Monday, 4 May 2015

Seronoknya Balik Kampung...

Teks: Rahimah Binti Omar

Cuti sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak tidak disia-siakan. Sudah lama merancang untuk balik kampung Kak Tam di Batu Pahat, Johor. Hampir-hampir tak jadi disebabkan keadaan abah mertua tak berapa sihat. Tapi, memandangkan keadaan abah semakin baik dan ada adik beradik belah suami yang menjaga secara bergilir, dapatlah juga kami sekeluarga pulang ke kampung menjenguk mak dan abah.

Kami balik ke kampung pada hari Sabtu. 
Tak mengapalah lewat sehari asalkan dapat balik. Abang Khalis sangatlah suka dapat balik kampung Tok Ki. Dah berkali-kali dia menyebut nak balik kampung Tok Ki. Kebetulan ada Mak Lang di kampung. Tapi masa kami sampai, Mak Lang sedang bersiap-siap nak balik ke rumah mak mertuanya pula. Dapatlah jumpa Humairah, Baby girl Mak Lang yang dah lama x jumpa tu.

Tujuan utama balik kampung adalah untuk menjenguk mak dan abah Kak Tam. Jadi, tak ada lah plan nak berjalan ke mana-mana. Hanya bawa anak-anak ke Kolam Air Panas Sungai Grisek, Muar sahaja untuk mandi-manda pada pagi Isnin. Saja bagi diorang seronok. Bajet-bajet, hari Isnin tu dah x ramai orang. Rupanya masih ramai lagi yang bercuti.

Paling seronok di kampung bila dapat makan masakan mak. 
Kak Tam sendiri tak pernah mengharap mak masak makanan yang complicated. Cukup sekadar yang ringkas-ringkas sahaja. Cuti kali ini dapatlah Kak Tam makan daun pucuk ubi masak lemak, terung bakar berlada, kari ayam, ikan pari asam pedas, pengat keledek, lempeng pisang, sambal kelapa dan ulam-ulaman, kek gula hangus dan lain-lain. Semuanya masakan emak kecuali kek gula hangus. Itu adik Kak Tam, Hadi yang buat.

Rasa puas dapat makan masakan mak. Orang kata dapur tak pernah kering lah bila anak-anak balik kampung. Ada saje yang nak dimasak. Yelah, time ni je lah boleh request macam-macam kat mak ^_^.

Anak-anak pun seronok.
Sesekali dapat bermain dengan bebas di sekeliling rumah. Di kampung, mak ada bela beberapa ekor arnab, burung merpati, angsa dan ayam. Di tepi rumah pula banyak pokok-pokok bunga dan pokok-pokok lain hasil tanaman Pak Cu Hadi. Pokok mempelam, pisang, kedondong, markisa, delima, limau kasturi, cili, bendi, kangkung dan lain-lain. Pak Cu memang rajin menanam. Pokok-pokok bunga memang banyak. Kak Tam je yang tak tahu nama. Hehehe.

Encik suami pun seronok sesekali dapat mengeluarkan peluh dengan berkebun. Nak berkebun kat rumah sendiri memang x sempat. Jadi bila dah ada di kampung ni, buatlah apa-apa aktiviti luar yang patut. 
Bukan selalu pun. 

Kesempatan untuk balik ke kampung untuk bersama mak dan abah memang antara waktu yang Kak Tam tunggu-tunggu. Tak kisah la sebenarnya balik kampung belah suami atau balik kampung sendiri. Asalkan berada di kampung. Tapi off course la balik kampung sendiri lagi seronok. Tempat bermain dan membesar kan. 

Kalau orang tanya kenapa cuti panjang tak pergi bercuti dalam atau luar negara? Tak mengapalah. InsyaAllah, akan sampai waktu untuk kami merasa semua tu nanti. Tak perlu rasa rugi.

Bagi Kak Tam dan suami, ruang waktu yang kami ada sekarang ini merupakan ruang waktu yang kritikal untuk kami menghabiskan masa bersama dengan ibubapa kami. Kerana mereka sudah tua. Kami tidak tahu bila mereka akan kembali menemui Pencipta. Kalau boleh biarlah lambat lagi. Tapi bukan kami penentunya. Jadi, kami ambil pendekatan, luangkan seberapa banyak masa yang kami  ada untuk bersama-sama mereka, untuk mencipta kenangan dan memori gembira bersama. 

Bagi yang dah lama tak balik kampung menjenguk ibubapa... baliklah sekerap yang mungkin. Jangan nanti bila mereka sudah tiada, barulah terasa rugi tidak meluangkan masa bersama. Rindu membuak-buak pun tiada apa lagi boleh dilakukan. 

Buat mak dan abah, termasuk mak dan abah mertua... kami sekeluarga doakan mak dan abah sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian.... Agar kami dapat terus menabur jasa kepada mak dan abah. Agar kami dapat terus merasa air tangan mak. Agar kami dapat terus merasai kasih sayang mak dan abah. 

 Mak dan Abah... I luv u so much ^_^        

No comments:

Post a Comment