Teks: Rahimah Binti Omar
Kari Kepala Ikan.
Sebut nama je dah
terliur kan ^___^
Itulah. Kak Tam
masak ni pun gara-gara dok google cari resepi lah, ape lah. Sudahnya terjumpa
resepi kepala ikan ni. Pastu gambar nya pon boleh tahan mengiurkan. Seksi gitew
=D
Terus tergoda hakak
ni. Dah la masa tu tengah puasa ganti.
Terus balik singgah
kedai aceh tu nak cari kepala ikan.
Terus gigih
meneliti kepala ikan kat kedai tu satu persatu sebab nak make sure kepala ikan
tu fresh. Kalau tak membazir beli dan masak kepala ikannya x fresh kan.
Terus gigih
menyiang kepala ikan besar gabak tu tau. First time uollsss!!! Hahahaha
Cerita siang kepala
ikan ni… konon-konon pandai. Belek-belek kepala ikan tu, dah terpikir nak suruh
abang tu siangkan ke nak siang sendiri. Kak Tam kalau setakat beli ikan
cencaru, gelama, selar, kembong tu memang siang sendiri. Malas nak tunggu orang
ramai dok beratur tunggu siang ikan. Tapi kali ni disebabkan kepala ikan
tersangat besar rasanya, tu yg terpikir.
Tapi, kekdahnya
macam terer kan… nak jugak siang sendiri. Hambek ko!!! Rasa nyesal x sudah.
Sebab xde tools. Pisau yang ada tak berapa nak besar. Parang kontot memang
takde. Kak Tam menyiang ikan tu punya lah payah. Macam nak buat operation daaa…
segala peralatan kat rumah tu Kak Tam keluarkan. Akhirnya siap jugak lah siang
kepala ikan tu. Berpoluh ketiak den. Cuma x dapat nak belah dua kepala ikan tu.
Opssss, lupa nak bagi tau. Kak Tam beli kepala ikan jenahak. Memang keras
kepala ikan ni. Degil ^____^
Sebenarnya Kak Tam
x pernah masak kari kepala ikan ni. Ikan masak kari pernah la. Tapi kepala ikan
setongkol camni memang x pernah. Biasa tu makan mak masak. Tapi konsepnya sama
je, Cuma gantikan ikan dengan kepala ikan. Sodap je hah.
Jom tengok resepi.
Bebel panjang takde guno eh =D
Kari Kepala Ikan
Simple
Bahan-bahan:
Kepala ikan yang
telah dibersihkan
4 ulas bawang merah
– tumbuk/blend
3 ulas bawang putih
– tumbuk/blend
½ inci halia –
tumbuk/blend
3 sudu rempah kari
ikan (kari ni Kak Tam beli timbang kat pasar tani. Dah siap campur semua. Nak
guna brand Baba’s ke Adabi ke, pon ok je)
¼ cawan santan
Bendi
Tomato (belah 4)
Daun kari
Asam jawa/ Asam keeping
Cili kisar/ Cili
padi (Kak Tam x letak cili kisar sebab x nak pedas. So gantikan dengan cili
sebiji sebiji)
Setengah cawan air
Cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus. Kak Tam suka yang tumbuk. Ada rasa kasar-kasar sket. Tumis sampai garing sket. Kalau guna cili kisar boleh masukkan dan tumis sekali sampai garing sket.
- Masukkan rempah kari ikan. Gaul rata sampai bau wangi merebak hingga ke ruang tamu =P
- Masukkan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan asam keeping atau air asam jawa. Agak-agak ikut tahap kemasaman yang diingini. Biarkan sekejap.
- Agak-agak dah nak mendidih tu, masukkan kepala ikan.
- Masukkan bendi, tomato, cili dan daun kari.
- Tuangkan santan dan letakkan sedikit garam. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
- Kalau rasa semua dah perfect, bolehlah dihidangkan.
Resepi simple ni
untuk satu kepala ikan je. Rempah kari ikan yang Kak Tam guna adalah rempah
kari ikan yang dibeli di pasar tani dan semua rempah telahpun dicampur
siap-siap. Kalau guna kari ikan biasa, mungkin perlu tambah sedikit rempah
ratus yang lain macam jintan halus, biji sawi dan halba kalau nak kawwww macam
kari kepala ikan mamak. Kak Tam punya kari kepala ikan ni kawww jugak. Tapi versi
jawa kot. Hahaha. Takut orang nak cuba ye.
OK la. Sape nak
cuba, dipersilakan. Resepi mudah je ni. Tak perlu periuk noxxa bagai. Ehhh???
Tak de kaitan. Hahaha. Akak tak jual ye noxxa tu. So jangan tanya. Saje je
merapu ^___________^
No comments:
Post a Comment