Wednesday 11 March 2015

ROTI KOK

Teks: Rahimah Omar

Minggu lepas, Tadika Cahaya Tiara (TCT) telah membuat lawatan sambil belajar ke Kilang Roti High 5 di Shah Alam. Mama bagi kebenaran untuk Khalis, Iman dan Yaya ikut serta walaupun jauh disudut hati ada rasa risau nak lepaskan 3 beradik ni naik bas tanpa pengawasan ibu bapa. Tapi Mama tawakal dan letakkan kepercayaan kepada teachers di TCT untuk memantau dan menjaga anak-anak Mama. Lagi pun, kesian kalau rakan-rakan lain pergi dan bila balik nanti bercerita, diorang terlopong je la dengar cerita. Tahun lepas masa tadika lama Khalis dan Iman anjurkan lawatan ke Aquaria, KLCC, Mama tak benarkan Khalis dan Iman ikut sebab terlalu jauh (masa tu duduk di Tanjung Malim).

Apa hasil lawatan… Hmmm… sangat banyak roti dan pelbagai jenis roti yang dibawa balik. Maklumlah. 3 orang je dah 3 goodies bag yang berisi pelbagai jenis roti TCT bagi. Ditambah pula dengan roti yang dibeli oleh Teacher Ain dengan menggunakan duit poket yang Mama bagi. Aduhai Teacher, Mama bagi duit poket untuk beli apa-apa makanan atau minuman yang diorang nak semasa di kilang sana. Kot lah diorang ada teringin nak beli apa-apa. Rupanya, diorang tak beli apa-apa, Teacher belanjakan semua duit untuk beli roti pulak. Nasib baik Mama bagi RM20 je. Kalau bagi RM50 mahu boleh buka kedai roti depan rumah. Hmmm… memang roti sakan la hari tu ^_^ Kebetulan pula sehari sebelum itu, Mama baru beli 2 buku roti Gardenia untuk stok di rumah.

Disebabkan terlalu banyak roti, Mama siap google resepi berasaskan roti untuk dijadikan dinner malam itu. Dan hasilnya, jadilah roti lasagna. Tak perfect sangat pun sebab guna bahan-bahan yang ada kat rumah je. Tapi rasanya boleh tahan juga. Husband kata sedap, ok la tu. Hehehe.

Esoknya dah x larat nak makan roti dah, tapi sayang. Kebetulan Mak dan Mokde ada datang bertandang, Mama sediakan puding roti. Tapi macam tak mendapat sambutan sangat sebab diorang pun dah boring asik makan roti je. Dok fikir-fikir, apalah nak dibuat dengan roti ni. Akhirnya mendapat cadangan dari mak supaya buat roti kok. Sebenar dalam roti yang pelbagai yang dibelikan oleh Teacher Ain tu, ada la sebungkus roti kok. Dan roti kok ni habis dulu sebab Khalis suka makan.

Memandangkan Mokde tengah rajin, jadi dialah bertungkus lumus menyiapkan roti kok ni. Ala, bukan susah sangat pun sebenarnya, tapi sebab roti banyak, ada 4 bungkus lagi setelah ditolak buat puding dan lasagna tu, oven pula sekangkang kera, maka lama la sikit masa yang diambil.

Caranya, hanya sapukan marjerin atau planta, tabur gula dan bakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit atau sehingga garing. Selalu perhatikan roti yang dibakar supaya tidak hangit ye. Kalau dah hangit langsung tak boleh makan. Planta dan gula terpulang nak letak banyak mana. Saya suka letak planta dan gula lebih.

Ini la rupa roti kok tu. Tp gambar ni pinjam & ambil dari google. Sebab roti kok buatan sendiri dah selamat ditelan. Hehehe


First round, roti yang dah siap dibakar habis dalam sekelip mata dan tak sempat nak simpan. Sedap makan panas-panas. Second round and next round baru dapat simpan. Sangat teruja bila dapat buat roti kok ni sendiri. Biasa tu beli je kat kedai.


Tahulah saya lepas ni. Kalau ada roti lebih dan tak habis makan atau tak lalu nak makan lagi, bolehlah dibuat roti kok dan simpan dalam bekas kedap udara. Boleh dimakan bila-bila masa – breakfast, high tea, supper, atau sebagai snek sambil-sambil menonton tv. Lagipun, boleh elakkan pembaziran makanan.

Syukurlah mak bagi idea buat roti kok ni. Selamatlah roti-roti tu. Setakat entry ni ditulis, amsih ada beberapa ketul roti berperisa kat rumah yang dah lalu dimakan. Khalis yang penggemar roti pun dah jemu. Hmm, berkulat la tak lama lagi tu. Sayangnya... 

PROMOSI E-BOOK MAC 2015

Teks: Rahimah Omar


PROMOSI DENGAN HARGA YANG MURAH & MENARIK!!! HANYA UNTUK BULAN MAC 2015.

Jom dapatkan sekarang!

3 E-BOOK PADA HARGA RM50 (HARGA SEBENAR RM100)



- Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes
- Ebook Super WAHM Supermom
- 101 Idea Home Based Bisnes


SIAPA YANG HARUS MEMILIKI EBOOK INI?

>>> Mereka yang mahu menambah pendapatan sampingan dengan berniaga.

>>>Surirumah yang nak tahu cara berniaga online hanya dari rumah.

>>>Surirumah yang ada 1, 2, 3 atau lebih anak dan mahu belajar urus diri & keluarga supaya lebih terurus.

>>>Mahu baca kisah motivasi mereka yang telah berjaya berniaga dan menguruskan rumahtangga.

>>>Mahu tahu cara mudah berniaga melalui platform online

DAPATKANNYA SEKARANG!

Untuk tempahan boleh hubungi saya

Email : pnrahimahomar@gmail.com
sms /wsapp: 019-6930282

Thursday 5 March 2015

PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Teks: Rahimah Binti Omar


Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?

Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftarlah Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!!!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA HUJUNG JARI SAHAJA!!!

Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. Saya akan bimbing anda menjadi rakan niaga akademi kami.

Apa tunggu lagi, hubungi saya untuk mendaftar:

Rahimah Binti Omar
sms/whatsapp: 019-6930282
emeil: pnrahimahomar@gmail.com


KELAS ONLINE ASAS BLOG PENULISAN

Teks: Rahimah Binti Omar
Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Antara kelas yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 900 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.


2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.


3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. Belajar bagaimana untuk mendapat RM50-100 untung bersih hanya melalui produk akademi, produk dan servis atas talian.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Apakah matlamat utama kelas ini :
1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.

2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.
3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?

Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?

Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Yuran Pakej 1: RM150

Yuran Pakej 2: RM180

Yuran Pakej 3: RM200

Pilih untuk sertai kelas bersama kami:

i. Blog asas penulisan
ii. Blog mula bisnes produk sendiri
iii. Blog mula bisnes dropship ABDR (Pilih antara pilihan produk makanan, makanan sunnah, produk islamik)
 

Yuran Pakej 4 - RM 300 (Kelas asas blog penulisan & blog mula bisnes - dapat belajar dalam 2 kelas serentak)

> Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook rahsia khdmat pelanggan).

> Beriklan di soho directory 2 tahun.

> Berpeluang menjadi Pengurus Online akademi.

> Jika memilih untuk dropship ABDR (dapat 2 pilihan produk):

 i. produk makanan + produk sunnah
ii. produk makanan sunnah + telekung solat 
iii. produk makanan sunnah + produk islamik 

Yuran Pakej 5 - RM 250 (Kelas blog borong runcit telekung solat)

> Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes)  

 
Berminat untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan, hubungi saya:

Rahimah Omar
Email : pnrahimahomar@gmail.com 

sms / wtsapp : 019-6930282
FB: rahimahomar

Monday 2 March 2015

Segalanya mungkin....

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Februari telah berlalu. Mac sudahpun mengambil tempat. Begitu cepat masa berlalu... Belum pun sempat merancang untuk bulan-bulan akan datang, tiba-tiba telah berlalu sebulan demi sebulan. Hinggalah akhir tahun menjelma.

Apalah yang dikeluhkan ni ye? Macam serius saja.

Sememangnya keputusan yang akan saya buat pada masa akan datang ini adalah sesuatu yang serius. Cuma saya perlu merancang masa depan saya dengan lebih bijak dan teratur supaya ia tidak membebankan mana-mana pihak terutama suami dan ahli keluarga yang lain.

Baru-baru ini saya telah berbincang dengan suami. Berbincang secara serius mengenai impian saya nan satu itu. Tahun depan Abang Khalis akan memasuki darjah satu. Bermakna lebih kurang 9 bulan sahaja lagi. Bukan masalah persiapan sekolah yang dibimbangkan, tetapi lebih kepada pengurusan anak-anak dan rumah tangga. 

Memang antara impian saya, apabila Khalis mula bersekolah saya berhajat untuk berhenti kerja. Supaya senang saya hantar dan ambil sendiri Khalis pergi dan balik sekolah. Supaya saya dapat memantau sendiri perkembangan pelajarannya. Supaya saya dapat menyediakan sarapan pagi yang halal dan baik untuk dia dan anak-anak lain. Itu impian saya yang sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Sepatutnya rancangan untuk berhenti kerja ini sudah lama saya laksanakan. Tetapi lantaran tiada perbincangan secara serius dengan En. Suami, rancangan hanya tinggal angan-angan. Tetapi memandangkan Abang Khalis akan mula bersekolah tahun hadapan dan ditambah pula saya menguruskan anak-anak sendirian lantaran suami bertugas jauh, maka rancangan tersebut perlu difikirkan secara serius semula supaya kali ini ia betul-betul boleh dilaksanakan.

Tetapi, bukan senang untuk membuat keputusan. Kerana boleh dikatakan kami sekeluarga berada dalam zone selesa sekarang di mana serba serbi InsyaAllah cukup. Tidak mewah dan tidak pula kurang. Tetapi cukup untuk membeli apa-apa yang dihajati. Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat.

Apabila merancang untuk berhenti, banyak benda perlu difikirkan. Komitmen saya sendiri juga banyak. Apabila berhenti, semua perlu ditanggung oleh En. Suami. Adakah cukup perbelanjaan kami sekeluarga nanti. Perancangan rapi perlu dibuat supaya kami tidak terkejut dengan perubahan mendadak terutama dari aspek perbelanjaan keluarga. 

Syukur juga kami bukanlah jenis ibubapa yang berbelanja besar untuk anak-anak. Bukan juga jenis mengikut kemahuan anak-anak. Beli apa yang perlu. Tetapi kalau setakat makanan yang diinginkan, kami tidak kisah asalkan ia makanan yang baik dan menyihatkan.

Sebelum berhenti kerja, saya dan juga suami perlu juga mencari dan menimba ilmu sebagai persediaan menghadapi bersama ujian-ujian yang bakal ditempuhi selepas ini. Walaupun saya seorang yang berhenti kerja, namun suami juga perlu mempunyai ilmu supaya boleh sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya yang bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Apa pun, rancangan rapi perlu dibuat. Tidak boleh membuat keputusan mendadak. Semuanya perlu disusun elok supaya kami tidak cepat melatah apabila menghadapi sebarang ujian pada masa akan datang.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Kuatkanlah semangat kami. Tetapkan lah pendirian kami. Luruskanlah jalan kami.

Semoga rancangan kami berjalan lancar dan berjaya. InsyAllah. Amin.