Thursday 2 February 2017

Selamat Datang 2017

Teks: Rahimah Binti Omar

Assalamualaikum.

Tajuk tu macam x sesuai je kan. 
Dah bulan Februari 2017 kak oii. 
Baru nak wish tahun baru ke. 
^_^

Xpela. Konsepnya biar lambat asal ada entry. 
Hahahaha. Hape daaa.

Hari ni dah 3 Feb 2017. Cepatnya masa berlalu. 
Rasa macam baru je sibuk-sibuk buat persediaan anak nak masuk sekolah. Tiba-tiba dah sebulan rupanya. 

Tahun ni Iman dah masuk darjah 1. Abang Khalis darjah 2. 
Tahun depan Yaya pula menyusul. 
Ni pun rasa cepat juga masa berlalu. Anak-anak cepat je membesar. 
Mak bapak pun turut membesar selari dengan pembesaran anak-anak. 
=P

Tahun baru, azam baru. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 
Cuma fokus pada tahun ni lebih kepada untuk meningkatkan kesihatan diri ke arah yang lebih baik. Di samping memperbaiki hubungan dengan Allah, suami, anak-anak dan ahli keluarga lain. Berazam untuk uruskan rumah tangga dengan lebih teratur dengan pengurusan masa yang lebih berkesan.

Ha! Tu dia.... 
Macam nak buat misi dan visi jabatan tau azam tahun baru akak. 
Hahahah.

Apa pun, doa Kak Tam, semoga tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

See ya on the next entry.
Bye =)


No comments:

Post a Comment