Sunday 31 July 2016

Kesan Gajet Terhadap Anak-Anak: Cara Hilangkan Ketagihan Anak-Anak Terhadap Gajet

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Lama dah Kak Tam tak menulis benda-benda yang ilmiah ni. Asik la yang merapu je kan. Hari ni nak share perkongsian Puan Adlil Rajiah @ Acik Jiji dalam blognya mengenai tragedi-tragedi yang menimpa anak-anak berpunca daripada gajet. 

Kalau nak tahu, Kak Tam memang follow blog Acik Jiji ni. Banyak ilmu parenting yang dikongsikan. Dan kali ini Kak Tam nak share dalam blog Kak Tam pulak. Senang untuk dijadikan rujukan masa depan =D

Sebelum baca apa yang Kak Tam nak tulis, eloklah kalau baca dulu perkongsian Acik Jiji di SINI. Satu lagi kat SINI.

Dah baca ke??? Agak-agak insaf x? Ada rasa nak bagi anak main tab atau smart phone lama-lama tanpa kawalan tak? Kalau ada yang masih tak insaf dan x sedar lagi keburukan benda ni, tak tahu la Kak Tam nak cakap macam mana T__________T

Kebetulan, dalam kepala ni memang ada rancangan nak belikan satu tab untuk anak-anak. Sebabnya baru-baru ni anak Kak Tam pecahkan skrin iPad. Maka hilanglah satu gajet. Tinggal satu smart phone yang dah tak guna tu untuk diorang share main. Disebabkan selalu berebut dan end up dengan tangisan yang agak annoying, maka mama & papa selalunya terpaksa beralah dengan memberi smartphone memasing kepada anakanda tercinta. Itulah sebabnya datangnya idea nak beli satu tab khusus untuk diorang
-____________-

Tapikan...
bila baca perkongsian Acik Jiji ni, rasa sentapppp yang amat. 
Huhuhu…

Sebenarnya bukan tak sedar keburukan gajet terhadap anak-anak kecil ni. Tapi macam Acik Jiji tu cakaplah, alasan yang cliché selalu digunakan …. 

‘Senang nak buat keje, nanti diorang senyap sket’.

Tak pun,
‘serabut dengar diorang gaduh or berebut telepon. Bagi je lah’.

Tak pun,
 ‘ala, bukan selalu pun’…

Tak pun,
‘saya bagi main educational games je’….

Tapi dalam x selalu tu kan, 
setiap kali mengadap gajet mau sejam atau 2 jam tanpa henti.

Kesian kan anak-anak kita =(

Kak Tam tak nafikan. Zaman sekarang ni anak-anak cepat terdedah dengan pelbagai teknologi. Kalau bagi smart phone tu, cepat je jari menekan. Setakat nak cari apa-apa cerita kat youtube tu no hal lahhh… lagi-lagi kalau dah pandai mengeja. Main game lagi lah.. tak payah diajar. Cepat je tau apa nak buat. Kita yang dewasa ni pun baca dulu direction sebelum main. Diorang tak, redah je. 
Tau-tau dah terer =P

Kak Tam sendiri buat undang-undang untuk main gajet di rumah. NO GADGET during school days. Weekend sahaja dibenarkan untuk menatap gajet. Tapi rimas juga kalau daripada bangun tidur sampai la nak tidur balik masih mengadap tab/gajet tu. Walaupun tak la 24 jam tanpa henti, tapi boleh dikatakan ditahap yang merisaukan jugaklah bila tengok diorang focus main tanpa pedulikan hal lain.

Paling geram kalau Kak Tam panggil suruh tolong buat apa-apa tapi tak da sape yang menyahut atau datang. Kalau dah sampai tahap rasa nak bertukar hijau tu, hmmmm alamatnya memang kena rampas la gajet tu lepas tu.

Disebabkan peraturan ni jugalah Kak Tam jarang tengok telefon di rumah. Lagi-lagilah kalau hari kerja. Balik je rumah, telefon akan digunakan atau dijenguk kalau perlu sahaja. No scrolling WA, FB, Instagram or online shopping. Kalau nak tengok sangat pun time anak-anak dah tidur. Kalau tak, once Kak Tam pegang telefon lebih 5 minit, maka akan datanglah makhluk-makhluk kecil menempel di kiri dan kanan Kak Tam dengan membuat muka seposen untuk dapatkan phone tu ^_____________^

Honestly, walau kita kawal macam mana pun, tetap ada keburukan. Susah untuk kawal anak-anak sebenarnya. Bak kata Acik Jiji, anak-anak ni ada "super power" untuk memanipulasi orang dewasa. Tu dia. Super power ape tu??? Macam-macam.... buat muka seposen yang comel, pujuk rayu dengan suara yang mendayu-dayu, rengekan yang annoying, tantrum dan sebagainya. Nak tak nak, mak pak ni lelama terpaksa jugak bagi. 

Sekali kita memberi, kesannya adalah untuk selamanya ye tuan-tuan dan puan-puan -___-

Contoh, macam anak Kak Tam. Ada masa walaupun hari tu cuti sekolah atau hujung minggu, Kak Tam tak bagi main gajet sebab dah terlalu lama mengadap benda alah tu sampai tak ingat buat perkara lain. Jadi, anak-anak akan mula pertikaikan tindakan Kak Tam.

“Hari ni kan cuti, nape tak boleh main telepon plak?”

“Semalam bagi, hari ni tak bagi” (sambil tarik muka masam atau hentak-hentak kaki tanda protes).

“Mama kata hari sekolah je tak boleh main. Cuti sekolah boleh. Ni nape tak bagi main plak?”

Haa! Nampak tak. Betapa anak-anak ni pegang pada peraturan yang kita tetapkan, tapi kita plak yang tak patuh. Sedangkan peraturan yang mak diorang tetapkan tu pon tak berapa nak bijak sebenarnya. Kan dah kena persoalkan. Huhuhuuuu -_____________-

Bila baca perkongsian Acik Jiji, Kak Tam rasa kalau tak bagi terus pun xde rugi apa. Cuma sebagai ibubapa, mak pak kenalah kreatif nak bagi diorang sibuk beraktiviti.
Ini cara Kak Tam nak kurangkan ketagihan diorang terhadap gajet/ smart phone ni. Tengah buat berdikit-dikit dengan harapan akan lupuslah ingatan diroang pada gajet/smart phone tu.


# 1.
Tukar dari ipad/ gajet / smart phone kepada TV. 
Buka channel kegemaran/ kartun kegemaran. Memula memang nangis. Tapi lama2 nanti dia akan biasa dan ok. TV ni pun sebenarnya tak bagus juga kalau tengok lama-lama. Kesannya lebih kurang ketagihan gajet jugak. Tapi boleh pilih rancangan yang elok dan tetapkan masa menonton supaya takde lah 24 jam mengadap TV je nanti kan. Ini pun bukanlah kaedah yang terbaik. Cuma untuk permulaan, ia agak berkesan untuk alihkan perhatian anak-anak daripada gajet kepada TV. Ingat ye. Ini kaedah sementara je tau.


 #2.
Sediakan mainan yang boleh dimain oleh anak-anak. 
Kalau tak de kena belikan. Lagi bagus mainan yang boleh buat dia focus dan jadi kreatif seperti lego atau play doh. Educational toys pun banyak di pasaran. Kalau tak ada duit nak beli, jangan risau. Banyak DIY games boleh buat untuk anak-anak ni. Buat sama-sama dengan diorang lagi seronok.


#3.
Main sama-sama dengan anak-anak.
Dah ada mainan, jangan lupa main sama dengan anak tu ye. Involve sekali. Jgn biarkan dia main lama-lama sorang2. Nanti dia cepat boring. Kalau kita join sekali, ada fun kat situ. Beri pujian kalau dia berjaya buat sesuatu atau tunjuk sesuatu kat kita. Bagi respon untuk setiap tindakan dia. Dengan cara dia dia akan enjoy main dan lupa pada gajet tu.

#4.
Bawa ke playground atau buat outdoor activity. 
Outdoor activity tak semestinya kena yang grand macam gi camping atau redah hutan. Main tanah, sapu-sapu sampah, korek-korek tanah, kumpul daun, tengok siput pon dah ok dah tu. Bagi anak-anak kenal alam. Nampak simple, tapi ramai orang lupa nak buat. 

Bila kata kenalkan dengan alam, automatic masing-masing terpikir nak gi zoo kan. Pastu mulalah bagi alasan tak ada masa. Kalau rumah tak ada tanah, bolehlah bawak gi playground. Selain main kat playground tu, sekitar playground tu pun dah boleh dijadikan sebagai bahan untuk kenal alam sekitar.

#5.
 Free writing & free drawing activity. 
Sangat berkesan. Yang ni Kak Tam selalu buat. 
Stok kertas dan pensil memang kena ada kat rumah. Kalau rajin boleh buat aktiviti ni kat luar rumah, lagi seronok. Bagi anak kertas dan pensil/kaler, biarkan diorang bebas melukis dan menulis apa yang diorang imagine. Kalau rajin, masa buat out door activity tu pun boleh selitkan aktiviti free drawing ni.


#6.
Bawa mainan dan barang keperluan asas untuk aktiviti anak ketika outing.
Yang ini pun Acik Jiji ada kongsi di blog beliau. Rajin kan bawak mainan/ alat tulis untuk anak-anak. Beg Kak Tam memang penuh dengan barang-barang anak-anak. Yang paling suka tumpang mainan / lego dalam beg Kak Tam adalah Iman. Kalau jalan-jalan mesti dia akan bawak mainan. Dalam beg Kak Tam pun ada tersedia pencil atau pen. Biasanya kalau keluar, ada satu beg khas untuk barang-barang anak-anak. So sumbat je la kertas dan pensil warna 6 atau 7 batang. Kak Tam bawak banyak sebab anak 4 orang kan. Benda-benda ni boleh divert perhatian diorang sementara kita tengah menunggu makanan ke atau tunggu sape-sape tengah shopping ke. Daripada diorang bosan, at least adalah aktiviti yang nak dibuat kan. Daripada bagi smart phone atau gajet, adalah aktiviti yang berfaedah sket kan.

OK. 
Semua kaedah di atas kena buat secara konsisten. x semestinya hari ni buat terus anak hilang ingatan terhadap smart phone atau gajet yang dah biasa menemani hidup diorang selama ni ye. Mungkin juga ada yang tantrum tahap gaban bila x dapat gajet diorang. 

Mak pak, jangan risau k. 
Kita niat untuk buat yang terbaik untuk anak-anak. Yang penting usaha. 
Kita pun tak nak la tragedi-tragedi yang dikongsikan oleh Acik Jiji tu 
terjadi pada anak-anak kita kan. 

Dalam kita berusaha, jangan lupa juga untuk berdoa selalu. 
Doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita. 
Semoga anak-anak terlepas dari menjadi mangsa 'bencana teknologi' masa kini. 
Amin :)



1 comment:

  1. LuckyClub | Live Dealer Casino | Live Dealers
    Lucky Club is a Live Casino. It offers live dealers and table games. The site provides live blackjack, roulette and baccarat, as well as a live  Rating: 4.3 · ‎10 votes · ‎Free · ‎Game luckyclub

    ReplyDelete