Friday 18 August 2017

Areena Batik Boutique Hotel, Kuantan

Salam semua.

Masa di Kuantan tu kami sekeluarga menginap di Areena Batik Boutique Hotel di Bandar Kuantan.

Tempah menggunakan Booking.com. Family Room dengan harga satu malam RM180 termasuk sarapan. Ini harga weekend. Weekdays rasanya lagi murah.

Ini Family Room yang kami duduk. Gambar ni ambil dari website hotel.
Ini gambar amik sendiri. Lebih kurang sama lah yang dalam gambar kat website tu. 

Yaya yang happy. Sebab kata dia macam bilik princess. Yaya suka! Yaya suka!
Biliknya sama seperti yang digambarkan dalam website hotel. Cumanya dalam gambar nampak macam luas kan. Sebenarnya tak lah luas sangat. Tapi just nice lah untuk satu keluarga kami. Selesa. Setakat untuk tidur malam tu boleh sangat lah. Nak berlari-lari, bergolek-golek kat atas lantai tu x dapat lah =P

Yaya suka sangat bilik ni. Kata dia macam bilik princess =D

Hotel ni dekat corner shop lot. Ada lift. Jadi tak perlu risau kena naik tangga. Kereta boleh parking kat tepi jalan sekitar hotel.

Deco hotel berkonsepkan classic. So banyaklah perabot-perabot berkonsepkan klasik dalam hotel ni. Perabotnya bukanlah perabot kayu jati ye. Tapi bolehlah untuk tujuan deko kan. Ruang lobi pun simple dan menarik. Tapi tak sempat nak snap gambar. 

Makanan kami tak pasti bagaimana sebab tak makan di hotel walaupun harga dah termasuk sarapan. Rugikan. Tapi dah encik husband nak breakfast dengan kawan-kawan, Kak Tam ikutkan aje.

Ok. Itu sahaja nak share pasal hotel ni. Siapa yang berminat konsep boutique hotel macam ni boleh lah cuba menginap kat sini. Kalau suka modern concept boleh la cari hotel lain. Banyak hotel harga mampu sewa di sekitar Kuantan ni. Kena rajin google je k.

No comments:

Post a Comment