Monday, 27 April 2015

Bebola Paprik

Teks: Rahimah Omar

Assalamualaikum wbt...

Kakak Yaya sangat suka makan bebola. Tak kisah la bebola ikan, ayam, sotong atau ketam, termasuklah naget dan sosej. Asalkan bebola, memang favourite dia lah tu. Yaya memang agak susah untuk makan nasi. Jadi, Kak Tam kenalah rajin sket rebus atau goreng bebola untuk Yaya. Tapi sebab dah selalu sangat makan bebola, jadi boring la pulak. 

Selak-selak majalah Rasa yang lama-lama. Jumpa la pula resepi bebola paprik ni. Terus buat untuk Yaya. Sekurang-kurangnya, lain sket menunya. Ditambah pula dengan campuran sayur-sayuran. Jadilah ia satu resepi yang menyihatkan. 

Alhamdulillah, Kakak Yaya makan dengan penuh selera. Abang-abang pun suka. Kak Tam pun suka ^_^

Resepi ini agak mudah untuk disediakan. Kak Tam sediakan mengikut resepi paprik yang biasa Kak Tam buat. Hanya tukarkan bahan asas iaitu daripada ayam/ daging kepada bebola ikan, sotong, sosej dan lain-lain. 

Jom kita cuba :)


Bebola Paprik

Bahan-Bahan:

Bebola sotong, ayam, ikan, ketam, sosej dan lain-lain.
Bawang besar 
Bawang putih 
Kubis bunga
Carrot
Daun limau perut
Cili
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis
Sos cili 

Cara-Cara:


  1. Rebus atau goreng bebola sotong, ayam, ikan, sosej dan lain-lain. Kemudian asingkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dan goreng sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan sedikit sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap pekat. Tambahkan sedikit air. Gaul rata.  Bagi yang sukakan rasa pedas, boleh tambah cili kering yang telah di blend. 
  4. Masukkan kubis bunga, carrot, cili padi dan daun limau perut. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan bebola yang telah dimasak tadi. Gaul rata dan siap. Bolehlah dihidangkan.   



No comments:

Post a Comment