Wednesday 27 April 2016

Anak Saya Banyak Bercakap @ Becok. Bagaimana respon Mama?

Teks: Rahimah Binti Omar


Assalamualaikum wbt.

Ini rutin harian Mama...

Balik kerja seawal yang mungkin. 
Merentas kesesakan lalu lintas.
Kalau ada keperluan rumah, singgah kedai dulu. 
Kalau tak ada, terus ambil anak di nursery.

Masuk je kereta, semua berebut nak mula bercerita.

Abang Khalis dengan kisah rakan-rakan sekolah. 
"Ada lipas masuk seluar Cik Puan Muda Diyah (kawan perempuan). 
Kat dalam bilik air. Menangis-nangis. Cikgu tolong keluarkan lipas tu 
dari seluar Cik Puan Muda Diyah"
(bercerita dengan penuh perasaan) 
^___^

Iman pulak cerita progress pelajaran dia. 
"Iman dah pandai counting 1 sampai 10 Mama. 
Iman dah pandai baca 'ba bi bu be bo'. 
Teacher Ain dah x garang lagi"
(pun excited jugak)
Hehehe

Yaya pulak... 
kisah gaduh-gaduh dengan kawan perempuan dia.
"Yaya x nak kawan dengan Dhia lagi sebab Dhia tolak Yaya"

Echa pun ada cerita jugak...
Apa abang kakak sebut semua dia dok repeat balik. 
Sebutan semua pelat belaka.
Jadilah cerita caca marba =D

Mama?
Memang letih. 
Letih kerja tak hilang lagi. 
Tiba-tiba daripada suasana tenang memandu sorang-sorang 
terus jadi haru biru. Sebab semua berebut nak bercerita. Siap gaduh lagi kalau ada antara diorang yang potong cerita masing-masing. 

Ini Mama dah susun cerita diorang elok-elok. 
Boleh lah faham. Mama yang tukang dengar mula-mula ni 
serabut nak faham cerita. Nak sincronize semula jalan cerita dan apa yang terjadi. 

 Itu belum lagi waktu-waktu lain. 
Ada saje cerita. Kalau tak bercerita, ada saja soalan nak ditanya. 
Lagi-lagi kalau tengah tengok tv. Time tu jugaklah nak bertanya itu ini 
=P 

Tak pun menyanyi x berhenti-henti. 
Lepas satu lagu ke satu lagu. 
Habis semua lagu Didi & Friends. 
Sampai Mama pun boleh hafal sama 
^_^

Pendek kata, senyap bila waktu tidur je lah.
Hahaha

Itu nasib baik 4 orang je. 
Parents lain yang ada lebih dari 4? 
Kalau semua ada anak yang jenis becok-becok macam anak Mama ni? 
Lagi la haru biru kan. 
*____*

Apa respon Mama bila anak-anak bercerita? 
Diam je ke? 
Atau marah sebab rasa serabut? 
Jerit suruh diam barang kali.
Atau buat tak tau je? 

Alah... cerita kanak-kanak je pun. 
X penting 
-___-

Pada pandangan Mama, 
semua cerita anak-anak perlu dilayan. 
In fact, anak-anak bercerita pada kita pun bertujuan untuk diberi perhatian 
dan mendapat feed back yang sewajarnya.

"Hmmm"
"OK"
"ye ke?" 
dan lain-lain perkataan yang seangkatan dengannya 
bukanlah satu feed back yang baik sebenarnya. 
Tapi bukanlah tak boleh guna langsung. 
Cuma lebih baik sekiranya boleh diselang selikan dengan soalan 
ataupun pendapat supaya anak-anak rasa kita memberi perhatian 
pada cerita mereka.

Common sense lah kan, 
kalau kita bercerita dengan kawan kita, 
mesti kita nak dia beri perhatian kan. 
Sekurang-kurangnya kita nak kawan kita bagi kata-kata semangat atau menenangkan kita pada waktu itu. Ini kalau cerita sedih la. Kalau cerita happy, mesti kita nak kawan-kawan ucapkan tahniah ke apa ke kan.

Tak de nya sesaje cerita. 
Habis cerita terus blah. 
Macam nothing happen 
=P

Anak-anak pun macam tu juga sebenarnya. 
Walaupun hakikatnya cerita mereka tu sekadar cerita kosong,
 ataupun mungkin cerita yang sengaja direka-reka, 
tapi ketahuilah mereka bercerita kerana mahukan perhatian kita.

Jawapan bagi setiap soalan yang dilontarkan pada kita 
ataupun feed back untuk setiap cerita-cerita mereka adalah penting untuk tunjukkan bahwa kita memang sedang memberi perhatian pada mereka.

Secara tak langsung 
kita mewujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak. 
Anak-anak akan jadi lebih berani untuk berinteraksi dan akan lebih kreatif. 

Macam cerita Abang Khalis pasal lipas masuk seluar kawan perempuan kat sekolah tu. Cerita nya setakat itu je, tapi dok ulang kali sebut yang tu je. Sebab anak-anak ni dalam kepala dia dah register dah balik nanti nak cerita apa kat mak dia. Jadi, mak ayah yang mendengar boleh bantu anak dengan cara bertanya. Contohnya, kat mana berlaku kejadian tu? Lipas keluar dari mana? Besar ke kecik lipas tu? Lepas tu apa terjadi? 

Boleh juga sambil-sambil selitkan pengajaran atau nilai moral dalam cerita anak tu yang mana sebelum ni diorang tak nampak. 

Contohnya:

 Q: Kenapa ada lipas. 
A: Sebab bilik air kotor. 

Q: Kenapa kotor? 
A: Sebab tak bersihkan. 

Q: Agak-agak abang kalau tandas bersih ada lipas tak? 
A: Kalau bersih tak ada la lipas. 

Q: Abang suka rumah bersih ke kotor? 
A: Abang suka rumah bersih la Mama.

Ha. Sebab tu lah Mama selalu suruh Abang bersihkan rumah, kemas tempat mainan bila dah main, kemas stationary bila dah siap menulis @ melukis, buang sampah dalam tong sampah yang Mama dah sediakan. Nanti kalau rumah bersih, lipas pun x ada. Betul tak Abang?
A: Betul Mama.
=D

Hahaha. 
Panjang pulak bebel. 
Point nya satu je. 
Kalau anak becok, layan je la. 
Sel-sel otak diorang tengah berhubung dengan jayanya. 
Jadi, kita bantu la seadanya supaya sel-sel otak yang telah berhubung itu 
kekal selamanya. 

Ada orang kata anak yang banyak cakap @ becok ni anak yang cerdik. 
Betul ke?

Hmmm... Betul la tu.
Jangan tak percaya plak ^_^





No comments:

Post a Comment