Thursday, 23 July 2015

Salam Aidilfitri 2015

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, diam tak diam sudah 8 hari kita menyambut aidilfitri di bulan Syawal tahun ini. Syukur tidak terhingga kerana masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari raya aidilfitri dengan suami dan anak-anak serta ahli keluarga tercinta.

Tahun ini giliran beraya di kampung Kak Tam. Memandangkan Kak Tam tak sempat nak berpuasa di kampung, jadi Kak Tam balik ke kampung awal sedikit untuk berpuasa dan berbuka bersama emak dan abah di hujung-hujung bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, mak dan abah masih sihat dan bertenaga untuk mengerjakan ibadan puasa walaupun telah berusia.

Tahun ini Kak Tam sekeluarga cuba berbelanja persiapan hari raya secara berhemah. Tiada shopping raya beria-ia seperti tahun-tahun sebelumnya. Kuih raya juga beli sekadar untuk dijadikan buah tangan kepada mak abah di kampung serta sedikit untuk kami jamu kepada tetamu di rumah sendiri nanti. Baju raya anak-anak, mana yang masih boleh dipakai, kami pakaikan. Beli untuk yang dah tak muat je. Kak Tam dan suami pakai baju melayu dan baju kurung yang masih elok. Carilah warna yang matching dengan anak-anak. Selesai masalah :)

Tahun ini juga kami sekeluarga pecah rekod tidak keluar bershopping di pasaraya AEON JJ ^_^. Kalau tidak, JJ tu memang tempat shopping tetap setiap tahun tanpa gagal. Hehehe. 

Alhamdulillah, walaupun Kak Tam rasa tahun ini persiapan hari raya semua serba sederhana, namun tidak kurang rasa meriah sambutan hari rayanya. Mana taknya, masak tak berhenti dari pagi bawa ke malam. Makan sudah pasti hingga kekenyangan. Saudara mara tetap bertandang. Sempat jugalah Kak Tam dan suami beraya ke rumah rakan-rakan dan saudara mara. 

Cuma tahun ini persiapan hari raya di sebelah suami tidak semeriah biasa. Ini kerana abah mertua Kak Tam tidak berapa sihat. Sudah lebih kurang 2 bulan abah tidak boleh tidur malam dan siang. Meracau-racau. Tak tahu nak kata sakit apa. Bila abah tak boleh tidur, mak pun tak boleh tidur. Sudahnya, dua-dua pun tidak bermaya. Kesian. Tiada lemang dan ayam masak susu seperti biasa. Kak Tam harap sangat abah cepat sembuh. Sebab anak-anak semua risau tengok keadaan abah. 

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, Kak Tam sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan Kak Tam (termasuk pembaca, kalau ada ^_^) dan ahli keluarga Kak Tam. Kak Tam mohon maaf di atas segala salah silap jika ada. Kak Tam doakan semoga hari raya ini akan mengeratkan lagi ukhuwah kita semua. Dan semoga Allah panjangkan usia kita semua agar dapat kita meneruskan perjuangan kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kita bersua lagi di aidilfitri tahun akan datang.

Meh Kak Tam belanja gambar raya sket :)

Tak cukup quorum. Sebab Along xde.

Tok Ki dan Tok Wan dengan cucu-cucu. Maknya terpaksa interprem kejap sebab nak control anak2. Hehehe

Banyak duit raya tahun ni!!!
Gambar raya tak pernah nak cantik. Hai la anak. Huhuhu

Menonton wayang bersama sepupu-sepupu. 


Khalis dan encik Kambing. Hehehe

Salam aidilfitri dari Kak Tam sekeluarga.

Wassalam.


   


2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Cik imah! waa..bujang dah khalis..handsome senyum. samalah, part tangkap gambar anak beranak asyik gagal nak dpt gambar yg comey2..sorang bergerak lah, sorang tak tgk camera lah..sorang nak lari lah..huhu..

    ReplyDelete
  2. kita pun xraya rumah kita lagi... haha

    ReplyDelete