Monday 21 August 2017

Jalan-jalan Cameron Highland 2nd day

Assalamualaikum.

Hari kedua. Pagi-pagi bangun encik husband mengadu sakit kepala macam nak kena migrain. Sudah! Ubat dah la tak bawa. Nasib ada standby paracetamol. Bagi dia makan ubat dan suruh rehat. Alhamdulillah pukul 8.00 pagi dia dah ok sket. Kami keluar pergi sarapan di kedai.

Macam semalam, makan tak jauh, masih di area Tanah Rata. Area Tanah Rata ni ada banyak kedai makan dan restoran yang boleh dipilih. Lepas makan aktiviti seterusnya nak pergi Taman Sedia. Dah janji dengan anak-anak nak pergi petik strawberry kat Opah Strawberry's Farm. 

Masuk kawasan situ, dah banyak yang berubah. 3 tahun lepas tak banyak attraction sangat di kawasan rumah opah ni. Kali ni, siap jem kawasan rumah opah ni. Sebab hujung tu jalan mati. Dengan orang nak pusing lagi. 

Dalam deret yang sama ada kedai makan nasi lemak sambal strawberry. Rasa nya yang Abang Sambal Strawberry tu kot. Kak Tam tak pergi. Tengok dari jauh dan tanya kat pekerja di Opah Strawberry tu je. Asal tu memang ada plan nak beli sebotol dua sambal strawberry tu. Tapi bila tengok harga dengan size botol nya. Allah! Mahal betul rasanya. Lagi pun dah rasa sambal starwberry yang Opah Strawberry buat. Khalis kata lagi sedap sambal tumis mama masak untuk makan dengan nasi lemak tu. Hahaha. Atas sebab tu, selamat lah duit Kak Tam dari beli sambal strawberry tu.

OK. Harga petik strawberry kat Opah Strawberry's Farm ni masih sama. RM35 sekilo. Masuk adalah percuma. Kira harga untuk strawberry yang kita petik jela nanti. Cumanya sebab hari sebelum tu dah ramai orang datang, jadi tinggal strawberry yang kecik-kecik je. Jenuh nak cari yang besar dah tak ada. =P

Hasil kutipan tak sampai sekilo. Cukuplah untuk bagi pengalaman kat anak-anak. Beli skon 4 ketul untuk bekalan makan dalam perjalanan balik nanti dan sebotol jem strawberry yang fresh.


Petik Strawberry.


Seronok dapat petik sendiri.


Pokok strawberry



Posing sket =D




Lebih kurang pukul, 10.30 pagi kami keluar dari strawberry farm tu sebab orang semakin ramai di kawasan situ. Sebelum stuck, balik keluar cepat.

Next, plan nak ke Brinchang. Nak tengok-tengok Lavender Park dan taman-taman lain yang ada kat atas. Lepas je Tanah Rata, jalan dah mula jem. Kereta terlalu banyak. Disebabkan kami perlu check out jam 12.00 tengah hari, maka keputusan dibuat untuk patah balik dan kembali semula ke homestay.

On the way balik ke Tanah Rata tu ada Pasar Tani (x sure la apa nama pasar tu) kat tepi jalan. Kami singgah untuk beli strawberry beberapa bekas untuk dibawa balik. Beli siap dengan coklat sekali. Oh ye. Strawberry yang beli di pasar malam tu dah habis anak-anak makan ^_^ Harga lebih kurang sama macam di Pasar Malam Cameron. Lagi besar size lagi mahal harganya. Standard la tu kan.

Beli ubi keledek madu yang comel kaler purple 1 ½ kilo RM10 dan  sayur pelbagai jenis RM10 untuk 4 paket. Tips sket untuk beli sayur di Cameron ni. Tanya dulu harganya. Kalau boleh pilih sayur yang murah harganya berbanding di tempat kita. Ye lah. Dah kita berada di tempat yang banyak tanam sayur kan. Sepatutnya sayur-sayur fresh boleh dibeli dengan harga yang murah berbanding tempat lain kan.

Contoh kat pasar ni brokoli dan kobis bunga 2 ketul atau 2 pokok RM10. Maknanya RM5.00 sepokok. Sizenya kecil sama je dengan size yang dijual di pasaraya tempat Kak Tam. Agak mahal lah kiranya. Yang ini tak suggest sangat lah beli. Timun jepun ada 4 batang besar dalam satu paket RM2.50. Ini kalau ambil sayur campur-campur 4 paket RM10 tu. Yang ini berbaloi juga kalau beli sebab timun nya besar dan fresh. Kak Tam beli timun jepun, tomato ceri, cendawan dan carrot. Tak beli sayur yang pelik-pelik pun. Nanti tak makan pula kan. Jagung manis mak mertua dah beli banyak. Pow dia punya je lah. Heheheh

Habis shopping, balik homestay dan terus berkemas untuk check out. Sebelum keluar, makan dulu makanan-makanan yang kami beli di pasar tadi. Buat alas perut dulu kononnya.

Settled check out, kami terus menuju ke Ladang Teh Boh. Semalam lagi dah ternampak sign board Ladang Teh Boh ni. Tempat nya jauh masuk ke dalam. Masa on the way ke ladang teh ni tak banyak kereta. Ada dalam 3 atau 4 kereta je. Happy rasanya. Bajet-bajet tak ramai orang naik ke Ladang Teh Boh ni. Bajet-bajet boleh la lepak-lepak kat café sambil minum teh panas.

OTW ke Ladang Teh Boh.

Cantik pemandangan.
 
Cantik sangat ladang teh.

Dah start jalan sempit mendaki ke ladang teh.
 
Suka sangat tengok ladang teh nan menghijau =)


Ini dekat dengan guard yang 1st tu. Boleh turun ambil gambar di sini.





Jalan ke ladang teh ni semakin lama semakin sempit. Muat-muat sebijik kereta lalu. Kalau ada kereta dari laluan bertentangan, kena berhenti dan beri laluan pada salah satu kenderaan. Agak seriau sebab tepi tu curam. Tapi pemandangan memang cantik. Ladang teh nan menghijau luas terbentang depan mata. Udara segar je rasa.

Sampai kat satu check point, ada guard jaga. Tanya dia ramai ke kat atas. Dia kata ramai sangat. Parking pun tak ada. Masa ni optimist je lah. Dengan harapan adalah ruang-ruang kosong kami boleh menyelit untuk parking. Dari check point guard tu ada la dalam 2 km lagi nak sampai. OTW naik, bertembung dengan satu kereta. Brother ni turunkan tingkap dan bagitau kat atas stuck. Tak ada parking dan orang start buat u-turn untuk turun. Jeng jeng jeng… Dah berkira-kira nak terus naik ke tak. Tapi nak buat u-turn pun payah juga. Tak ada ruang dan jalan sempit. Maka terpaksa juga lah terus naik.

Sampai kat kawasan café Ladang Teh Boh, memang seperti yang dikhabar oleh brother tu tadi. Parking penuh, ruang nak pusing pun x ada. Kereta pak mertua dah ke depan dan selamat buat u-turn. Kami baru nak mencelah-celah masuk cari ruang untuk u-turn. Azab nya rasa bersempit-sempit macam ni. Pak Guard yang jaga lalu lintas kat situ pun dah pening nak bagi arahan. Masalah yang paling besar bila ada yang pentingkan diri sendiri dan parking sesuka hati dan menghalang laluan keluar masuk. Dekat satu jam juga habiskan masa kat situ. Dapat lah keluar amik angin kejap. Nak ke café menghirup teh panas memang dalam mimpi je la kan =p.

Pihak Management Ladang Teh Boh tu dah bagi arahan kat guard di check point pertama tadi untuk stop kan kenderaan naik ke atas. Bila kereta dah reda sket, kami cepat-cepat turun. Tak nak stuck sekali lagi.

Phewww!!! Lega rasanya dapat turun dengan selamat >__<

Kami teruskan perjalanan. Tak ada singgah mana-mana lagi dah. Nak terus balik kononnya.

Tapi kan…. Semalam masa otw abah nampak jalan ke Sungai Koyan. Menyebut-nyebut nak ke Sungai Koyan. Lama tak pergi katanya. Sebab dah sebut banyak kali, tetiba plan nak balik berubah. Terus masuk jalan ke Sungai Koyan/Kuala Lipis ikut Betau.

Hmmmm… Kena amik EL lah esok ni. X larat nak terkejar-kejar balik.   

Jom sambung jalan =D

No comments:

Post a Comment