Assalamualaikum wbt.
Hari Jumaat yang lepas Kak Tam ikut rombongan Cik Kiah office ni makan tengah hari di Aroi Thai, Cyberjaya. Restoran makanan Thai yang menghidangkan menu-menunya dalam portion yang kecil dengan harga RM1.90 sebekas. Menarik kan.
Aroi Thai ni terletak di deret shop lot di Shaftburry, Cyberjaya. Kak Tam sendiri pun baru first time sampai sini. Insyaallah. Tak susah mana pun. Nanti Kak Tam tepek maps dan alamat restoran ni ye. Kot ada yang nak pergi. Boleh jadikan panduan.
Tengok! Ramaikan orang. Penuh. Lagi-lagi time lunch. Memang kena que untuk makan. Tapi service kat sini cepat. Insyaallah tak lama menunggu untuk dapat tempat.
Macam Kak Tam bgtau tadi, restoran ni menghidangkan menu-menunya dalam portion yang kecil. Dihidangkan dalam mangkuk yang kecil, cukuplah untuk 4 atau 5 suapan (depends pada cara makan masing2 ye). Disebabkan portionnya kecil dan harga pun berpatutan, maka banyaklah menu yang di order. Semua nak rasakan. Kak Tam sendiri pun order 7 menu termasuk air. Kak Tam order tom yum noodles, nasi prad ka paw ( x sure ejaan betul ke idak), som tam, spring roll (2 pcs satu hidangan), chicken wing (1 pc satu hidangan), sticky rice with manggo (pulut mangga) dan air kelapa.
Halal. Alhamdulillah. |
Menu depan dia tu semuanya dia punya. Hahaha |
Som tam |
Tom yum noodle |
Air kelapak |
Pada Kak Tam, boleh tahan juga masakannya. Sedap dan puas hati makan di sini. Lagi-lagi kalau tengah lapar. Seronok dapat rasa macam-macam menu. Sangat bijak tuan restoran ni buat konsep macam ni. Kak Tam rasa paling kurang setiap seorang akan order 4 menu termasuk air. Itu paling kurang. Masa Kak Tam makan hari tu, ada satu meja tu, 4 orang ladies je. Tapi meja penuh bertingkek-tingkek lagi susunan makanan dia.
The aftermath. Bertingkek2. |
Nampak tak? Haaa. Bertingkek-tingkek mangkuk kat meja kitorang. Tapi ok la. 7 orang punya makan. Dan yang pasti semua licin dan tiada pembaziran ye. Hehehe.
Oh ye. Satu lagi yang menarik, restoran ini tidak mengenakan 10% service charge ye. Hanya GST yang dikenakan.
Ok. Bagi yang nak ke sana dan menikmati makanan Thai, bolehlah tengok alamat dan maps di bawah ni. Aroi Thai ni ada 2 cawangan ye. Satu di Cyberjaya, satu lagi di Damansara. Bolehlah pergi ke mana-mana yang berdekatan.
Kesimpulannya, burpppp.... Alhamdulillah. Kenyang dan puas hati lah. Ye la. Dengan bajet lebih kurang Rm14 dapat makan 7 jenis menu termasuk air. Mane nak dapat kan. Biasa tu RM14 untuk satu jenis menu dan air. Itu pun kalau dapatlah kan.
Bagi food explorer dan kaki makan, boleh lah ke Restoran Aroi Thai ni untuk menimati pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Selamat menjamu selera :)
No comments:
Post a Comment