Friday, 6 October 2017

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Assalamualaikum.

Kisah balik kampong bulan lepas. Bawa mak dan anak-anak jalan-jalan di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Sebenarnya ini kali kedua Kak Tam ke Pantai Minyak Beku ni. Nama je orang Batu Pahat, tapi kalau tanya tempat-tempat menarik kat Batu Pahat ni memang tak tau le jawab nya. Siap kena google dulu okay. Hape daaa >_<

Pantai Minyak Beku ni, nama je pantai. Tapi bukanlah pantai berpasir yang landai tu. Lebih kepada muara sungai je gayanya. Pertama kali pergi ke sini dengan mokde masa zaman kanak-kanak. 20 tahun lepas ada kot =P

Banyak juga perubahan di Pantai Minyak Beku ni. Dah cantik. Ada pedestrian walk tepi pantai ni. Kawasan nak parking pun lebih luas. Ada ditanam pokok-pokok hiasan di tepi-tepi laluan pejalan kaki.

Kawasan Pantai Minyak Beku sesuai untuk bersantai-santai saja. Ambil gambar cantik-cantik. Ramai je pasangan pengantin ambil gambar kat sini. Gigih nye tengah-tengah panas dik oiii >_<

Kalau nak berkelah pun boleh juga, tapi terpaksa berpanas lah sebab kawasan terbuka. Takde pokok besar untuk berlindung. Setakat Kak Tam pergi hari tu takde la pulak nampak orang berkelah kat sini. Hehehe

Anak-anak pun x menunjukkan muka happy sangat sebab takde pasir nak main. Target diorang kalau sebut ‘pantai’ tu bermakna adalah air laut dan pasir nak main. Ada anak-anak ketam dan cengkerang siput nak dikutip. So, bagi diorang Pantai Minyak Beku bukanlah ‘pantai’ macam yang diorang faham. Sungguh mengecewakan kan =P

Pantai Minyak Beku ni ada sejarahnya. Katanya pantai ini mendapat nama daripada sebatang pokok yang mengeluarkan minyak daripada akar/dahannya dan minyak tersebut membeku sebelum sempat jatuh ke bawah. Kawasan ini juga merupakan titik permulaan sejarah Batu Pahat yang mendapat namanya dari peristiwa memahat perigi untuk mendapatkan air tawar oleh tentera siam pada suatu masa dahulu.

Perigi yang disebut dalam sejarah tu ada di Pantai Minyak Beku tu tapi Kak Tam tak tengok pun. Sebab ramai orang kat situ, kawasan periginya kecik je. Takpe lah. Kami bagi laluan pada orang-orang yang lebih appreciate sejarah untuk tengok dan teliti perigi tu  ^_^

Kami tak lama pun kat situ. Sebab pergi pun dah petang. Layan anak-anak cari siput celah batu. Lepas tu belanja aiskrim sebatang. Then beransur pulang.


Okay. Jom tengok gambar.

Kawasan berbatu-batu. Tapi pemandangannya Subhanallah! Tetap cantik.
 
Stresssss takde pasir dan x boleh mandi laut =P

Ada la pasir sket yang hujung nun.
 
Nak jugak cecah air laut tu.

Mama! Ada bot. 

Carilah pape yang ada kat celah-celah batu tu ^_^
 
Bayangkan pasangan penganti amik gambo kat celah-celah batu ni.
Mau terkucil kaki kalau pakai kasut tinggi dik non!

Inilah bondaku yang tercinta. Belanja mak asikrim murah je pun mak dah happy.

Hari dah nak senja. Moh kita balik.



Monday, 21 August 2017

Jalan-jalan Cameron Highland 2nd day

Assalamualaikum.

Hari kedua. Pagi-pagi bangun encik husband mengadu sakit kepala macam nak kena migrain. Sudah! Ubat dah la tak bawa. Nasib ada standby paracetamol. Bagi dia makan ubat dan suruh rehat. Alhamdulillah pukul 8.00 pagi dia dah ok sket. Kami keluar pergi sarapan di kedai.

Macam semalam, makan tak jauh, masih di area Tanah Rata. Area Tanah Rata ni ada banyak kedai makan dan restoran yang boleh dipilih. Lepas makan aktiviti seterusnya nak pergi Taman Sedia. Dah janji dengan anak-anak nak pergi petik strawberry kat Opah Strawberry's Farm. 

Masuk kawasan situ, dah banyak yang berubah. 3 tahun lepas tak banyak attraction sangat di kawasan rumah opah ni. Kali ni, siap jem kawasan rumah opah ni. Sebab hujung tu jalan mati. Dengan orang nak pusing lagi. 

Dalam deret yang sama ada kedai makan nasi lemak sambal strawberry. Rasa nya yang Abang Sambal Strawberry tu kot. Kak Tam tak pergi. Tengok dari jauh dan tanya kat pekerja di Opah Strawberry tu je. Asal tu memang ada plan nak beli sebotol dua sambal strawberry tu. Tapi bila tengok harga dengan size botol nya. Allah! Mahal betul rasanya. Lagi pun dah rasa sambal starwberry yang Opah Strawberry buat. Khalis kata lagi sedap sambal tumis mama masak untuk makan dengan nasi lemak tu. Hahaha. Atas sebab tu, selamat lah duit Kak Tam dari beli sambal strawberry tu.

OK. Harga petik strawberry kat Opah Strawberry's Farm ni masih sama. RM35 sekilo. Masuk adalah percuma. Kira harga untuk strawberry yang kita petik jela nanti. Cumanya sebab hari sebelum tu dah ramai orang datang, jadi tinggal strawberry yang kecik-kecik je. Jenuh nak cari yang besar dah tak ada. =P

Hasil kutipan tak sampai sekilo. Cukuplah untuk bagi pengalaman kat anak-anak. Beli skon 4 ketul untuk bekalan makan dalam perjalanan balik nanti dan sebotol jem strawberry yang fresh.


Petik Strawberry.


Seronok dapat petik sendiri.


Pokok strawberry



Posing sket =D




Lebih kurang pukul, 10.30 pagi kami keluar dari strawberry farm tu sebab orang semakin ramai di kawasan situ. Sebelum stuck, balik keluar cepat.

Next, plan nak ke Brinchang. Nak tengok-tengok Lavender Park dan taman-taman lain yang ada kat atas. Lepas je Tanah Rata, jalan dah mula jem. Kereta terlalu banyak. Disebabkan kami perlu check out jam 12.00 tengah hari, maka keputusan dibuat untuk patah balik dan kembali semula ke homestay.

On the way balik ke Tanah Rata tu ada Pasar Tani (x sure la apa nama pasar tu) kat tepi jalan. Kami singgah untuk beli strawberry beberapa bekas untuk dibawa balik. Beli siap dengan coklat sekali. Oh ye. Strawberry yang beli di pasar malam tu dah habis anak-anak makan ^_^ Harga lebih kurang sama macam di Pasar Malam Cameron. Lagi besar size lagi mahal harganya. Standard la tu kan.

Beli ubi keledek madu yang comel kaler purple 1 ½ kilo RM10 dan  sayur pelbagai jenis RM10 untuk 4 paket. Tips sket untuk beli sayur di Cameron ni. Tanya dulu harganya. Kalau boleh pilih sayur yang murah harganya berbanding di tempat kita. Ye lah. Dah kita berada di tempat yang banyak tanam sayur kan. Sepatutnya sayur-sayur fresh boleh dibeli dengan harga yang murah berbanding tempat lain kan.

Contoh kat pasar ni brokoli dan kobis bunga 2 ketul atau 2 pokok RM10. Maknanya RM5.00 sepokok. Sizenya kecil sama je dengan size yang dijual di pasaraya tempat Kak Tam. Agak mahal lah kiranya. Yang ini tak suggest sangat lah beli. Timun jepun ada 4 batang besar dalam satu paket RM2.50. Ini kalau ambil sayur campur-campur 4 paket RM10 tu. Yang ini berbaloi juga kalau beli sebab timun nya besar dan fresh. Kak Tam beli timun jepun, tomato ceri, cendawan dan carrot. Tak beli sayur yang pelik-pelik pun. Nanti tak makan pula kan. Jagung manis mak mertua dah beli banyak. Pow dia punya je lah. Heheheh

Habis shopping, balik homestay dan terus berkemas untuk check out. Sebelum keluar, makan dulu makanan-makanan yang kami beli di pasar tadi. Buat alas perut dulu kononnya.

Settled check out, kami terus menuju ke Ladang Teh Boh. Semalam lagi dah ternampak sign board Ladang Teh Boh ni. Tempat nya jauh masuk ke dalam. Masa on the way ke ladang teh ni tak banyak kereta. Ada dalam 3 atau 4 kereta je. Happy rasanya. Bajet-bajet tak ramai orang naik ke Ladang Teh Boh ni. Bajet-bajet boleh la lepak-lepak kat café sambil minum teh panas.

OTW ke Ladang Teh Boh.

Cantik pemandangan.
 
Cantik sangat ladang teh.

Dah start jalan sempit mendaki ke ladang teh.
 
Suka sangat tengok ladang teh nan menghijau =)


Ini dekat dengan guard yang 1st tu. Boleh turun ambil gambar di sini.





Jalan ke ladang teh ni semakin lama semakin sempit. Muat-muat sebijik kereta lalu. Kalau ada kereta dari laluan bertentangan, kena berhenti dan beri laluan pada salah satu kenderaan. Agak seriau sebab tepi tu curam. Tapi pemandangan memang cantik. Ladang teh nan menghijau luas terbentang depan mata. Udara segar je rasa.

Sampai kat satu check point, ada guard jaga. Tanya dia ramai ke kat atas. Dia kata ramai sangat. Parking pun tak ada. Masa ni optimist je lah. Dengan harapan adalah ruang-ruang kosong kami boleh menyelit untuk parking. Dari check point guard tu ada la dalam 2 km lagi nak sampai. OTW naik, bertembung dengan satu kereta. Brother ni turunkan tingkap dan bagitau kat atas stuck. Tak ada parking dan orang start buat u-turn untuk turun. Jeng jeng jeng… Dah berkira-kira nak terus naik ke tak. Tapi nak buat u-turn pun payah juga. Tak ada ruang dan jalan sempit. Maka terpaksa juga lah terus naik.

Sampai kat kawasan café Ladang Teh Boh, memang seperti yang dikhabar oleh brother tu tadi. Parking penuh, ruang nak pusing pun x ada. Kereta pak mertua dah ke depan dan selamat buat u-turn. Kami baru nak mencelah-celah masuk cari ruang untuk u-turn. Azab nya rasa bersempit-sempit macam ni. Pak Guard yang jaga lalu lintas kat situ pun dah pening nak bagi arahan. Masalah yang paling besar bila ada yang pentingkan diri sendiri dan parking sesuka hati dan menghalang laluan keluar masuk. Dekat satu jam juga habiskan masa kat situ. Dapat lah keluar amik angin kejap. Nak ke café menghirup teh panas memang dalam mimpi je la kan =p.

Pihak Management Ladang Teh Boh tu dah bagi arahan kat guard di check point pertama tadi untuk stop kan kenderaan naik ke atas. Bila kereta dah reda sket, kami cepat-cepat turun. Tak nak stuck sekali lagi.

Phewww!!! Lega rasanya dapat turun dengan selamat >__<

Kami teruskan perjalanan. Tak ada singgah mana-mana lagi dah. Nak terus balik kononnya.

Tapi kan…. Semalam masa otw abah nampak jalan ke Sungai Koyan. Menyebut-nyebut nak ke Sungai Koyan. Lama tak pergi katanya. Sebab dah sebut banyak kali, tetiba plan nak balik berubah. Terus masuk jalan ke Sungai Koyan/Kuala Lipis ikut Betau.

Hmmmm… Kena amik EL lah esok ni. X larat nak terkejar-kejar balik.   

Jom sambung jalan =D

Friday, 18 August 2017

Jalan-jalan Cameron Highland - 12/8/2017 (Hari Pertama)

Assalamualaikum.

Jalan lagi? Ye jalan lagi kita. Hahaha

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dan nikmat sihat. Jalan la sementara boleh. Kali ni kami ke Cameron Highland dengan mak abah mertua dan adik ipar. Seperti biasa plan last minit. Lama dah nak pergi. Kali terakhir pergi Cameron Highland 3 tahun lepas. 

Survey tengok ada homestay yang affordable, then terus proceed. Kalau plan lama-lama biasa tak jadi sudahnya.

Sabtu pagi kami bertolak dari Tanjung Malim jam 10.00 pagi. Ikut Tapah. Sampai lebih kurang jam 11.30 tengah hari campur berhenti. 

Lata Iskandar. Ada juga yang mandi air tejun ni walaupun sejuk.

Ladang Teh Cameron Valley. Tak berhenti sebab ramai sangat orang.
 
 
Dah sampai area Tanah Rata. 
Nangis-nangis nak beli ais krim tembikai. Dapat juga akhirnya opah belanja. Kalau dengan mama tak dapat lah dik oii.
Kami menginap di Greenhil Resort yang terletak di Tanah Rata. Sewa homestay (apartment) di sana. Harga semalam hujung minggu RM350. Ada 3 bilik, 2 bilik air, kelengkapan asas memasak, water heater dan terletak di ground floor. Apartment ni tak ada lift. Memang kami request nak ground floor. Kalau tingkat atas harga akan murah sedikit.

Check in at 2.00 pm. Check out 12.00 pm.

Greenhill Resort, Tanah Rata
Hari pertama, jalan-jalan sekitar Tanah Rata sahaja. Nak naik ke Brinchang, tapi hujung minggu orang ramai yang amat sampaikan jem. Sebelum ni kami pergi hujung minggu juga. Tapi tak la jem. Mungkin kena pergi hujung minggu sebelum gaji kot, baru kurang sket orang. =P

Ada jalan yang ditutup dan jadi one way antara penyumbang jem.

Tengah hari sampai tu ronda-ronda kejap terus check in homestay. Minta masuk awal dari caretaker homestay. Since rumah dah siap kemas, dapatlah masuk pukul 1.30 ptg. 

Makan-makan dulu. Rehat-rehat. Pukul 4.00 petang kami keluar semula. Mak dan abah tak ikut. Nak rehat dulu katanya.

Kami keluar jalan-jalan di kawasan Tanah Rata. Cari baju sweater anak-anak. Memamng diorang takde baju panas pun. Ada pun dah kecik. Last beli 3 tahun lepas kat Cameron Highland juga. Sebab semua dah besarkan, maka kenalah beli yang baru.

Harga baju panas kat sini boleh tahan murah juga. Ikut design la. Makin cantik makin mahal. Total baju panas 4 helai untuk anak-anak RM120. Kira RM30 sehelai. Pada Kak Tam ok dah harga tu. 

Lepas beli baju, makan strawberry coklat yang dah siap cucuk pulak. Tak sabar-sabar diorang ni. Ingatkan nak beli di pasar malam nanti. Baru puas makan. Dah nak sangat, belilah juga dua set. Satu set ada 3 cucuk. Satu cucuk ada 4 biji. Makan dengan coklat. Selera je diorang ni makan.

Happy faces dengan Pakcu Aiman.

Acara makan strawberry coklat. Cantik tak baju panas diorang?

Berselera.

Hirup coklat oii >_<
Lepas makan strawberry kami terus ke Pasar Malam Cameron Highland. Cari makanan dan strawberry untuk makan-makan di homestay nanti.


Pasar Malam Cameron Highland ni dah ditempatkan di tapak baru tau. Dekat dengan Golden Hill. Kawasan apartment baru. Kak Tam tak tau nak describe kawasan mana. Tapi ada signboard. Atau boleh google dulu sebelum pergi untuk tau location sebenar.

Alhamdulillah kami datang awal. Sebabnya parking space sangat lah limited. Kena parking tepi jalan atau masuk ke kawasan apartment sebelah tapak pasar malam tu dan jalan sedikit. Masa sampai tu hujan belum turun. Elok tengah pusing-pusing hujan mula renyai. 

Seronok kat pasar malam ni. Macam-macam ada. Kami beli udang goreng tepung (RM15 bekas besar, RM10 bekas kecil), strawberry (RM8 sebekas), coklat untuk makan dengan strawberry (RM5 sebekas), oren madu (rm10 3 biji) nuget dan lain-lain. Kena jalan laju-laju sebab banyak attraction budak-budak ni ^_^

Sebelum balik, roger mak dan abah. Ajak diorang keluar terus untuk dinner. Sebelum tu ronda-ronda di Taman Sedia, kampung Melayu di Cameron Higland. Nampak D'Bamboo Steamboat. Pernah baca dalam FB. Terus roger mak sekali lagi ajak makan di situ.

Dah masuk kedai, dah duduk, siap tumpang toilet lagi. Tapi atas sebab-sebab tertentu kami tak jadi nak makan di situ. Adalah ceritanya. Hehehe.

By the way, harga set steamboat kat D'Bamboo Steamboat tu RM28 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak. Masa kami pergi tu dimaklumkan tak ada menu lain. Hanya ada set steambot sahaja pada hari tu. Ini antara sebab juga kenapa tak jadi makan kat situ. Sebab mak n abah nak cari nasi =D

Akhirnya kami makan malam di kawasan Tanah Rata juga. Dekat dengan pasar malam kecik Tanah Rata. Ada deretan restoran. Boleh pilih mana-mana yang berkenan. Menu lebih kurang sama. Set tomyam semua ada. Kami pilih satu retoran ni, makan set untuk 5 orang. Ada tomyam putih campur (ni kami yang request buat tom yam puteh sebab tak nak pedas), ikan siakap sweet sour, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar dan air teh o suam satu jug. Nasi tambah. Ada satu lagi lauk. Tapi tak ingat apa. Heh =P Harga semua sekali dalam RM80 lebih kurang. Puas hati la makan. Dengan sayur melambar-lambak. Kenyang betol hakak >_<

Lepas makan, balik rumah. Sambung makan strawberry coklat pulak. Hehehe. 

Malam tu sangat sejuk sebab hujan. Alhamdulillah lah owner rumah ada lebihkan selimut tebal dan ada extra tilam kecil. Dapatlah kami tidur dengan lena malam tu.

OK. Habis hari pertama. Kita tidur dulu. Babai.


Jalan-jalan ke Pantai Teluk Senangin - 5/8/2017

Assalamualaikum.

Haaa.... Kak Tam dah bgtau kan dua bulan ni Kak Tam memang banyak jalan-jalan. Hujung minggu x lekat duduk kat rumah =D

Hujung minggu awal bulan Ogos hari tu kami balik kampong mak mertua di Bota. Yang ni pun tak ada plan sebenarnya. Ntah macam mana, bila dengar mak balik kampong, husband terus ajak balik. Kak Tam on je. Hehehe.

Kami balik Sabtu jam 8.00 pagi dari Putrajaya.

Aktiviti balik kampong macam biasalah. Ronda-ronda cari makanan kampong yang best. Dah kenyang makan, sambil-sambil baring tu dok pikir pulak apa aktiviti nak buat petang-petang nanti. Terus teringat nak bawa anak ke Teluk Senangin sebab diorang tak puas main pantai masa di Pantai Batu Hitam, Kuantan hari tu. Ye lah. Sejam pun tak sampai kan masa tu sebab mengejar masa.

Kebetulan adik ipar pun ada sebab tengah cuti semester, apa lagi. On saje ^_^

Jommmm kita ke Teluk Senangin, Perak.

Sampai-sampai air pasang. Pasir tak berapa nak ada untuk anak-anak main. Daripada plan asal nak main pasir sahaja bertukar menjadi mandi laut. Nasib la mak dah standby baju spare dalam beg. Dapatlah diorang mandi sepuasnya.

Jom layan gambar. Anyway, ni 1st time diorang mandi laut yang beria-ia macam ni. Biasa tu celup-celup kaki je =P

Yaya yang happy =D 
Istana pasir dalam pembinaan.


Memula main kat gigi air je.

Dah start melompat-lompat main air dah.

Cantik kan.

Yaya tak nak main air. Yaya nak main pasir je.
 
Echa dah start seronok main air.

Abang posing atas pasir.

Peace!!!
 
Macam-macam aksi dah keluar ni.


Kaki sape la yang gemokss ni???



Siapakah jejaka ini?

Cantik matahari nak terbenam.


 
Yaya tetap dengan istana pasir nya yang tak siap-siap.

Merenung ke laut. Rindu nak balik Ganu ler tu. 

Alhamdulillah. Selesai sudah acara mandi-manda di Pantai Teluk Senangin. Panjang umur murah rezeki boleh datang lagi =)