Thursday 11 February 2016

CARROT CAKE SIMPLE

Teks: Rahimah binti Omar

Assalamualaikum wbt.

SIMPLELICIOUS CARROT CAKE

Dah lama Kak Tam berhajat nak buat carrot cake ni. Tapi asik tertangguh sebab tau kek ni hanya Kak Tam seorang je yang makan kalau dibuat. Anak-anak tak berapa gemar.

Satu lagi, Kak Tam kalau baru first time nak cuba buat kek ni tak pandai la nak bajet-bajet buat separuh adunan. Takut x menjadi. Nampak sangat amatur nya tu kan ^_^

Bila mengenangkan bahan-bahan semua dah ada ... Dan nak menambah ilmu dan menambah resepi yang telah dicuba, maka Kak Tam rajinkan la diri untuk buat carrot cake ni.



OK la untuk first timer cam akak ni =P
TADAAAA....

Inilah hasilnya Carrot Cake yang baru first time Kak Tam buat sendiri ni. Amacam? Nampak menyelerakan tak? Heheheh.... Ni buat sendiri tau. Bukan beli kat Secret Recipes. Abaikan alas kek Secret Recipes tu ye. Kita gunakan apa yang ada kat rumah je.

Untuk Carrot Cake ni, Kak Tam cari dan guna resepi yang mudah dan senang. Ada macam-macam versi resepi carrot cake ini. Tapi secara amnya, bahan asas yang digunakan adalah sama. Banyak sumber rujukan dari blogger-blogger masakan yang terkenal. Kak Tam combine kan, cari yang mudah.... dan inilah hasilnya. 

INSYAALLAH, seamatur manapun anda, pasti akan menjadi asalkan langkah-langkah penyediaan diikuti satu persatu.

Antara sumber rujukan Kak Tam adalah Azie KitchenAzlita Mazam Manis dan Resepi Mak Dara

Ikutlah mana yang nak diikut. Kak Tam combine sana sini.... dan inilah hasilnya.

CARROT CAKE SIMPLE


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm gula kastor (Kak Tam kurangkan sikit)
120 gm gula perang
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis (x yah letak kalau x suka)
1 cawan walnut (panggang dan cincang kasar)
2 cawan carrot (parut kasar dan toskan airnya jika terlalu berair)
1 cawan kismis (x letak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati.
  2. Ayakkan tepung gandum, baking soda, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan tadi sambil terus diputuar.
  3. Masukkan pula carrot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan kertas minyak. Bakar selama 45 atau sehingga masak pada suhu 180c.
  5. Untuk yang suka nak letak kismis, separuh kismis boleh digaulkan dalam adunan, manakala separuh lagi boleh ditaburkan di atas adunan supaya ia tak jatuh ke dasar kek.
  6. Siap masak, sejukkan dan bolehlah dihias dengan frosting cream cheese.

Cream Cheese

Bahan-bahan:

2 cawan gula icing (Kak Tam kurangkan)
250gm cream cheese
5 sudu besar unsalted butter (butter biasa pun boleh)
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan
  1. Putar cream cheese, butter dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kak Tam suka kurang manis sebab kek dah manis :)
  2. Sejukkan sebentar dalam peti ais sehingga agak stiff sebelum disapu rata di atas kek.
  3. Dah siap, boleh la dihias ikut citarasa masing-masing dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba =)

2 comments: