Friday 6 October 2017

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Assalamualaikum.

Kisah balik kampong bulan lepas. Bawa mak dan anak-anak jalan-jalan di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Sebenarnya ini kali kedua Kak Tam ke Pantai Minyak Beku ni. Nama je orang Batu Pahat, tapi kalau tanya tempat-tempat menarik kat Batu Pahat ni memang tak tau le jawab nya. Siap kena google dulu okay. Hape daaa >_<

Pantai Minyak Beku ni, nama je pantai. Tapi bukanlah pantai berpasir yang landai tu. Lebih kepada muara sungai je gayanya. Pertama kali pergi ke sini dengan mokde masa zaman kanak-kanak. 20 tahun lepas ada kot =P

Banyak juga perubahan di Pantai Minyak Beku ni. Dah cantik. Ada pedestrian walk tepi pantai ni. Kawasan nak parking pun lebih luas. Ada ditanam pokok-pokok hiasan di tepi-tepi laluan pejalan kaki.

Kawasan Pantai Minyak Beku sesuai untuk bersantai-santai saja. Ambil gambar cantik-cantik. Ramai je pasangan pengantin ambil gambar kat sini. Gigih nye tengah-tengah panas dik oiii >_<

Kalau nak berkelah pun boleh juga, tapi terpaksa berpanas lah sebab kawasan terbuka. Takde pokok besar untuk berlindung. Setakat Kak Tam pergi hari tu takde la pulak nampak orang berkelah kat sini. Hehehe

Anak-anak pun x menunjukkan muka happy sangat sebab takde pasir nak main. Target diorang kalau sebut ‘pantai’ tu bermakna adalah air laut dan pasir nak main. Ada anak-anak ketam dan cengkerang siput nak dikutip. So, bagi diorang Pantai Minyak Beku bukanlah ‘pantai’ macam yang diorang faham. Sungguh mengecewakan kan =P

Pantai Minyak Beku ni ada sejarahnya. Katanya pantai ini mendapat nama daripada sebatang pokok yang mengeluarkan minyak daripada akar/dahannya dan minyak tersebut membeku sebelum sempat jatuh ke bawah. Kawasan ini juga merupakan titik permulaan sejarah Batu Pahat yang mendapat namanya dari peristiwa memahat perigi untuk mendapatkan air tawar oleh tentera siam pada suatu masa dahulu.

Perigi yang disebut dalam sejarah tu ada di Pantai Minyak Beku tu tapi Kak Tam tak tengok pun. Sebab ramai orang kat situ, kawasan periginya kecik je. Takpe lah. Kami bagi laluan pada orang-orang yang lebih appreciate sejarah untuk tengok dan teliti perigi tu  ^_^

Kami tak lama pun kat situ. Sebab pergi pun dah petang. Layan anak-anak cari siput celah batu. Lepas tu belanja aiskrim sebatang. Then beransur pulang.


Okay. Jom tengok gambar.

Kawasan berbatu-batu. Tapi pemandangannya Subhanallah! Tetap cantik.
 
Stresssss takde pasir dan x boleh mandi laut =P

Ada la pasir sket yang hujung nun.
 
Nak jugak cecah air laut tu.

Mama! Ada bot. 

Carilah pape yang ada kat celah-celah batu tu ^_^
 
Bayangkan pasangan penganti amik gambo kat celah-celah batu ni.
Mau terkucil kaki kalau pakai kasut tinggi dik non!

Inilah bondaku yang tercinta. Belanja mak asikrim murah je pun mak dah happy.

Hari dah nak senja. Moh kita balik.



1 comment:

  1. lepas ni boleh jalan2 kat tepi pantai AGC pulak cik ima..welcome back!hi2..

    ReplyDelete