaluate the individual for tremor positioning, muscle control, muscle strength, and functional skills. Teaching the person to brace the affected limb during the tremor or to hold an affected arm close to the body is sometimes useful in gaining motion control. Coordination and balancing exercises may help some people. Some therapists recommend the use of weights, splints, other adaptive equipment, and special plates and utensils for eating.
Surgical intervention such as thalamotomy and deep brain stimulation may ease certain tremors. These surgeries are usually performed only when the tremor is severe and cannot be controlled satisfactorily with drugs”.
Habis dah baca? Macam mana? Harap-harap tak de la yang mengalami  gegaran yang serius.

Berdasarkan info di atas dan simptom-simptom yang ada, Kak Tam rasa Kak Tam dalam kategori Essential Tremor yang diwarisi daripada keluarga. Low blood sugar juga kadang-kadang menajdi punca. Sebab Kak Tam perasan, kalau jauh sangat jarak makan dan in between Kak Tam tak ada ambil sebarang makanan atau minuman, terasa juga menggigil badan ni. Tangan automatik akan menggeletar.

Alhamdulillah, lepas Kak Tam baca info ni, sedikit sebanyak ada rasa lega sebab dah tau punca dan cara rawatan, walaupun ia tidak akan menyembuhkan gegaran ini sepenuhnya :( Tak apalah. Mungkin ini bahagian Kak Tam. Cuma harap-harap ia tak melarat dan tak menjadi semakin serius.

Kak Tam ada juga terbaca, cara rawatan yang berkesan adalah melalui diet yang teratur, kawalan emosi serta melalui aktiviti-aktivi sihat seperti riadah dan bersukan. Elakkan kafein ye. Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama dengan Kak Tam ni, bolehlah mulakan amalan hidup yang lebih sihat.



39 comments:

  1. Panjangnya n3! Tiba2 teringat tepon nokia yg vibrate tu..hi2..takpe cik ima, mudahan sakit cik ima tak melarat atau memudaratkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. xde la sampai camtu sekali vibrate nye az. Kalau tengok betul2 nampak la tangan saya mcm shaking. Kalau sekali lalu x nampak pun. Tapi kalau time lapar tu memang obvious. Mcm dah brp hari tak makan la gamaknya ;p

      Delete
    2. sama la kita kak... susah nak menembak huuuu

      Delete
  2. hooo.. kalau bnyk buat kerja boleh mendorong ke arah kekerapan tremor x?

    ReplyDelete
  3. kekerapan tu tak de la pulak rekod rasmi long :) Cuma kalau penat or letih, atau buat sesuatu kerja lama-lama, ditambah pulak tak makan dalam tempoh sibuk bekerja tu pun selalu juga jadi menggigil tangan ni.

    ReplyDelete
  4. Terbaik! Saya pon rase2 getar time nak sefie ia jadi perkara yg janggal bila kawan2 Tanya keadaan saya mcm tu. Papepon terima kasih atas perkongsian di atas.

    ReplyDelete
  5. Salam kak.. sy juga alami tremor.. baru lepas check darah.. sume berkaitan dgn jantung ok.. tak ada hipertiroid.. then doktor suruh sy refer dgn neurology utk tahu lebih lanjut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. dulu masa jumpa doktor memang dia kata ada kaitan dengan nerve n better jumpa neurology untuk tahu details. Kalau ikut family background, abah akak memang ada masalah jantung. hipertiroid dah check n memang xde. maybe lepas ni akak kena buat check up dengan neurologist. Tq hamizan for sharing =)

      Delete
  6. Terima kasih kak...saye pon kerap juga jari menggeletar...sudahnya cikgu saya tegur..apalah nasib...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak...saye pon kerap juga jari menggeletar...sudahnya cikgu saya tegur..apalah nasib...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak...saye pon kerap juga jari menggeletar...sudahnya cikgu saya tegur..apalah nasib...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. wah nice info kak. sy pun selalu jugak kalau pegi mana mana, member mesti gelakkan saya. sbb menggigil mcm baru lepas kena maki hamun je diorang cakap

    ReplyDelete
  11. Thank untuk info.. :) sy 16 tahun em muda lagi kan. Hehe sebab dua tiga minggu selalu jadi.. Sy duk tolong mak meniaga, kadang kadang sy nak bancuh air tangan saya mengeletar kuat sampai tertumpah apa yang saya pegang. Sejak haritu saya rasa takut juga lah. Kadang tu saya duduk sembang dengan kawan tangan mengeletar, kepala pun rasa macam nak mengeletar tapi tak lah teruk.. Saya punya ni serius ka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish.. Macam serius je dik. Pergi la jumpa doktor. Kot ada kaitan dengan jantung macam komen kat atas tu. Info yang akak bagi ni based on fahaman & pengalaman akak je. Mungkin ada salah info. So, better consult dengan pakar perubatan yang berkenaan. Apa pun semoga adik cepat sembuh :)

      Delete
    2. Ish.. Macam serius je dik. Pergi la jumpa doktor. Kot ada kaitan dengan jantung macam komen kat atas tu. Info yang akak bagi ni based on fahaman & pengalaman akak je. Mungkin ada salah info. So, better consult dengan pakar perubatan yang berkenaan. Apa pun semoga adik cepat sembuh :)

      Delete
  12. Thank untuk info.. :) sy 16 tahun em muda lagi kan. Hehe sebab dua tiga minggu selalu jadi.. Sy duk tolong mak meniaga, kadang kadang sy nak bancuh air tangan saya mengeletar kuat sampai tertumpah apa yang saya pegang. Sejak haritu saya rasa takut juga lah. Kadang tu saya duduk sembang dengan kawan tangan mengeletar, kepala pun rasa macam nak mengeletar tapi tak lah teruk.. Saya punya ni serius ka???

    ReplyDelete
  13. Ada benda yang nak elakkan tak? Selain x minum kafein

    ReplyDelete
  14. Ada benda yang nak elakkan tak? Selain x minum kafein

    ReplyDelete
  15. Anak saya juga alami perkara yg sama. Baru nak buat thyroid test dan ECG.Harap tiada masalah yang seriud

    ReplyDelete
  16. Anak saya juga alami perkara yg sama. Baru nak buat thyroid test dan ECG.Harap tiada masalah yang seriud

    ReplyDelete
  17. Sama !!! Haha, smua simtom kita sama kecuali sy ni underweight.. Dah pi jumpa doctor, buat test sama macam akak buat tapi smuanya normal.Alhamdulillah .. Sy mrupakan pelajar komunikasi ( byk presentation ) bermula sem, sy tak mampu kawal gegaran ( tangan dan suara ), klau ikotkan sebelom ni, sy x de masalah dalam presentation . Klau penat lagi laaa, menggigil teruk jugak tangan ..

    ReplyDelete
  18. Sama !!! Haha, smua simtom kita sama kecuali sy ni underweight.. Dah pi jumpa doctor, buat test sama macam akak buat tapi smuanya normal.Alhamdulillah .. Sy mrupakan pelajar komunikasi ( byk presentation ) bermula sem, sy tak mampu kawal gegaran ( tangan dan suara ), klau ikotkan sebelom ni, sy x de masalah dalam presentation . Klau penat lagi laaa, menggigil teruk jugak tangan ..

    ReplyDelete
  19. em sama lah dgn sy .jd kurang keyakinan diri je ble jadi cmni .

    ReplyDelete
  20. Tq for the entry. Samalah masalah saya. Kadang naik malu bila org asyik tegur. Ni tgh mkn biskut, getar2 sampai terlepas dr tgn. Mmg makin berusia makin kuat getarnya. Allahuakbar. Semoga kita sihat2 jer.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    saya baru baca entry akak..
    saya mempunyai masalah yang sama, gegar pada tangan..
    jarang berlaku, bila perhatikan ia jadi bila saya angkat benda berat..
    akak macam mana sekarang? tqvm

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    saya baru baca entry akak..
    saya mempunyai masalah yang sama, gegar pada tangan..
    jarang berlaku, bila perhatikan ia jadi bila saya angkat benda berat..
    akak macam mana sekarang? tqvm

    ReplyDelete
  23. Salam kak. Masalah kak ton ni boleh sembuh dengan pengambilan makanan tambahan bernutrisi cellmaxx. Kak ton boleh contact saya ke no 016.2324431

    ReplyDelete
  24. Macam saya. Saya tak pasti bila kena. Tapi seingat saya, awal tingkatan 3 .sekarang umur 19 . Saya tak kisah sangat, cuma kadang kadang ada yang tak percaya yang tangan tu auto. Ada cakap saya ni amek dadah. Ada cakap saya cacat . Tapi apakan daya. Mulut orang perosak reputasi. Terpaksalah tebal muka. Redha atas pemberian.

    ReplyDelete
  25. Hm saya pun alami masalah yang sama. Paling kritikal bila saya nak jawab exam. Dah la kena tulis esei panjang. Tangan menggigil. Tulisan pun jadi macam cakar ayam. Terganggu jugak nak jawab exam. Yelah kena fikir lagi, nak tulis lagi. Hm

    ReplyDelete
  26. Saya pun ada masalah sama.
    Saya kerja electrical.kadang bahaya jugak

    ReplyDelete
  27. ramai gak sakit camni... saya memang fail bab mennulis... nk isi form atau nk tulis papan hitam mmg xleh... nk menulis tenang2 boleh lah...

    ReplyDelete
  28. Sye pon ad masalah tangan menggeletar. Sye seorang chef. Susah nak laksanakan kerja bila menggeletar ni. Nak potong2 susah,nak pegang kuali pon susah.

    ReplyDelete
  29. Contoh kalau kita nak selfie kan pastu phone bergegar.. adakah itu tandanya tremor di atas.? Bila sy main game di laptop.. kalau tekan mouse nak tembak org nnt sasaran lari sebab tangan macam menggeletar.. huhu

    ReplyDelete
  30. Saya ade jumpa.pakar psikitari.. Dia suruh buat senaman tangan genggam lepas. Genggam lepas. Pastu kawal perasaan takut & malu.

    ReplyDelete
  31. Saya ade jumpa.pakar psikitari.. Dia suruh buat senaman tangan genggam lepas. Genggam lepas. Pastu kawal perasaan takut & malu.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Hmm.. Saya perasan tgn sya bergetar dlm awal thn ni.. Ta serius sgt getarannya.. Time berehat / otot ta bekerja kuat pun tgn akan bergetar.. Tak kerap sgt bergetarnya kak.. Tp tu la.. Kadang2 jd rimas.. Sya mmg ta berani nak angkat benda2 berat sbb pergelangan saya selalu sakit tiba2 bla angkat benda berat.. Buat masa ni takda la nak jmpa doktor lg., cuma terfikir google dan google mcm yg akak buat.. Ni tgh menaip ni pun bergetar jgk ni jari kiri.. 😊😊😊

    ReplyDelete