Thursday 17 August 2017

Assalamualaikum Semua


Rajin sungguh la tahun ni ye >_<. 

Baru entry kedua untuk tahun 2017. Huhuhu. 
Inilah jadinya. Bila orang nak buat blog. Awak nak jugak ada blog. 
Orang lain rajin menulis. Awak lak hangat-hangat tahi ayam =)

Ok lah. 
Kak Tam usaha la lebih sket untuk beberapa bulan sebelum berakhirnya tahun 2017 ni. Nanti akak update laju-laju ye. Walaupun x tentu ada orang nak baca. Takpe lah kan. InsyaAllah pasti ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh menjadi rujukan orang lain nanti.

Nak cerita ni. 
Suami Kak Tam dah dapat pindah KL bulan Mei hari tu. Syukur sangat-sangat.  Akhirnya Allah makbulkan doa kami. Yang nak ke Iraq tu pun Alhamdulillah tak jadi. Sebab  bos dia x lepaskan. Dan bos dia jugaklah yang tarik pindah ke KL. Terima kasih Ya Allah =D

Makanya dapatlah kami sekeluarga berpuasa Ramadhan bersama-sama buat pertama kalinya tahun ni. Seronoklah dapat masak-masak beria sket. Ada orang tukang makan kan. Kalau tak, masak apa yang ada je. Tu pun kalau sempat.

Kali ni takde la isu cuti hujung minggu tak sama lagi. So, dapatlah plan jalan-jalan sana sini. Bulan Ogos ni bulan yang paling banyak berjalan. Tiap hujung minggu tak lekat kat rumah. Bak kata husband lepaskan gian nak jalan-jalan. Dulu susah nak jalan-jalan hujung minggu kecuali kalau husband amik cuti pada hari Ahad.

Tugas hantar anak ke sekolah pagi-pagi pun lebih fleksibel sekarang ni. Kalau Kak Tam ada event office yang perlu datang awal, husband akak akan hantar anak-anak. Kalau husband akak out station, akak pula yang hantar anak-anak sekolah. Punch card merah tu dah boleh la dielakkan sekarang ni =P

Banyaklah urusan keluarga yang boleh dibuat bersama-sama sekarang ni. Syukur sangat.


 Anak-anak la yang paling happy sebenarnya. 
Sampai sekarang pun kalau akak yang hantar anak-anak ke sekolah, mesti diorang tanya Papa balik tak malam ni. Yaya lah yang paling syahdu sekali biasanya. Kadang-kadang tu pergi sekolah nangis. Bila tanya dia cakap rindu papa. Alahaiiii…. Macam lah balik rumah nanti tak boleh jumpa kan. Tapi tu lah. Anak-anak ni, kita pun tak pasti apa yang mereka fikirkan. Agaknya takut kalau Papa kerja jauh dan tak balik lama macam dulu kot.

OK lah. 
Tu je nak cerita hari ni. 
Hehehe... 

Ambik feel dulu. 
Esok kita update lagi ye. 
Banyak aktiviti nak share ni.

Daaa =D

No comments:

Post a Comment