Assalamualaikum.
Disember hampir pergi.
Menandakan tahun baru akan muncul.
10 hari sahaja lagi.
Bulan Disember juga adalah bulan yang sibuk. Sibuk dengan program cuti sekolah anak-anak, percutian keluarga, kenduri-kendara sanak-saudara, persiapan naik sekolah dan macam-macam lagi.
Kerja di pejabat pun boleh tahan.
Time hujung tahun ni ramai yang ambil cuti bersilih ganti. Tapi mesyuarat dan kerja-kerja lain tetap berjalan macam biasa. Malah lebih rancak dari biasa bila office sibuk nak menghabiskan bajet jabatan masing-masing. Mangsanya orang yang dah tak de cuti macam akak ni lah. Cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Untung juga bulan Disember ni banyak cuti free =D
Sepanjang cuti sekolah ni anak-anak Kak Tam hantar join program cuti sekolah di tadika dan sekolah masing-masing. Nak hantar balik kampung lama-lama pun tak sampai hati. Kesian kat anak. Kesian kat mak abah. Bukan kuat sangat pun untuk jaga anak-anak kita lama-lama. Sehari dua tak apalah.
Jadinya sebagai langkah penyelesaian Kak Tam masukkan anak-anak ke program cuti sekolah. Seronok juga diorang ada pelbagai aktiviti nak dibuat setiap hari. Hujung minggu dan cuti umum kita jalan-jalan sekeluarga.
Dalam masa yang sama, persiapan anak-anak ke sekolah tahun depan pun Kak Tam dah sediakan sikit-sikit. Tak adalah kelam kabut sangat nanti. Tak ada sangat pun nak dibeli sebenarnya. Buku-buku semua sekolah dah sediakan. Jadi yang asas je lah Kak Tam sediakan.
Akhir tahun ni sales punya la banyak. Cakap je nak beli apa. Semua ada sales. Year End Sales, Christmas Sales, Clearance Stock Sales. Bukan setakat barang-barang sekolah anak je. Tapi akak terpaksa pejam mata. Sebab simpan duit untuk yuran anak-anak naik sekolah nanti. Maklumlah. Akak anak ramai kan ^__^
Simpan duit bukan untuk bayar yuran anak je. Tapi sebab plan jalan-jalan cuti-cuti Malaysia sepanjang Disember ni melambak-lambak.
Koyak jugak la poket ni.
^__^
Hampir setiap hujung minggu sepanjang Disember ni kami tak duduk di rumah. Awal cuti sekolah hari tu bawa anak-anak ke Melaka. Ini trip kerja Kak Tam. Dapatlah anak-anak ikut sekali. Ujung minggu berikutnya kami ke Taiping. Kak Uda buat kenduri doa selamat. Mak dan Alang pun ikut sama. Berkonvoi kami dari Putrajaya ke Taiping.
Hujung minggu baru ni ke Temerloh pula. Ke rumah adik ipar. Jalan-jalan cari ikan patin pais. Pergi Sabtu petang. Balik Ahad petang. Alhamdulillah. Dapatlah melepaskan hajat makan ikan patin pais yang sedap tu =p
Lepas ni cuti Krismas plan nak balik Kampung Johor pula. Dan destinasi terakhir kalau jadi kami nak ke Terengganu. Bawa anak-anak tengok tempat kerja papa diorang kat Kerteh nun. Tak pernah lagi bawak diorang ke Kerteh.
Tu diaaa... Banyak jalan kan. Manalah tak koyak poket ^___^
Tak apalah. Setahun sekali je jalan-jalan gini. Memang dah bajet pun. Kalau tak ada bajet memang tak ke manalah jawabnya.
Planning untuk tahun 2017???
Mental dan fizikal perlu lebih cerdas dan cergas. Azam tahun baru tak list kan lagi ni. Nak semak balik apa yang tak tercapai tahun ni.
Nak jadi lebih optimist lah. Boleh ke?
InsyaAllah. Tiada yang mustahil kan.
No comments:
Post a Comment