Saturday 22 August 2015

CHURROS

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Kak Tam buat churros untuk sarapan pagi. Maklumlah. Tengah trending sekarang ni benda alah churros ni. Jadi, teringin juga nak mencuba. Ramai kawan-kawan Kak Tam kata sedap.

Resepinya mudah. Cara masak pun mudah. Memandangkan bahan-bahan semua ada, ubah sket selera pagi ni sebab nak merasa churros yang digembar gemburkan sedap tu :)

Sedikit info asal usul churros - ia merupakan sejenis makanan sarapan pagi atau kudapan atau hidangan penutup yang berasal dari Sepanyol yang dimakan bersama gula kayu manis. Ia semakin digemari dan dari semasa ke semasa divariasikan di mana ia juga enak dinimati bersama coklat atau jem buah-buahan.

ChURROS

Bahan A

1 cawan air
2 sudu gula 
Garam secukup rasa
2 sudu butter

Bahan B

1 cawan tepun gandum
Sedikit serbuk kayu manis (kalau x letak pun x apa)

Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara:

Semua bahan-bahan A di atas masakkan dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Kacau rata. Agak-agak dah mesra tutup api.

Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk kayu manis. Gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam piping beg - Kak Tam xde piping beg. Guna plastik biasa dan guntingkan hujungnya. Pun boleh =)

Panaskan minyak  dalam  kuali. Picit adunan churros ke  dalam kuali. Nak picit  dulu kemudian masuk dalam kuali pun boleh.

Agak-agak dah  kuning  bolehlah angkat  dan hidangkan. 

Sedia  untuk dimakan dengan coklat cair atau sos coklat atau apa-apa jem kegemaran.

Nak tengok rupa  churros Kak Tam buat tak? 

Churros version Jawa :)
Rupa memang xde la. Ke laut. Hahaha. Tapi rasa tu sedap dah. Kak Tam sukakan tekstur churros ni. Halus. Tapi Kan,  anak-anak Kak Tam  xgemar sangat la churros ni. X kena dengan selera diorang kot. Penat mama masak nak  oiii. Nasib la x beria buat banyak.  Kalau x, jawabnya lunch pun mama makan churros =)

Biasanya kalau anak-anak x gemar, kemungkinan untuk Kak Tam masak sekali lagi tu memang lambat lagi la nampak gayanya. 

OK.  Try resepi lain pula  lepas ni.

Salam sayang dari Kak Tam =)♡♡♡

No comments:

Post a Comment