Wednesday 6 January 2016

SKODENG ANAK DARJAH 1 - Apa yang mak ayah risaukan

Teks: Rahimah Binti Omar.

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 6 hb Januari 2016. 
Maknanya sudah 6 hari kita berada dalam tahun baru 2016. 
Untuk anak-anak yang baru  bersekolah, sudah masuk hari ke-2 atau ke-3. Maknanya juga, dah 2 @ 3 hari jugalah mak-mak skodeng aktiviti anak-anak di sekolah tu ye.  Ada yang ambil cuti hingga seminggu. Hehehe.

Macam mana dengan kawan-kawan Kak Tam yang lain 
yang ada anak darjah satu tahun ni? Skodeng juga ke?  

Setakat ni, ramai kawan-kawan yang Kak Tam kenal pergi ke sekolah untuk skodeng anak-anak darjah 1 ni. Ada juga yang kena berteman atau lebih tepat jadi rakan sekelas untuk sehari dua ni ^_^

Sebenarnya bila anak masuk darjah 1, 
mak-mak atau bapak-bapak yang terlebih risau. 
Macam-macam yang difikirnya. 

Yang paling dirisaukan :
  • Pandai ke pergi tandas sendiri (boleh ke bukak seluar + buang air + cebok + pakai seluar balik tanpa membasahkan seluar) & (takut terbuang air kat dalam kelas sebab takut or segan nak bagitau cikgu).
  • Boleh ke beli makanan sendiri (pergi kantin, beli makanan, bayar, ambil baki dan makan dengan kawan-kawan) & (boleh ke makan/minum dalam pinggan/cawan plastic (untuk kes yang extreme)) & (apa makanan yang dibelinya).
  • Pandai ke nak tunggu, turun naik bas @ tunggu mak/abah kat depan sekolah, lintas jalan (takut kemalangan, kes culik, rogol dan sebagainya).
  • Ada ke budak nak kawan dengan dia? (kes anak jenis pendiam)
  • Macam mana nak berhubung sebab anak tak boleh bawa handphone.


Kak Tam juga mempunyai anak yang masuk darjah 1 tahun ini. 
Kak Tam juga tak terlepas dari rasa risau. Tapi, kalau di buat perbandingan, suami Kak Tam la yang paling risau. Tengah hari hari pertama dah suruh call ustazah tanya Khalis macam mana. Hehehe

Mak ayah, Ummi Abi, Mama Papa, Ibu Bapak… 
jangan risau. Bukalah pintu hati dan terimalah hakikat bahawa anak anda telahpun melangkah ke dunia pembelajaran formal. 

Kalau sebelum ini mak ayah, ummi abi, mama papa, ibu bapak hantar anak ke taska/tadika dengan hati yang senang, buatlah benda yang sama. Kerana aura risau dan sedih tu sebenarnya akan turut dirasai oleh anak-anak. 

Jadi, berseronoklah. Awal-awal ni seeloknya berikan anak-anak aura yang positif supaya ia dapat menghasilkan perkara-perkara yang positif juga.

Memang benar, anak-anak ini tahap berdikari antara satu sama lain berbeza. Kalau abang dahulunya ok, sangat independent, belum tentu si adik pun begitu. 

Jika memang betul-betul perlu dipantau, silakanlah. 
Cuma, beri sedikit kepercayaan kepada anak-anak untuk belajar mengurus diri sendiri (makan, buang air, berkawan). Insyaallah, semua akan baik-baik sahaja.


Kak Tam sendiri berharap Abang Khalis dapat berdikari 
dan lebih berdisiplin bila dah sekolah ni. Semoga Allah mudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak syurga kita. 

Amin.

No comments:

Post a Comment