Teks: Rahimah Omar
Minggu lepas, Tadika Cahaya Tiara (TCT) telah membuat lawatan
sambil belajar ke Kilang Roti High 5 di Shah Alam. Mama bagi kebenaran untuk
Khalis, Iman dan Yaya ikut serta walaupun jauh disudut hati ada rasa risau nak
lepaskan 3 beradik ni naik bas tanpa pengawasan ibu bapa. Tapi Mama tawakal dan
letakkan kepercayaan kepada teachers di TCT untuk memantau dan menjaga
anak-anak Mama. Lagi pun, kesian kalau rakan-rakan lain pergi dan bila balik
nanti bercerita, diorang terlopong je la dengar cerita. Tahun lepas masa tadika
lama Khalis dan Iman anjurkan lawatan ke Aquaria, KLCC, Mama tak benarkan
Khalis dan Iman ikut sebab terlalu jauh (masa tu duduk di Tanjung Malim).
Apa hasil lawatan… Hmmm… sangat banyak roti dan pelbagai
jenis roti yang dibawa balik. Maklumlah. 3 orang je dah 3 goodies bag yang berisi
pelbagai jenis roti TCT bagi. Ditambah pula dengan roti yang dibeli oleh
Teacher Ain dengan menggunakan duit poket yang Mama bagi. Aduhai Teacher, Mama
bagi duit poket untuk beli apa-apa makanan atau minuman yang diorang nak semasa
di kilang sana. Kot lah diorang ada teringin nak beli apa-apa. Rupanya, diorang
tak beli apa-apa, Teacher belanjakan semua duit untuk beli roti pulak. Nasib baik Mama bagi RM20 je. Kalau bagi RM50 mahu boleh buka kedai roti depan rumah. Hmmm…
memang roti sakan la hari tu ^_^ Kebetulan pula sehari sebelum itu, Mama baru
beli 2 buku roti Gardenia untuk stok di rumah.
Disebabkan terlalu banyak roti, Mama siap google resepi
berasaskan roti untuk dijadikan dinner malam itu. Dan hasilnya, jadilah roti
lasagna. Tak perfect sangat pun sebab guna bahan-bahan yang ada kat rumah je.
Tapi rasanya boleh tahan juga. Husband kata sedap, ok la tu. Hehehe.
Esoknya dah x larat nak makan roti dah, tapi sayang.
Kebetulan Mak dan Mokde ada datang bertandang, Mama sediakan puding roti. Tapi
macam tak mendapat sambutan sangat sebab diorang pun dah boring asik makan roti
je. Dok fikir-fikir, apalah nak dibuat dengan roti ni. Akhirnya mendapat
cadangan dari mak supaya buat roti kok. Sebenar dalam roti yang pelbagai yang
dibelikan oleh Teacher Ain tu, ada la sebungkus roti kok. Dan roti kok ni habis
dulu sebab Khalis suka makan.
Memandangkan Mokde tengah rajin, jadi dialah bertungkus lumus
menyiapkan roti kok ni. Ala, bukan susah sangat pun sebenarnya, tapi sebab roti
banyak, ada 4 bungkus lagi setelah ditolak buat puding dan lasagna tu, oven
pula sekangkang kera, maka lama la sikit masa yang diambil.
Caranya, hanya sapukan marjerin atau planta, tabur gula dan
bakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit atau sehingga garing. Selalu
perhatikan roti yang dibakar supaya tidak hangit ye. Kalau dah hangit langsung
tak boleh makan. Planta dan gula terpulang nak letak banyak mana. Saya suka
letak planta dan gula lebih.
Ini la rupa roti kok tu. Tp gambar ni pinjam & ambil dari google. Sebab roti kok buatan sendiri dah selamat ditelan. Hehehe |
First round, roti yang dah siap dibakar habis dalam sekelip
mata dan tak sempat nak simpan. Sedap makan panas-panas. Second round and next
round baru dapat simpan. Sangat teruja bila dapat buat roti kok ni sendiri.
Biasa tu beli je kat kedai.
Tahulah saya lepas ni. Kalau ada roti lebih dan tak habis
makan atau tak lalu nak makan lagi, bolehlah dibuat roti kok dan simpan dalam
bekas kedap udara. Boleh dimakan bila-bila masa – breakfast, high tea, supper,
atau sebagai snek sambil-sambil menonton tv. Lagipun, boleh elakkan pembaziran
makanan.
Syukurlah mak bagi idea buat roti kok ni. Selamatlah roti-roti tu. Setakat entry ni ditulis, amsih ada beberapa ketul roti berperisa kat rumah yang dah lalu dimakan. Khalis yang penggemar roti pun dah jemu. Hmm, berkulat la tak lama lagi tu. Sayangnya...
sedapnya roti kok..jenuh lah mamanya nak cari resepi berasaskan roti mggu lepas.ha2..
ReplyDeleteitulah az. x lalu dah tekak ni nak telan roti. hehe.
ReplyDelete