Friday 18 August 2017

Jalan-jalan ke Kuantan, Pahang - 29 Julai 2017

Assalamualaikum.

Plan nak jalan-jalan ke Kuantan ni dah lama dah rancang. Tapi biasalah. Benda yang dirancang ni biasanya tak jadi atau lambat nak jadi. Kebetulan ada geng-geng husband yang duduk di Kuantan ajak buat gathering dan makan-makan. Terus je husband setuju.
Kami bertolak malam Jumaat dan singgah bermalam di Temerloh rumah adik ipar. Tujuannya nak tengok anak buah baru yang lahir pada hari raya 3 yang lalu. Tak sempat lagi nak ziarah. Alang-alang nak ke Kuantan tu singgah la dulu. Lepas belek-belek anak buah, cium-cium sket, baru gerak ke Kuantan tengah hari Sabtu.  
Kami menginap di Areena Batik Boutique Hotel, Kuantan. Sampai Kuantan, cari makan dulu. Tapau, then check in hotel. Plan asal nak keluar lepas asar ronda-ronda Bandar Kuantan. Tapi bila dah makan, duduk pulak dalam bilik ber aircond. Jawabnya ngantuklah. Huhuhu. Anak-beranak pakat tidur dulu =P
Lepas maghrib baru keluar ke rumah kawan. Ada dinner BBQ. Bakar-bakar kambing, ayam dan lobster. Sponsor sorang sket. Alhamdulillah. Makan dengan jayanya. Balik dah tengah malam. Terus tidur dengan lena sebab perut dah kenyang. Huhu. Rosak diet ^_^
Hari kedua di Kuantan, banyak aktiviti dah dirancang. First pergi sarapan di kedai dengan kawan-kawan husband di sekitar Balok. Kami terus check out hotel. Plan nak bawak anak mandi kolam dan ronda-ronda pula lepas sarapan nanti.
Lepas sarapan kami terus ke Swiss Garden Residence. Disebabkan kawan kami ada rumah (apartment) dan duduk di situ, jadi kami selaku tetamu entitle untuk mandi kolam yang best kat situ.  Asalnya memang ada rancangan nak menyewa hotel di situ. Tapi kawan kata tak payah membazir duit. Kalau setakat nak mandi kolam boleh je datang rumah dia. Hehehe. Mandi for free. Sape yang tak nak kan.



Kolam di Swiss Garden Residence. Puas bebudak mandi.
Lepas mandi, tumpang bersiap di rumah kawan sambil makan keropok lekor yang dihidangkan. Tengah hari kami minta diri untuk balik. Ada 2 atau 3 destinasi lagi nak singgah sebelum balik ke Putrajaya.
Plan asal nak menyinggah beli keropok lekor dan sata. Tapi sebab perut dah kenyang, kami ronda-ronda sekitar Cherating. Kemudian singgah di Pantai Batu Hitam. Cantik pantainya. Tapi sebab waktu sampai dah tengah hari, jadi tak dapatlah nak berlama-lama kat situ. Panas sangat. Naik kereta dan terus gerak ke Kuantan. Anak-anak tak puas nak main pasir. Husband pulak gatal mulut janji nak datang semula petang nya. Mama nya dah garu kepala. Petang bila? Bila nak balik Putrajaya ni? Esok kerja. Hmmmm.
Sampai Kuantan kami singgah di kedai Mr DIY sebab husband nak belikan bekas dan tempat sodok pasir sebab nanti nak pergi pantai semula kan. Adeh.
Dah layan anak-anak perut dah minta nak makan tengah hari. Dah lewat pun sebenarnya. Dah dekat pukul 3. Memang lah dah berkeroncong. Husband bawa makan ikan celop tepung di kedai tepi jalan dekat kawasan Tanjung Lumpur. Akak x ingat nama kedai. Tapi kata husband itu antara kedai yang famous kat situ. OK lah. Kak Tam ikut aje. Janji kenyang.
Alhamdulillah dah makan. Nak sambung jalan semula. Ke mana? Ke pantai lah. Sebab dah janji kan. Ingatkan nak cari mana-mana pantai yang berdekatan. Tapi x ada yang sesuai untuk anak-anak ni main pasir. Makanya patah balik semula lah ke Pantai Batu Hitam tu.
Hmmm. Ni lah aktiviti anak-anak kat Pantai Batu Hitam tu. Bagi diorang masa sehingga 4.30 petang. Cukup masa, wisel dibunyikan dan kami terus gerak cari surau untuk solat dan terus berangkat ke Putrajaya.

Jom layan gambar di Pantai Batu Hitam.

Tengok je orang jual layang-layang tu. Tapi sebab mama dia dah sound awal-awal, maka tak berani nak minta beli. Hehe

Main pasir kat tepi tu je sebab panas terik.
 
Pantai nya cantik, tapi panas. Mama berlindung di balik pokok kelapa je. Hihi



Jom balik dulu. Petang nanti datang lagi.


Yeay! Dah balik semula ke pantai dengan tools yg baru beli kat Mr DIY. 


Layanzzz >_<

Muka penat. Tapi demi anak-anak happy, layan la kejap.




Cari ketam. Nak bela katanya.

OK. Jom balik.

Habis dah percutian pendek kami ke Kuantan untuk hujung minggu tu. Alhamdulillah. Penat sangat tapi happy dapat luangkan masa bersama keluarga.

Semoga kami sekeluarga sentiasa sihat agar dapat meluangkan masa berkualiti bersama lagi. Amin.

No comments:

Post a Comment